Sunday, October 9, 2011

My [Random] Honest Thoughts #3


1) Harini rasa sangat penat. Sebab pagi pergi jogging. Lepas tu pergi pool UiTM Shah Alam sebab ada latihan lifeguard macam sem lepas dari pagi sampai petang. In between latihan aku terpaksa bergegas ke kelas muzik. Huahua. Aku dah join kelas muzik wehhh. (^__^)V Seronoknyeeee. Lepas kelas sambung latihan balik. Giler kan? Nasib baik boleh minta excuse. Eh gua kan senior. ;p  Balik rumah terus terlentang tidur atas katil seperti dugong terdampar.



2) Lately aku terasa macam banyak pikir doh. Pikir macam mana aku nak kumpul duit. At least bermula dari sekarang aku kena buat RM1000 extra income per month.Tak termasuk gaji sendiri. Gila ah. Itu target jela. Sebab korang tengok eh planning insyaAllah jadi yang agak cramp nih.

Nov @ Dec- Nak amek scuba lisence bersama geng lifeguard 
Nov @ Dec- Pergi Singapore bersama geng lifeguard
Dec- Pergi Bangkok dengan family
Feb- Backpacking in Indonesia for like 10 days? OMG.. 
Within 2 years: Pergi UK.

Penting: Nak beli Iphone. T_T sob..sob..

Mama kata: Sila kumpul duit juga untuk sambung belajar nanti dan untuk kahwin walaupun belum ada calon. Cheese!

(kalau terpaksa mungkin kena let go ke Singapore, amek lesen scuba dan Iphone yang dah lama diidam-idamkan.Isk!! )
Nampaknya penatlah weekend aku macam ni huhu. Tengah consider mengajar private ni boleh charge lebih.huahua. Nak harap gaji kerja di firm memang celah taik gigi jelaaaa.Nak bayar kereta bulan-bulan pun dah menggelupur. Terasa paling teruja dengan backpacking. (^__^)V  Banyak betul nak amek cuti ni.Takutnyaaa bos marah. Itupun kalau aku masih bekerja di situ bulan Februari. Ada jugak kawan nasihatkan "dah tahu mengajar lagi masyuk apesal kau tak berhenti kerja je?"
"Sebab aku nak jadi arkitek la bukan nak jadi cikgu renang".Walaupun susah betul nak jadi arkitek.. Takpe, ada hikmah kot.


3) Oh, berkenaan kelas muzik, aku dari zaman sekolah memang nak belajar piano tapi disebabkan adik beradik 6 orang, rasa unfair pula nak minta parents aku hantar. Nanti adik-beradik yang lain ada nak belajar gitar, drum, nanti mahal la. So aku dah kerja ni aku bayar jela sendiri. Huhu. Semoga tak la hangat-hangat tahi ayam je belajar.(eh tadi taip peribahasa ni begini pula: semoga tak la tahi-tahi ayam je belajar. Lupa peribahasa doh)  Nanti boleh nyanyikan lagu untuk yang tersayang. Bermotif sangatlah tu. Hiuhiu.. (-__-')


4) Sebenarnya seperti dilema dengan planning hidup aku nih. Huwaaaa~ Aku tak tahu bila aku patut sambung belajar, bila patut berhenti kerja, patut tukar tempat kerja lain kah untuk dapatkan exposure berbeza sebab company sekarang ni memang bagus, cuma exposurenya bukanlah seperti yang aku harapkan. Tapi juga tak patut banyak cekadak kan? Tapi working environment memang best. Rakan sekerja best. Ramai yang kelakar. Beban kerja? Boleh adapt, insyaAllah. Target aku paling minimum pun setahun di firm sekarang. Sekarang dah 6 bulan kerja situ. Tapi tak mustahil juga tiba-tiba berhenti awal eh? atau terlama pula. Entahlah. Macam yang aku kata, dilema dengan planning hidup. Huahua. Patheticnya bila dah makin dewasa.

kadang-kadang datang kerja on weekends.

Project Architect projek lain belanja makan Domino's Pizza. Project Architect projek aku belanja makan goreng pisang aje. (-__-') tapi takpelah, rejeki..

Pemangkin semangat. Tension pun kena sneyum. Eh tapi jangan jelir lidah kat orang.huhu.


5) Aku baru sedar. Aku dah lama betul tak melukis.Yang betul-betul lukisan lah macam lukisan lama aku kat entri nih:


Tak termasuk lukisan cakar ayam semasa bekerja. Mesti dah kekok tangan ni nak melukis. Aku pernah bercita-cita untuk memiliki galeri lukisan sendiri. Wahaha tak boleh blah angan-angan. Cuma satu aje aku tak pernah lukis. Potrait. Aku rasa macam tak pandai lukis orang. Tapi tak tahulah sebab tak pernah cuba. 

Lukisan tahun 2008. Poor dari segi shadow dan macam-macam lagi. Ahh pedulik.

6) Sekarang kalau aku ada entri baru aku dah tak post dah di Facebook profile aku. Sebab dah mula ada kawan-kawan sekerja dalam friend list. Tetiba rasa malu pula kalau ada yang baca blog picisan ini. Huahua.. *gigit jari* Kebanyakannya lagi tua dari aku so tak tahu wajarkah merasa malu sebab taknak rakan sekerja tahu banyak pasal aku. Tiba-tiba aku rasa macam ada dua personaliti. haha. Tengok header dah boleh nampak dua personaliti berbeza itu. =)





19 comments:

  1. eyh.kita pon ada buat macam tittle akak. http://aisyahnorzilan.blogspot.com/2011/09/my-honest-thought.html

    ReplyDelete
  2. Banyaknya planning.. Nice.. Insyaallah.. Semoga dipermudahkan... Paling best dapat belajar piano.. Nak gak belajar.. Tapi bakat dalam muzik nie ada kureng sikit.. Sikit jer.. Tak banyak.. haha.. Nway, keep it up... Smile :D

    ReplyDelete
  3. Experience sophie 6 tahun kat firm tu boleh tulis dalam resume. mahal tu. Bila la nak belajar swim ni

    ReplyDelete
  4. macam wonderful je hidup kak sophie neh ;)

    ReplyDelete
  5. bestnye belajar main piano..

    tapi betulkan..makin dewasa ni makin banyak menda yang nak difikirkan..(-_-")

    ReplyDelete
  6. tetiba rasa nak jadikan sophie idola. gile berkerjaya. best nya !!!

    ReplyDelete
  7. sangat suka lukisan sophie.kagum!

    ReplyDelete
  8. sangat suka lukisan sophie.kagum!

    ReplyDelete
  9. Ei, kenapa Aussie takde termasuk dalam senarai holiday ponnn? Come la come la!!

    ReplyDelete
  10. wah..best tu nk gi travel2. insyaAllah boleh dpt side income tu, tapi kena betullah caranya. =)

    ReplyDelete
  11. Sophie!!
    sila jangan berhenti kerja sebelum kerja setahun..setahun itu sangat *berharga* ok..lepas setahun sambung study..pastu confirm Sophie akan jadi *Best student*.then apply scholar----> terbang oversea..

    heh,terer tak akak rancangkan *future* sophie? haha...take care dear.^_^

    ReplyDelete
  12. nice lukisan:)hihi

    wahhh...banyaknye planning best...hehe

    ReplyDelete
  13. wow..nice planning :)

    nice drw...me,dah lama x buat rasanya dah kejung !


    Ok,me also bru blik dr pulau,xde itam sgt sbb tahu cara pakai sunblock..its the most important .

    ReplyDelete
  14. Si Bungakopi: Apa yang cantik tu? huhu. anyway, Thank you =)

    Aisyah Norzilan: eh samaaa!!! gimme five!!

    AmirFX: planning je cambest. tapi tak tahu betul2 dapat buat ke tak.isk3.. =( takpe, bakat kena asah. tak boleh simpan..

    eesyaheera: perghhh 6 tahun kat firm tu? giler tak sanggup doh ee..

    najwairina: wonderful ke? aisehhh.. yg tak wonderful pun ada gak.hihi..

    ReplyDelete
  15. cik sha: best2.. rasa enjoy. haha. memang, rasa macam nak jadi kanak-kanak balik jek..huhu..

    J.Syazwana: hah? idola? kikiki.. cam tak layak jew.

    nurdani: terima kasih banyak-banyak =)

    amirah: eh sebenarnya termasuk jugak!! sebab ada cousin nak grad kat sana.heeee.. =)

    ReplyDelete
  16. Khumaera: hurm, tula. kena kerja keras lebih ni..

    Airaniez Wirdani: hahaha.. kak Aira ni kelakar lah. Hurmm, yeah, akan cuba study & jadi best student. Tapi tak rasa mcm nak study overseas la. I don't know ahy. I love Malaysia =)

    Yayath:thank you =) planning je banyak.. nak merealisasikan tu bukan senang.hukhuk.. T_T

    ReplyDelete
  17. couleur de chique: thank you. haaa.mesti gi pulau buat photography ni..

    ReplyDelete
  18. cantiknya lukisan you. ternganga I >,<

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...