Pages

Tuesday, April 19, 2011

Kadang-kadang Seperti Tahu Kenapa Orang Boleh Curang


Ini ialah pengalaman aku sendiri. Aku anggap ini ujian. Aku kan dah habis belajar kan, ada seorang junior ni pass aku contact number seorang lelaki ni suruh aku call sebab firm mereka memerlukan Assistant Architect. Jadi aku pun contact la sebab nak update la kan boleh apply ke tak.

Jadi aku call, dan lelaki itu suruh aku hantar resume through email. Aku pun buat lah. Yang aku peliknya, lelaki ini selalu SMS walaupun tak berkaitan kerja. Aku layan macam biasa jelah. Aku ingatkan dia nak update pasal kerja. Then ada gmail chat tu. Dia tegur-tegur. Aku ni macam, hurm,hormatlah kan mana tahu dia bos ke apa ke kan untuk firm tu lagipun aku nak minta kerja ni.

Malam pula dia call.Aku rasa macam.. Hurmmm.. Tapi aku angkat jela. Sebab taknak cakap panjang-panjang aku cakap aku nak tidur dah. Dia kata masa aku call mintak kerja tu dia kata entah kenapa tergerak hati rasa nak berkawan dengan aku. (takkan lah suara aku ni merdu macam Siti Nurhaliza kot? daaaa..)

Disitu aku rasa macam lain macam dah padahal masa dia tegur di gmail chat tu dia ada tanya aku ada boyfriend ke aku cakap lah ada. Secara normalnya, bukankah kalau kau tahu seseorang itu sudah ada pasangan kau takkan  kacau? Jadi aku sekadar berjaga-jaga lah.

Masa tu pula boyfriend aku agak busy. Kami dahlah jauh T_T ..Nak SMS pun agak susah. Kadang-kadang aku yang busy tapi nak dijadikan cerita masa tu aku rasa macam lone ranger gitu sebab aku rasa macam bf aku macam abaikan aku (giler gedik secara tiba-tiba) Padahal sebelum ni aku yang selalu busy. Jadi aku memang tak salahkan bf akulah. Cuma time tu je aku tiba-tiba nak emo.

Kalau aku ni gatal tangan nak terus menerus SMS dan chat lelaki tu hanya kerana aku rasa aku lonely ke apa, Bukankah sangat tak patut? Dan lelaki itu terus menerus SMS aku. Ajak on gmail la. Oh noo.. Serius aku rasa macam lain macam. Malam tu aku bagitahu jelah baik-baik kat lelaki tu.

"Mr.X, saya sebenarnya rasa tak selesa kalau SMS macam ni yang selain pasal kerja & untuk saja-saja ni. Saya harap Mr.X paham. Saya taknak rasa bersalah dengan bf saya sebab main msg dengan laki lain. Saya ada hati yang saya kena jaga. Saya harap awak paham dan tak kecik hati eh." 

Fuh lega sebab dah sampaikan apa yang aku rasa. So dia kata takpe, dia paham.

Hurmm.. Maka haritu aku rasa aku dah buat apa yang sepatutnya aku buat.Walaupun ada kemungkinan terlepas peluang pekerjaan. Walaupun aku rasa macam nak emo dengan bf aku tapi itu bukanlah alasan untuk aku layan lelaki lain lebih-lebih. Kawan lain eh. Even kawan lelaki pun takkan rajin nak SMS dan call bagai ni kan? Jadi lepas tu aku setel lah apa yang patut dengan bf aku. So yes, kesimpulannya be honest. Be honest apa yang aku rasa terhadap love  relationship aku.Bincang dengan baik. Be honest dengan orang lain juga bahawasanya aku sudah berpunya dan ada hati aku kena jaga. Aku percaya kalau benda sama yang berlaku pada pasangan aku, aku mengharapkan dia ambil tindakan yang bijak.

p/s: So aku rasa mungkin aku dapat agak kenapa ada orang boleh curang. Mungkin kurang perhatian dari pasangan mereka, dalam masa yang sama ada orang lain mencucuk ke kan.Disebabkan pasangan tak layan, ah lebih baik layan orang yang layan kita lagi bagus. Mungkin macam tula yang mereka ni pikirkan kot.  Tinggal hati kuat atau tak je. Mahu terus setia atau tak.



When asked if there is anything wrong don't say nothing when you know there is something in your mind. 
SPEAK! not loudly but CLEARLY.

13 comments:

  1. ikut jugak yang jenis paham xpe lew..yg x nih yang susah..heheheeh

    ReplyDelete
  2. Bagi ada beberapa point kenapa org curang.
    1. Kurang perhatian.
    2. Dah memang tak suka.
    3. Boring.
    4. Memang dilahirkan mcm tu.

    haha. Sepanjang hdp aku, ntah bpe kali aku ni disound oleh gf orang sbb dikatakan dok kacau bf depa. padahal bf depa yg lbh2. aku layan as a kawan tapi depa merenyam lebih2. so, utk gadis2 di luar sana, kasi kick je jauh2 kalau ade jns laki cmni.. ni belum kawen lg dh mcm2 hal. aiyo~

    ReplyDelete
  3. bagus sophie..mmg betul ape sophie buat tu. bile dok jauh ni, kene sabar banyak-banyak. dugaan mmg setinggi klcc. =)

    ReplyDelete
  4. to discuss like an adult is the best thing kan sophie. suka entry u yg ni (:
    semoga kekal dgn bf u yaa (:

    ReplyDelete
  5. Well, lelaki memang perlu dijelaskan dengan terang dan nyata kalau taknak dikacau. Kitorang pun suka-suki jer anggap minah ini dan itu bagi mix-signal.

    Hehe.

    Source: Pengalaman diri dan orang lain

    ReplyDelete
  6. huhu..rindu zaman zaman cple.neh..ahaha..

    ReplyDelete
  7. as salam..
    oo..saya tak pernah bercinta. jadi tahu tak tahu je la..
    oo..bagus entri ni. lebih baik ambil langkah berjaga2 dan jujur..
    huhu..

    ingtakan pengalama sophie mencurangkan diri tadi. erk! bukan maksud tu. huhu..

    hm..kadang2 memang ada insan yang terlupa. bila dia sudah terlebih, kita wajib menegur mereka

    =)

    ReplyDelete
  8. salam,

    betul honest tu penting kan dlm relationship..kdg2 x faham kan dengan lelaki..dah ada awek pun stil cari lain...then bila dahdiorg dah mula sayang n rapat ,akan ada perpisahan tiba2..kononnya kena berbalik smuala dgn girlfren dia....x ke sakit hati mcm tu...

    mengikut cerita cik sophie,lelaki tu mcm memahamu situasi anda kan.dia pun dah x kacau cik sophie dah lepas tu..dala pengalaman sy pula, bila sy try to be honest bgtau mcm sik sophie,lelaki tu seperti x faham2..berbuih sms dah bgtau..last2 ignore je terus...hehe senang.

    ReplyDelete
  9. no satu for me is like the mother of overcome stresses. bila kita fikir positive everything will be fine. I always used that method

    ReplyDelete
  10. chegu zubir: tahu takpe..

    hanaahmad: jenuh lah mcm tu hana. kdg2 pun tak paham kenapa ada lelaki mcm ni. sangat benci la. =(

    ML: betuuuull sangat tu ML. thanks ML =)

    nurulSYAFIKA: yeke? hehe.mungkin juga. thanks pika =)

    am: Oh yeke? ok. now i know. thanks for the info.

    tyka chou: rindu? alaaa,hargailah waktu single Y_Y

    ..: wah parah juga kalau tak pernah bercinta.hehe.

    ReplyDelete
  11. anonymous: hurm, lelaki macam tu ada masalah mental =)

    Wzulhilmi: hehe.tahu, ni salah post somment tu kan.hihi..

    ReplyDelete
  12. sya pun tlh dicurangi..=(..hurmm rsenya..btul juga pint cik sophie.ni...sya pun...trkena..adoi...saborr jelaa..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.