Thursday, October 19, 2017

Trip ke Pakistan- Day 4 [Murree & Ayubia]

Kami bangun awal dan breakfast, dalam 8.30 am kami dah mula gerak ke kawasan pergunungan Murree & Ayubia National Park. Murree tu nak sebut dia cam bunyi "Mari" okay? Bri'ish sikit kawan-kawan.

Ni typical breakfast orang sana. Sedap. 

Ni lah driver kami, Rohail. Muka dia macam iras husband Kajol. Haha. 

All the madame.

Islamabad sebelum kami meninggalkan beliau. 


Jadi perjalanan dari Islamabad mengambil masa dalam 2 jam setengah. Waktu di Murree, memang sangat cantik. Sejuk pulak tu. Walaupun aku pernah duduk di UK masa study dulu, tapi aku tak pernah lihat snow di pergunungan. Jadi peluang menjejakkan kaki di Murree sangat lah satu pengalaman yang baru. Udara pun terasa segar.

Bhaia sekalian. Ni bandar Murree. Sebelum kami memulakan walkway ke chair lift. Sebelum sampai walkway tu, ada banyak kedai-kedai jual cenderamata. Antara yang famous kat sana ialah shawl. Macam pashmina style tu.

Cari keychain untuk bagi Saba & family. Disebabkan nama-nama yang ada adalah lebih kepada nama orang Pakistan, jadi adalah sukar untuk mencari nama kami. Kecuali nama aku yang bersifat universal ni telah dijumpai. Ejaan je lain. Sofia. 

Nah, sila layan gambar-gambar sepanjang walkway yang panjang itu. 








Aku ingatkan view macam ni ala-ala Korea (Tak pernah sampai sana). Tak ku sangka, kat Pakistan ada view macam ni. Patutlah housemate aku dulu tak teruja macam aku kalau snow turun masa kat UK. Haih. Make sense.
























Kami mahu naik chair lift, yang macam cable car tu tapi dia chair (kerusi). Kiranya kaki kau terjojol keluar. So scary okeh masa mula-mula. Sebab aku ni gayat sedikit so aku cuak gila woi. Sebelum sampai ke chair lift tu, kami kena jalan kaki dalam 5km. Mild hiking la. Sambil jalan sambil bergambar, sambil selfies. Oleh itu, perjalanan nak sampai chair lift tu hampir sejam gak la. Okay lah tu, aku ibaratkan macam tengah training nak hiking sebab kawan aku ajak pergi hiking & aku tak pernah hiking kot. I need stamina! Kalau sesiapa malas jalan atau tak larat, ada je orang buat servis kereta untuk sampai ke destinasi chair lift tu. Actually aku admit la yang kitorang tak tahu kena jalan lama. Almaklumlah diorang ni bukan semua boleh berbahasa Inggeris. Cakap Urdu je mana nak faham yang perjalanan tu agak jauh & rupanya orang tu offer servis naik kereta (of course la takut kena culik gak sebab driver tunggu kat kereta je). Bila berhenti tanya penduduk je, orang tu kata depan lagi. Berhenti lagi tanya orang lain, tetap, depan lagi. Berapa banyak depan daaa tak sampai-sampai lagi.



Perjalanan tu kalau orang suka berjalan maybe tak terasa sangat. Macam aku ni, aku enjoy jalan kalau cuaca sejuk. All the time jalan kat Pakistan ni aku pakai sport shoes. Selesa. Memang practical person pun. 

Cuak kebebeh sebenarnya

Masa turun guna chairlift ni nampak lah seantaro view kat atas ni. Terkesima okay.



Lega sampai chair lift. Cuma masalahnya kat tempat ni, susah gila nak buang air. Sebabnya, toilet ada tapi berkunci. Rasanya dah 3 toilet kami jumpa tapi semuanya berkunci. Aku macam pelik gila dah kenapa nak kunci toilet untuk public? Habistu dia expect kita kencing kat mana weh? dalam salji meh? Tahu jela tempat-tempat sejuk ni kita punya pundi kencing ni macam aktif semacam je weh. 

Kat kawasan Murree ni, ada army cantoment. Askar Pakistan tersenarai antara yang terbesar & terkuat di dunia. Sepanjang kat Pakistan ni, merata ada askar. Maybe sebab kena alert serangan pengganas ke apa. Muka askar ni dahla garang, nak amek gambar camp diorang pun kena marah kata takleh amek gambar. Time tu terus paham Urdu sesikit sebab nampak senapang. Mampu blink blink mata je sebab takut. =(   Dahla asyik kena perhati. Kitorang nampak merbahayakan meh? Tapi sepanjang kat sana memang tak nampak lah tourist mat salleh. Tourist warga lain pun macam tak nampak sangat. So maybe sebab tu kot kami ni nampak sangat "tourist" sebab pemakaian yang berbeza dan terlebih cheerful.




Perjalanan nak kembali ke tempat driver kami tu, kami sewa la kereta sebab penat dah. Lagipun nak jimat masa sebab nak gerak ke Ayubia pula. Waktu naik ke Ayubia, pemandangan semakin cantik. Salji semakin banyak. Waktu tu patutnya end of winter. Patutnya snow makin mencair. Tapi sebab kawasan tu memang sejuk, jadi salji lambat cair. Korang pernah tengok movie Twilight tak? Yang banyak pokok-pokok tinggi diselaputi salji tu? Ha macam tula pemandangan kat Ayubia. Cantik tak terkata. Fefeeling sangat weolls. Sebenarnya kan, masa aku kat Switzerland, aku ingatkan Switzerland lah negara paling cantik aku pernah pergi dari segi alam semulajadi dia. Tapi aku rasa aku silap. Ayubia pun tak kurang cantiknya. Dan orang Pakistan boleh kata, Ayubia ni nothing compared to North of Pakistan. Heaven on earth katanya. Cantik camni pun dia kata nothing? I can die. So aku decide nak pergi Pakistan lagi untuk jelajah bahagian Heaven on Earth pula. Maybe tahun 2018? Tengok dulu macam mana. Nak ikut bagitahu. Eheh.


Sepanjang jalan, kat tepi-tepi jalan tu banyak salji.

Love their brickworks.


Geram okay. 


Waktu di Ayubia, snow mulai turun. Wehhh, dah lama tak merasa salji turun kot. Untung kawan kami si Shak, sebab dia tak pernah rasa salji. Jadi ni memang kenangan yang happy untuk dia. 

Kami sangat happy sebab puas hati berjalan. Sepanjang perjalanan kalau dalam kereta, kami mintak Rohail pasang lagu dari playlist dia. Lagu-lagu dari Pakistan & India. Macam bunyi lagu hindustan la. Tapi layan gila. Aku suka kalau travel, dengar lagu dari negara tu sendiri. Baru lah feeling. perjalanan ke Murree dari Islamabad ambil masa dalam 2 jam lebih. Nak turun dari Ayubia mungkin hampir 3 jam. Rohail drive sangat cermat. Rasa selamat walaupun jalan bengkang bengkok, bersalji pula tu. Aku tahu aku memang jenis tak boleh jalan bengkang bengkok ni. Cepat pening.

Sebelum masuk bilik, Rohail tanya kami "Did you guys enjoy today?" Aww~ mestilah! (Tetiba aku nak tersipu-sipu dah kenapa). Ada driver come bodyguard kot. Serius ni la travel experience yang paling rasa selamat. Senyum je cakap yes & thumbs up!. Sebab aku tahu, dia rasa responsible bawa kami pulang ke Lahore dengan selamat. Dah kerja dia kan. Balik bilik, macam nak pengsan rasanya. Sempat makan baki lauk yang kami tapau tu kat dining hall guest house tu bermasa Rohail. Malam tu kami rileks-rileks aje sambil berbual. Lepas tu, housekeeper tempat tu bawa kami jalan-jalan pusing guest house. Guest House kalau kat Pakistan bukan macam kat Malaysia. Bukan macam satu rumah banglo 4 bilik atau apartment 3 bilik ke. Guest House kat situ macam mini hotel dalam bentuk macam rumah. Kat situ aje ada 30 bilik. Kawasan sekeliling ada yang banglo, ada yang guest house jugak. 



p/s: Tak sangka aku update entri ni 5 bulan kemudian padahal dah ada dalam draft. Sorry pada yang menanti (kalau adela..yela,sapelah diriku ini..)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...