Monday, August 27, 2018

Samsia Optometry (Rawang) Interior Design-Part 1:The Journey

Percayalahhh~
 

First sekali maafkan daku sebab terskip satu entry pasal trip Pakistan. Sebabnya, aku malas nak korek cari gambar. (Haha boleh tak?)  & supposedly aku tulis pasal cara-cara apply visa Pakistan jugak. Tapi takpelah, nanti aku update.  Promiseeee.. 

Sebenarnya aku nak cerita serba sikit ni apa yang aku dah lalui untuk tahun 2018. Aku masih sayang blog ni. Bukan nak menghilangkan diri, cuma ada benda yang aku kena fokus. Tahun 2018, tahun yang besar, sedikit menakutkan, tapi redah jela. Skip jap part ni in details. Pendek kata aku dah mula buat projek sendiri. 

Dulu kan, aku pernah berhajat tau untuk buat Interior Design walaupun background aku Architecture. Aku tak tahu how am I gonna do that but it was just a hope which came true earlier this year.
 Disember 2017 yang lepas, lebih kurang seminggu sebelum tahun baru 2018, aku & team aku dapat satu job Interior Design ni di Rawang, Selangor. Kawan sekerjaku bernama Sara, kenalannya merupakan doktor (Optometrist). Dia buka kedai cermin mata. Tapi dia mahu lebih menghidupkan kedainya. Jadi, dia pun mahu menggunakan khidmat kami the so-called designers ni. 

Masa tu, ada la peristiwa kelakar jadi sebelum mula construct ID ni di kedai. Sebenarnya projek ni sangat pantas progress nya. Maksudnya, dari proposal kat client sampai la siap, tempoh sangat sekejap. Seminggu on paper, seminggu installation on site. Client nak cepat & push untuk cepat siapkan. Initially, bukan aku person in charge dengan projek ni. Cuma, untuk tak serabutkan keadaan, aku rasa bertanggungjawab untuk siapkan projek ni. Memandangkan aku sendiri tak pernah handle projek ID (sebab aku kan background architecture, lain kot kawan-kawan. Suruh aku buat rumah bolehla), so aku a bit macam, hmm..terkial-kial? And then worst part ialah bila takde technical drawing. Which aku rasa macam wehhh tak kelakar wehh.. korang! you guys wanna kill me is it? Not funneh. (-_-')

Semua jadi begitu pantas & aku, tak boleh mengecewakan client sebab masa tu dia excited nak new year, jadi dia nak la kedai dia nampak baru. So aku & Sara (kitorang macam partner in crime lah, partner in managing projects, buddy2 gituh), kami pun ambil nafas panjang & bersedia untuk face it. Sebab fikirkan, ni kerja kayu. Masa aku study kat Birm dulu aku banyak masuk bengkel & guna mesin. So aku tak takut nak hadap. Dulu-dulu dah ada hands on experience.

Secara jujurnya, keseluruhan proses sangatlah mencabar critical thinking kami. Mana nak start dulu ni? Bayangkanlah si Sara ni pulak bukan background ID/Archi, tapi dia sebenarnya Quantity Surveyor. So kami duduk dan berbincang secara manual, kira apa material nak beli,  saiz apa, berapa bilangan etc. Dan masa tu, lukisan yang kami ada hanyalah Conceptual Design. (-_-) Aku tak blame sesiapa lah dalam hal ni sebab ada few things terlepas pandang. So aku & Sara took the responsibility to handle this one baby ID.

Projek kali ni bertemakan Rustic. Kami gunakan kayu Pine (imported). Konsep ala-ala pallet tapi guna kayu yang berkualiti lah. Pertama sekali,aku cuba juga buat technical drawing masa weekend. Sebab aku tahu, kerja-kerja ID ni dia punya detail tu memang betul detail, beza dengan drawing architecture. Tapi sebabkan aku ada sehari aja untuk siapkan, aku sekadar siapkan untuk aku paham bilangan kayu yang diperlukan & untuk aku faham jointing mechanism tu nanti macam mana. Sebab yela, aku nak beli berapa kayu & saiz apa ni kalau takde drawings? Sorrylah kalau susah korang nak faham apa yang aku ceritakan. 

Makanya sehari lepas tu, berbekalkan lukisan aku (yang aku anggap bodoh-bodoh aje janji aku paham lah on site nanti), aku & Sara pun pergi lah mencari kayu Pine. Cuba memahami apa yang supplier ada dalam simpanan dia, kami cuba untuk dapatkan material yang kami tahu susah untuk ada shortage incase kayu tak cukup. 

Lepas tu, kami upah tenaga pekerja (skilled workers) untuk jalankan kerja-kerja yang perlu dijalankan. Sebenarnya tak kenal pun Mas-mas ni, tapi sepanjang 6 hari installation, kami jadi ngam. Ya, kami mengambil masa 6 hari sahaja untuk installation di kedai ni. Biasanya kalau aku & Sara handle apa-apa, kalau takde masalah, memang deadline tu kami akan follow. Sebab tak suka delay on site progress, nanti rugi. 

Dua hari pertama: Lepas clear barang-barang (perabot & cermin mata yang ada), kami mulakan dengan cat. Cat dinding yang sedia ada berwarna kuning. Jadi kami perlu cat undercoat ni sebanyak 3 lapisan sebelum cat glossy untuk finishing dinding yang baik.Untuk ruang siling, kami cat warna hitam. 

Hari ketiga: Lepas cat diyakini kering, kami mula buat kerja installation kayu pada dinding. Mas-mas ni memandangkan mereka ni ada skill, jadi cara mereka ukur tu mereka pastikan lurus. Pakai laser, okay. So aku & Sara lega lah sebab diorang ni sangat boleh diharap, dengar cakap, tak melawan, hormat kita walaupun kita ni perempuan, sangat menjaga keselamatan kami. Untuk info anda semua, semua kayu ni tidak dipotong kecil-kecil di kilang. Sampai mentah-mentah je, panjang dia standard, dalam 12, 13 kaki camtu. Cuma ada satu jenis je kekotak yang kami custom made. 


Dan masa ni aku dan Sara susun kayu ni supaya make sure muat & gap antara satu kayu dengan kayu di bawahnya sekata. Selain tu, sebab nak sangkut kekotak yang aku bagitahu tadi, makanya gap tu harus lah just nice sahaja jaraknya. 


 Mas-mas hero kami yang bertungkus lumus cuba siapkan ikut timeframe. Kekotak yang aku kata perlu sangkut tu.


 Ini lah satu bahagian pada dinding yang berjaya disiapkan dalam masa sehari.

Meja display yang sedia ada juga dibalut dengan OSB board ni ikut seperti dalam design. Simple je. Sebab tak elok membazir kan. Guna je meja yang ada.

Hari ke-4 dan ke-5: Satu lagi bahagian dalam kedai yang bagi aku, agak mencabar sedikit sebab kena buat stand alone structure. Yang mana kena drill kayu pada lantai bawah dan juga lantai tingkat atas. Install part ni agak mencabar sebab ceiling height tinggi sedikit. Jadi mas-mas ni seramai 3 orang kena bergabung tenaga untuk mendirikan panel ini. Agak untung bagi kami sebab structure panel ni boleh drill terus pada floor slab atas. Maksudnya siling ni takde plaster siling. Electrical point memang bawah slab terus. 







Sambungan hari ke 6.

Actually banyak kali juga bila installation tak mencapai standard yang aku harapkan, aku minta mas cabut & pasang semula. Selain tu, part critical thinking tu, kena fikir jointings yang nak dibuat tu macam mana, kalau nak pakai L bracket tu kat mana nak guna so that dia tersorok, supaya tak nampak di pandangan mata dan macam-macam lagilah yang aku & Sara pening kepala masa tu. Jadi site supervisor pula uolls. Barang habis ke kami yang pergi hardware pergi cari. Nasib baik hardware tak jauh sangat. Sebenarnya, proses kerja macam ni adalah sedikit kamikaze bagi kami weh. Sebab first time & masa tu fikir, no turning back. "Common sense" kami letakkan sebagai kriteria paling tinggi untuk menjayakan projek ni. Kadang ada keadaan yang dalam 3d macam lain sikit, bila buat kat site, jadi macam kurang lawa pula. Jadi kami tukar la sikit masa installation on site. Amaran: ni sebab kerja kayu. Bolehlah adjust kat site. Kalau built in furniture ke custom design ke jangan la pepandai tiru cara kami ni. Kamikaze I repeat.  

Di bawah ni aku share sikit gambar dan akan disambung pada entri seterusnya. 







No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...