Sebagai seorang dari background architecture, orang selalu salah anggap beranggapan kami arkitek juga adalah sama bidang dengan interior designer. Sebenarnya, walaupun asas kami macam lebih kurang sama iaitu 'design', tapi architecture punya job scope berbeza dengan interior design.
Semenjak berjinak menjadi kontraktor buat rumah ni, kenalan selalu menghubungi aku untuk buat kitchen cabinet. Jadi, mula dari kawan request, ia jadi sesuatu yang aku willing nak explore. Seperti biasa, benda yang aku tak plan nak buat pun tapi ku redah juga. Masa mula-mula, agak tricky juga lah. Dia tak susah , cuma tricky dari segi teknikal. Kena faham paip air masuk kat mana, air keluar kat mana. Soket elektrik kat mana. Menjadi seorang yang hard to say no (which is not that good haha) dan suka belajar serta suka belajar dari kesilapan juga, aku cuba sampai menjadi. Kepuasan aku ialah bila client appreciate & happy dengan apa yang kita buat. Rasa macam nak nangis walaupun projek kecik je. T__T sis sentimental I know.
Jadi, aku nak share projek sambil-sambil yang aku buat sepanjang tahun 2018. Yang bajet client tak tinggi. Semua bawah 10k.
Ada yang nak buat sebab nak masuk rumah baru, ada yang sebab nak sewakan rumah sendiri pada penyewa, makanya kitchen cabinet dapat la menaikkan value harga sewa tu sikit. Ada juga yang nak buat Air BnB.
TTDI Adina, Shah Alam
Table top : Solid Surface
Season Garden Residence, Wangsamaju
PPA1M Kepong
TTDI Adina , Shah Alam
Table top: Quartz
Krubong, Melaka
Pangsapuri Seksyen 10 Wangsamaju
Pangsapuri Seksyen 10 Wangsamaju
BSP 21, Bandar Saujana Putra
Basically semua kitchen cabinet ni guna body melamine. Table top pula ada yang guna jenis HPL (paling murah), solid surface dan quartz. Jenis batu sudah tentulah lebih mahal. Biasanya aku tak galakkan sangat client guna HPL sebab tak tahan air. Senang kembang. Tapi tula, kalau budget tight dan yakin boleh jaga table top anda, maka silakanlah.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :
www.wasap.my/601111892504
p/s: Memang berangan berharap ada client yang ada budget 20k keatas untuk dapur sebab suka juga explore better material & accessories kan. Guna nyatuh ke. You all tahu tak, kitchen cabinet harga cecah 100k pun ada ok. Tapi tula, bila orang minta tolong, nak yang murah-murah kalau tak renyah sangat okay aje. Kadang orang nak lagi murah, kita bukan apa, kerja carpentry work ni kalau silap hire orang, boleh jadi tak lawa kemasannya. So tu benda yang kena jaga la. 'Workmanship'
Antara design (dari Google) yang sis suka untuk dapur :
*kalau nak buat boleh roger sis*
cantik-cantik design cabinet diaa.
ReplyDeleteTerima kasih
Deletesalam.saye ada beberapa soalan.
ReplyDelete1.biler sebut kitchen cabinet bawah 10k tu brmaksud kabinet,table top + sinki ke?maaf sgt2..slalu konpius
2.kalau nk menggunakan perkhidmatan puan, perlu x puan dan kontraktor dan client duduk skali untuk brbincang?atau pnggil puan dlu kemudian bru gerak kn kontraktor?
hrp puan fhm ape yang sye cuba brtnye ni..maaf ayat pening2 sket
terima kasih
Waalaikumussalam. Maaf lambat reply. Tak perasan ada comment ni.
Delete1. Iya, melainkan owner nak beli sendiri.
2. Saya buat design & built. Biasanya saya sediakan design & uruskan projek hingga siap sebagai kontraktor termasuk pekerja, bahan binaan & supplier. Biasanya saya akan direct dengan owner/client. Tiada orang tengah.