Pages

Monday, May 2, 2011

Walaupun Tak Suka Bergosip Dalam Blog Tapi Kali Ni Nak Bergosip Jugak.

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua yang datang blog ni, aku ucapkan terima kasih. Tapi aku rasa menyedihkan sebab kat tempat aku ni hari-hari hujan. Modem internet rosak. Aku rasa nak tunggu musim hujan ni reda sikit baru beli modem baru. Maka sebab itulah aku tak dapat nak reply komen korang mahupun terjahan dari korang. Ni pun aku update di Cyber Cafe je. T_T maka tiada gambar untuk entri ni.

Jadi aku nak khabarkan berita yang tak baik dan tak baik ni. Hehehuhuhihihiheeeeee... =B =B =B

Ingat lagi tak mamat Mr.X yang aku ceritakan dalam entri INI? Dia masih kerap menganggu sampai satu tahap aku rasa sangat tak selesa dengan dia. Sebab aku ada pergi interview di architecture firm tempat dia kerja. Tapi aku sangat berharap aku tak dapat kerja kat firm tu sebab kalau dapat, aku akan kerja dengan dia. Macam yuckk~ Ok kenapa aku cakap yuck? Sebab memandangkan aku rasa was-was dengan perangai pelik dia aku contact seorang senior aku yang sekarang study di UK. Mr.X ni kata dia kenal senior aku ni. (yela, senior aku ni cantik mestilah dia ingat kan) Katanya dia yang train senior aku masa di sebuah firm di Shah Alam. Aku tanya pendapat senior aku tentang lelaki tu. Dia terus kata be careful with that man. He's having mental prob and was fired from that company (company yang diorang kerja sekali)

Owh lepas aku chat dengan senior aku, menggigil juga badan aku ni sebab tahu yang dia tak berapa betul. Sebab hari yang aku interview tu, dia kutuk aku di FB, tapi malam tu nak call-call aku pula apehal doh?Pelik kan? So to that man,  in case you are reading this. I felt sorry for you.

Mengatakan dirinya grad architecture UiTM Shah Alam sedangkan grad sijil dari Poli. (serious aku tak pandang rendah budak poli sebab aku tahu budak poli ada skill yang not bad..  Tapi cara dia yang berlagak buatkan aku tak suka.)


Mengatakan kawan-kawan dia kata dia  hensem, ada kereta besar harta. Erkk.sebenarnya awak tak hensem tau. Awak boleh tak jangan suka perasan?


Mengatakan walaupun dirinya Assistant Architect tapi kerja dia dah macam arkitek. So dia tak tahu nak kata dia berpangkat apa kat firm tu. (urghh..daaaaa..*rolling eyes* )


Mengatakan dia pun suka swim dan ajak aku teman ( eeeee.. kau ingat kau sapa? geli lahhh..) 


Dan senior aku kata masa diorang kerja sekali, mamat ni suka berangan ada kereta mewah dan rumah besar tapi sebenarnya naik motor kapcai. (eh aku tak pandang rendah jugak tau orang yang naik motor kapcai tapi tak suka dia berlagak)

Macam-macam lagi lah yang senior aku cakap pasal mamat tuh yang rasa macam menjengkelkan giler. tapi tak payah lah cerita lebih-lebih. Cuma nak ingatkan korang kalau rasa was-was dengan seseorang, siasat je terus.

So nak tahu apa yang dia kutuk aku? Dia post kat status FB:
"ni yang fed up interview budak yang tak boleh buat kerja. Bagi drawing 20 minit pun tak siap-siap. Lepas ni malas nak rekemen ah" (aku tahu dia maksudkan aku sebab haritu aku sorang aje yang diinterview. Dan dia kata dia rekemen aku sorang je.) Aku like status dia. Cakap thanks. Dan remove terus. 20 minit untuk working drawing layout rumah? Bagi draftsman berpengalaman boleh la. Aku dah 5 bulan tak buat drawing ni terkial-kial dan nervous. Takpelah kalau taknak bagi peluang. Tapi masalahnya kau tu bukan arkitek yang interview aku weh. Plus, kau bukan sape-sape dalam company tu untuk interview aku. Aku dah check kau baru kerja situ 5 bulan sedangkan kau cakap dah 2 tahun? Pfttt!! Tahi kerbau.

Oh lepas tu aku remove dia terus. Sedih tau dipandang rendah sebegitu rupa. Aku post :
Hidup tak boleh pandang rendah orang lain. Kita tak tahu kalau satu hari nanti dia akan lebih berjaya daripada kita. Oh lagi satu, tak perlu hipokrit, tak baik untuk kesihatan.

Aku bersyukur sebab sebelum pergi interview kat company tu aku doa banyak-banyak siap buat solat sunat hajat. Aku minta kalau tempat tu bagus untuk aku belajar, bagilah aku dapat kerja situ, kalau tak bagus untuk aku, biarlah aku buat dengan teruk untuk interview tu. Personally aku rasa interview tu agak ok. Cuma part test drawing tu rasa macam nervous giler tak dapat buat sedangkan 4 tahun belajar ni guna je Autocadd. Jadi aku rasa doa aku terjawab selepas aku tahu hal sebenar tentang mamat mental tu.

So good news nya, baru-baru ni aku pergi interview kerja lagi di tempat lain.2nd interview lah kira. AKU DAPAT KERJA WEHH. Position sama dengan Mr.X tuh. Tula, nak berlagak sangat. Tengok, kita dah sama taraf. Tapi aku lebih sikit la sebab aku ada degree dan umur aku 23 tahun. Kau ada sijil dan umur kau 26 tahun. So?? Lain kali jangan berlagak dan pandang rendah orang lain.

p/s: Sebenarnya sangat takut untuk mulakan pekerjaan. Yelah, aku ni fresh graduate. Company tu besar dan agak well known lah untuk bidang archi. Aku kata "Tuan, kalau dapat gaji ciput pun takpelah, saya tahu saya fresh graduate,banyak benda tak tahu, anggap macam internship pun takpe janji saya nak belajar." Tuan tu senyum je & kata kat situ ada tangga gaji, dia akan bagi ikut kelayakan. Dia browse through portfolio aku. Dia kata dia yakin aku boleh buat kerja. Alhamdulillah =) Semoga aku perform dan tak mengecewakan dia. Probation 3 bulan. Chayok2!!!! Nak beli kereta! Chayok2!!!


Aku tak tahu apa nasib blog ni tapi aku akan cuba update selagi boleh. Asalkan masih ada yang sudi baca. Err tapi kalau tak sudi pun apa salahnya aku syok sendiri kan menulis. hehehe..


Satu bulan lagi dari tarikh aku post entry ni ialah hari jadi aku. Eh tak paham-paham lagi ke aku bagi hint nih? =8)  hidung kembang kempis tunggu hadiah.lalala..

btw, minta tolong ke LINK ni dan vote kawan saya yang cantik molek nih.Kena like blogshop tu dulu baru boleh tekan like untuk contestant.TQ!!!!!

18 comments:

  1. sofiya
    u must be careful
    jgn dilayan org cmtu
    mulut manis & perangai ntah hape2

    hati-hati ya sofiyaa

    ReplyDelete
  2. Owh.. Syukur Alhamdulillah..
    Bagus kamu mendapat hidayah..
    Mm apa-apa pun EB nak ucapakan tahniah sebab dah dapat keja dtmpt yang bagus.. Dan syukur sekali lagi sebab kamu dapat tmpt yang kamu nak untuk berkhidmat. 1 benda yg baik..

    Yeah dah blh beli keta.. EB ada keta tp keta EB da kojol dan EB masih malas nak fikir pasal keta skrg ni.. Eb x kisah org ckp apa pn sbb EB naik bas je pergi keja.. Hehehe..Xpelah Insha'Allah EB balik negeri baru EB beli..

    Apa-apa pun EB doakan yg terbaik buat Sophie.. Semoga dapat bekerja dengan cemerlang.. Oh 1 lg sebelum terlupa, EB dulu i/view pn gugup n nebes gila masa nak drawing Autocad.. Mmg lupa abis.. Hahaha.. Padahal bljr juga.. n eb TAHU eb mmg x dpt keja tu.. Keja EB jauh gila dr bidang sebenar EB tp x kisah la.. Jnji keja..

    Ok good luck dear...

    ReplyDelete
  3. feh mencabar nya bila ada org psiko mcm tu.

    neway
    good luck sophie

    ReplyDelete
  4. haha akua de degree umur aku 22..hehhe..jadi mr x..gua peratikan lu..

    ReplyDelete
  5. tahniah n gudluck! jgn risau, mula2 kerja memang rasa nrvous, tapi lepas dah familiar everything will be just fine.. :)

    ReplyDelete
  6. oh saiko gila lai tu. baik jgn kerja sekali dgn dia. nnti saiko terlebih2..u pula jadi mangsa. kot sex maniac ke..haahh..mana tahu kan.

    ReplyDelete
  7. oh. mmg kne careful orang mcm ni kak.
    apa yang die nk buat tak boleh nk predict.


    takpelah. soon, akak mesti dapat yang lebih baik. ^_^

    ReplyDelete
  8. tahniah sophie dah dapat kerja :)

    biasala tuh,org sombong berlagak di mana mana..hehe

    ReplyDelete
  9. perghhh jgn lyn arr mamat mental cm nie
    kita yg bce nie pun meremang bulu roma

    ReplyDelete
  10. eh update la, xpe sy baca hikhihks
    btw, tahniah dh dpt kerja !

    ReplyDelete
  11. serius menci ngan spesis berlagak tak tentu hala ni..tp Alhamdulillah sopfie dh dpt keje kat tmpt lain..mesti x sbr kan..chaiyok2 sophie!!! Buktikan sophie boleh !!

    ReplyDelete
  12. Ye patut dijauhkan daripada orang macam tu. Freak.

    All the best.
    Selamat bekerja.


    :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.Rezeki ada di mana2 Sophie.Yang pntg ikhlas kerja kerana DIA.pedulikan apa org lain kata.awal2 kerja ni,niat nak belajar sungguh2 dan cari pengalaman.apa senior suruh buat,jgn anggap *buli*.tapi anggap dlm proses pembelajaran,msti ada ujian yg panjang.all da best.my prayer always with u dear.^_^

    ReplyDelete
  14. pergh!!!
    bahaya betol org camtu...
    ko kene extra hati2, zaman skang ni, nak percaya org pon kena pikir 2-3 kali, kan???

    ReplyDelete
  15. Haha tahi kerbau. nice one kak sophie. Congrats dapat job! :)

    ReplyDelete
  16. ish2...menyeramkan..
    berlagak satu hal, gatal lagi 1 hal. so sekarang dah dua hal. heheh.

    hati2 sophie..
    semoga berjaya!!

    ReplyDelete
  17. yeay! da dpt keje. camtu la perasaan akak mase mule2 dpt keje dulu :)

    eksaited nk beli brg gune duit sndri. skrg da ade kete sndri :D

    hm ngan org camtu, mmg akan rase nk bunuh dia. sllunye org tak ckup kasih syg je jadi psiko camtu. klau sophie siasat lagi dalam, mesti discover mcm2 masalah family dia. miahhahaha. akak ade pengalaman ngan org gile camtu. sampai sekarang benci gile ngna perangai dia

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.