Sunday, February 19, 2012

Perihal Bandung : Trans Studio Theme Park

Jika berada di Bandung, adalah satu kerugian kalau tak merasa masuk ke Trans Studio Theme Park. Dipercayai adalah indoor theme park terbesar di Asia. Masih agak baru dibuka. Uniknya dia punya roller coaster kan, bila dah kedepan, dia patah balik. Total tak sampai 30 saat. Dipercayai yang paling laju di..errrr..yang pasti bukan terlaju di dunia (nampak sangat femalas nak buat research.) Ohya, Trans Studio ni berada dalam Bandung Super Mall sebab tu dia indoor. Macam kalau kat Malaysia ni theme park indoor kita adalah Cosmo World di Times Square.


Untuk access masuk theme park ni, korang kena ada access card. Aku tak pasti berapa harga card ni sebab ni pun pinjam kawan punya. Satu card untuk dua orang. Yang pasti, kami 4 orang masuk seorang kena bayar 150,000 rupiah. Lebih kurang RM50. Bila anda berada di dalam theme park, duit anda dah tak boleh digunakan. Segala pembayaran nak makan atau minum kena buat pakai kad ni. Kiranya boleh diisi ulang (top up) duit dalam card ni. Kalau ada baki dalam card, boleh mintak balik duit bila keluar nanti. Ok?

Cool gak lah tak payah bagi tangan lekat tag kertas kat pergelangan tangan cam kat Genting ngan Sunway Lagoon.tehehe..

dalam ni setting agak cantik. Boleh laa.. Ada jumpa Michael Jackson, Marilyn Manroe. Badut tinggi. Badut rendah tu aku lah tu.huahua.

Kami tengok persembahan teater Si Bolang. Comel gak lah teater ni. Macam budak-budak punya. Layan ajeee..

Masuk Marvel Superheroes The Rides. Pakai Spec 3d lepas tu duduk kat kerusi pengembaraan yang bila kat skrin ditayangkan superheroes sedang selamatkan mangsa, nanti kerusi tu bergegar as if kita berada di tempat kejadian. 

Ohsem bf at the back!

Kan aku kata, setting dia not bad. Boleh buat berangan berada di alam lain.chewah~

Motip pegang janggut orang? Aksi beramah mesra. 

Sebenarnya banyak rides kau boleh main dalam ni. Cuma aku rasa nak muntah gak lah sebab banyak rides yang banyak gegar, pusing-pusing. Dahlah pening sebab makan stroberi celup gula. Haaa..haaa..nak salahkan stroberi. Erm, aku tak tahulah kenapa, tapi aku rasa aku macam lagi enjoy pergi Genting. Oh aku dah tahu kenapa. Sebab Genting kat ada outdoor. So bila kabus melanda bagaikan awan, tu yang best tuuuu. Ke, aku tak berapa nak enjoy sebab aku dah makin tua ni?? T__T  Tapi kawan aku yang ikut sekali ni 2 orang daripadanya dah pernah pergi Universal Studio Singapore. Semua kata USS best giler. Macam 3x ganda lagi best daripada ni. Sooo, aku punya target next ialah untuk ke Universal Studio Singapore. Nak ikut tak? heheeeee... =B

Oh, kat bawah ni video cari kat Youtube. Yamaha Racing Roller Coaster of Trans Studio Bandung~ Tengok dia patah balik! terujah!


Perihal Bandung : Tangkuban Parahu

Pada tarikh 7-11 Feb yang lalu, aku telah ke Bandung, Indonesia bersama 3 lagi orang rakan. Tujuan utama sebenarnya haruslah bershopping kan. Hahah! Sejujurnya, untuk melihat-lihat pemandangan di Bandung, kurang pasti tempat apa yang menarik selain di Tangkuban Parahu. Tempat ini sebenarnya ialah kawah gunung berapi. Haaaa.. First time aku tengok kawah gunung berapi. Atas bukit ni sejuk.


Tangkuban Parahu ni bermaksud Perahu yang terlangkup. Ade lah mitosnya yang aku sendiri pun ingat tak ingat. Macam kalau kat Malaysia kita ada cerita pasal Si Tanggang. Di sini pula pasal Malin Kundang. Aku pun tak ingat macam mana ceritanya huahua.. Tapi orang kat sini kata, kalau dari jauh, bukit ni nampak macam perahu yang terlangkup. Sooo, nak tahu betul ke tak, kat bawah ni gambar bukit ni dari airport.

Nampak tak macam perahu terbalik? 



Sepanjang jalan ni ada gerai-gerai. Tapi tourist guide aku nasihatkan jangan beli apa-apa kat sini sebab dikira mahal la.


Ada satu perkara yang aku tak dapat lupakan kat sini. Kat sini ada orang jual buah strawberry. Fresh la. Orang tu kata manis. Aku pun try & memang lah manis. Aku beli sampai 2 kotak. Makan kat situ jugak siap jerit kat kawan aku. "wehh! aku tak pernah makan strawberry semanis ni! Inilah strawberry paling manis aku pernah makan!!" <----muka sumpah eksaited tahap pehh, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bila kawan aku try, dia kata, "wey ni manis gula laaa.." aku pun macam? haaaa? aku jilat dulu strawberry tu. Mamang manis. Air gula. Rupanya strawberry tu manis sebab dah kena celup air gula. Aku keciwa. Aku tertipu. Perutku dinodai air gula. Aku dahla takut kena kencing manis. T_T
Kuang hasam punya pakcik penjual storberi. Penipu betul, kata organik la apa la.

Lepas pergi strawberry farm, kawan aku beli berkotak-kotak strawberry. Aku try strawberry tu. Masam! Memang la, berry kan memang masam. Aku keciwa lagi sekali. Strawberry original haruslah masam.Terus taknak makan dah strawberry. Kawan-kawan aku gelakkan je aku. Bila nampak orang jual strawberry tepi-tepi jalan aku jeling je. Huh! paranoid!

*gambar: belakang tu kawah gunung berapi.Ada asap keluar. Orang kata beracun asap tu.entahlah. Yang pasti bau sulfur memang kuat lah kat sini.

Pokok-pokok kat sini pun ala-ala bonsai.

Sepanjang berada di Bandung, kawan aku tak sudah-sudah mengejek aku. Kawan aku kata tak boleh lupa muka eksaited aku sambil cakap "wehh! aku tak pernah makan strawberry semanis ni! Inilah strawberry paling manis aku pernah makan!!" Kuang hasam. Dia kata rugi tak rakam!

*muka keciwa lepas tahu strawberry manis sebab celup gula. Keciwa laaaa..dah dua kotak kot gua makan*

p/s: sepanjang berada di Bandung, ramai penjual ala-ala beggars pun ada gak. Diorang macam sort of, paksa kau beli souvenirs diorang ke apa. Memang agak rimas la especially kat Tangkuban Parahu ni. Nasib baik ada  kawan laki. Penjual ni ikut je kitorang dari awal sampailah hujung jalan. Siap pandai psycho lagi. Kawan aku kata "takpelah bang, nak tengok-tengok dulu." Bila kitorang dah jalan sampai hujung & orang tu pun masih ikut, dia suruh beli lagi. Bila dah habis jalan, kawan aku still taknak beli. Penjual tu kata "abang ni bohong..sudah diikutin sampai hujung pun nggak mau beli" Perghhhhhh! padahal tak janji pun nak beli dengan dia. Banyak la penjual macam ni. Agaknya sebab dia tahu orang Malaysia ni hati lembut. So kau kena keras hati sikit lah. Yang paling keras hati haruslah perempuan yang makan strawberry celup gula sampai 2 kotak tu.  




Saturday, February 18, 2012

Lack Of Updates vs New Template

Assalamualaikum.

Aku akui semenjak dua menjak ini blog aku sudah semakin bersawang. Dah tak begitu rajin post. Apakan daya, semenjak bekerja ni seperti tiada daya mahu menaip walaupun otak ada daya untuk berfikir. Haaa, pening tak ayat?

Memandangkan dah lama tak kemas kini blog maka aku ambil keputusan untuk tukar template blog. Header remain la. Lama wooo..lepas 2 tahun lebih baru nak tukar template. Setia pada yang satu, *padahal bapak pemalas nak edit*

Tetapi, memandangkan template ni baru, ada banyak gak la benda yang hilang, seperti link blog bloggers lain.Nampak gaya harus link blog orang lain. Nak comment pun susah nak cari mana link nak komen. rupanya kat bawah tarikh belah kiri blog post.

Saya sangat rindukan blog.
Saya sangat rindu nak bercerita itu dan ini di blog ini.
Saya sangat rindu nak beramas mesra. Erk!

Hurm, pendek kata.. rindu Blog Sophie Al-Yahya.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...