Tuesday, November 27, 2012

London-Raya Aidil Adha-Bonfire Night-Presentation

Memandangkan aku ini dah lama pulak tak update blog kan. Oleh itu anggaplah entri kali ni aku nak update apa aje aktiviti yang aku dah buat selama beberapa minggu ini.

Sebenarnya masa awal-awal sampai tu aku ke London kejap. Serius, sekejap je weh. 2 hari 1 malam jer.. T__T sobs.. tak puas berjalan. Sebab yelah, ada kerja nak submit. Pergi London pun sebab nak pergi Malaysian Night kat Trafalgar Square. Nasib baiklah ada mak cik aku yang tinggal di Essex, dalam sejam naik train nak pergi rumah dia. Aku bermalam di rumah makcik aku. Waaah..bestnyaa bermalam di rumah famili. Korang tahu jelah beza duduk rumah famili dengan rumah sewa kan.

                                                      
Selama ni berangan je nak gi London. Tak sangka berjaya menjejakkan kaki jugak kat tempat ni.
T__T  terharu gak lah sebenarnya dalam kalbu gituh.



Sangat beriya nak gi Malaysian Night. Tetapi. Hujan.. dan sangat sejuk! Kat Malaysian Nights ni ada persembahan kebudayaan, ada makanan Malaysia. Ada teh tarik RM10 satu cawan. (ehh!! jangan convert! JANGAN CONVERT!)


Time ni semua dah basah menggigil sebenarnya. Tapi, takpe, demi dah sampai London ni! 



Mak cik aku dengan cousins aku yang dah meningkat dewasa! Aww~ dulu tengok diorang kecik je lagi. Sekarang dah lagi tinggi dari aku. Macam tak percaya. Tak silap aku dah 5 tahun dah mak cik aku tinggal sini.

Sebenarnya aku tak puas pergi London. Sebab macam rushing gila! Oleh itu, aku berazam pada diri sendiri untuk datang lagi! Ceh bukannya nak berazam belajar rajin-rajin ke apa..

NEXT!

Kami bestfriend beraya Aidil Adha bersama-sama. Untuk pengetahuan korang, dalam pertama kali seumur hidup aku, aku berjaya masak rendang ayam dengan berpandukan resipi dari internet. Bila orang kata sedap dan habis cepat pulak tuh, rasa macam menang trofi pergi call mak bagitahu aku berjaya masak rendang. Semata-mata. =') 

Mula-mula aku rasa sedih sebab tak tahu mana nak cari kerisik. Nasib baik aku tiba-tiba je teringat mak aku pernah buat kerisik manually. Fiuhh!! Ok fine laa..rendang aku mungkin nampak tak sesedap mak korang buat. Tapi habis apa..Ok lah tu..  ;p

Ohya, raya time ni ada member buat open house. & ada satu family Malaysian ni pun buat open house. Bestlah. Tak lah rasa forever alone ke apa.

With Malaysian students.

Dengan adik-adik dari Malaysia yang dah lama menetap kat sini. Err, kecuali yang paling depan tula sebab yang tu housemate aku. ;p  *sorry Nadia*


Ok. NEXT!!

Bonfire Night! 
Sebenarnya aku malas nak explain apa itu Bonfire Night. Huahuaa..boleh tak macam ni?
Sekadar perayaan tahunan bagi memperingati peristiwa tentang Guy Fawkes yang.. [link]
Ok boleh rujuk link. Tak baik malas membaca. Haha.

Disebabkan ia adalah perayaan fireworks..dan aku ni memang suka betul tengok fireworks sebab beliau cantik.Aku appreciate the arts of fireworks. Cool kot sapa yang design fireworks. 


Bestnyeeee!!!!!!
(To: Amiera, Nisa & Amar: Teringat new year 2012. The same feeling but in different places with different people  )  

NEXT!!!

Haritu baru lepas presentation group. Fiuhhh!! Lega gilaa sebab pass! Lecturer kitorang tu dahlah strict betul. Nasib lah dia ok.
Ni cuma proses buat model jela. Penat buat model. Aku tak sangka aku kena harungi zaman membuat model nih lagi. Yang sengalnya aku terlupa nak ambil gambar finished model. Huahua.. Terlalu happy gamaknya sebab dah habis presentation.


Soo, berakhirlah kerja grouping dengan abang-abang English & French ni. Tahu jelah culture diorang ni, celebrate apa-apa tak sah takde cheers. Tapi, aku cakap jelah aku tak minum. Mula-mula ada gak yang pelik sebab dia kata dia kenal ramai Muslim yang minum arak. Aku senyum je cakap "but not me" Diorang ni minum dahla kat luar. Habis tu, aku sorang je pompuan bertudung dengan diorang. Tepi building nih dahlah Aston University. Ramai brother sister muslim. Lalu je pandang aku pelik.
(-___-') Speechless.. Aku hormat culture orang, tapi dalam masa yang sama, aku taknak la makan minum benda yang HAROMMM. Itu je.. after all, aku yang nak keluar dari comfort zone aku & merasa environment luar kan. So be it.

p/s: So far..Alhamdulillah, aku rasa okey je dengan life aku. Tak semak sangat otak ke apa. Study pun okey. Kelas pun tak pack macam kat UiTM dulu. Mula-mula je macam takut sebab kat school ramai mat salleh, takut la nak communicate ke apa. Typical feeling..tapi sekarang dah okey. Diorang pun nampak aku tegur je cakap hi ke apa.Cuma, cuaca sini. Nauzubillah..semakin sejuk. Kadang-kadang boleh buat jadi moody. Sebab gloomy je. Kalau tengok luar tingkap, tak tahu time tu pagi ke tengahari ke petang. Malam semakin awal. Lepas pukul 6 bandar dah tak hidup dah. Mana ada kedai bukak sampai malam ke. Restoran 24 jam macam mamak tu jauh sekali la. Soo, agak boring la sebenarnyaa..hahaha..

Sesiapa yang berada di Malaysia tu, percayalah cakap aku. Banyak sangat benda menarik kat Malaysia.  & silalah bersyukur jika anda warganegara Malaysia. Sebab ramai sebenarnya orang sini yang nak datang Malaysia. Orang Malaysia je yang tak sedar & asyik kutuk negara sendiri. Malu je..Boo~















24 comments:

  1. Proud to be Malaysian.cecece :D

    sophiee,seyes,bc blog kamu buat rin lagi semangat nk study hard & further study kat sanaaaa :)

    ReplyDelete
  2. saya lebih suka London sebab kedai2 beroperasi tak sampai lewat malam macam Malaysia. mak mertua kakak saya selalu ke sana. dalam pukul 1pagi ke berapa entah, kedai2 dah tutup kan? tu yang best.

    apa2 pun, saya tetap bangga jadi warganegara Malaysia. hehe

    ReplyDelete
  3. thank untuk review ini.. ^_^. seronok baca

    ReplyDelete
  4. salam kak. best tak study architecture? org ckp ramai tukar course sbb cepat bosan. betul ehh?

    ReplyDelete
  5. saya tercrush dgn abg depan belah kanan pakai jaket hijau tu..hahahaha

    ReplyDelete
  6. lawa nye cousin. hihihi. groupmates pn kacak. yg kiri skalii. hihihi

    ReplyDelete
  7. Salam...kak sophie...gud luck..sy ade email akak, tp akak x rep lg..huhu..sedeynye..sob (T_T)...tp xpela akak bz kan..so klu ade snang, naty akak rep la..

    atiqah: hehe saje nk mencelah jwb..dorg tkr course bknla sb bosan.coz ni mmg best.tp sb rmai yg x larat nk bwk..hehe..coz ni memerlukan emosi fizikal dan mental yg kebal tahap tepu..ati mst kering..belasah je ape yg perlu ditempuh..

    ReplyDelete
  8. Rin Saharina:
    hehehe..good2..study harder k & cuba apply sambung luar. Negara sendiri memang dah sangat best. Tapi, bagus juga tengok negara luar.

    Nurdani:
    yang tu tak pasti sebab tak pernah berada di Kota London sampai pukul 1 pagi. haha.. =)

    Lokman:
    No problem..

    ReplyDelete
  9. Atiqah:
    waalaikumussalam.. Erm, best lah jugak kalau minat. Tapi kadang2 rasa macam menyampah pun ada.hahahaha..Tak lah. bukan sebab cepat bosan. Tapi sebab memang tough..

    Miss Kira:
    Saya pun kadang2 rasa macam nak tercrush jugak dengan dia. Wawawa~

    Nur hidayah Isa:
    ooo..a ah, diorang memang lawa..comey lotey gituh. Ha, yg kiri sekali tu mamat French.

    Anonymous:
    Aduhai..ada ke? saya check dulu. mungkin termasuk dalam spam. nama awak pun siapa?

    ReplyDelete
  10. aaaa... boleh bayangkan lagi kesejukkan London... koh koh koh...


    Apa pun, saya bangga jadi warganegara Malaysia... Teh Tarik kat sini baru RM1.20.. koh koh koh..

    ReplyDelete
  11. Aku pun suka tengok bunga api, BELIAU memang cantik. ;D


    "Sesiapa yang berada di Malaysia tu, percayalah cakap aku. Banyak sangat benda menarik kat Malaysia. & silalah bersyukur jika anda warganegara Malaysia. Sebab ramai sebenarnya orang sini yang nak datang Malaysia. Orang Malaysia je yang tak sedar & asyik kutuk negara sendiri. Malu je..Boo~" Syukur jadi warganegara Malaysia. Tanah tumpahnya darah kita. ;)

    ReplyDelete
  12. Talk about winter..ku semangat! Banyak dugaannya. Kalo di aussie cukup dgn autumn, bagaikan rasa winter. Asal nak study, mula syaiton duk pujuk.."tido la...tido la.." In Shaa Allah, u can survive! Waa ramai malaysian student in Birmin. :)

    ReplyDelete
  13. haha..org malaysia teringn nk pergi london..mcm aku teringn gak..tp stakt nk mlwt je la..nk duduk xnk la

    ReplyDelete
  14. insyaAllah takpa walau orang pandang pelik yang penting kita tahu kita buat ke tak kann.

    haish. hemsem betul geng group. hahaha

    ReplyDelete
  15. biological clock berubah ni. biasalahhhh

    ReplyDelete
  16. name sy fatin amalina..sy archi uitm perak..first batch yg grad di uitm sri iskandar,yg x pi shah alam..sy mmg tabik springla dgn akak ni..

    ReplyDelete
  17. Yousof:
    huahua.. bagus ada semangat patriotik.

    Farah Zainal:
    Don' worry, kalau x ramai Malaysian pn ramai Muslim.ok je..

    Faiq:
    dulu aku pn fikir nak lawat je. x plk terpikir nak study sini. tp tetiba aku dah ada kat sini pulak. camno tuh..

    syakey:
    tula.hensem kan abg2 mat salleh ni. LOL..

    anonymous:
    Fatin amalina, boleh tak resend email awak tu? sebab saya check xde dalam inbox email dari sender fatin amalina.

    ReplyDelete
  18. Salam sophie,
    bestnya baca pengalaman ko ni,
    dengki arr..hahaha

    Nmpak gaya ko dh start adapt dgn kehidupan sana, baguslah..
    Sbb ramai kata, first year duk luar mmg menduga sket, ramai yg kecundang..
    So, for me, ko ok je..kan?

    ReplyDelete
  19. cEro:
    Waalaikumussalam cero.
    Hai! So far aku ok aje.. standard lah kalau sekali sekala melayan perasaan teringat rumah kat Malaysia kan.

    Tapi ok jelaaa..aku xde benda nak merungut sangat pun sbb aku mmg tak banyak songeh pun.haha..

    ReplyDelete
  20. sophie! blog yg sgt inspiring! hopefully dpt smbung and jumpa sophie kt sana! sbb nk jmpe kt pool asek xdpt je -_-
    I like the way u handle urself.kite xle sekat culture org but u sure knw hw to take care of urself!

    p/s: bole focus ke study dgn group yg mcm tu? sgtlah hennsse ok xpe goodluck!

    ReplyDelete
  21. assalam, sophie..tahniah dapat tajaan mara..belajar kat sana..tapi nape xinform akak..sampai hati..patutla senyap jew.anyway..i will meet u later!!

    ReplyDelete
  22. ruru: haha..boleh je.Thank you =) good luck to u..

    is wany:
    Kak wany, masa dapat tawaran MARA tu akak antara orang terwawal sy text. Mungkin sms tak sampai atau sy bg kat no lama. huhu.. sy email akak kt email yg ada kt blog akak tp mcm takde reply je. Then comment kat blog akak tp comment box akak mcm problem je.huhu..byk betul dugaan nak contact akak. Please email me at sophiealyahya@gmail.com sbb nak bagi no UK senang nak contact. =)

    ReplyDelete
  23. Salam kak..Sy Fatin Amalina..Sy da resend lek email tu.Sory lmbt sb bz ckit

    ReplyDelete
  24. syukurlah saudari ada peluang belajar diluar negara. at least ada peluang kenal budaya orang luar, perangai dan sikap2 mereka. good luck!!

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...