Aku baru pulang dari percutian ke Pakistan.Aku ke Pakistan dari 10-15 March yang sudah. Pengalaman itu sangat menggembirakan sampai aku tak sabar nak post kat blog. Nampak tak? Travel sebelum-sebelum ni pun tak habis cerita tapi dah tak sabar nak cerita pasal travel ke Pakistan. Kenapa percutian kali ini sangat bermakna, dan berbeza dengan pengalaman travel yang lain? Sebabnya aku kesana, tujuan asal aku ialah untuk menghadiri kenduri kahwin bekas teman serumah sepanjang aku tinggal di UK dahulu. Ye, aku punya housemate ialah Pakistani. Mereka pernah ajar aku uli capati bentuk bulat tapi aku punya jadi bentuk trapezium (so sad). Trip kali ni berbeza sebab ni negara Islam pertama aku pergi melawat. Beza sangat dengan negara Malaysia. Lepas tu, kami ada connection dengan orang-orang kat Pakistan sebab ex-housemate aku kan orang sana, jadi membawa kepada perkenalan dengan ahli keluarga beliau dan rakan-rakan beliau. Yang paling baik ialah, kami rasa kedatangan kami disambut dengan sangat baik.
Sejujurnya, dalam banyak-banyak travel trip aku, ini ialah trip yang paling takde planning. Paling last minute hinggakan kami beli tiket flight waktu tengah mahal. Dalam kurang dari 2 minggu sebelum fly. Biasalah bila semua kawan-kawan kerja, nak apply cuti (lepas ke tak?) lah, nak jumpa untuk bincang lah, semuanya antara jadi ke tak ni nak pergi Pakistan? Dahla kena buat Visa. Dan Visa Pakistan kalau nak apply kena sediakan documents yang macam alaaaa..annoyingnya nak prepare. Yang buatkan lambat beli tiket bukan apa, tapi sebab baca pengalaman orang yang kena cancel tiket sebab Visa tak lepas. Terus kecut perut weolls. Takut tiket burn, dahla tengah mahal dalam RM1800 (instead of RM900 kalau beli lebih awal ok. Dah jadi double up). So kitorang pun buat Visa, dah confirm lepas (28 Februari pergi ambil passport kat embassy),then terus beli tiket flight. Haa gila kentang tak?
Masa plan trip pergi Pakistan, aku dapati kami agak serabut. Sebabnya, dulu masa trip ke Eropah, mudah sikit nak plan sebab dah ada pengalaman. We know what to expect. Ni negara macam Pakistan ni, orang ingat dah kenapa nak beli karpet jauh sangat meh? Serius tak sempat nak study sangat sebab aku rasa tak banyak blog cerita pasal pengalaman travel ke Pakistan dari orang Malaysia sendiri. Yang ada banyak cerita dari blogger mat saleh. Kami beli tiket return KL-Lahore sebab mahu menghadiri kenduri kahwin kawan tu. Jadi dalam 5 hari tu, kami target 2 hari di Lahore, 3 hari di tempat lain yang ada unsur-unsur nature, ke arah Utara Pakistan. Kami sempat menetap di Islamabad. Kiranya dalam trip yang singkat ni, kami berjaya merasai pengalaman berbeza di empat kawasan di Pakistan iaitu di Lahore, Islamabad, Ayubia & Sarghoda. Tempat-tempat ini sangat berbeza walaupun dalam negara yang sama. Amazing.
Dahla plan asal kami ingat nak sewa kereta je dalam Pakistan. Tapi bila dah sampai aje.. Haa, amekkau! rasa bersyukur sangat guna service driver a.k.a Bollywood bodyguard. Haha. Pengalaman di jalan raya Pakistan sangat berbeza. Dan susah nak guna Google Maps atau Waze.
Stay tuned uolls~
Friday, March 24, 2017
Thursday, March 9, 2017
Salah Faham Tentang Senibina dan Menjadi Arkitek
Sepanjang aku berblog ni, aku dapati ramai orang mempunyai pemikiran yang sedikit tersasar daripada realiti tentang pengajian senibina dan menjadi arkitek. Yang paling menyedihkan ialah golongan pelajar sekolah. Diorang ni ingat, arkitek ni nampak macam profession yang stylo, yang boleh buat banyak duit, yang boleh dengan bangganya bagitahu orang bila ditanya "kau kerja apa?" "Aku arkitek" sambil dalam hati rasa bangga. Tapi hanya orang yang dah melalui proses belajar senibina tu sahaja yang akan faham kepuasan habis belajar untuk bergelar seorang arkitek bertauliah tu macam mana.
Tak dinafikan, kalau orang tanya aku kerja apa, bila bagitahu profession kita sebagai arkitek, muka orang tu selalunya macam "Wow.." I got it a lot. Walaupun keluar rumah muka selebet-selebet, bila orang tahu profession aku, orang rasa wow. Mungkin sebab orang tahu course ni susah? Entahla. Mungkin orang fikir boleh buat banyak duit? Entahlah juga.
So ni salah faham yang aku selalu perasan lah sedang terjadi terutamanya di kalangan budak sekolah yang nak jadi arkitek.
1) Saya nak jadi arkitek sebab minat.
Cuba huraikan apa yang boleh dihuraikan dalam gambar di atas. Apa itu senibina berdasarkan gambar di atas? Minat kan? Cuba huraikan sikit pasal gambar di atas.
Sebenarnya apa yang kau minat dik? Apa yang kau faham pasal senibina itu sendiri. Design bangunan gempak? Korang tahu tak kat Malaysia ni banyak benda nak kena cut cost, ni realiti yang menyedihkan. Bagi aku, arkitek boleh menghasilkan banyak design yang cantik-cantik, nak curve sana curve sini semua boleh. Tapi, korang rasa korang boleh praktik kan di Malaysia? Nak buat bangunan ni banyak sangat dia punya syarat & undang-undang. Dengan client yang kedekut taik idung masin, sudahnya design bangunan tu sendiri banyak hilang sentuhan arkitek tu. Buat bangunan pun ada bajet. Nak guna material cantik dan berkualiti, material haruslah lebih mahal sedikit. Kalau tak, memangla nampak cheapskate. Orang ramai, sebelum terjerumus masuk dalam program belajar senibina, dia biasanya nampak bangunan ni dari luar aje. Design. Itu sahaja.
Hakikatnya, apa yang penting bagi seorang arkitek ialah ruang. Internal space. Sebelum design, kita akan dapat design brief daripada client. Ruang apa yang ada, besar mana nak etc. Jadi sebagai arkitek, yang sangat penting sebelum nak design bangunan ialah site analysis & tahu keluasan yang ada. Space planning yang membawa kepada rupa bentuk design tu. Function follow form? or form follow function? Banyak proses dia sebelum siap dibina. Bila korang kerja dalam bidang ni, korang kalau selalu rasa bila bangunan tu siap, nama kau yang akan dipetik bila dah siap. Wrong. Architecture firm yang akan dapat nama. Proses nak siapkan satu bangunan yang sederhana besar hingga besar, contohlah, shopping complex ke sekolah ke hospital ke, untuk bangunan tu mula dibina, proses nak mengerjakan lukisan, turun naik majlis perbandaran, masuk keluar meeting dengan pelbagai pihak, kena maki kena hentam dan lain-lain proses tu makan masa bertahun. Katalah 3 tahun proses tu dalam fasa penyiapan lukisan yang diluluskan (kadang lebih bila banyak sangat masalah atau client tak bayar ke apa, kadang kurang ikut targetted time & isu tak banyak timbul). Lepas tu, bangunan tu nak naik pun maybe dalam 3 tahun (atau lebih kalau ada banyak masalah.Masalah ni kadang tak terduga tau). Jadi kata lah satu bangunan nak siap dari A sampai Z (siap) ialah 6 tahun. Nah, kat sini lah korang kena faham realiti bila korang nak masuk kerja nanti. Bila kau mintak kerja kat firma arkitek, biasanya kau akan diletakkan dalam projek yang sedang on going. Maksudnya kalau bangunan tu belum dibina, dan masih dalam proses penyiapan lukisan (percayalah banyak fasa kau kena lalui), mungkin bangunan tu berada dalam tahun ketiga proses jadi ibarat kau kena masuk kat tengah-tengah proses penyediaan lukisan. Fasa building planning ke, tender drawings ke, construction drawings ke, kau tak tahu apa nasib kau. Jadi mungkin kau dah terlepas fasa Preliminary Design tu sendiri yakni masa awal-awal sangat konsep bangunan & reka bentuk bangunan tu dihasilkan. Mungkin masa kau masuk dah tahun keempat projek tu berjalan, jadi kau kau kena go through apa yang orang lain dah mulakan .See, kadang agak sedih bila tak tahu hujung pangkal. Kadang kena cuci tahi orang yang buat kerja sebelum tu bila banyak salah ke tipu area ke apa. Standard lah orang bila baru mula kerja, dia kerja setahun dua then tukar firm. Jadi kalau setia dengan satu firm pun, mungkin kau akan dapat lihat bangunan siap dibina yang kau dah kerja keras tu dalam 5,6 tahun tempohnya kalau kau dah involve dari awal. Mungkin juga lebih. Persoalannya, mampu kah kau kerja dalam firm yang sama selama 5,6 tahun? Dan dapat lihat maybe 1,2,3 bangunan sahaja? 1 pun belum tentu dapat tengok hasil depan mata. Orang yang ada passion dan tinggi kesabaran je tau boleh bertahan kerja kat firm yang sama sampai 5,6 tahun.
Tak dinafikan, kalau orang tanya aku kerja apa, bila bagitahu profession kita sebagai arkitek, muka orang tu selalunya macam "Wow.." I got it a lot. Walaupun keluar rumah muka selebet-selebet, bila orang tahu profession aku, orang rasa wow. Mungkin sebab orang tahu course ni susah? Entahla. Mungkin orang fikir boleh buat banyak duit? Entahlah juga.
So ni salah faham yang aku selalu perasan lah sedang terjadi terutamanya di kalangan budak sekolah yang nak jadi arkitek.
1) Saya nak jadi arkitek sebab minat.
Cuba huraikan apa yang boleh dihuraikan dalam gambar di atas. Apa itu senibina berdasarkan gambar di atas? Minat kan? Cuba huraikan sikit pasal gambar di atas.
Sebenarnya apa yang kau minat dik? Apa yang kau faham pasal senibina itu sendiri. Design bangunan gempak? Korang tahu tak kat Malaysia ni banyak benda nak kena cut cost, ni realiti yang menyedihkan. Bagi aku, arkitek boleh menghasilkan banyak design yang cantik-cantik, nak curve sana curve sini semua boleh. Tapi, korang rasa korang boleh praktik kan di Malaysia? Nak buat bangunan ni banyak sangat dia punya syarat & undang-undang. Dengan client yang kedekut taik idung masin, sudahnya design bangunan tu sendiri banyak hilang sentuhan arkitek tu. Buat bangunan pun ada bajet. Nak guna material cantik dan berkualiti, material haruslah lebih mahal sedikit. Kalau tak, memangla nampak cheapskate. Orang ramai, sebelum terjerumus masuk dalam program belajar senibina, dia biasanya nampak bangunan ni dari luar aje. Design. Itu sahaja.
Macam design Zaha Hadid ni kan. Tahu, ramai bebudak sekolah dia berangan dapat jadi arkitek design bangunan cantik-cantik, pelik-pelik bila jadi arkitek nanti. Tapi, pernah ke nampak bangunan ala begini di Malaysia? Sad truth. Tolong hadam realiti ini.
Lukisan kat atas ni ialah contoh detail drawings (amek dari Google search je ok). Biasanya dihasilkan masa tender submission supaya Quantity Surveyor dapat kira costing bangunan tersebut. Dan bayangkanlah, lukisan di atas ni ialah lukisan satu cubicle tandas aje. Daripada lukisan, kita boleh analisa banyak benda. Space volume (tinggi ruang dari lantai ke siling), material apa (dinding cat ke pakai tiles, jenis apa pula?), sanitary fittings jenis apa, kepala paip, lubang tandas, sistem perpaipan dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan untuk satu toilet kecik untuk korang berak pun dah begitu detail, apatah lagi untuk satu bangunan. Satu bangunan bukannya satu tingkat aje. Kalau 10 tingkat? 20 tingkat? KLCC? Burj Khalifa? Wiz Khalifa? *tetiba*
Untuk menjadi seorang arkitek yang boleh praktis, ia memerlukan masa. Belajar & habiskan pengajian tu satu fasa yang dah cukup memang mencabar (aku malas nak ulang cerita betapa tough nya belajar course architecture ni, bila dah habis belajar rasa macam nak flip shawl sambil menangis je, so dramatis hokeyy). Bila bekerja pula satu fasa yang berbeza. Ramai yang "terkejut" bila masuk fasa bekerja selepas belajar. Ramai yang tak sangka apa yang dibuat masa bekerja tak pernah digambarkan pun masa sebelum study architecture tu dulu. Time ni la ramai yang rasa menyesal. Kadang kena buat details toilet berbulan-bulan. Kadang detail tangga, dan bermacam-macam detail. Kadang buat 3D aje.Tak dapat pun peluang nak ber design bangunan. Maka itu waktunya korang kena banyak muhasabah diri. Tapi one thing for sure, jangan pernah menyesal buat detail drawings. Sebab dari situ korang akan belajar banyak benda especially pasal construction. Masa tu baru rasa logik buku construction D.K Ching tu.haha.
Aku tahu susah nak dapat source daripada arkitek sendiri pasal cara kerja arkitek macam mana. Siapa lagi arkitek yang rajin nak bercerita dalam bahasa yang mudah difahami macam cerita kat kedai kopi je? Kau ingat arkitek banyak masa nak layan korang agaknya? Nasib la hakak Sophie kadang kala sudi turun padang (blog sendiri) sembang-sembang dengan uolls sikit. Ini pun jenuh aku amek masa nak tulis bagi korang senang faham siap boleh skip berhari-hari, simpan dalam draft dulu,sempat gi bercuti baru sambung tulis.
So berdasarkan gambar tadi, apa sepatutnya korang boleh faham? Ok first and foremost, korang kalau minat bangunan kena faham tentang bangunan, dari dalam bangunan itu sendiri sebelum menghargai design luaran. Sebab functionality of a building is VERY VERY IMPORTANT. Contoh camni la. Bila kau masuk entrance utama shopping complex, adakah logik ruang pertama yang kau nampak ialah toilet? mestilah tak kan? mestilah information counter gituh yang depan-depan, lobby ke. Lepastu sakit hati tak kalau surau letak kat paling kanan bangunan, tapi toilet letak paling kiri bangunan (kalau planning dia memanjang). Kalau kau jenis yang solat bila keluar paling tak pun kau mesti rasa kuajaq la arkitek mana design surau dengan tandas macam dari kutub utara ke kutub selatan ni? sempat kardio masa perjalanan. Memang tak salah, tapi lebih afdhal kalau dekat, bukan? Itu baru dari segi planning. Lepas tu selain submission drawings yang biasa (yang ada "kitab" kena refer), kita ada submission drawings pada Bomba. Jadi arkitek kena rujuk kitab berkenaan fire regulations di Malaysia untuk bangunan. Benda ni sangat penting untuk keselamatan jika terjadi kebakaran pada bangunan. Tadi kan aku mention "kitab", maknanya ada buku tebal pasal regulations dia yang para arkitek kena rujuk. Contohnya, travel distance. Kalau berlaku kebakaran pada bangunan, dalam satu aras bangunan ni, bila kau lari dari hujung bangunan ke pintu EXIT atau tangga nak turun, hendaklah tak lebih dari X meter (contohlah), kalau lebih kena come out with solutions. Pintu kena label fire door ke tak (sebab fire door ada speciality dia macam 2 hours fire rated ke etc), kat mana nak locate fire hydrant? kena lukis tau diameter tali paip fire hydrant tu bulatan dia besar mana boleh cover (let say supplier bagi 30 meter diameter) so arkitek akan check kat mana nak locate & kat mana yang diameter dia tak cover. Then semua benda lah kena lepas pasal fire regulations ni.
Berdasarkan gambar di bawah, kalau untuk kolam renang, dah tentu ada building guidelines dia. Tapi secara basic, kalau korang rasa korang nak jadi arkitek, sepatutnya minat senibina tu kena mula dari kebolehan menganalisa dari dalam bangunan. Mampu untuk faham ruang dalam bangunan dahulu sebelum meminati design luaran bangunan. Sebab, bentuk sesebuah bangunan tu akan terbentuk melalui ruang dalam bangunan. Kena faham kat mana constraints dia. Paham tak? Jadi, berdasarkan gambar sebahagian je ruang kolam renang di atas ni, apa yang seorang arkitek boleh nampak & appreciate? Tak semestinya betul lah sebab tak baca specifications pada drawings.
Structure & Construction:
-Steel frame construction. Metal steel column with concrete stump.
-Brickwall with plaster & paint finishes.
-Steel roof trusses, metal roof.
-Swimming pool floor sunken 1.2-2 meter from ground level.
-Effective water proofing system.
-Swimming pool (ceramic?) tiles (300x100mm)
Environmental & Mechanical:
-double volume + stack effect?
-Natural ventilation (wall openings + roof height) + mechanical ventilation (fan)
-Natural Lighting (wall openings + roof height)+ mechanical lighting (lights)
-Electrical socket
-light/fan switch
Fire safety guidelines
-Fire hydrant & alarm location
-water pipeline system
-fire escape route & fire door location with KELUAR/EXIT signage.
And the list goes on. Ni antara apa yang biasanya terlintas dalam otak arkitek bila dia berada dalam sesebuah ruang tu. Dia tak terus menerus kutuk design. Instead, cuba faham how the building works. Arkitek biasanya peka dengan ruang kawasan tu, construction & material. Kalau kau lepak dengan arkitek kat shopping complex, kau tak payah sembang dengan dia pun takpe. Kau perati je mata dia pandang apa.Haha. Kadang bila nampak surface material yang menarik hati, tangan dia mesti gatal je nak sentuh dinding ke apa. Kalau lepak dengan a gang of architects, aku nasihatkan kau balik cepat atau pura-pura pengsan supaya kau tak ternganga nak faham apebenda yang diorang sembangkan.Haha.
Korang kena faham, bila nak design sesebuah bangunan, kita bukan main buat aje. Arkitek pun banyak kitab (buku tebal) dia kena rujuk. Kitab untuk bangunan tu sendiri, kitab untuk disable people (macam apa design yang kena implement dalam bangunan tu untuk orang kurang upaya? macam lift yang ada butang tulisan braile ke), kitab untuk Fire (Bomba) Regulations lagi. Sebab tu proses nak siapkan bangunan tu sangat lama. Sebab banyak kena reject atau tukar/tambah benda.
Dan apa yang aku ceritakan dia atas ni, sangatlah tak cukup untuk cerita SEMUA cara kerja arkitek. Ni ibarat celah taik gigi jela orang kata. Hehe. Sebab mana mungkin aku mampu cerita semua. Lagi,
2. Saya nak jadi arkitek tapi saya dengar arkitek kena pandai BI.
Eh mestilah. Kan aku dah kata tadi arkitek banyak "kitab" masa dia buat kerja. Korang ingat buku-buku tu ditulis dalam bahasa Melayu meh? Tambahan pula dalam meeting (walaupun sesama Malaysian), selalu je speaking. Kalau nak tulis email, berbalas email dengan consultant ke clients ke mostly dalam English, okay baby don't cry? Lepas tu arkitek banyak sangat report & documents dia kena buat & kebanyakannya memang dalam English. Bukan broken English. Proper English okay. Blog hakak Sophie tak dikira sebab I guna bahasa pasar.
Contoh keratan satu mukasurat "kitab" berkenaan fire regulation:
Dari kitab UBBL
Dan korang kena biasakan baca buku-buku yang akan jadi guidance masa proses penyediaan lukisan bangunan. Akta bangunan. So ayat dia pun berunsurkan undang-undang gituh. Kalau tak faham & kena bukak kamus tu biasalah. So depends lah korang kerja nanti masuk stage mana. Tapi nak bagitahu English memang penting. Kalau tak terer English sekarang, masih belum terlambat nak belajar. Persetankan semua orang yang merendah-rendahkan orang lain yang nak belajar English. Kalau nak maju satu tapak & lebih dihormati di peringkat antarabangsa, silalah belajar English ya. Sis serius ni. Tips belajar English lain kali lah Sis kongsi ya. Entri ni pun dah macam kitab aku tengok. Haha.
3.Saya nak belajar senibina sebab saya minat melukis.
Choi! Jangan bagi sebab sebegini please. Untuk comment sebegini, boleh refer explanation aku yang no.1 di atas. Adakah melukis tu cukup untuk menjadi arkitek? TIDAK. Otak tu yang penting. Otak kena sharp, kena smart, kena pantas mengejar deadline. Lagipun, zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang submit drawings guna lukisan tangan. Dik, sekarang ni zaman teknologi & teknologi sentiasa diuji untuk jadikan dia semakin canggih. Sekarang kita guna computer untuk design. Banyak softwares boleh guna. Lukis tangan ni, setakat tahun pertama & kedua pengajian senibina bolehla. Aku selalu cakap kat budak-budak, kalau minat melukis jadilah pelukis, bukannya arkitek. Dia ibarat kau cakap "Saya nak jadi doctor sebab saya rasa saya segak pakai coat putih tu" Logik meh? Hakikatnya? Korang tahu kan nak jadi doctor tu tak senang? So pandai melukis tu memang satu kelebihan tapi kalau tak pandai melukis pun bukan satu kekurangan yang besar. Ingat, OTAK tu lagi penting. Lagi satu, kau akan kerja dengan komputer. Banyak guna komputer. Masa belajar pun guna komputer, masa kerja pun guna komputer. Aku ni tahap dari mata terang sampai kena pakai spek dah. So,make sure korang ada basic knowledge pasal komputer. Nak pasang komputer sendiri macam mana. Nak dismantle macam mana. Jangan nangis ya adik-adik perempuan, kalau ada lelaki yang sudi tolong Alhamdulillah. Tapi laki Melayu? ikut pengalaman aku..*cough cough*..
4. Kalau jadi engineer atau pelukis pelan pun boleh buat kerja arkitek.
Engineer apa yang kau maksudkan? Civil? Aku malas nak cakap la kenapa arkitek & engineer selalu tak sehaluan (sebab aku pernah experience and bila engineer tu bagi suggestion aku macam "you did not!! Seriously this engineer? you're making my building UGLY" sambil muka berkerut tahan stress). Seorang arkitek yang background dia memang architecture educated tu tak adil lah kau letakkan sama taraf dengan engineer mahupun pelukis pelan. Diorang ada skill masing-masing. Dia samada kau nak bangunan kau ada nilai estetik yang tinggi ke atau aci siap aci redah?Dia ibarat macam ni la, kau nak tempah baju kahwin yang ala designer. Kau nak pergi kat Rizalman ke tailor? Tahu tak berapa ramai tailor yang bila baju siap, fitting dia tak best? lari ke. Dari segi function, ya masih boleh digunakan, masih boleh pakai menutup badan tapi kau ghase?? Puas ke idak?
5. Nak jadi arkitek kena pandai Maths ke?
Aku pernah ambil add maths dulu kat sekolah. Tapi aku rasa memang tak berguna pun. Maths masa bekerja ni very basic. Pakai calculator aje. Takde formula pelik-pelik nak ingat. Paling susah pun trigonometri kot sebab nak kira kecerunan & panjang kecerunan je. Selain tu cuma tambah, tolak, bahagi, darab aje.
6. Saya nak jadi arkitek sebab saya nak buat bangunan hebat-hebat.
Ni memang lah. Takpe, aku pun dulu camni. So naive *kesat air mata*. Ok situasi dia macam ni ya. Bangunan kan, kenapa dia dibina? Sebab ada demand. Ada client. Masalahnya, kau yang hire client atau client yang hire kau sebagai arkitek? Sudah tentulah client yang akan upah arkitek, bukan? Jadi, kau akan buat bangunan ikut apa yang client nak, ikut budget client. Bukan ikut apa yang kau nak. Yes, kau boleh bagi suggestions, options. Persoalannya.. kalau client tu background dia bukan senibina, kau rasa? dia ada taste tak pasal design bangunan tu? Kalau ada bagus. Kalau takde tu yang rasa cam harom sikit. & client always?...Right. Maka ber huhuhu lah kau sebagai arkitek bila semua benda yang kau dah bayangkan dalam otak & dalam mimpi tak dapat direalisasikan. Aku teringat bos aku dulu pernah kata.."I dah 20 tahun bekerja, tapi takde pun bangunan yang I dapat design sendiri ikut taste I" Situasi dia bukannya arkitek buat bangunan cantik-cantik dulu, bangunan dah siap baru tanya "halo-halo, sape nak beli bangunan I yang I perasan cantik ni?" No.. doesn't work like selling tudung/baju/ayam penyet.
So, macam mana? rasanya clear sikit tak? Rasanya salah faham korang tu dah boleh dibetulkan tak serba sedikit? Ni aku explain sebab aku nak korang BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. Jangan terpedaya langsung dengan drama Melayu yang tunjukkan watak arkitek contohnya watak Mia Ahmad dalam apetu? Hati perempuan ke apa ntah sebab aku tak tengok drama. Tengok iklan-iklan & sedutan pendek je pun dah geli. Aku rasa macam nak muntah. Tak pernah aku tengok arkitek perempuan selembik tu, asyik nak merajuk. Like hello? Kat ofis mana ada masa nak fikir pasal masalah cinta pun. Aku lempang gak kang. Tolong buat studies sikit pasal ke-kompleks-an kerja sebagai seorang arkitek. Nak borak-borak dalam ofis pun boleh kena marah tau kalau dapat bos garang. Tapi part arkitek cantik tu aku setuju la. Sebab ramai je arkitek lawa & tak gedik, pandai pulak tu kan... (eh cakap pasal diri sendiri ke ni? WAHAHA.. berdosa tau riak takbur weh Astaghfirullalaziim..hehehe..)
So, kesimpulannya..bukalah mata dan hati ye. Fikir logik, fikir rasional.
p/s: Sesiapa yang dah memang arkitek tu, tolonglah tambah apa yang terkurang kat entri kali ni ya. Kalau apa yang aku explain salah pun takpe, boleh betulkan sebab saya budak baru belajar. JAUHHH lagi perjalanan aku ni. Aku pun selalu dahagakan ilmu. Kalau rasa entri ni bermanfaat especially kalau korang students, bolehlah share pada rakan-rakan. Suruh dia "wake up" sedikit. Ni bukan course untuk kau rasa bangga bila kau bagitahu orang kau arkitek. Komitmen dengan jurusan ni akan buatkan korang punya masa bersama kawan & keluarga banyak terkorban masa belajar. Masa kerja, depends pada ofis & projek yang kau handle. Sometimes masa kerja pun masa banyak terkorban. Dulu sebelum aku study architecture takde sapa explain kat aku pasal benda-benda kat atas ni. Even ada kawan pernah berpendapat "alaa, biar je diorang habis belajar & masuk kerja & rasa sendiri". Tapi takkanlah aku nak biar korang 5,6 tahun baru tahu realiti jadi arkitek ni macam mana. Korang dikira lucky la zaman sekarang makin canggih, di hujung jari aje semua info. Sekian, terima kasih sebab baca entri ala kitab ni. Ciow!
Subscribe to:
Posts (Atom)