Saturday, February 1, 2014

Random UK #6- Saya Yang Bertukang di Bengkel Sekolah

Waktu kejadian: November 2013

Memandangkan aku letakkan survey di blog aku tentang apa yang pembaca suka baca di blog aku dan ternyata ramai yang vote nak baca tentang architecture jadi aku pun mengambil inisiatif untuk update serba sedikit life aku sebagai budak archi disini. Lagipun asyik post aku gi berjalan je orang ingat best je..Tak tahu aku study kat sini pun nak kena struggle. *ceh emo lak* Hmmm.. camne aku nak cerita ya?

Okay, basically di faculty aku mahupun disini lebih dikenali sebagai school. *comel & rasa muda sikit kan bunyinya* , disini kami ada workshop (bengkel). Kalau ada yang pernah tertanya kenapa yuran belajar overseas ni mahal betul?? Jadi bila aku study disini, tengok sistem mereka, fasiliti yang mereka provide yang memang tiptop, jadi tak hairanlah kenapa yuran mereka mahal. Oleh itu, kita haruslah mengguna pakai dengan sebaiknya peluang yang ada. Kalau tak, RUGI..


This is me. Abang belakang tu nama dia Roland. Kat bengkel ni ada 4 orang pekerja yang sangatlah best. Basically fasiliti kat sini seperti bengkel & bilik printing dijaga oleh pekerja yang berpengalaman & sangat helpful. Diorang tak pernah marah-marah.  Kalau tak reti dia akan ajar. Kau jangan nak memandai..kang terpotong tangan kang.haaa..




Apa yang kami perempuan ni buat sebenarnya? Dengan papan buruk ni mesti korang tak paham kan? Tapi aku akan cuba buatkan korang paham. I'll try my best dear readers! Nak digest studies kami dalam English nak translate dalam BM & bahasa yang mudah difahami bukanlah mudah sangat.huhu..

Basically, site group kami terletak di Walsall. Walsall ni suatu masa dahulu pada zaman sebelum World War lagi sangat dikenali sebagai industrial era. Jadi banyaklah kilang-kilang yang ligat beroperasi. Contohnya kilang barangan kulit a.k.a leather. Leather pula pada zaman world war sangat besar-besaran pengeluarannya kerana askar dulu-dulu kan naik kuda berperang, kat kuda tu alas duduk tu kan diperbuat dari leather. (saddler namanya tau). 

Jadi selepas zaman world war berlalu dan kebanyakan industri perkilangan semakin mundur sebab permintaan pun semakin kurang, jadi kawasan Walsall ni ibaratnya terbiar, dan kami gunakan tema "Latent" untuk menggambarkan kawasan tersebut.

Seperti biasa, urban studies selalu dikaitkan dengan ekonomi, politik, sosial etc. Tapi tutor kami tidak mahu pendekatan yang cliche. Jadi tutor nak kami inverstigate & test the site katanya. Jadi kami diminta untuk buat installation.

 Aku takde masalah nak kerja kat workshop. Best gila peralatan dia. Hahahah..


Yang penatnya sokmo kena berdiri. Jadi memandangkan kami kena buat installation, jadi installation tu pun haruslah bertemakan "latent". Maka kami menggunakan material yang ala-ala buruk, kasar seperti MDF board, barang-barang sampah terpakai (kononnya nak tunjukkan industrial waste gituh la)

 Siapa girls nak study architecture, please bear in mind study architecture bukan bermakna kau kena melukis dan menghadap computer sahaja. Walaupun saya kuat berangan tetapi saya juga harus terima hakikat yang saya kena pergi ke bengkel untuk tugas-tugas khas seperti ini. Cewahhh!

Banyak peralatan & mesin di bengel ni. Disebabkan saya kuat berangan kadang-kadang saya terbayang saya dalam cerita Saw bila dengar mesin ni berbunyi.. Imaginative tak bertempat betul perempuan ni..

Camnilah insallation tu bila dah siap. Jadi apa gunanya installation ni? Disebabkan tutor suruh kami test site tu, jadi berdasarkan site investigation yang kami dah lakukan seperti interview penduduk Walsall, kami mendapati ramai yang kata penduduk Walsall ni ignorant. Jadi, installation ni salah satu cara nak test, adakah benar penduduk Walsall ni ignorant dengan keadaan sekeliling? Adakah mereka buat dunno je dengan benda baru yang ada di kawasan mereka tinggal? gituh lah nak kasi korang senang paham.hihihi..

So hasilnya macam video di bawah ni lah. Kami tinggalkan beberapa kali & datang balik untuk  tengok hasil. Pada papan tu, kami suruh mereka tulis apa yang mereka feel, touch then write. 




Hasil penduduk:

Kami tinggalkan installation ni 3 kali supaya orang takla pandang pelik kan kalau kami berdiri disitu. Lagipun barang buruk siapa nak ambil. Masa tinggalkan kali ketiga, installation kami dicuri. Serius tak tipu. Installation tu berat gila kot at least dua orang kena angkat. Hampa, tapi somehow experiment kami agak berjaya kan? Penduduk Walsall tidaklah ignorant seperti yang diperkataan..

Dah installation model pun dah kena curik, abehtu kitorang nak present tunjuk model apa? sadiss kan.. So kami terpaksa buat satu lagi model yang bersaiz kecil untuk menggantikan installation tersebut sebab ada critique session.

Inilah modelnya..


Maka haritu kami present lah drawings dengan model sekali kat hujung belah kanan. Dan drawing belakang kami tu, besar kan?Site plan. Untuk tunjukkan ideologi kami tentang latent space dari setiap individu.

p/s: Beza study dalam negara & luar negara.  Haih memang beza yang amat pun. hmm.. kadang rasa macam pelik-pelik. Kadang rasa macam eh bestnya.. Kadang rasa macam blurr gila..haha.. Tapi gua layan jelaaa.. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal ketiak, okay. Cioww..

11 comments:

  1. Mesti best di kelilingi oleh abang2 kacak itu. Hahaha. Lain kali akak update lagi la entry pasal archi.

    ReplyDelete
  2. seronoknya sophie...kerja kat bengkel ni memang best. saya last masuk bengkel pun masa sekolah menengah je. hehe tapi best kalau pandai bertukang ni

    ReplyDelete
  3. Bestnye experience akak.
    May Allah ease everything for you.



    Untuk kempen #MsiaEndsDengue

    http://nurainishahroni.blogspot.com/2014/02/msiaendsdengue.html

    ReplyDelete
  4. pnegunjung setia hihi. tapi jarang mengomen. pergh da macam ape da..yg tak leh blah imagine cite saw tu whuu seram ;) anyway, good luck!

    ReplyDelete
  5. sampai cite saw pn ade skali ,,haha. good luck!

    ReplyDelete
  6. mesti ade laser cutter yg best..
    huu~~..
    entah bila boleh ke idak sambung ke oversea nnt .. umo semakin meningkat.. hehe ..
    kirim salam sama abon@muadh :D

    ReplyDelete
  7. AKu baca tiga kali baru faham apa yg kau ceritakan...
    Hehehehe...
    Otak aku mmg tak boleh masuk kot benda camni...hahaha

    ReplyDelete
  8. @Aimi Farhana

    Kacak? Haha..ramai yang tua la. Erm, insyaAllah kalau ada masa saya tulis.

    ReplyDelete
  9. @nurdani
    Seronok tapi penat. Tapi best sebab banyak material free..hehe..



    @aini shahroni
    InsyaAllah.. It's not easy but I will try my best. =)


    @Ammeylina Animey
    Hahaha.. thanks. Tau xpe.. banyak tengok cerita bukan2 lah.Pastu terbayang.

    @amAL
    Umur bukan penghalang. Ok baiklah nanti saya kirim salam sama abon.

    ReplyDelete
  10. @cEro
    haha sebab tu aku kureng sikit nak cerita pasal architecture or kerja2 aku. Nanti ramai orang macam kau x paham.haha..

    ReplyDelete
  11. Macam best je belaja kat sana. Architecture tak semesti nya design building ke? Ada buat furniture sekali eh?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...