Monday, November 7, 2016

Gaun Dinner Muslimah Pilihan Ramai 2016






Assalamualaikum. Kalau korang perasan lah dalam beberapa tahun kebelakangan ni, industri fesyen untuk muslimah berkembang dengan sangat cepat & dinamik. Aku masih ingat beberapa tahun dulu sebelum pemakaian shawl jadi popular di negara kita, orang-orang kita lebih banyak dilihat memakai tudung bawal. Tapi sekarang, bukan sahaja ada tudung bawal, malah pemakaian shawl semakin popular ditambah-tambah lagi dengan shawl instant, bukan? 

Bukan sahaja fesyen bertudung dilihat semakin berkembang. Tapi juga pemakaian wanita. Aku masih ingat lagi tahun dulu sekitar tahun 2005 macam tu, aku dapat rasa pakaian untuk muslimah agak terhad. Macam, pergi shopping complex kan, kalau ada blouse yang berkenan pun selalunya singkat atau lengan pendek. Terpaksa la pakai cardigan kat negara yang panas ni. Pastu kalau nak pakai jubah masa zaman tu, jubah pun macam nampak lagi sesuai untuk golongan mak-mak. Zaman tu kalau jubah pun style jubah dari negara Arab yang all black pastu ada manik-manik sikit.

Kalau nak pakai dress lagi lah. Susah nak cari dress cantik yang labuh lagi berlengan panjang. Korang rasa tak apa yang aku rasa sekitar tahun tu?Jenis pakai berlayer-layer. Ada inner lah pastu pakai dress kat luar sebab dress tu sleeveless atau short sleeve. Masa tu dah rasa macam hot setap dah kan kononnya. Zaman sekarang ni lain, sangat lain. Banyak dah design dress labuh yang cantik yang sesuai dengan muslimah moden. Tengok style Neelofa pun I loike. 

Selain jubah yang bermacam design, gaun dinner Muslimah pun dikategorikan sebagai popular di kalangan wanita berhijab. Rasanya fashion muslimah sangat pesat berkembang kat Malaysia ni masa aku takde kat Malaysia. Sedih okay! Dapat tengok online aje. Nak pakai tak berapa sesuai pulak sebab kat UK asyik selubung baju banyak layer.huhu. Tapi tidak lagi apabila aku sudah berada di Malaysia. 

Korang tahu apa dress dinner muslimah yang best untuk tahun ni? 
Jom tengok apa pilihan ramai tahun ni untuk GAUN DINNER MUSLIMAH   dari Zalora ni. 




 

LOCKA RTW Aalla Pleated Dress
For the ladies who would like to keep it modest and elegant.
Sukanya yang ni! Simple dan elegant.


 

Thewirdawina Knot Dress
Uniquely designed, this amazing dress has taken modern modesty to another level.
Perasan tak sekarang ni tengah naik style macam ikat kain pario.

Zalia Colour Block Pleated Dress
Keep it feminine and chic with endless elegance with this stylish dress. This brand explores the balance between the romantic pleats and minimalist colourblock detail through this dress.
Aww..pergi dinner pun cantik ni. Jangan lupa pakai shawl yang kontra sikit pastu tambah accessories. Mesti awak nampak suweet.

Haih, sekarang ni rambang mata lah banyak dress cantik-cantik. 
Selalu ada masalah nak pilih mana satu yang paling sesuai dengan diri ini. Isk!



1 comment:

  1. Haah, Sophie... Alhamdulillah fesyen muslimah dah makin banyak dah sekarang. Makin banyak choice... Which also explains why budak-budak sekolah pun nampak matang cantik, unlike our days.. hahah.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...