Thursday, April 21, 2016

Tips Tidur 90 Minit Untuk Bangun Segar

Masa aku study kat UiTM, aku tak dapat bayangkan betapa disaster nya tahap kesibukan menjadi seorang pelajar senibina. Penat kot. Nak buat kerja design & kerja apa-apa yang lain pun macam hmph.. tahu kena buat banyak benda tapi nak buat apa pun kena ambil mood.

Lain orang lain cara dia buat kerja. Dengan cuaca panas kat Malaysia, aku setuju kalau mood nak buat design tu datang di waktu malam. Waktu siang tu better buat assignments selain design. Target je untuk siapkan terus kalau boleh. Kadang aku faham je time siang ni mengundang rasa nak membuta tidur bawah meja kan.

Yes, student architecture kat Malaysia sebenarnya sangat tabah & kuat. Paling gila kentang sebenarnya bila aku compare dengan architecture students masa study kat UK. Sebab kita adalah mangsa kepada sistem pendidikan yang lemah yang aku tak nampak perubahan dia seiring dengan pembangunan negara. So harini aku malas nak mengomel pasal kelemahan sistem pendidikan kita dalam bidang senibina (sebab aku rasa macam nak analyze thesis pulak) tapi aku nak kongsi satu tips yang bagi aku sangat berguna masa aku sambung M.Arch.

Ni tips pasal nak tidur.

Ada time kat studio kan, mesti ada yang jenis suka tidur dulu pastu baru bangun buat kerja kan? Aku pun selalu buat macam tu. Come on, archi life, penat kot takyah nak pura-pura Robocop sangatlah. Tapi kadang-kadang dah tidur tu terlajak-lajak sokmo pulak eh. So apa sebenarnya cara tidur yang sesuai untuk pelajar, sekadar take a nap tapi bila bangun rasa lebih fresh. Bukan rasa lebih layu. Kan kadang-kadang kita rasa macam dah tidur lama tapi apesal lagi lemau pulak ni?

So aku ni kira lambat tahu la. Bila sambung belajar baru aku amalkan tips ni. Tips tidur 90 minit. Maksudnya kalau nak tidur sekejap, tidurlah dalam gandaan 90 minit (sejam setengah). So pilihlah untuk tidur sejam setengah ke, 3 jam, 4 jam 30 minit dan gandaan seterusnya. Kenapa?

Mengikut kajian, waktu kita tidur ni kita akan melalui lebih kurang 4 @ 5 fasa (stages) untuk lengkapkan satu kitaran tidur (sleep cycle). Dan satu kitaran lengkap ni mengambil masa lebih kurang 90-110 minit macam tu. Fasa awal tu biasanya macam tidur-tidur ayam. Kau cucuk kawan kau dia masih boleh bangun. Fasa 3 ke 4 camtu (tak sure pulak yang keberapa) kita akan melalui fasa deep sleep. Deep sleep ni lah fasa paling nyenyak yang kadang orang boleh mengigau ke, mimpi sampai dunia Avatar ke (aku lew tu sebenornya). So sebab tu adalah afdhal bila nak tidur sekejap tu, biarlah at least complete satu sleep cycle yakni dalam 90 minit. Biasanya bila kita rasa kita tidur lama tapi bangun tu cam still penat atau lesu tu sebab kita bangun (atau paksa diri bangun ikut jam loceng) sewaktu kita masih lagi dalam fasa deep sleep. Make sense?

So kalau penat sangat atau tepu sangat untuk buat kerja, rest lah kejap. Kalau nak rest, tidur lah 90 minit. Bangun insyaAllah lebih fresh nak buat kerja. Kalau nak tidur, try tidur dalam gandaan 90 minit ni. Kalau penat tapi paksa diri buat kerja pun payah gak kan, kita bukannya Robocop, kang kerja yang boleh siap 2,3 jam, kau paksa diri sangat walaupun terlalu penat, kerja pun tak siap-siap sampai ke sudah. Tapi kalau kat studio tu pesan lah kat member mintak kejutkan kamu ya.

Sila tengok video ni, kejap je pun videonya. 





So masa aku study part 2 di UK tu, cabarannya ialah cuaca 4 musim yang bila sejuk sangat mengundang nak berselubung je dalam selimut tebal. Sumpah ni adalah dugaan yang maha berat.Tapi sudah tentulah tak boleh. Kena ada mind set, berjaga-jaga (stay up) selalu, berdengkur-dengkur kemudian. Sebab dalam architecture tak boleh nak kata bersusah dahulu bersenang kemudian sebab sampai bila-bila pun macam kena bersusah je kan kalau bidang ni.

So masa final year tu nak dekat-dekat final submission, cara aku study tu memang aku pergi library je buat kerja (sebab ada time yang 24 hours bukak), malam kalau stay up tu sampai pagi. Waktu tidur aku pukul 6am-9am. Complete 3 jam. And yes, lena & okay je rasa cam cukup je tidur. Luckily musim tu Subuh masuk lagi awal daripada tu. Bangun pagi, mandi, masak prepare makan bawak bekal apa semua pergi balik library. Sebab takde studio cam kat UiTM tu. Dia kalau orang terer bolehla tidur awal je tapi sebab sedar diri rasa macam average student je so kena la work harder sikit.

p/s: Ni aku nak share jela bagi peringatan sikit kat korang. Beza sebenarnya belajar bila umur awal 20-an dengan pertengahan 20-an. Bila umur dah 25 tahun ke atas. 26 la paling mula terasa sebenarnya. Badan ni dah tak sekuat dulu dah nak stay up macam zaman buat degree kat UiTM dulu. Mula aku tak faham sangat bila umur aku awal 20-an orang yang 25 tahun keatas nak cakap camtu kan sebab aku rasa macam eh eh, takde la nampak tua pun, apa yang tak laratnya? Tapi bila dah go through tu. Pergh. Memang tak boleh kalau tak tidur. Stay up macam mana pun WAJIB gak tidur walaupun sekejap walaupun 90 minutes tu aje. Pastu makin mudah rasa penat beza sangat dengan masa umur early 20's tu energetic lain macam. Bukan aku je yang rasa macam tu, semua member yang sambung belajar sekali pun agree dengan perkara ni. So kalau boleh target lah nak habis part 2 sebelum umur 26 tahun. Honest ni. 

So ni salah satu tips belajar untuk architecture students yang berguna gak untuk studio based students lain mahupun semua jenis students lah kot. Oh, just make sure masa tidur yang singkat tu tidur dalam keadaan yang selesa okay. Jangan tidur atas kerusi pulak. Baring lah, tak dapat katil/tilam, baring la bawah meja studio keramat korang tu ya. Moga entri ni sikit sebanyak membantu. Hopefully next time aku dapat share macam mana cara kerja yang produktif untuk archi students pula.

Rasa entri ni berguna? Sila share pada rakan-rakan & sesiapa sahaja yang mungkin boleh membantu mereka. Benda baik elok share, benda buruk jangan share.Ok!

4 comments:

  1. dani selalu ada masalah tak cukup tidur. sebab tu bawah mata macam panda

    ReplyDelete
  2. Kak sophie after uitm dh complete part 2 or after kat overseas complete part 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat uitm part 1. Overseas complete part 2.

      Delete
  3. Akak dulu study dkt mana before uitm? I mean Lepas spm,,,Dan Boleh ke spm aliran akaun ambil architecture? Dan subjek apa waktu spm Yang membantu untuk ambil architecture ?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...