Pages

Saturday, April 23, 2011

Jika Air Mata Itu Bukan Pada Mata

Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah sungai yang mengalir.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah salji yang mencair.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah ombak yang menghempas pantai.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia adalah daun yang berguguran.


Jika air mata itu bukan pada mata,
Barangkali ia pada senyuman yang terukir.


Air mata itu,
bukan hanya pada mata perlu ia mengalir.


Kerana air mata itu
Barangkali selaju sungai yang mengalir.
Barangkali seperlahan salji yang mencair.
Barangkali seganas ombak yang menghempas pantai.
Barangkali sedetik daun yang berguguran.
Barangkali seukir senyuman di bibir.
Usah terlihatkan, biar dirasakan.


Air mata itu,
bukan letaknya pada mata ini
Kerana perit nan tak terperi.
Hati kering lagi kini.
Maka jangan kata aku tak peduli.


Terima kasih untuk segalanya.
Aku hanya menghitung waktu dan hari.....

9 comments:

  1. sofi.
    malam ini kita semua menangis
    :'(

    lega.

    ReplyDelete
  2. as salam..

    hoho~
    puisi untuk siapa tu? macm sedih je bunyinya? huhu..

    nak kata macam menghitung hari bahagia tu..saya pun was2. adei..

    bab2 penterjemahan puisi ni tak terer..
    adei..

    apa2 pun, rintangan dan ujian-Nya, jangan cepat patah semangat` ;)

    ReplyDelete
  3. wah kamu sangat puitis...
    terkedu sekejap OE baca ini...
    (n_n)

    ReplyDelete
  4. hmmm...
    mendengar (atau merasai) apa-apa sahaja tentang kesedihan, mengundang duka teramat. penyembuhnya adalah masa, dik.

    ReplyDelete
  5. hi commenter, thanks a lot for commenting.But really,no comment =)

    ReplyDelete
  6. waaduhhh.....pedih..puitiss...sekali...

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.