Sebab aku yang duty waktu tu. T__T
Kalau dibagitahu ada orang lemas di kolam, mesti soalan pertama yang ditanya ialah:
"eh, takde lifeguard ke yang jaga?"
Hurmm, jadi aku nak cerita lah apa yang jadi tadi sewaktu aku sedang bertugas selaku lifeguard di kolam renang UiTM sewaktu sesi renang wanita.Ok, untuk satu kolam renang bersaiz olimpik, dua orang penyelamat adalah tak mencukupi sebenarnya. Sepatutnya sesi ni ada 4 orang lifeguard. Tapi harini 2 orang je dapat duty.
Jadi memandangkan 2 orang aje yang ada kami fokus di tempat dalam sahaja.Tambah-tambah lagi sebab ada orang lemas di tempat dalam baru-baru ni. Tapi sempat diselamatkan la.Tempat cetek aku pandang gitu-gitu aje dari jauh.Tempat cetek = 1.2m. Dalam=2m .Sebab aku percaya bila cetek risiko nak lemas tu sangat kurang. Begitu juga kawan aku. Dia ada diseberang kolam. Mengawasi tempat dalam juga.Sebab kalau ada orang lemas, kita perlukan back up, agak risiko kalau selamatkan sorang-sorang aje.
Masa aku sedang mengawasi tempat dalam, tiba-tiba ada orang jerit minta tolong. Di tempat paling cetek. Aku cuba memahami apa yang aku nampak. Aku nampak ada dalam 2 orang dewasa sedang memangku seorang kanak-kanak dalam air dan bawa ke tepi kolam. Ah sudah. Ada budak lemas. Panik.
Aku lari. Kawan aku sampai dahulu sebab dia lebih dekat. Aku nampak budak tu tak sedarkan diri. Kaku.Mata dia dah naik keatas. Muka pucat. Oh muka aku pun dah pucat barangkali. Jadi aku tak pikir panjang. Pastikan takde orang ramai mengelilingi mangsa. Lepas tu pastikan dia berada dalam recovery position.Panggil pakcik kat kaunter suruh call Ambulans. Pastikan nadi dia di leher masih berdenyut. Nafas di hidung masih ada. Masa mula-mula aku ingatkan budak ni dah tak selamat =( tapi Alhamdulillah, masih ada nadi. Aku tepuk belakang dia. Tengok dia ada respon tak.(sebenarnya aku tak sure nak buat apa sebab dah panik jadi aku macam ingat-ingat lupa apa kena buat huwaaaa..T_T )
Sebelum sempat aku bagi CPR, budak tu dah bagi respon. Dia bernafas lebih laju. Dada dia turun naik lebih kuat. Alhamdulillah. Dalam recovery position tu aku dan orang lain urut belakang dia. Tak lama lepas tu dia muntah. Keluar banyak sangat air. 3 kali dia muntah. Ok, kalau dia muntah air tu kira bagus sangat lah. Aku check tapak tangan dia luka. Jadi aku kurang pasti dia lemas sebab panik sebab terluka atau kaki dia cramp.
*ni recovery position. Kaki pula silang macam kaki di penjuru atas kiri gambar. Untuk teknik selamatkan mangsa lemas boleh baca di entri aku INI*
Tak lama lepas tu ambulans datang. Fuh. semua berlaku dengan sangat pantas. Memang mula-mula aku ingatkan budak tu dah takde harapan dah sebab mata dia terbuka tapi mata hitam dia ke atas. huhu. Jadi disini aku tahu mungkin ada yang tanya, macam mana lifeguard buat kerja ni.?
So aku nak explain la,first sekali, memang ada notis, sebarang kemalangan adalah atas tanggungjawab sendiri. Second,sebenarnya jaga kolam ni bukan senang. Memang kami telah dilatih. Tapi seperti yang aku katakan tadi. Menjaga kolam renang bersaiz olimpik memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang. Bila tinggal dua orang, kami akan lebih menjaga kawasan dalam kerana menganggap tempat cetek risiko kelemasan adalah rendah. Tapi malang tak berbau. Seorang ibu pun boleh terlepas pandang menjaga seorang anaknya, apatah lagi kami yang menjaga semua orang dalam kolam.
Oleh itu peranan ibu bapa juga sangat penting. Kalau bawa anak-anak kecil yang kaki mereka tak sampai/ tak cecah lantai, chest buoy & arm buoy ada disediakan untuk kanak-kanak pakai. Selain itu haruslah juga mengawasi anak mereka. Sewaktu aku bertanyakan kakak budak yang lemas tu, dia kata adik dia nak berenang dengan kawan.Jadi dia pun biarkanlah mereka bermain dan kakak dan ibu budak tu pergi ke tempat lain. Mula-mula budak tu pakai buoy (tak sure buoy apa) tapi apabila dibawa ketepi takde sebarang buoy pun yang attach dengan badan dia. Sebab kalau arm buoy akan disarung di lengan. Agak ketat untuk tertanggal. Chest buoy pula ada belt yang boleh diikat. Wallahualam.
Aku suarakan rasa bersalah pada Pak Cik Jamal.(staf kolam) Dia kata bukan salah kamu, pakcik dah ingatkan pada ibu dia jaga anak baik-baik. Pastikan pakai pelampung lengan tu.. Budak-budak kecil ni kaki dorang memang tak sampai cecah lantai.
Hurmm..Susah juga untuk 2 orang lifeguard menjaga 40-50 orang yang sedang berenang. Malang tak berbau. Baru-baru ni Bash pun selamatkan mangsa. Sebab kaki magsa tu cramp sewaktu berenang. Alhamdulillah walaupun dah banyak kali juga ada orang hampir lemas, tapi sempat diselamatkan la, belum pernah lagi kat sini ada kes lemas mati.
Aku tak dapat bayangkan kalau budak tu tak selamat.Dah tentu aku dengan kawan aku yang bertanggungjawab. T_T mungkin seumur hidup penuh rasa bersalah. huwaaaaa.. Sepanjang dua tahun aku bertugas, ini kali pertama aku betul-betul dihadapkan dengan kes lemas tak sedarkan diri macam ni. Oh sangat panik yer kawan-kawan. =,(