Tuesday, November 6, 2012

Respon Mak Ayah


Mak aku dengan ayah aku kata diorang selalu doakan aku dimurahkan rezeki dapat fly, buatkan solat sunat hajat sekali.

Ayah aku, lepas aku apply MARA, hampir tiap hari call aku kat office, tanyakan apa result MARA, dapat ke tak. Aku pelik, apesal ayah aku lagi excited daripada aku ni?? Dia pulak yang macam gelisah. Macam-macam scholar gak dia suruh aku try bila ada update kat surat khabar.

Tiba masa aku dapat result MARA tu, aku happy, tapi aku tak tahu macam mana nak bagitahu parents aku? Perlu kah aku melompat-lompat tanda happy kemain? Perlukah buat muka serius? 

So bila dah puas berjujuran air mata dalam bilik, dah guling-guling atas katil & terjerit-jerit on phone dengan kawan sebab macam tak percaya, aku pun ready lah nak turun bagitahu mak aku yang sedang menonton TV. 

Me: Mama, result MARA haritu dah keluar. Guess what? I'm going to UK! Yeayyy!!! *sambil peluk mak aku*

Mama: Yeke?? Alhamdulillah.. 
Alaa kakak, tak payah lah pergi, nanti Mama risau kat anak mama ni. Awak tu dahla perempuan.

Me: Mama..seriously?? Tapi kan Mama bagi kalau Ofie nak study oversea. (sebab dulu mak aku tak bagi nak study oversea) 

Mama: Alaa..Mama risau lah kat awak ni. Nanti kamu tak sihat ke apa siapa nak tengokkan.. Awak tu dahlah tak kahwin lagi. Nanti siapa nak jaga anak Mama ni?

Me: .................... (dalam hati sayu gila sebab mata mak aku dah berair dah)

Aku naik ke bilik semula. Tunggu ayah aku balik. Then bila ayah aku sampai, dia ketuk pintu. Aku rasa mesti mak aku dah bagitahu ayah aku. Aku pun buka pintu sambil sengih-sengih. 

Me: (sambil buat muka excited) Walid!! Ofie dapat pi UK! Result MARA dah keluar.. (baru nak melompat sama-sama ayah aku time tu sebab dia pun happy go lucky gak kan ..)

Walid: (diam, senyum, berpaling dari aku..dan jalan ke bilik dia)

Me: (apakah??)  Walid, kenapa..? Tak happy ke? Orang dah susah-susah apply uni dengan MARA ni.. 

Walid: huhuhuhu..(buat gaya cam nangis) sedihnya... Anak saya nak pergi jauh..

Dan itulah kali pertama aku tengok reaction sedih begitu dari ayah aku yang periang itu. 

Hati aku rasa sangat.. 
OUCH.
sangat.. OUCH!

Dah susah-susah dapat, takkanlah tak pergi pulak. Aku macam dah risau. E eh, aku ni boleh pergi ke tak sebenarnya ni? Aku macam sedih gila dah ni parents aku ni nak melepaskan aku pergi ke tak ni.?
Tapi sebenarnya diorang bagi je pergi. Cuma yelah, nak melepaskan anak sulung perempuan kan. Jauh pulak tu. Kalau dulu setakat study kat UiTM Shah Alam, berapa jengkal sangatlah perjalanan nak balik Subang Jaya tu kan. Kalau sekarang..hurm..macam yang aku cakap, kalau rindu sangat rumah, sanggup gi Google Earth rumah sendiri. Huahuaaa.. =')

Selalunya kat rumah, aku memang rajin bancuh air kat parents aku. Kadang-kadang hint ayah aku kalau nak suruh aku bancuh air:

Walid: Eh, dengar cerita kan, bakal arkitek ni kalau bancuh air memang sedap tak terkata. (LOL betul). 

Me: Fine (what a hint) nak Coffee ke Milo?

Mama: Make it two please =)

Tulah situation yang selalu berlaku di rumah. Rindu.

Everytime parents aku atau adik-adik bagitahu diorang rindu aku, percayalah hati aku remuk seketika. Sebab aku lagiiiilah rindu kat ramai orang. T___T

Bukanlah dengan parents je hati aku sayu. Nak bagitahu BFF dari zaman sekolah pun rasa sayu betul. Diorang kata, diorang happy untuk aku, tapi sedihnyaaa aku nak pergi jauh. Nanti kurang sorang geng lepak & XOXO. Nanti kalau sesiapa antara diorang dah nak tunang ke kahwin ke, aku tak dapat nak join persiapan. Or mungkin tak dapat pergi pun majlis nya. I iz so sad.  ;'(

Masa aku meninggalkan Malaysia, waktu tu agak berat hati, sebab semuanya bagi aku dah well-planned, well-organised. Hati aku rasa stabil & happy. Aku happy dengan kerja aku, kat firm ke, kat pool ke. Then tempat aku mengajar pun nak bagi better pay. (^__^) tapi, tula.bukan rezeki. Aku terpaksa suruh kawan ganti dan meninggalkan semua yang aku ada di Malaysia untuk 2 tahun. Takpelah, mungkin bila melepaskan sesuatu dengan cara baik, akan dapat perkara yang baik juga disini. *nampak sangat nak sedapkan hati sendiri*

Masa aku kat sini jugaklah ada satu stesen TV hubungi aku untuk masukkan aku dalam satu rancangan baru tentang sukan. Basically nak rakam aktiviti mengajar berenang untuk muslimah. Again, bukan rezeki nak masuk TV.haha.. Menolak dengan cara baik dan minta kawan ganti.


p/s: Masa tahun baru (2012), aku pergi tengok fireworks. Semangat sangat. Tu first time pergi sambut New Year. Masa tu aku sangat rasa tahun ni sesuatu yang besar akan datang. Aku pun tak tahu kenapa ada feeling camtu sampai buatkan aku rasa nak tengok fireworks. Mungkin ni lah kot yang menanti aku. Aku berada di UK. Sesuatu yang aku tak plan.




14 comments:

  1. wah..kalau tak, masuk tv la sophie. hehe. semoga berjaya di UK tu dan bawak2lah balik ole2 ye.eh2

    ReplyDelete
  2. sedih baca.. takpe, like i always said, pengorbanan tu perlu tuk gain something better.. =)

    ReplyDelete
  3. ;)


    Sophie kalau dah update sila inform di blog ye. Lengkap suka duka, rasa macam pendek je entri ni.


    Bersusah-susah dahulu..... (rasanya Sophie pandai sambung sendiri) ;)

    ReplyDelete
  4. biasa la tu sophie..mak ayah mana tak sedih nak berjauhan dengan anak kesayangan dorang ni...hehe..sebenarnye itu pun impian mak ayah sophie jugak nak tengok sophie berjaya dan dapat merasai pengalaman hidup kat tempat org lain kan?

    jaga diri k kat tempat org tu..rajin2 la update..akak suka baca pengalaman sophie kat sana..^_^

    ReplyDelete
  5. meninggalkan apa yang ada untuk sesuatu yang lebih baik kan? so u have to be strong tau!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya dapat p UK! Tahniahh! ambik ape kat sana and U mana? hehe btw,good luck for your future! :D

    ReplyDelete
  7. Proud of you!

    Nis sambung master dkt mesia jee

    hmmm

    ReplyDelete
  8. perghh meremang baca (tahan nanges)

    ReplyDelete
  9. it's not easy being a parent. u'll have to deal with thousands of emotion ttg hal berkaitan anak2. neway, stay excellence ye dear. salam... ^__^

    ReplyDelete
  10. Najwairina:
    Jom lah nangis sama2..Nah tisu! ;)

    Nurdani:
    Tula, melepas.haha..InsyaAllah balik nanti bawak balik banyak souvenir

    Shizan Syafiq:
    Iya..haruslah. Tabahkan hati.. =)

    Yousof:
    Iyelaaa..nanti aku update lagi..

    Shahada Fauzi:
    Hurm, tula.sbb tu kena study rajin2 so that tak rasa rugi study kat sini.Ok, kalau ada masa saya update ler..huhu..

    Oshinz:
    Yer, harap2nya berkorban untuk sesuatu yg lebih baiklah sekarang ni..Baiklah, be strong Sophie!!!

    Nabihah Ramli:
    Studying Master in Architecture. Kat Birmingham, UK.

    Nis:
    Takpe, menuntut ilmu tu kan bagus.tak kira di mana2 aje. Rezeki orang lain2..Ada peluang nak study pun dah cukup bagus.

    Mrs Azs:
    Kenapa? sedih sangat ke entri ni??

    Redrose:
    Tula, pulak tu kalau dah ramai anak..lagilah macam2 emotion nak deal. Ok, wsalam..

    ReplyDelete
  11. awok. abah kita dulu pun bagi reaction sme macam ayah awok.

    padahal, kita dapat kat Kelantan je pon.

    inilah pengorbanan kan? jarak mengajar kita rindu. take care. :)

    ReplyDelete
  12. best baca blog blogger yg rajin reply comment org..:)

    baca entry2 yg dipost menaikkan semangat lg utk study d oversea..insyaAllah akan tiba masanya
    terima kasih=)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...