Pages

Sunday, April 24, 2011

Harini Rasa Trauma Ada Budak Lemas Di Kolam

Kenapa orang lain yang lemas aku pulak yang trauma ni?
Sebab aku yang duty waktu tu. T__T

Kalau dibagitahu ada orang lemas di kolam, mesti soalan pertama yang ditanya ialah:
"eh, takde lifeguard ke yang jaga?"

Hurmm, jadi aku nak cerita lah apa yang jadi tadi sewaktu aku sedang bertugas selaku lifeguard di kolam renang UiTM sewaktu sesi renang wanita.Ok, untuk satu kolam renang bersaiz olimpik, dua orang penyelamat adalah tak mencukupi sebenarnya. Sepatutnya sesi ni ada 4 orang lifeguard. Tapi harini 2 orang je dapat duty.

Jadi memandangkan 2 orang aje yang ada kami fokus di tempat dalam sahaja.Tambah-tambah lagi sebab ada orang lemas di tempat dalam baru-baru ni. Tapi sempat diselamatkan la.Tempat cetek aku pandang gitu-gitu aje dari jauh.Tempat cetek = 1.2m. Dalam=2m .Sebab aku percaya bila cetek risiko nak lemas tu sangat kurang. Begitu juga kawan aku. Dia ada diseberang kolam. Mengawasi tempat dalam juga.Sebab kalau ada orang lemas, kita perlukan back up, agak risiko kalau selamatkan sorang-sorang aje.

Masa aku sedang mengawasi tempat dalam, tiba-tiba ada orang jerit minta tolong. Di tempat paling cetek. Aku cuba memahami apa yang aku nampak. Aku nampak ada dalam 2 orang dewasa sedang memangku seorang kanak-kanak dalam air dan bawa ke tepi kolam. Ah sudah. Ada budak lemas. Panik.

Aku lari. Kawan aku sampai dahulu sebab dia lebih dekat. Aku nampak budak tu tak sedarkan diri. Kaku.Mata dia dah naik keatas. Muka pucat. Oh muka aku pun dah pucat barangkali. Jadi aku tak pikir panjang. Pastikan takde orang ramai mengelilingi mangsa. Lepas tu pastikan dia berada dalam recovery position.Panggil pakcik kat kaunter suruh call Ambulans. Pastikan nadi dia di leher masih berdenyut. Nafas di hidung masih ada. Masa mula-mula aku ingatkan budak ni dah tak selamat =(  tapi Alhamdulillah, masih ada nadi. Aku tepuk belakang dia. Tengok dia ada respon tak.(sebenarnya aku tak sure nak buat apa sebab dah panik jadi aku macam ingat-ingat lupa apa kena buat huwaaaa..T_T )

Sebelum sempat aku bagi CPR, budak tu dah bagi respon. Dia bernafas lebih laju. Dada dia turun naik lebih kuat. Alhamdulillah. Dalam recovery position tu aku dan orang lain urut belakang dia. Tak lama lepas tu dia muntah. Keluar banyak sangat air. 3 kali dia muntah. Ok, kalau dia muntah air tu kira bagus sangat lah. Aku check tapak tangan dia luka. Jadi aku kurang pasti dia lemas sebab panik sebab terluka atau kaki dia cramp.


*ni recovery position. Kaki pula silang macam kaki di penjuru atas kiri gambar. Untuk teknik selamatkan mangsa lemas boleh baca di entri aku INI*

Tak lama lepas tu ambulans datang. Fuh. semua berlaku dengan sangat pantas. Memang mula-mula aku ingatkan budak tu dah takde harapan dah sebab mata dia terbuka tapi mata hitam dia ke atas. huhu. Jadi disini aku tahu mungkin ada yang tanya, macam mana lifeguard buat kerja ni.?

So aku nak explain la,first sekali, memang ada notis, sebarang kemalangan adalah atas tanggungjawab sendiri. Second,sebenarnya jaga kolam ni bukan senang. Memang kami telah dilatih. Tapi seperti yang aku katakan tadi. Menjaga kolam renang bersaiz olimpik memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang. Bila tinggal dua orang, kami akan lebih menjaga kawasan dalam kerana menganggap tempat cetek risiko kelemasan adalah rendah. Tapi malang tak berbau. Seorang ibu pun boleh terlepas pandang menjaga seorang anaknya, apatah lagi kami yang menjaga semua orang dalam kolam.

Oleh itu peranan ibu bapa juga sangat penting. Kalau bawa anak-anak kecil yang kaki mereka tak sampai/ tak cecah lantai, chest buoy & arm buoy ada disediakan untuk kanak-kanak pakai. Selain itu haruslah juga mengawasi anak mereka. Sewaktu aku bertanyakan kakak budak yang lemas tu, dia kata adik dia nak berenang dengan kawan.Jadi dia pun biarkanlah mereka bermain dan kakak dan ibu budak tu pergi ke tempat lain. Mula-mula budak tu pakai buoy (tak sure buoy apa) tapi apabila dibawa ketepi takde sebarang buoy pun yang attach dengan badan dia. Sebab kalau arm buoy akan disarung di lengan. Agak ketat untuk tertanggal. Chest buoy pula ada belt yang boleh diikat. Wallahualam.

Aku suarakan rasa bersalah pada Pak Cik Jamal.(staf kolam) Dia kata bukan salah kamu, pakcik dah ingatkan pada ibu dia jaga anak baik-baik. Pastikan pakai pelampung lengan tu.. Budak-budak kecil ni kaki dorang memang tak sampai cecah lantai.

Hurmm..Susah juga untuk 2 orang lifeguard menjaga 40-50 orang yang sedang berenang. Malang tak berbau. Baru-baru ni Bash pun selamatkan mangsa. Sebab kaki magsa tu cramp sewaktu berenang. Alhamdulillah walaupun dah banyak kali juga ada orang hampir lemas, tapi sempat diselamatkan la, belum pernah lagi kat sini ada kes lemas mati.

Aku tak dapat bayangkan kalau budak tu tak selamat.Dah tentu aku dengan kawan aku yang bertanggungjawab. T_T mungkin seumur hidup penuh rasa bersalah. huwaaaaa.. Sepanjang dua tahun aku bertugas, ini kali pertama aku betul-betul dihadapkan dengan kes lemas tak sedarkan diri macam ni. Oh sangat panik yer kawan-kawan. =,(

41 comments:

  1. A
    l
    h
    a
    m
    d
    u
    l
    i
    l
    l
    a
    h

    d
    i
    a

    s
    e
    l
    a
    m
    a
    t
    .

    salam kenai.cute la awak..^^

    ReplyDelete
  2. Sophie! nasib baik budak tu selamat. Ya Allah, besarnya tanggungjawab jadi lifeguard. buat kerja lek lok! and congrats sebab dapat selamatkan budak tu. :)

    ReplyDelete
  3. wah scary! cmne nk jd lifeguard ek? mcm menarik :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah lah masih selamat.. ish ish ish... mesti sgt cuak masa tu

    ReplyDelete
  5. lya suka tgk kolam renang.
    tp masalahnya dri kecik x pandai berenang ;(
    penah gk hampir lemas tp nasib baik mama yg selamatkan.
    lya nie phobia air kot

    ReplyDelete
  6. lya suka tgk kolam renang.
    tp masalahnya dri kecik x pandai berenang ;(
    penah gk hampir lemas tp nasib baik mama yg selamatkan.
    lya nie phobia air kot

    ReplyDelete
  7. gelabah tak ko..weh aku dha pandai beghenang..ehehhe..selepas lemas kat air terjun..

    ReplyDelete
  8. oh takutnya...
    OE teringat masa OE lemas...
    lepas tu nasib baik sempat nak selamatkan diri...
    huhu...
    takut...

    ReplyDelete
  9. Whaa,susahnye jadi Lifeguard.. Sofiey nie tataw berenang pun.. Mesti penat law life guard nak jaga gak.. Hehehehe

    First time dropping by here Sophie. ;)

    ReplyDelete
  10. Sophie, syukur sangat dia selamat kan... Bahaya betul! Kalau jadi apa-apa kan habis lifeguard jugak yang kena walaupun ibu bapa yang cuai. Bash rasa kan lepas ni memang xsenang duduk Bash kat kolam tu... Semua tempat ada potensi untuk orang lemas, bukan tempat dalam aje.

    ReplyDelete
  11. huhu..kalau saya pun mesti rasa cuak jugak masa tu..mesti cemas gila..mujur budak tu selamat dan takde apa2..

    ReplyDelete
  12. fuhhh..slmt x pe..jgn la trauma sngt..bukan slh sophie..1.2 tu dalam kot..kalau lina..paras leher dah tu..inikan budak..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah selamat.. experience semua ni.. :)

    ReplyDelete
  14. fuh nasib la selamat.
    nana fobia dgn air tau kak.
    bab2 kolam atau laut sungai kah apa ka memang nana tak boleh.
    x pandai berenang, pernah lemas time darjah 2 T__T

    ReplyDelete
  15. mmng boleh trauma.. nsib bdak tu slamat.. klau x, mmng rse brsalah sgt2.. sbb libatkan soal hidup mati org.. yg pnting kak sophie dh wt yg trbaik ari ni.. pdulikan pe org ckp.. :)

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  16. woah.macam cuak bila berada dlm situasi camtu.untung Sophie dah g train aritu kan?kalau tak,lagi cuak nak selamatkan org.alhamdulillah,smua slmt.^_^

    ReplyDelete
  17. wohooo! menakotkan ! congrte cik sophie ! wlaupun cuak, tp ambik sbgai pnglaman =)

    ReplyDelete
  18. erra kyra: salam kenal juga. Terima kasih =)

    Yong Sofea: huhu.besar lah jugak.iskk! thanks ya. =) umur budak tu masih panjang..

    Lin Scherbatsky:
    Nak jadi lifeguard ada test. Basically kena tahu berenang dan ada stamina.

    Fiya Ahmad: hurmm..cuak memang tak tahu nak kata cuak tahap apa. memang cuax ke bebeh ahhh.

    ReplyDelete
  19. azaliah hjSalleh: hurm.yg fobia ni lah yang paling selalu kena masuk dalam air.

    Jiji Yu: tak, aku sentiasa cool =B hah bagusla dah pandai berenang. =)

    OE: hurmm..kena lah belajar berenang OE. bahaya kalau takde basic.malang tak berbau.

    SofieyAzwa: Hurmm..tak lah susah tapi berisiko tinggi. Hey thanks ya for dropping by =)

    Bash: tahu takpe. lepas ni memang kena pakai suit terus lah bila duty. And tak boleh duduk kat kerusi tinggi tu aje. kena mundar mandir.

    ReplyDelete
  20. Cik Sha: a ah. Syukur sangat dia takde pape. Cuma muka dia pucat sangat2..

    Lina Jalil: Hurm, yelah. klau org dewasa biasanya paras dada.kalau budak2 memang tenggelam.huhu.

    anisa: huhu..tak le nis, sekadar menjalankan tugas.

    Miss Ongy: tula. semua ni pengalaman..

    Nana:huhu..ramai yg fobia. sebenarnya yg fobia ni lah yg kena belajar swim.

    ReplyDelete
  21. farhana jafri: huhu..tula, bila libatkan hidup dan mati orang rasa macam Ya Allah.. takutnyaa pape jadi. Tapi Alhamdulillah la selamat.

    airaniez wirdani: hurmm..tula, nasib baik setiap sem buat training kasi refresh apa nak buat kalau berlaku kelemasan. huhu.. tapi still, cuak.. =(

    ReplyDelete
  22. Abah aku pernah kata, kalau bawak moto, dan tak pernah jatuh, org kata tu belum cukup layak nk digelar penunggang...

    same here..
    jd lifeguard, takde hal lemas2 camni, maknanya belum cukup layak nk pegang title lifeguard, kan??

    ingat, guru terhebat dunia adalah 'pengalaman'..

    ReplyDelete
  23. cEro: kawan aku yang baru2 ni selamatkan mangsa lemas pun ada cakap, setiap lifeguard mesti akan handle kes lemas walaupun sekali seumur hidup. Memang terngiang2 kata2 dia. Sampailah hal ni terjadi tadi. huhu.

    ReplyDelete
  24. hebatlah kau. hadap ke aku situasi gini, aku memang menggelabah tahap dewa dah.


    respek!

    ReplyDelete
  25. as salam..
    wah! lemas!
    alhamdulillah..

    erk. kalau kakai cramp,terus nak berenang kan dah jadi kalut. huhu..
    saya pun tak la boleh tahan lama bila berenang.cuma prinsip asas bila kaki dah nak mula cramp, tarik nafas dalam2 dan mula apungkan diri atas permukaan air.

    sebab kaki cramp pun, delaynya tak la. yang penting, mampu tahan nafas lebih dari 15 saat. tu sudah memadai nak recover kaki cramp.

    wow!
    saat sophie membantu mangsa.
    2 orang..saiz olimpik.
    pergh!! sophie kena selalu buat latihan lari pecut.sebab sorang kat seberang kan. kena la lari gila laju.tapi takut pula waktu masuk dalam air, kaki cramp sebab baru berlari.adei..

    haha. saya tak reti sangat menyelamtkan mangsa. sebab LEBIH diajar cara menyelamatkan diri sendiri je

    =_="

    recovery position tu macma gaya tidur. hehe

    ReplyDelete
  26. Pernah bersembang dengan seorang kawan - doktor.

    Dia pernah suarakan fasal isu bila pesakit meninggal dunia bawah seliaan doktor, mulalah family pesakit akan salahkan doktor.

    Well, not happening in your case, Alhamdulillah; tapi ajal ni kan bukan di tangan kita.

    Lifeguard like you ~ is there to assist; so don't feel guilty for whatever happen. Nama pun kemalangan kan? Sometimes if we are extra careful pun, still boleh jadi juga, right?
    :)

    ReplyDelete
  27. kalo panik jer sure x tau nak buat ape dulu kan..? cam sy dulu, masa my mom putus jari kat Teluk Kemang...x tau nak buat apa..nak menangis ker..nak pengsan dulu ker..nak mintak tlg org ker.. last2 ade org kat tepi pantai tuh bagi pastik ais utk letak jari tersebot..

    bab2 CPR nih dah lupe cane nak buat. Nak2 kalo panik tuh sure x bleh nak fikir mende. Pnh join kursus CPR anjuran Hosp Tganu thn 2004 kot...dah lame giler...sijil pun dah ekspayed.. huakakaka..

    ape2pun, SYUKUR ALHAMDULILLAH budak tuh selamat... and tahniah atas tindakan awal menyelamatkan budak tuh.. yer la..kita just buat yg terbaik & termampu dek kudrat kita kan.. ;)

    ReplyDelete
  28. Syukur Alhamdulillah..
    Budak tu selamat..
    Mmm.. tu la dinamakan malang x berbau..

    Kawan eb dulu lifeguard pernah mati sesama dengan org yg lemas.. Sbb dia kena cekik time dia rescue org lemas tu..

    Masa jd lifeguard x bertauliah dulu.. pernah juga ada stdnt perempuan panik masa river crossing.. dah nampak kat muka da yg dia takut.. n betul dia lemas... sebb dia lepaskn pegangan dia pd tali.. kmi biarkn dulu dlm beberapa saat.. lepas tu baru kmi selamatkn.. sbb dia meronta2.. bahaya.. Ini pengalaman EB klu pasal lemas² ni..

    Apa-apa pun syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  29. rugi gile lahh budak tu..
    tak sempat dapat CPR..
    hahaha..
    kalau penik sgt..
    klo aku..dlm kepala ingt CPR je
    hahaha

    ReplyDelete
  30. last week pergi snorkeling rasa macam nak lemas jugak
    pada hal pakai jaket keselamatan.
    gabra punya pasal.
    kikiki
    :p

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah dia selamat kan? kalau x, yana sendiri kalau jadi safeguards akan rasa bersalah..

    bukan blog baru, dah lama, cuma tukar emel baru dan templates baru.. =)

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah, die selamat........


    -------------------------------
    Mintak tolong vote no. 23 kat sini =)

    ReplyDelete
  33. adduuuiii...Alhamdulillah xde pape...risauu jugak..kalo bie jd sophie, mungkin panik jugak..takpe, u learned smthg kan..Syukur..

    ReplyDelete
  34. uish takutnye. mmg panik. tapi ok la tu sbb still leh pk nk wat dalam recovery position.

    pengalaman. pasni takde la panik lagi. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  35. susah jugek ye.. mm.. pepun, tahniah cik sopie, alhamdulillah. :))

    ReplyDelete
  36. kak sophiee, rindu kak sophieee:)
    apa khabar?
    walaweehhhm lemass?? takut nauu klu bab lemas2 nii..
    tp alhamdulillah dh selamat kn??
    take care...

    ReplyDelete
  37. SCARY NYA JAGA POOL NI,LAGI2 KALAU JADI BENDA MCM TU.WUWUWU T_T

    FIRST RANDOM GIVEAWAY.GRANDPRIZE:RM100,COKLAT BROWNIES,REVIEW BLOG:D

    ReplyDelete
  38. kalau aku pon aku rasa bersalah giler

    ReplyDelete
  39. saya ni walaupun dah ada ILS, recovery position tu mcm samar samar je nak ingat. ape pun tahniah lah sbb boleh selamatkan budak tu.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.