Sunday, April 24, 2011

Harini Rasa Trauma Ada Budak Lemas Di Kolam

Kenapa orang lain yang lemas aku pulak yang trauma ni?
Sebab aku yang duty waktu tu. T__T

Kalau dibagitahu ada orang lemas di kolam, mesti soalan pertama yang ditanya ialah:
"eh, takde lifeguard ke yang jaga?"

Hurmm, jadi aku nak cerita lah apa yang jadi tadi sewaktu aku sedang bertugas selaku lifeguard di kolam renang UiTM sewaktu sesi renang wanita.Ok, untuk satu kolam renang bersaiz olimpik, dua orang penyelamat adalah tak mencukupi sebenarnya. Sepatutnya sesi ni ada 4 orang lifeguard. Tapi harini 2 orang je dapat duty.

Jadi memandangkan 2 orang aje yang ada kami fokus di tempat dalam sahaja.Tambah-tambah lagi sebab ada orang lemas di tempat dalam baru-baru ni. Tapi sempat diselamatkan la.Tempat cetek aku pandang gitu-gitu aje dari jauh.Tempat cetek = 1.2m. Dalam=2m .Sebab aku percaya bila cetek risiko nak lemas tu sangat kurang. Begitu juga kawan aku. Dia ada diseberang kolam. Mengawasi tempat dalam juga.Sebab kalau ada orang lemas, kita perlukan back up, agak risiko kalau selamatkan sorang-sorang aje.

Masa aku sedang mengawasi tempat dalam, tiba-tiba ada orang jerit minta tolong. Di tempat paling cetek. Aku cuba memahami apa yang aku nampak. Aku nampak ada dalam 2 orang dewasa sedang memangku seorang kanak-kanak dalam air dan bawa ke tepi kolam. Ah sudah. Ada budak lemas. Panik.

Aku lari. Kawan aku sampai dahulu sebab dia lebih dekat. Aku nampak budak tu tak sedarkan diri. Kaku.Mata dia dah naik keatas. Muka pucat. Oh muka aku pun dah pucat barangkali. Jadi aku tak pikir panjang. Pastikan takde orang ramai mengelilingi mangsa. Lepas tu pastikan dia berada dalam recovery position.Panggil pakcik kat kaunter suruh call Ambulans. Pastikan nadi dia di leher masih berdenyut. Nafas di hidung masih ada. Masa mula-mula aku ingatkan budak ni dah tak selamat =(  tapi Alhamdulillah, masih ada nadi. Aku tepuk belakang dia. Tengok dia ada respon tak.(sebenarnya aku tak sure nak buat apa sebab dah panik jadi aku macam ingat-ingat lupa apa kena buat huwaaaa..T_T )

Sebelum sempat aku bagi CPR, budak tu dah bagi respon. Dia bernafas lebih laju. Dada dia turun naik lebih kuat. Alhamdulillah. Dalam recovery position tu aku dan orang lain urut belakang dia. Tak lama lepas tu dia muntah. Keluar banyak sangat air. 3 kali dia muntah. Ok, kalau dia muntah air tu kira bagus sangat lah. Aku check tapak tangan dia luka. Jadi aku kurang pasti dia lemas sebab panik sebab terluka atau kaki dia cramp.


*ni recovery position. Kaki pula silang macam kaki di penjuru atas kiri gambar. Untuk teknik selamatkan mangsa lemas boleh baca di entri aku INI*

Tak lama lepas tu ambulans datang. Fuh. semua berlaku dengan sangat pantas. Memang mula-mula aku ingatkan budak tu dah takde harapan dah sebab mata dia terbuka tapi mata hitam dia ke atas. huhu. Jadi disini aku tahu mungkin ada yang tanya, macam mana lifeguard buat kerja ni.?

So aku nak explain la,first sekali, memang ada notis, sebarang kemalangan adalah atas tanggungjawab sendiri. Second,sebenarnya jaga kolam ni bukan senang. Memang kami telah dilatih. Tapi seperti yang aku katakan tadi. Menjaga kolam renang bersaiz olimpik memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang. Bila tinggal dua orang, kami akan lebih menjaga kawasan dalam kerana menganggap tempat cetek risiko kelemasan adalah rendah. Tapi malang tak berbau. Seorang ibu pun boleh terlepas pandang menjaga seorang anaknya, apatah lagi kami yang menjaga semua orang dalam kolam.

Oleh itu peranan ibu bapa juga sangat penting. Kalau bawa anak-anak kecil yang kaki mereka tak sampai/ tak cecah lantai, chest buoy & arm buoy ada disediakan untuk kanak-kanak pakai. Selain itu haruslah juga mengawasi anak mereka. Sewaktu aku bertanyakan kakak budak yang lemas tu, dia kata adik dia nak berenang dengan kawan.Jadi dia pun biarkanlah mereka bermain dan kakak dan ibu budak tu pergi ke tempat lain. Mula-mula budak tu pakai buoy (tak sure buoy apa) tapi apabila dibawa ketepi takde sebarang buoy pun yang attach dengan badan dia. Sebab kalau arm buoy akan disarung di lengan. Agak ketat untuk tertanggal. Chest buoy pula ada belt yang boleh diikat. Wallahualam.

Aku suarakan rasa bersalah pada Pak Cik Jamal.(staf kolam) Dia kata bukan salah kamu, pakcik dah ingatkan pada ibu dia jaga anak baik-baik. Pastikan pakai pelampung lengan tu.. Budak-budak kecil ni kaki dorang memang tak sampai cecah lantai.

Hurmm..Susah juga untuk 2 orang lifeguard menjaga 40-50 orang yang sedang berenang. Malang tak berbau. Baru-baru ni Bash pun selamatkan mangsa. Sebab kaki magsa tu cramp sewaktu berenang. Alhamdulillah walaupun dah banyak kali juga ada orang hampir lemas, tapi sempat diselamatkan la, belum pernah lagi kat sini ada kes lemas mati.

Aku tak dapat bayangkan kalau budak tu tak selamat.Dah tentu aku dengan kawan aku yang bertanggungjawab. T_T mungkin seumur hidup penuh rasa bersalah. huwaaaaa.. Sepanjang dua tahun aku bertugas, ini kali pertama aku betul-betul dihadapkan dengan kes lemas tak sedarkan diri macam ni. Oh sangat panik yer kawan-kawan. =,(

Saturday, April 23, 2011

Jika Air Mata Itu Bukan Pada Mata

Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah sungai yang mengalir.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah salji yang mencair.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah ombak yang menghempas pantai.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah daun yang berguguran.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia pada senyuman yang terukir.


Air mata itu,
bukan hanya pada mata perlu ia mengalir.


Kerana air mata itu
Barangkali selaju sungai yang mengalir.
Barangkali seperlahan salji yang mencair.
Barangkali seganas ombak yang menghempas pantai.
Barangkali sedetik daun yang berguguran.
Barangkali seukir senyuman di bibir.
Usah terlihatkan, biar dirasakan.


Air mata itu,
bukan letaknya pada mata ini
Kerana perit nan tak terperi.
Hati kering lagi kini.
Maka jangan kata aku tak peduli.


Terima kasih untuk segalanya.
Aku hanya menghitung waktu dan hari.....

Tuesday, April 19, 2011

Soalan Formspring: Sophie nampak macam bahagia je. How do you actually overcome your stress?

Kadang-kadang dapat soalan berhemah macam ni bagus juga. Best sikit nak jawab, ye tak? Aku sebenarnya pun tak pastilah siapa yang tanya soalan ni. Kat formspring rasa macam over lak I nak jawab panjang-panjang jadi diblog boleh lah share sikit pendapat aku kan. Jadi ni soalannya:

Sophie nampak macam bahagia je. How do you actually overcome your stress?
Kalau nak kata aku ni bahagia 24 jam tu memang tipu sangatlah kan. Dalam hidup ni ada ke orang yang takde masalah? Ada masanya aku pun ada masalah, aku juga boleh dirundung kesedihan. Tapi, aku selalu anggap untuk hidup, kita kena jadi seorang survivor. So ni antara tips aku la.

Harus berfikiran positif. 
Selalu anggap kita boleh buat. Walau susah macam mana pun.

Jangan pernah putus asa. 
Allah takkan bagi kita dugaan kalau Dia tahu kita tak boleh hadapinya. Tapi janganlah anggap semua masalah yang kita hadapi itu dugaan daripada Allah. Sebab kadang-kadang masalah yang datang tu berpunca dari diri kita sendiri. Pendek kata, yang hang pi cari pasai tu pasaipa?

Bersihkan hati.
Pada aku, untuk kurangkan stress, janganlah ada sifat dengki mendengki dengan orang. Kalau kuat mendengki boleh jadi stress dalam diri. Semua yang orang lain buat lebih kita rasa dengki, tak puas hati. kan ke dah stress. Aku ada kawan ni, dia sedikit busuk hati la. Muka dia memang nampak stress. So janganlah simpan apa-apa perasaan busuk hati pada orang yer.

Cuba untuk senyum dengan ikhlas.
Yep, walaupun kadang-kadang memang pahit rasa macam muka nak ketat macam pakai masker sejam kat muka. Tapi bila senyum, kita akan dapat satu aura. Aura untuk rasa lebih senang hati lah gituw.
*habis ikhlas tak nih aku senyum?*


Pandang muka ibu dan ayah atau orang-orang tersayang.
Kalau aku stress aku suka tengok muka ayah atau mak aku. Ada rasa ketenangan. Ha tahu tak kalau kita pandang wajah ibu dan ayah dengan penuh kasih sayang nanti dapat pahala wooo..

Jangan merungut.
Aku ada je kawan yang kuat merungut. Kalau kau kuat merungut, kau bukan sahaja tidak mengurangkan stress, tetapi menambahkan stress kawan sekeliling yang mendengar rungutan kau. Habis semua kena aura stress.

*random: kereta aku kena langgar dari belakang masa hari terakhir di sem terakhir.hukhuk.Sabar..huhu..*

Percaya pada aura. 
Setiap dari kita ada aura. Sebab tu kadang-kadang walau kita tak mengenali orang tu, kita boleh rasa suka atau eh,menyampahnyaaa.. Walaupun tak kenal. Kalau peribadi kita elok, aura kita elok la. Jadi aku tak suka kalau orang yang berkomunikasi dengan aku rasa macam tak kena je nak deal dengan aku. Maka harus bijak mengawal perasaan.

Jangan buat benda bodoh
Contohnya stress sebab fail paper ke, putus cinta ke. Ada yang nak toreh tangan la, rasa nak terjun bangunan la.

Cari terapi untuk diri sendiri.
Ikut juga pada hobi kamu. Kalau suka melukis untuk cari ketenanga jadi melukislah banyak-banyak. Macam aku, aku anggap mengajar orang berenang ialah terapi bagi diri aku. Bila aku mengajar, aku akan melupakan masalah aku untuk seketika. Kalau mengajar kanak-kanak lagilah best, dengan gelak tawa mereka, kerenah mereka. Oh memang satu terapi untuk aku lupakan stress. Kalau sedih dan rasa nak menangis pula, aku swim. Yer, berenang dalam air, takde sapa akan nampak kalau aku nangis sambil berenang kan. Huahuahua..
*kadang-kadang bawa sketch book pergi pool*

*buat quick sketch dalam 5-10 minit*

Perkara biasa tapi orang selalu tak buat: Istighfar dan baca Al-Quran.
Serius ni, beristighfar lah kalau anda ada masalah. Kadang-kadang ada time hati rasa sayu aku baca la Yasin. Tapi tak patut macam ni, sebenarnya bukan waktu stress atau sedih aje kita kena baca Al-Quran. Patutnya kena baca selalu.huhu.Barulah tenang kan.

Melihat alam
Aku memang suka nature. Aku suka pokok yang menghijau. Aku suka bila angin bertiup ada bunyi daun bergetar (oh daun bergetar ke? apa entah nak sebut tapi rustling leaves gitu). Rasa nyaman. Suka bau rumput. Suka air. Tengok langit nampak bintang. Semua benda tentang alam aku suka. Serius aku rasa tenang sangat. Macam kawan aku dari Iran dia suka nature.Dia kata: When I look around, I feel like God is talking to me. So mungkin aku pun rasa macam tu. Rasa macam ahh, lupakan sejenak masalah, aku perlu bermeditasi gitu.

Jangan pikir semua masalah dalam satu masa
Ni kawan aku yang bagitahu. Kadang-kadang kita pikir semua masalah dalam satu masa. Sebab tu stress. Kita kena pikir satu persatu dulu. Biarkan satu-satu masalah tu diselesaikan. Contohnya masa final sem tu aku stress sebab kena buat design la, model la, kena jadi coach lah, kena buat thesis lah, kawan baik meninggal la. Macam, semua perasaan bercampur aduk. Jadi kawan aku kata, pikir satu-satu dulu. Selesaikan mana yang harus diselesaikan dulu (mana submit dulu yang tu pikiaq habis-habis dulu naa). Kalau pikir semua dalam satu masa otak pun boleh jam.
*random: korang tahu air Milo kotak yang Sensasi Meletup tu? Sangat tak paham apa motifnya*

*nampak lobang kecik kat straw sensasi meletups boom kebaboom tu? Bila sedut air milo nanti air dia macam tertembak di lelangit. Maka mungkin itu lah maksudnya sensasi meletup. Again, MOTIF??*

Jadi inilah antara yang aku amalkan supaya aku lebih senang hati. Aku memang latih diri aku begini. Jadi bila ada masalah aku cuba cari alternatif lain untuk buat aku lebih gembira tanpa susahkan sesiapa.Kadang-kadang berkongsi masalah dengan kawan baik pun best juga, rasa lega tambah-tambah lagi bila mereka bagi sokongan dan nasihat bernas. Sebab tu bila cari kawan, cari kawan yang ada waktu kau susah. Bukan cari kawan waktu nak enjoy huha-huha aje.

p/s: kalau ada sesiapa nak tanya soalan berhemah sikit boleh lah tanya kat Formpring aku. Nanti kalau aku ada pendapat aku sendiri insyaAllah aku share kat blog. Kalau soalan mengarut atau aku rasa macam "hekelehhh.." biasanya aku tak jawab atau delete je. kuang.kuang..kuang..


"Selepas kesusahan pasti ada kesenangan. Selepas setitis air mata pasti ada kegembiraan"

*random: bila rasa nak buang tebiat, snap gambar muka sendiri dekat skrin PC.send kat bf. Kononnya gambar paling bajet cun. Then bagitahu dengan eksaited: "saya mekap sendiriii pergi dinnerrrr.. amacam?"
eee..giler macam nak attention doh. *

Kadang-kadang Seperti Tahu Kenapa Orang Boleh Curang


Ini ialah pengalaman aku sendiri. Aku anggap ini ujian. Aku kan dah habis belajar kan, ada seorang junior ni pass aku contact number seorang lelaki ni suruh aku call sebab firm mereka memerlukan Assistant Architect. Jadi aku pun contact la sebab nak update la kan boleh apply ke tak.

Jadi aku call, dan lelaki itu suruh aku hantar resume through email. Aku pun buat lah. Yang aku peliknya, lelaki ini selalu SMS walaupun tak berkaitan kerja. Aku layan macam biasa jelah. Aku ingatkan dia nak update pasal kerja. Then ada gmail chat tu. Dia tegur-tegur. Aku ni macam, hurm,hormatlah kan mana tahu dia bos ke apa ke kan untuk firm tu lagipun aku nak minta kerja ni.

Malam pula dia call.Aku rasa macam.. Hurmmm.. Tapi aku angkat jela. Sebab taknak cakap panjang-panjang aku cakap aku nak tidur dah. Dia kata masa aku call mintak kerja tu dia kata entah kenapa tergerak hati rasa nak berkawan dengan aku. (takkan lah suara aku ni merdu macam Siti Nurhaliza kot? daaaa..)

Disitu aku rasa macam lain macam dah padahal masa dia tegur di gmail chat tu dia ada tanya aku ada boyfriend ke aku cakap lah ada. Secara normalnya, bukankah kalau kau tahu seseorang itu sudah ada pasangan kau takkan  kacau? Jadi aku sekadar berjaga-jaga lah.

Masa tu pula boyfriend aku agak busy. Kami dahlah jauh T_T ..Nak SMS pun agak susah. Kadang-kadang aku yang busy tapi nak dijadikan cerita masa tu aku rasa macam lone ranger gitu sebab aku rasa macam bf aku macam abaikan aku (giler gedik secara tiba-tiba) Padahal sebelum ni aku yang selalu busy. Jadi aku memang tak salahkan bf akulah. Cuma time tu je aku tiba-tiba nak emo.

Kalau aku ni gatal tangan nak terus menerus SMS dan chat lelaki tu hanya kerana aku rasa aku lonely ke apa, Bukankah sangat tak patut? Dan lelaki itu terus menerus SMS aku. Ajak on gmail la. Oh noo.. Serius aku rasa macam lain macam. Malam tu aku bagitahu jelah baik-baik kat lelaki tu.

"Mr.X, saya sebenarnya rasa tak selesa kalau SMS macam ni yang selain pasal kerja & untuk saja-saja ni. Saya harap Mr.X paham. Saya taknak rasa bersalah dengan bf saya sebab main msg dengan laki lain. Saya ada hati yang saya kena jaga. Saya harap awak paham dan tak kecik hati eh." 

Fuh lega sebab dah sampaikan apa yang aku rasa. So dia kata takpe, dia paham.

Hurmm.. Maka haritu aku rasa aku dah buat apa yang sepatutnya aku buat.Walaupun ada kemungkinan terlepas peluang pekerjaan. Walaupun aku rasa macam nak emo dengan bf aku tapi itu bukanlah alasan untuk aku layan lelaki lain lebih-lebih. Kawan lain eh. Even kawan lelaki pun takkan rajin nak SMS dan call bagai ni kan? Jadi lepas tu aku setel lah apa yang patut dengan bf aku. So yes, kesimpulannya be honest. Be honest apa yang aku rasa terhadap love  relationship aku.Bincang dengan baik. Be honest dengan orang lain juga bahawasanya aku sudah berpunya dan ada hati aku kena jaga. Aku percaya kalau benda sama yang berlaku pada pasangan aku, aku mengharapkan dia ambil tindakan yang bijak.

p/s: So aku rasa mungkin aku dapat agak kenapa ada orang boleh curang. Mungkin kurang perhatian dari pasangan mereka, dalam masa yang sama ada orang lain mencucuk ke kan.Disebabkan pasangan tak layan, ah lebih baik layan orang yang layan kita lagi bagus. Mungkin macam tula yang mereka ni pikirkan kot.  Tinggal hati kuat atau tak je. Mahu terus setia atau tak.



When asked if there is anything wrong don't say nothing when you know there is something in your mind. 
SPEAK! not loudly but CLEARLY.

Monday, April 18, 2011

Curang Itu Tak Indah. Curang Itu KHIANAT.

Aku pernah beberapa kali terbaca orang kata curang itu indah. Yes, ianya memang subjektif.
Indah jika anda lelaki kasanova. Atau playgirl barangkali. Tapi jika anda ialah orang yang dicurangi sedangkan anda begitu setia, oh percayalah, betapa anda rasa dikhianati.

Pedih, mestilah pedih beb. Kadang-kadang orang boleh ambil mudah maksud curang ni.Macam:

"hello~ bukannya  I sampai tidur dengan dia pun yang you nak jeles sangat ni kenapa??"

atau

"ada you nampak I dating dengan dia ke?" ceh padahal asyik SMS, skype ke, YM ke.

Contoh terbaik untuk aku jelaskan ialah cerita disebalik video clip Beyonce ni. Aku rasa video clip dia memang betul-betul bermakna dan sangat menggambarkan keadaan yang selalu dihadapi oleh pasangan lebih lebih lagi kalau pasangan anda kaki flirt. Kadang-kadang susah nak kantoikan dia tapi kita tahu yang dia tak jujur dengan kita. Macam mana entah nak explain. Korang layan jelah video ni dulu.




Sebenarnya kan, aku cuma nak pesan lah kepada anda di luar sana. Hargailah pasangan anda. Lebih-lebih lagi pada yang dah kahwin. Ingatlah di saat betapa sukar untuk kamu mendapatkannya. Bila dia dah serahkan hatinya pada kamu, bermaksud dia benar-benar mempercayai kamu. Dan apabila kamu telah mendapat hatinya, layan lah dia dengan baik. Pendek kata, jangan buat si dia fed up dengan perangai kamu yang makin menjadi-jadi lantas bila si dia tinggalkan kamu, kamu yang merana, padan lah muka.

Kalau macam aku ni kan, memandangkan aku ni perempuan lah, aku cuma mahu dilayan baik-baik. Layan aku seperti aku ini perempuan, bukan lelaki.Aku tak mintak pun dilayan macam Princess nak itu ini semua dapat. Maksudnya, biarlah si dia kekal  layan aku baik-baik aje. Aku taknak makin lama makin layan aku teruk-teruk. Lebih baik dia layan aku teruk-teruk dulu baru baik-baik berbanding masa awal-awal baik-baik makin lama makin buruk pulak,paham ke eh?

Dan aku selalu dengar benda ni " lelaki kalau nak dapatkan perempuan, bukan main beriya, layan baik bagai nak rak suweet dia. Tapi bila dah dapat. Layan macam nak taknak aje." So macam mana? Ada sesiapa setuju tak?

Tapi bercinta ni memang banyak dugaannya... (nada atuk-atuk bagi nasihat). Kalau aku, kalau aku punya pasangan macam  lelaki dalam video clip ni. Wallaweii.. kecewa gilakkk. Feeling aku macam muka Beyonce part ending tulah T_T sedih kan.Tapi aku tahu, sampai satu masa, bila aku betul-betul fed up. I will let go, move on. And never look back. So, hargailah pasangan anda. Aku pesan untuk diri aku sendiri jugak lah ni.

Thursday, April 14, 2011

Akhirnyaaa, Aku Telah Menjadi Seorang Penulis Majalah!

Okey maaf, tajuk agak over disitu ye. Boleh macam buat-buat rabun tak nampak tajuk ok. Heee..

Merujuk kepada ENTRI ini, aku pernah katakan yang aku diberi peluang untuk menulis dalam satu majalah baru di Malaysia. Majalah ini bertajuk MY Cuti-cuti. Edisi pertama dah keluar dan editornya telah mengepos satu salinan untuk aku. T_T terharu. Majalah ini bukanlah majalah untuk dijual. Tetapi merupakan majalah berbentuk pengiklanan berkaitan percutian di Malaysia. (mungkin juga ada selitan tentang negara luar)

 Ni ialah muka depan majalah tersebut. Aku suka konsep majalah ni. Kalau kamu jenis yang suka travel jugak, aku pasti kamu pasti suka dengan majalah ni. Banyak tips dan info boleh dapat, contohnya macam number tempat penginapan, tips percutian. Jadi edisi pertama ni aku diberitahu liputan khas ialah  tentang pulau.Jadi aku hantar artikel tentang Pulau Tioman.

Heee. Rasa berbesar hati penulisan dan foto yang aku ambil masuk majalah T_T  Ini lebih menerujakan daripada muka sendiri keluar majalah sebenarnya.

 Aku punya artikel keluar dalam 2 setengah muka surat. Besar juga majalah ni. Saiz macam paper Kosmo! Haa tengok, siap ada direktoripasal Pulau Tioman Resort dan Chalet lagi tau.

Dan di bawah ni ada juga lah orang lain punya artikel tentang Pulau. Memang menarik! Tapi tak boleh lah nak letak semua kan.


Pulau Redang

Pulau Mabul

Festival Layang-layang di Pasir Gudang, Johor

Hurmmm.. Aku tak tahu lah kenapa aku rasa seronok pula dapat submit artikel dan disiarkan. Ohya, majalah ni takde di kedai.Tapi editornya bagitahu aku, majalah ni macam lebih kurang brochure pasal tourism dimana kamu boleh ambil sahaja secara percuma. Macam kat LRT station ke, KLIA ke, Tourism Center ke. Cuma masih baru kan, edisi March, jadi aku tak pasti susah ke senang nak dapat majalah ni. Yang aku tahu kalau boleh aku nak baca setiap edisi. Sebab memang sangat informative dan gambar-gambar pun menarik. Kalau tak jumpa majalah ni, aku pun tak tahu Pulau Mabul tu kat mana. 

p/s: aku tunjuk artikel aku pada ayah aku. Dia kata ada juga yang ikut atuk aku suka menulis. Rupanya atuk aku dulu journalist bahagian foreign news di surat khabar New Straight Times. Aku baru tahu. Aku tak berkesempatan jumpa atuk belah ayah aku. Meninggal muda.huhu. Ayah aku kata atuk aku memang terer English. huhu. Tapi aku tak sehebat dia maah.. 


Tuesday, April 12, 2011

I Have New Babies Named Guppies

Hohoho. Saya tidak melahirkan baby yer.
Tapi saya ada kesayangan baru. *smile,smile,smileeeee..*

Sebenarnya aku suka tengok ikan. Apa-apa yang berkaitan aqua aku memang suka. Tapi dalam banyak-banyak ikan aku suka sangat dengan ikan guppy. Ada sesiapa suka ikan guppy tak? Bagi aku tengok ikan sangat menenangkan. Sayangnya kolam kat taman rumah ni mak aku letak ikan koi sebab dapat free masa buat kolam. Aku usaha juga beli ikan guppy masukkan dalam kolam tu tapi baru sehari dah hilang. Mesti ikan koi makan. T__T  jahat!

Jadi pada satu petang tu aku decide untuk bela ikan kat bilik. Nak bela ikan guppy. Aku beli kat Akuarium di Section 2. Bekas dia+ batu karang + anti klorin+ makanan ikan + sekapel ikan = RM17.30 camtu la. Murah lah tu daripada beli ikan flower horn seekor RM300. MAK DATOKK!!

Jadi, inilah barang-barangnya yer kawan-kawan. Aku cuci dulu whoa batu karang tuh.Takut ada kotoran apa-apa. Memang berpasir. Nasib baik basuh dulu.

 Lepas tu ambil satu pokok kiambang  kat kolam kecik kat taman rumah ni. Konon-konon home sweet home la untuk guppies ni.Mana lah tahu kot-kot dia suka ke main aci-aci buka pintu..Main Kuch-kuch Hota Hai ke. Lagipun pokok kan bagus untuk bagi oksigen.


Aku letak atas meja depan lapop ni. Weehuu. Kan aku beli sepasang kan, jantan betina. Masa mula-mula tu aku tengok mereka macam kekok je. Macam takut-takut je dengan tempat baru. Lepas tu dah ok dah. Yang jantan dah mula mengorat yang betina tu. Heheh. Tujuan aku beli sepasang memang sebab nak diorang beranak pinak. Yeayyy bestnyeee =B

Aku tengok kat rumah bestfriend aku kan, ikan guppy dia dah banyak babies. Comelnyeeee.. Sebenarnya aku nak yang ekor biru tapi salah pilih pulak.Takpelah lain kali aku beli sepasang yang lain warna biru pulak dengan rumah berasingan. 

[picture from Google] susah nak zoom ikan ni jadi aku amek dari Goole jela. Ikan aku yang jantan sama lah dengan macam dalam gambar ni. Yang betina pula lebih kurang la. Ekor oren jugak. 

Nanti aku nak beli ikan guppy warna biru pulak yang macam ni:


Ada sesiapa yang bela ikan guppy tak? ada apa-apa tips yang aku perlu tahu tak? nak share ke.. Aku first time bela ikan guppy dalam bekas camni ni. Tapi memang syiok la tengok dia berenang. Macam layan aje. Hilang stress sekejap. 


p/s: sebenarnya sangat suka kucing tapi Mama aku macam tak larat nak bela dah. Aku pun bukan selalu ada dirumah pun. Nak bela hamster tapi takut sebab pernah kena gigit. Sakit woah kau bayangkan gigi dia yang keras gigit kuaci tu gigit jari aku. Sugar glider macam best kan? Ah aku ni apa-apaan sajalah. Semua nak. Tamak bin Haloba betul.

Sunday, April 10, 2011

Kenapa Saya Busy Sejak Akhir-akhir Ni dan Menjawab Soalan Formspring: Cik Sophie pandai masak?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga anda sihat dan makanlah makanan yang sihat, okey!

Siapa perasan sejak akhir-akhir ni aku macam lambat giler update blog. Mau seminggu sekali aje bila check balik. Adoii lah. Tapi.tapi..tapi.. Aku bukanlah saje-saje taknak update. Aku sayang woo dengan blog aku ni. Dengan pembaca yang sporting lagi supportive lagi. Sayang u'olls nok..

Aku pernah terima soalan Formspring dengan soalan begini: Cik Sophie pandai masak? what's your speciality? Jadi aku jawab secara simple la.



Sebenarnya, dalam hidup aku, aku susah hendak mengatakan aku pandai dot dot dot.. Macam,

aku takkan cakap aku PANDAI  berenang, tapi aku BOLEH berenang.
aku takkan cakap aku PANDAI melukis, tapi aku BOLEH melukis.
aku takkan cakap aku PANDAI memasak, tapi aku BOLEH memasak.

perkataan PANDAI tu bagi aku macam aku rasa tak layak nak sebut. Jadi, pandai dan boleh itu dua perkara yang jauh sebenarnya sebab pandai itu lebih kepada pro dan mahir aje bunyinya. Okey, intro over pulak ni yang menyampah ni dengan diri sendiri.

Sebenarnya aku cuma nak cakap  Sebenarnya, ehehehe.. Sebenarnya aku agak sibuk sebab aku mula menjinakkan diri aku dengan berniaga. Berniaga ape tu? Bukan online blogshop,bukan jual shawl. Tetapi aku berniaga makanan. Aku jual makanan yang pasta-based. So gambar di bawah ni ialah recipe aku yang mula-mula aku saje je masak untuk makan sendiri ala-ala makanan sihat untuk berdiet tapi sejak digemari ramai oleh housemate lama aku dan kawan-kawan aku, aku terfikir untuk cuba market. Tengok ada laku tak.

Setelah hampir dua minggu mencuba dengan beberapa masakan lain seperti carbonara mushroom spaghetti, spaghetti, megi goreng. aku mendapati yang fried pasta yang aku buat ni tetap menjadi permintaan orang. Kalau aku tak jual nanti selalu ada yang tanya : eh tak jual fried pasta ke harini? T_T oh rasa macam terharunyaa.



Kat mana aku jual? disebabkan aku masih dalam proses bereksperimentasi, jadi aku punya strategi ialah jual di tempat dimana ada crowd dan dimana tempat yang aku tahu ramai orang lapar. Tak lain tak bukan, studio di fakulti aku. huahuahua. (apesal gelak macam keji je nih? I tak suke taw) Sebab aku sendiri pernah jadi pelajar studio-based. Makanya lewat malam waktu cafe dah tutup tula selalu budak-budak lapar. Jadi waktu tula aku pergi berniaga. Thanks kat ayah & adik aku sebab selalu teman. Mak aku paksa ayah aku teman sebab risau aku balik lewat malam. Aku jalan dari satu tingkat ke tingkat,dari studio ke studio. Giler semangat bunyinya. Tapi takdelah macam yang abang aku cakap : kau jual macam yang hantu nasi lemak tepi tingkap tu ke? "dik, nak nasi lemak?~ *dalam nada yang scary*  



Toasted sandwich seperti dalam gambar di atas ni pula selalu jadi fast-selling food. Sebab kan, Inti dia memang special.Susah nak jumpa kat mana-mana kedai. Inti dia recipe ayah aku. Daging berempah plus cheese. Kiranya bila sandwich ni dibakar, cheese itu melted & what more can I say.. Yummeh~

So kenapa aku pilih nak berniaga masakan? Bagi aku, makanan tak bersifat bias. Kalau aku nak jual barang macam shawl, mesti majoriti customer semua perempuan. Nak beli bukan hari-hari. Makanan ni lelaki perempuan dua-dua perlukan. Hari-hari pula tu perlu makan. Jadi, sebab tula aku pilih untuk berniaga secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan. Lumayan ke cik Sophie oii? Alhamdulillah la, dah buka satu account khas untuk menyimpan aje bagi perniagaan ni. =)  =)  =)  rejeki. Aku memang tak berharap sangat duit dari berblogging sebab aku taknak rasa terikat dengan blog dan asyik duduk online aje. Satu potensi untuk pembesaran punggung jadi I tak mahu. I mahu angkat barang berat dan jalan-jalan supaya konvo nanti kurus sedikit (salah satu sebab gak la gi berniaga.hahaha..)

Perniagaan ini bermodalkan gaji aku ngajar orang swim. Alhamdulillah. Guna duit mak ayah is a total NO. Tapi sebenarnya aku masih menunggu untuk kerja di firma arkitek. Wa sudah rindu sama architecture laaaa.. itu Autocad sama Sketch Up sudah lama tidak bikin. habislah wa.


The chef. The entrepreneur *lah sangat* The lifeguard. The swimming instructor. The future architect. Oh I just love my life. So full of experiences . wallaaa..wachiaaa!!

*I used to be in the situations where people just can't stop questioning why am I doing this, why am I doing that (something that has got nothing to do with architecture, AT ALL ) But I've  always have faith in myself, reminding again and again what my father told me " One good thing will lead to another ". And until this point in my life, I have never regret what i have started =) *

p/s: kalau ada sesiapa nak buat tempahan makanan pun boleh  =8)  Hidung kembang tanda berbesar hati. Nak tester boleh datang rumah. Jangan datang minang sudah. wah hah hah.. Gelak keji lagi. Macam lah ada yang sudi. Nanti kalau aku rajin aku snap gambar makanan yang lain pula. =B

Sunday, April 3, 2011

Haritu Saya Ke Kelantan dan Terengganu tau..Kenduri Kahwin dan Menunggang Kuda.

Assalamualaikum wahai para pembaca..

Haluuuu!!!!!
Macam dah nak hampir seminggu tak update. Wah tak sangkanya aku sekarang ni jarang update. Biasanya kalau di rumah aku rajin update. Tetapi aku banyak perkara nak buat. Hohooo. Harini aku cuma nak share aje cerita pasal kawan baik aku kahwin. Kawan satu studio. Kenduri di Kelantan. Dah lama aku tak ke Kelantan. Aku pergi naik bas. Balik naik flight. Wey jauh giler gerak dari Shah Alam ke Kelantan. Aku dapat merasakan punggung  dah cramp sepanjang 7,8 jam dalam bas tuh. Dah la sejuk. Tak pakai sweater pulak tu . Manelah aku biasa travel jauh-jauh naik bas. T_T   Eh tapi kan Sani Express memang selesa.

Kesian kawan aku si Aty ni weh, sehari sebelum akad nikah, suami dia accident masa dalam perjalanan. Yela, waktu tu hujan memanjang, turun bukit tergelincir. Kereta tergolek (bukan berputar eh) tergolek 3 pusingan. Dia kata dia dah mengucap bagai dah ingatkan tak selamat. Tapi umur masih panjang. Alhamdulillah.

Apesal I pulak yang nak berdebar-debar nih? Kuikui.. sebab nak jumpa pakwe yang dah lama tak jumpa. Huahua.

Hurmm..Tak sangka ayu giler Aty ni. Masa dulu-dulu aku ingat lagi gaya ala-ala tomboy dia. Sekarang dah jadi bini orang dah. Huwaaaa.. T_T  terharunyaaa.. Dah 4 orang kawan kelas aku dah kahwin. Lepas kenduri aku gerak ke Terengganu. Aku suka Terengganu sebab ada pantai yang best & environment dia agak menenangkan kot.



Kenduri kat Kelantan hari Sabtu. Ahadnya kat Terengganu kan, aku dengan kawan-kawan main bowling kat hurm..kurang pasti nama tempat dia tapi macam Pusat Sukan dekat dengan Terengganu Equestrian Resort.

Seriously aku "sangat pandai" main bowling. Aku baling asyik masuk longkang aje. Haaa. terer tuu. (-_-') Agak menyedihkan.



Motif?? Haa.suka sangat pemandangan kat sini. Rumput dia hijau, luas. Tapi tak nampak kuda jalan-jalan pun kat padang ni.



Last-last main serbu je masuk. Huhu tak sure sebenarnya boleh masuk ke tak tapi sebab pantang nampak binatang comel mesti nak pegang. Hee. Comelnya pony niiii! Rasa macam nak culik aje. 

Petang tu aku ke Pantai Teluk Ketapang wooo.. Yang dekat dengan Airport Kuala Terengganu. Cantik la pantai dia. Dah lah ada kuda pulak tu. (^_^) setiap kali datang Terengganu aku mesti nak naik kuda. Tak tahu kenapa mesti dalam otak ada pantai=kuda. 

Sebenarnya aku nak naik kuda besar barulah nampak gagah sikit kan.tapi tuan kuda tak bagi. Jahat lorrhh. Sampai hati, aku dahlah datang dari jauh. Dia suruh kawan aku yang tinggi tu yang naik kuda besar. Tak aci. Diskriminasi ketinggian betul T_T  Dia kata aku kecik kena naik pony. Pftt! Kecik lah sangat. Aku rasa kurang yakin aje pony ni boleh bawa aku.

Tapi takpelah. Janji dapat naik okeylah tu daripada kempunan kan. Kuda ni betina tapi nama dia Tuah. Apakah? Tapi serius comel kan muka dia. Macam baby-baby gitu.. =D  

Aww..She's such a sweetheart.. Mesti dia sayang aku kan? Kahkah.. (mesti dia tak sabar suruh aku berambus sebab tak larat angkat aku. Cis!)


Haaa lepas tu barulah kami jalan ke tepi pantai. Hurmm.. Sebenarnya kawan-kawan aku kata biasanya time tu dah habis dah musim tengkujuh tapi entah kenapa ombak dia kuat semacam. Rasanya efek dari Tsunami di Jepun kot..



Haaa..Cuba lah tengok ombak putih tu, Besar kan. Orang nampak kecik aje. Aku walaupun reti berenang seriau jugak beb tengok ombak ganas macam ni. Tak lama lepas tu kami balik la sebab risau pula tengok ombak kuat macam ni.

Aku singgah Teregganu kejap aje. Flight aku hari Isnin jam 8.20am. Disebabkan lama giler tak naik flight, aku jadi macam teruja giler kot nak naik. Huahua. Masa booking tiket sebenarnya nak book Air Asia. Boleh chop-chop tempat duduk. Mestila nak duduk tepi tingkap kan. Sekali system dia problem ke apa, kecewa giler. Book jela Firefly, cepat je. Tapi sedih tak dapat chop tempat duduk. Tapi kan, nampaknya impian aku tercapai.. Aku dapat jugak tempat duduk tepi tingkap. T_T Terharunyaaaa.. Tahu tak aku ni kalau naik apa-apa kenderaan senang giler terlelap. Tapi disebabkan semangat naik flight aku tahan mata tak tidur. Sebab nak tengok apa ada kat bawah. Huahua. Lame giler. Ok fine. Aku nak merentas Banjaran Titiwangsa that's why aku semangat.!

Jeng.jeng..jeng...Sempat snap gambar dari atas. Bestnya tengok planning bandaraya rumah-rumah segala ni. Paling best sebab tengok nature. Oh rupanya negara kita memang sangat banyak pokok. LOL. Macam tak belajar Geografi  pulak aku nih. Hurmm..



Aku punya seat selari dengan sayap kapal terbang. heheeee.. Aku ada kat atas awan. Huwaaa.. Teringat Doraemon terus. Kan dia ada serbuk bagi awan jadi pepejal lepas tu boleh jalan atas awan lompat-lompat baring-baring. Sumpah aku rasa macam teringin giler nak ada Doraemon time tuh.


Macam gula-gula kapas pun ada. Heheeee.. Ok, maaf di atas keterujaan aku. Cuma aku memang eksaited giler aku pun tak tahu kenapa. Aku asyik senyum sorang-sorang aje. Ohya, aku balik sorang-sorang aje. Aku nak tegur makcik kat sebelah aku, tapi muka dia masam aje. Takutnya =(  aku rasa mungkin aku dah terambil tempat duduk dia lah yang sebenarnya. Gulp~

p/s: Perjalanan naik flight dalam sejam aje berbanding aku naik bas 7,8 jam yang boleh cramp punggung tu?? arghhhhh. Pengalaman~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...