Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan antara post rating saya yang tertinggi ialah berkenaan cara sambung belajar overseas, jadi saya akan menulis kesinambungan tentang proses saya sambung belajar di luar negara. Secara jujurnya, walaupun saya telah menyatakan bahawa saya menggunakan servis Tedvisory (dahulu dikenali sebagai GEN Education), tetapi masih ada yang bertanya jika agent ini scam? Ada juga yang masih bertanya jika perlu membuat pembayaran kepada pihak mereka walaupun saya telah menyatakan yang tidak perlu membuat pembayaran.
Bagaimana
saya mengetahui tentang agent education ini? Saya tahu melalui kawan yang
pernah menggunakan agent ini. Jadi, dengan penuh keberanian, saya pergi ke
pejabat mereka di SS15, Subang Jaya ketika itu. Saya mengenali Joanne di situ.
Waktu saya berjumpa Joanne, percayalah yang saya datang dengan pelbagai
persoalan. Zero knowledge tentang universiti mana saya berminat, negara mana
dan bandar mana saya berminat. Hanya terpinga-pinga dengan satu niat, nak
sambung belajar. Tapi layak ke? Boleh ke? Soalan normal yang kita akan tanya
bila first time nak belajar overseas. Masa tu, umur saya 24 tahun. Saya sedang
bekerja sebagai Assistant Architect di firma arkitek, dah ada degree jadi mahu
sambung belajar Master in Architecture.
Ini
pengalaman saya sepanjang saya berurusan dengan Joanne.
Accreditation
Disebabkan mungkin saya agak terpinga-pinga like I had no idea at all how to start this, Joanne banyak guide saya. Bermula dengan negara mana yang saya paling cenderung nak pergi. Untuk architecture, negara yang tersenarai yang ada LAM accreditation ialah Australia, New Zealand dan United Kingdom. Saya memang target UK. Dulu, tak fikir panjang kenapa mesti UK. Saya cuma rasa, ada perasaan nak sambung legasi ayah yang belajar di UK dan lagi satu, sebab UK ni jauh. Bila tengok peta pula, banyak negara berdekatan yang boleh pergi. (Kalau sejenis kaki travel memang akan tengok peta dulu.) Kononnya bila jauh, saya nak belajar berdikari. Bagi saya, apabila menggunakan khidmat agent, kita akan melalui satu proses sesi soal jawab sampai agent yang bertugas yakin kearah mana kecenderungan kita. Maksud saya, lepas tahu kecenderungan saya ke arah negara UK, Joanne bimbing saya dengan bertanya beberapa soalan susulan.
Pendekatan
pembelajaran (studies approach)
Joanne ada
bertanya saya apa saya punya expectation dalam pembelajaran senibina peringkat
Master. Pada saya, agent yang bertugas ni, mereka ambil tahu dengan sistem
pembelajaran universiti-universiti yang pelbagai di luar negara. Bermaksud
mereka ni, bukan calang-calang lah info yang mereka ada. Rugi kalau tak guna
khidmat mereka. Setiap universiti, approach mereka dalam pembelajaran adalah
berbeza. Jadi, kena hati-hati sikit lah dalam pemilihan. Walaupun dah hampir
lebih kurang 10 tahun berlalu, saya masih ingat apa yang saya cakap pada
Joanne. Saya mahu belajar di universiti yang approach studies mereka lebih
kepada teknikal dan praktikal. Bermaksud, bila saya balik Malaysia semula, apa
yang saya belajar tu membolehkan saya mudah diterima kerja di Malaysia. Ini
kerana, ada beberapa universiti yang saya tahu, approach mereka lebih kepada,
sesuatu yang symbolic, puitis. Contohnya macam terjemah melodi lagu atau karya
Shakespeare dan design satu bangunan berdasarkan karya tersebut. Something yang
saya selaku orang yang logical ni susah nak brain kalau pembelajaran macam tu.
Saya lebih kepada praktical. Contoh. “kawasan A ialah bandar mati kerana
kawasan A adalah peninggalan perang dunia kedua. Bagaimana nak bina kembali
Bandar A menjadi bandar yang hidup?”
Kawasan
(Area)
Selain
studies approach, saya difahamkan mengenai perbezaan-perbezaan di sesuatu
tempat. Macam saya, disebabkan pernah meminta nasihat dari kawan yang pernah
belajar di UK, saya memilih untuk belajar di bandar berbanding luar bandar atau
outskirt. Ini kerana, kalau di bandar, selain kemudahannya bagus, banyak sikit
entertainment seperti wayang, bowling yang ada. Mana tahu otak kita tepu kan.
Dahlah nanti akan jauh dari keluarga. Kesihatan mental amatlah penting ya
sepanjang belajar di luar negara kerana kita banyak bergantung pada diri
sendiri untuk survival. Untuk pengetahuan, universiti yang saya pilih, iaitu
Birmingham City University terletak di Birmingham. Birmingham merupakan bandar
kedua terbesar di UK selepas London. Jangan tak tahu ya, Birmingham terletak di
tengah-tengah UK. Ini dari segi nak berjalan-jalan pula, memang seronok juga
sebab nak pergi mana-mana bandar, perjalanan tak jauh sangat. Boleh buat trip balik
hari. Selain kedudukannya yang strategik, cost of living di Birmingham juga lebih
rendah berbanding duduk di London. Rendah sekitar 25%. Kos yang paling terasa
ada bezanya ialah dari segi tempat tinggal. Sebagai contoh, rumah yang saya
tinggal dulu di Birmingham, sewa satu rumah ialah sekitar GBP550 sebulan, ada 3
bilik. Jadi bahagi la dengan housemates kan. Tapi lain dengan di London. Kos
untuk seorang tinggal walaupun berkongsi rumah, mungkin mencecah GBP400-500
sebulan. Pada saya, banyak saya boleh jimat sewaktu tinggal di Birmingham.
Sebab ada kawan yang belajar di Lincoln pula, cost of living juga sangat tinggi
seperti di London. Jadi saya sejujurnya tak pernah menyesal memilih bandar
Birmingham.
Untuk pengetahuan, macam ni lah rumah saya di
Birmingham. Rumah ni ada 3 bilik di atas dan 1 bilik di bawah. Bilik di bawah
tu kebiasaannya orang jadikan ruang tamu. Tandas ada satu sahaja di bawah.
Inilah bilik saya di Birmingham. Ok lah, ada katil Queen size.
Ini ruang dapur. Kecil saja kan? Pintu di belakang
saya tu pintu tandas. Kalau nak ikutkan, keadaan rumah ni bukanlah yang
terbaik. Tapi sebab dapat sewa dengan harga yang murah berbanding rumah lain,
jadi bersyukur sahaja lah kan. Lagipun saya difahamkan, rumah sewa ni dah turun
temurun orang Malaysia menyewa disini.
Gambar di dalam bangunan Bullring, shopping
mall
Di Birmingham sangat mudah mencari makanan halal. Selain makanan panas, di Asda (pasaraya seakan Tesco,Giant disana) ada juga bahagian makanan sejuk beku Halal. Jadi, dari segi makanan memang langsung tak risau. Jika ada makanan berbungkus, memang di sana tiada tanda halal. Tapi kita boleh baca pada ingredients dan tanda ‘vegetarian’.
Ini pula hidangan seakan Nandos di sana. Memang
sangat sedap. Satu hidangan ni, satu set dengan air minuman tin, sekitar GBP5
sahaja. Waktu balik dari uni atau jika ke bandar, saya suka makan di restoran
Arab begini. Tak terlalu mahal.
Apa yang
saya nyatakan disini sedikit sebanyak saya nak beri gambaran bagaimana saya
deal dengan pihak agent. Boleh dikatakan, agent akan guide dari awal permohonan
hingga ke booking penerbangan. Mereka bantu dari checklist dan susunan dokumen,
apa yang tak lengkap ke. Cuma kita ni sebagai bakal pelajar, harus ada rasa
tanggungjawab untuk menyediakan dokumen atau perkara-perkara yang merupakan
syarat yang diletakkan oleh pihak pengajian. Contohnya seperti IELTS, financial
afidavit dari pihak penaja (biasiswa). Hanya kita sahaja yang dapat membantu
diri sendiri, okay? Menggunakan agent hanyalah sebagai pembimbing.
Jadi bagi
sesiapa yang dalam proses nak belajar ke luar negara, mohon janganlah tanya
saya soalan samada Tedvisory ni scam atau tidak, saya dah tak larat nak jawab.
=)
Sebarang pertanyaan boleh bertanya pada :
Joanne :
www.wasap.my/60123201763
Boleh
gunakan nama saya (Sophie Al-Yahya) sebagai referal supaya agent tahu tujuan anda mungkin sama
seperti saya hampir 10 tahun yang lalu.
hye .nak tanya..macam mana urusan untuk cari tempat tinggal ye?kena uruskan sebelum pergi uk or dh lps sampai sana baru nak cari ye?
ReplyDelete