Friday, November 4, 2016

Tips Merawat Jerawat-Masker Muka Pilihan Saya

Dalam 4 tahun lalu, tahun 2012, entri saya "Pengalaman Muka Berjerawat & Tips Merawat" boleh dikatakan entri yang paling banyak view dalam blog ni selain entri pasal architecture. Saya juga selalu terima email/message bertanya pasal rutin saya sekarang & produk yang saya guna. Sebenarnya sejak balik Malaysia yang dah setahun ni, saya masih tercari-cari produk penjagaan kulit yang sesuai dengan saya. Ada beberapa jenis rutin lah tapi sebab masih dalam proses eksperimen jadi saya pilih untuk tak update dulu. I kan honest. So, kena lah cuba & amalkan barulah boleh share dan promote.

Tapi, yang pasti, ni ialah testimoni saya sendiri lah yang rasanya wajib share kat uolls. Malaysia ni kan panas, makanya kulit muka senang berminyak. Lepastu jerawat pun naik. Kalau perempuan pulak, time nak datang period tu la selalunya jerawat naik kan? Menyampah kan?

Kalau nak ikutkan muka saya dah tak teruk macam dulu. Jerawat kalau naik pun tak banyak. Tapi kalau naik tu Ya Rabbi! macam nak gosok pakai kertas pasir! Kadang-kadang juga jerawat ni kalau dia besar buatkan muka rasa pedih & tak selesa.

So nak bagitahu uolls saya amalkan pakai masker Pure Clay Face Mask Dogaci ni. Sebab ada sorang akak ni lah dia promote. Kulit dia cantik, macam licin & bersinar-sinar. Dia kata dia amalkan pakai masker ni setiap hari sebelum tidur. Titiskan minyak yang bagus untuk kulit macam argan oil ke olive oil ke gitu masa bancuh clay mask ni.

Lepas 2 bekas saya amalkan, memang tak pernah rasa rugi. Sebab jerawat cepat kecut. Macam sehari dua dah nampak surut & cepat hilang rasa pedih-pedih tu. Dahla kuantiti dia banyak, memang boleh pakai lama. Kalau nak ikutkan kat bekas dia ada tulis pakai dua kali je seminggu. Tapi disebabkan terikut dengan rutin akak tu saya pun guna jelah dengan agak kerap. Tapi takdelah rajin sangat sampai setiap malam nak guna. Kadang selang sehari ke. Dah bilas muka bolehlah teruskan ke rutin selepas tu seperti pakai toner & sapu muka dengan moisturizer mahupun serum. Kalau tanya saya, saya agak suka guna argan oil sebagai moisturizer sebelum tidur.


1)Nak bancuh pun senang sangat. Sediakan mangkuk. Kalau boleh yang plastik yang mudah letak dalam tandas aje sebab nak guna selalu. 



2) Biasanya saya pakai macam hampir setengah sudu


3) Lepas tu letak air sikit. Kalau kat rumah korang ada air tapis tu lagi baguslah. I ni malas nak turun so pakai air paip aje. Bagi yang kulit jenis kering sikit, masa letak air ni boleh titiskan olive oil ke, argan oil ke. Minyak masak je jangan k. Mahal dah kan sekarang.


4) Make sure muka tu cuci dulu especially kalau pakai make up ke kan. Sapukan pada wajah sebelum tidur. (abaikan mata merah dah ngantuk).  Tunggu dalam 15-20 minit camtu untuk masker ni kering.



5) Kalau dah ada husband sila bagi warning yang uolls bukan hantu atau zombie dari Busan atau penampakan hantu kak limah. 

Nah no filter. Lighting je sebab malam kan. Dah bilas. Sebenarnya time ni jerawat tengah naik baik yang halus, mahupun seketul kat pipi kanan tu. Tu sakit tu sebelum ni. Tapi lepas pakai masker memang rasa surut sikit & tak pedih dah. I'm not flawless yet lah masih berusaha sebab parut jerawat dulu & pori besar masih kelihatan. Tapi getting much better. Takde pun pegi pakar kulit ke apa. 



Satu tips, kalau pakai clay mask kan, tak digalakkan tunggu sampai dia kering gila. Kalau kering 3/4 pun cukup. Sebab clay ni dia menyerap minyak /sebum pada wajah. Jadi kalau biar kering sangat, kita taknak lah dia serap kelembapan semulajadi wajah kan. Gittew~
Ohya, sebelum bilas muka dengan air, renjis sikit air dulu kat muka, pastu tenyeh dengan lembut clay kat muka yang separa lembab tu buat macam scrub. Lepas tu baru bilas. 

Produk ni all natural dari Turkey. Kelebihan:
-all natural
-nourish,tighten,detoxify & cleanse
-can be used as hair mask too


Susah kalau nak cerita lebih-lebih ni. Yang pasti, saya dah guna 2 bekas (satu bekas 400gram). Sekarang tengah guna bekas ketiga. Bila dah kerja kadang-kadang macam penjagaan muka terabai sebab lifestyle makin busy. So bila tersedar jerawat, whiteheads & blackhead ni naik ha ape lagi, masker ni lah penyelamat express. Sangat jimat! Kalau nak beli yang dalam packaging sepaket RM5-RM10 nak beli banyak-banyak boleh pokai jugak lah rasanya. 

Oh macam amalan saya dari tahun-tahun sudah juga, saya masih amalkan minum air kosong 2-3 liter sehari. Air ais & bergas hampir tak minum (jarang sangat unless teringin). Air manis pun kurangkan. Makanan berminyak macam kuah minyak-minyak sangat pun saya cuba elakkan. Orang kata saya makin dewasa makin cerah. Haha. Wallahualam. Maybe sebab time sekolah hari-hari jalan kaki panas-panas. Time study pun selalu berpanas. Sekarang zaman naik kereta je.


Gambar lama masa kat UiTM around tahun 2007-2008. Ada baru ni terjumpa album gambar sekolah. Wah rasa macam lagi teruk yang dari ni. 


November 2015 (sebelum naik 5kg sebab makanan kat Malaysia terlampau sedap). Sekali sekala nak fefeeling cun sikit boleh apply make up okay. Oh masa ni demam Dilwale tu yang nak fefeeling mata cam Kajol. lol help me! 

Saya tak menjanjikan masker ni berkesan untuk semua orang. Tapi sebab dia dari bahan natural bukan dari bahan kimia ke bahan terlarang ke so saya pun rasa selamat nak guna. So far guna takde side effect negatif pun. Siap rasa nyaman sejuk je muka bila mula-mula sapu. Lelaki & perempuan dua-dua boleh guna. 


 Kalau berminat nak beli masker ni, bolehlah whatsapp saya selagi stok masih ada.


Harga satu bekas/400gram = RM28 tak termasuk postage
Postage = RM7 Semenanjung Malaysia, RM10 Sabah & Sarawak

 Whatsapp Sophie : +60182577442

(Nak pesan awal-awal, saya ni insan yang bekerja waktu pejabat. Hanya mampu reply dari jam 6pm-12 malam sahaja dan lunch time 1pm-2pm kalau weekdays)




No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...