Friday, October 25, 2013

[Kronologi Part 2] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

Nama Iman tiada dalam sistem di Royal Marsden Hospital. Nama penuh kot aku bagi berserta tarikh lahir. Aku ada facebook dia,remember?

Aku terdiam.. Who is she? So bincang dengan geng CSI. Kami sependapat. Mesti ada seorang yang Mastermind drama Iman ni. Orang yang paling disyaki ialah Lyn. Sebab dia saja yang katanya pernah jumpa Iman. The rest of twitter friends Iman dalam whatsapp pun tak pernah jumpa Iman. You see, aku punya tahap curiousity ni memang tinggi. Aku tak putus asa sampai situ sahaja. Bagi aku, no way orang boleh tipu aku & get away macam tu aje.

Salah satu geng CSI cakap
"If tanya Lyn, mesti dia akan kata nama Iman being covered because she is being sponsored by TMJ" Guess what? aku memang tanya Lyn incase dia tahu no. ward Iman. So dalam situasi drama Iman ni, Lyn ni sangat rapat dengan Iman macam sisters gitu. Aku clarify nama penuh Iman dengan Lyn & tanya no ward Iman tapi dia kata Iman being sponsored by TMJ. Aku kata, ya I faham, tapi takkanlah being sponsored pun nama patient under nama Sir TMJ kot? Mesti nama patient kena guna nama patient sendiri kan.

Jadi apa judgement geng CSI yang lain? BANYAK.. BANYAK sangat. Antaranya:

1) Setiap kali mereka nak melawat Iman di Prince Court Hospital , mesti tak dapat.Banyak je alasannya.

2) Sama gak if ajak jumpa Iman atau Lyn, mesti banyak gak alasan.


3)Pelik sangat orang sakit yang pernah tak sedar diri few times sebab critical kat hospital then tak lama lepas tu boleh pergi concert etc. Plus, gambar yang ditunjukkan tak menampakkan Iman dalam keadaan sakit or critical.


4) Hari Iman berangkat ke UK.. ada yang dah beriya nak hantar Iman di airport. Tapi Iman, katanya being sponsored by TMJ, tak sempat jumpa mereka. (being sponsored by TMJ ok..) sebab keadaan yang kelam kabut itu. Then Lyn, daripada beriya nak jumpa diorang kat KLIA, tiba-tiba ada hal tak dapat datang. Tiba-tiba okay. 


5) Banyak sangat drama yang diceritakan seperti Iman lari hospital sebab tertekan, etc kadang-kadang sampai tak logik. 


6) Iman ni adik susuan TMJ. Sebab tu she is being sponsored sampai mampu dirawat di Royal Marsden Hospital, London. 


7) Facebook Iman- macam dia takde kawan lain. Even orang yang communicate dengan dia dalam facebook pun samada tak pernah jumpa Iman atau profile facebook mereka kurang strong seperti banyak sangat info & gambar private, profile baru, & Iman cuma communicate dengan the same person which I believe she created her "family" and "friends" facebook, twitter & instagram profiles & communicate with them as well to prove her existence.


8) Instagram- sama macam facebook. Dia private kan & cuma communicate with the same circle of friends yang sama macam facebook. Hello, kata used to be part time models, studied in US, etc, takkan lah tak ramai kawan kan? Dahla cantik kan..


9) Iman claimed dia ramai stalker. Ramai orang ambush dia dalam twitter sebab tu dia delete account twitter dia. Katanya boyfriend dia punya ex yang stalk dia. Aku pun tak tahulah sebab banyak sangat penipuan dah berlaku kan. 


10) Katanya Iman, dia naik flight Emirates ke United Kingdom. Transit di Dubai 1 jam.  Sesiapa yang pernah transit from KL-UK mesti tahu transit sejam di Dubai adalah mustahil? Tahu kan nak beratur scan bag, check passport semua tu pun dah ambil masa? Plus, geng CSI yang lain checked waktu Iman fly ke UK, tiada penerbangan Emirates pun untuk ke UK waktu tu. But Oh well, tak sure lah mungkin sebab First Class being sponsored by TMJ kan. 


Jadi, apa jadi lepas kami berbincang & banyak sangat andaian? Nak kata taknak percaya Iman, macam mana nak explain kewujudan Iqbal & Ilham, abang-abang Iman? Camne nak explain pasal lelaki-lelaki (artis) yang fall in love dengan Iman? Memang bukan calang-calang Iman ni, dahla adik susuan TMJ. Macam banyak benda jadi yang menguatkan bukti Iman ni fake, tapi jauh disudut hati jugak, hati aku yang berkeprihatinan tinggi ni bertanya.. What if, Iman memang ada tapi aku & geng CSI yang salah? Rasa bersalah kan?


So what happened next?








1 comment:

  1. banyak kekeliruan. sakit kronik tapi masih ke concert. hm.. ok nak baca entri seterusnya

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...