Saturday, December 15, 2012

Christmas-German Market di Birmingham

Hai semua!!!!

Aku dah start cuti winter. Yeay!! Hepi, hepi. Sangat hepi boleh hibernate *konon*

Harini aku nak bercerita pasal German Market di Birmingham. German Market ni kalau tempat lain di UK orang panggil Christmas Market. Mula-mula aku tak faham kenapa kat Birmingham ni panggil German Market padahal bukannya 100% pun orang German yang jaga stall. So aku pun semangatlah google pasal German Market. Rupanya sebab Christmas Market ni paling awal sekali dimulakan di German. (ok bagus aku dah tambah ilmu pengetahuan korang dalam perenggan pertama)



Next!

German Market ni suasana dia kalau kat Birmingham ni: ada stall kecil-kecil yang design dia comel-comel je. Lepas tu stall ni jual minuman keras macam beer, hot chocolate ke, ada souvenirs, barang kemas & banyak lagi. Kiranya mungkin barang untuk bagi orang masa hari Krismas kot. Suasana dia memang sangat meriah. Selain tu ada juga lah macam ala-ala fun fair sikit. 












Eh macam kenal je perempuan ni. 

 Kami pergi ramai-ramai. Meriah lah sikit kan.


 Ni tempat ramai-ramai orang minum arak. Macam, beli je then diorang minum sambil berjalan ke, sambil berdiri ke. Meriah lah tapi bau dia.. 



Tengok jangan tak tengok! Sebenarnya tak beli apa-apa pun kat sini. Barang-barang dia pun ada certain tu macam made in Thailand je aku tengok. Mahal pulak tu.*banyak gak cekadak aku ni* Ohya, lupa nak cakap, kalau beli baju atau kasut kat sini, walau brand macam Forever 21 ke, Nike ke, takde makna nak beli Made in United Kingdom. Kebanyakannya Made in China, Vietnam, Bangladesh etc. (walaupun baju tu tertulis I Love London) Frust tak kalau nak kirim? hihi. 



Bajet macam salji turun je gambar ni. Hehe. Tapi so far kat tempat aku belum turun salji lagi la. Suhu so far paling rendah kat sini -4 darjah celcius. Sejuk kan. Kalau dalam rumah tak pasang heater kan, aku mengigil tau. Paling menyampah kalau tengah malam terjaga nak buang air. Aduiii! Toilet dahla satu je kat bawah. 

Memandangkan German Market ni terletak di City Center, jadi kadang-kadang kalau nak pergi City Center tu lalu lah kat German Market ni. Lagipun hari-hari ada dari awal bulan December sampai sebelum Christmas. So alang-alang berjalan tu memang lalu lah kawasan German Market ni. 

Baru-baru ni lepas kelas aku pergi lagi sekali. Sebab alang-alang bestfriend aku pun turun dari Lincoln so bawak lah dia merasa pergi Christmas Market kat Birmingham kan. 

Baru perasan ada Predator. Nak? Hulur 12,000 pound dulu.


Keskemaan seorang student disitu sambil memegang cup berisi hot chocolate. Yummeh sangat minum time sejuk-sejuk ni.



Teman seperjuangan selama 6 tahun dah. Teman waktu happy, waktu sedih, waktu gaduh, waktu bergusti,cekik mencekik dan sebagainya. 

p/s: Nak ke London dan ke Amsterdam cuti ni.. Semoga perjalanan selamat. Doakan saya juge. =)

6 comments:

  1. Wah wah dah holidayyy! Kitorang kat sini nak bermula final exam dah, Sophie... wuwu..

    Take care! :)

    ReplyDelete
  2. wow! eksaited tengok brg2 kecik cute tu. rase nak rembat semua nye.. huhu :)

    ReplyDelete
  3. Ok, sangat menarik..
    Tp paling menarik perhatian aku kereta dgn chop Office 365 tu..
    Apakah? heheheh

    ReplyDelete
  4. najwairina balik yg excited tengok gambar sis sophie :)

    btw jaga diri .

    ReplyDelete
  5. tengok gambar sophie pun dan baca cerita pun dah macam ada kat sana...hehe..dah tak payah pergi dah...

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...