Saturday, January 5, 2013

Jihad

Bila ditanya antara kerja dan belajar, mana satu yang kamu lebih suka?

Aku, dua-dua tak suka. Camne tuh? hehehe. Nak jadi apa kau ni Sophie?

Aku fikir, dari tadika kita kena belajar.

Tadika -2 tahun
Sekolah Rendah- 6 tahun
Sekolah Menengah- 5 tahun
Degree - 4 tahun
Master- 2 tahun (Tapi baru 4 bulan belajar)

Jadi total masuk institusi untuk belajar ialah 19 tahun. Hampir 80% daripada jangkamasa aku hidup sampai sekarang. Oleh itu, sebenarnya aku tak nafikan, belajar tu bagus, ilmu semua tu yang membentuk kita sampai sekarang. Tapi kadang-kadang, penat kan belajar ni?

Pressure belajar lain, pressure kerja lain. Tapi lepas bekerja, aku rasa macam aku lagi suka kerja daripada belajar. Aku lebih suka praktikal, realiti, walaupun ada sesetengah orang rasa bosan dengan kerja sebab hari-hari mengadap benda yang sama. Bila dah bekerja dan masuk belajar balik, terasa momentum nak study tu menurun sikit. Ish, tak memberangsangkan betul. Kalau dulu okey lagi nak stay up tak tidur. Sekarang? Stay up pun harus tidur gak. Ciri-ciri umur semakin menambah memang beginikah?

Sebenarnya, aku sedia tahu, kalau tak belajar tinggi-tinggi pun tak semestinya takkan berjaya. Bak lirik lagu Mentera Beradu "Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman". Yer, lirik ni pun aku sokong juga.  Apa yang penting azam, usaha & konsisten.

Kalau bukan sebab nak grab Part 2 LAM, aku rasa aku dah taknak belajar. Tapi sebab dari awal study architecture lagi aku dah sematkan dalam otak yang aku nak complete 6 tahun belajar senibina untuk membolehkan aku jadi arkitek, aku gagahi juga. T__T  Penat weyy..dah macam medic je course aku ni.

Aku fikir macam ni aje, bukan senang untuk senang. Untuk dapat peluang belajar di negara orang pun bukan senang. Aku ni antara yang terpilih ni janganlah tak bersemangat pula kan? Ada orang, mungkin tak bernasib baik, mungkin hidup terlalu susah sampai tak dapat nak bersekolah pun, mahupun belajar di universiti. Jadi, janganlah kita mengeluh. Sesiapa yang masih study lagi, jom lah berjuang. Aku menaip ni pun dalam library. huuuu.. library dah jadi studio aku. Sebab bulan ni 24 hours bukak sebab orang nak exam.


p/s: Bila aku call mak aku & dia tanya camna study? Aku jawab ok je. Pastu dia tanya "taknak sambung phD ke?" dan aku rasa macam....zzZZZZZzzzzzZZZZzz... sambung Master pun rasa macam orang yang lost di tengah gurun sedang mencari air.. Aku rasa macam tak mampu nak sambung phD. Aku tak suka buat thesis sebenarnya. Tulis blog takpela..mengarut je banyak. huahua..Kesalahan tatabahasa pun takda orang nak kesah. Ok, aku nak sambung buat essay. Bye..





16 comments:

  1. saya tak dapat peluang sambung master macam Sophie. sekarang fokus kerja je. nanti2 teringin jugak nak sambung.hehe

    semoga berjaya jadi arkitek yang terkenal :D

    ReplyDelete
  2. klau tulis thesis mcm tulis kt blog..surelah sy blejar sampai bile2..hahah

    ReplyDelete
  3. Just for sharing, kalau nak buat PhD muda-muda ni fikir la 100kali dulu. Better kerja dulu at least 5tahun kumpul experience, and then baru sambung PhD. Bukan apa, buat PhD muda2 memang okay, tapi kalau buat dengan pengalaman lagi membantu. :)

    ReplyDelete
  4. kita sama okeh.. tak suka kerja. tak suka belajar. haha. nak jadi ape ntah. dan paling TAK SUKA adalah buat THESIS!!! penat sebab tak reti nak buat dan tak reti nak fikir. last-last bila stuck, tido je memanjang. teruk punya perangai ni. adoi!

    ReplyDelete
  5. kadang2, bukan semua bnda kita buat, tak baik untk kita. begitu jga sebaliknya.. gdlck yer sophie, lps ni smbung PHD plak..

    ReplyDelete
  6. Copie, ko layan je thesis tu mcm buat blog (credit to Luqman Zakaria) orang macam aku datang semangat nak belajar bila tgk kwn2 grad je.. bila dah masuk sem nnt mesti dtg balik ayat "tensionnye blaja arki" =P huhu..

    ReplyDelete
  7. sekarang pun sejak semester akhir..mood belajar ain pun dah kelaut..rasa malas kemain nak pikir soal belajar n kerja ni..otak ni dah tepu sangat pikir soal kahwin..hehew

    ReplyDelete
  8. sekarang pun sejak semester akhir..mood belajar ain pun dah kelaut..rasa malas kemain nak pikir soal belajar n kerja ni..otak ni dah tepu sangat pikir soal kahwin..hehew

    ReplyDelete
  9. sy yg amek degree perguruan pon 5 taun stgh blaja. g prktikum, pastu kne masuk claz blik, rase laen mcm. sbb dah biasa duk dpn ngajar tetibe kne duk jd student blik. hehe.

    kne kuat smngt. semua tu kan pengalaman. :)

    ReplyDelete
  10. salam kenal.dya follower sini iyer..jemput singgah my blog ya ^^

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..

    Happy New Year Sophia..
    Smoga sentiasa sihat hendaknya..
    Smoga sukses dalam apa jua bidang yg Sophia ceburi.. Smoga dipermudahkan urusan.. Salam rindu..

    Shbtmu,
    EB

    ReplyDelete
  12. hehe sophie sgt untung dpt msuk birmingham..ade org pg agent ade ke agent kate 'i dont think u'll make it here' frust gila dengar.. :( (kisah benar)

    hehe good luck sophie!

    ReplyDelete
  13. Master pun dah rasa tercekik kan Sophie tu fie tengok kawan kawan jelah, terus mati rasa nak sambung study lagi. Heeee. Anyway good luck :)

    ReplyDelete
  14. Nurdani:
    InsyaAllah kalau awak nak cuba boleh aje. Kalau ada rezeki insyaAllah boleh. Fuh, arkitek terkenal? Amin..susah tu tp aminkan aje dulu..hehe..

    Shizan Syafik:
    Terima kasih awak.. =)

    Luqman Zakaria:
    Wahahaha..tula, sure la belajar sampai phD kan..

    Amirah:
    Hurm..good advice!!! thank you!!!!

    Oshinz:
    tula, tp kena harungi juga kan..huuuu.. =(

    Pemaju Sepang:
    Amboi sejak bila kai jd Pemaju Sepang ni?? Ni asep ke Nana ni haa? hurmm..tahu xpe..aku tunggu masa je nak habis belajar ni.. x sabar aku..

    Ain Dzaya:
    tula. thanks. Tapi sambung phD? hurm..dgr perktaan phD tu pun dah gemuruh.. X')

    Misz Aisya:
    yela..pengalaman macam ni, siapa nak bagi kan.. =B

    Baby Lydia:
    Salam kenal..InsyaAllah..

    EB:
    Waalaikumussalam..Happy New Year too EB..
    Terima kasih banyak2..Semoga sukses juge EB! Good luck in everything you do!!

    Anonymous:
    Ermm..tak paham apa maksud beliau "I don't think you'll make it here" tu.. susah nak masuk ke, atau kehidupan di Birm ni mencabar? huhuhuhu..

    Fifie:
    Haha..kalau nak seribu daya *ayat nak sedapkan hati sendiri*

    ReplyDelete
  15. Aku suka belajar...
    Aku kerja pun, sbb aku nak kumpul duit nak sambung belajar...
    Selagi otak aku mampu belajar, aku nak belajar...
    Kerja adalah perkara paling tak best...heheheh

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...