Tuesday, July 26, 2016

Do you have what it takes to study Part 2?

Do you have what it takes to study Part 2?

Ni tajuk yang aku dapat dari someone yang request aku tulis entri pasal tajuk ni. Sebenarnya menyenangkan kerja aku nak menulis sebab kalau request camni aku tak perlu jenuh pikir sangat tajuk entri & nak citer pasal apa.

Bagi aku yang dah go through part 1 & part 2, pada pendapat aku, part 1 lagi susah. heheeee. Bukan apa, sebab kita dari lepasan SPM, terus nak adapt belajar architecture, mula dari drafting & melukis, belajar pasal ergonomic, mula belajar design. Permulaan untuk belajar benda baru memang susah. Part 2 pula, sebabkan dah ada pengalaman kerja & basic tu dah sepatutnya ada, dia jadi lagi mudah untuk proses pembelajaran tu, cumanya, dia susah sikit tu dari segi critical thinking dengan depth of studies.

Contohnya,
Masa belajar part 1, design bangunan kita tu, lebih focus pada konsep. Tak kira dengan serius sangat dari segi structure boleh lepas ke tak (kalau lecturer strict pun, takdelah payah sangat kot nak lepas, lecturer kau structural engineer ke apa?),understanding pasal construction pun masih dikira basic.  Takde nak fikir sangat dari segi Mechanical & Electrical services tu mana nak locate water tank, AHU ke apa. Tak perlu nak kira dari segi fire regulation tangga kau ni lepas ke tak orang nak escape kalau berlaku kebakaran.  Untuk belajar part 2 pula, design bangunan menjadi lebih serius. Kita kena comply dengan requirement dari pelbagai segi. Sebab tu aku kata depth of studies tu lebih dalam. Sebab nak prepare diri kau menjadi seorang arkitek yang mampu bekerja dalam industri. Tapi kalau pernah kerja, sepatutnya tak begitu susah la masa study part 2. Dia susah part nak memuaskan hati lecturer yang nak bagi markah tu sebenarnya dan dah tentu lah kena tengok subjek lain juga. Disebabkan aku ambil part 2 studies kat UK, jadi aku takkan huraikan sekarang ni dari segi subjek. So tolong jangan tanya aku UiTM punya part 2 camne, UPM camne, UTM camne. Tolong kurangkan sikit menyakitkan hati aku dengan soalan-soalan cenggini k.

Disebabkan aku ni jenis aci redah je, jadi dulu masa aku nak ambil part 2 aku rasa aku kurang prepare. Aku rasa macam, ah buat jelah. Tanpa bertanya secara serius pada orang yang pernah melalui proses ambil part 2. Waktu aku ambil part 2 pula dahla bukan dalam negara so aku terforgot nak tanya apa jenis-jenis cabaran & preparation aku kena buat. So disebabkan aku taknak korang buat mistake macam aku, jadi silalah hadam dengan apa yang aku nak kongsi ni.

Lepas tamat belajar part 1, ada beberapa perkara penting korang kena consider sebelum sambung study part 2.

1. Pengalaman kerja. 
Bila dah tamat pengajian part 2, walaupun korang ada pengalaman kerja jadi Assistant Architect, kebanyakan firm akan tetap consider korang sebagai fresh graduate untuk position Arkitek. Melainkan skop kerja korang masa jadi AA tu macam arkitek. Handle projek ke, pergi site, masuk meeting etc, then maybe boleh nak demand gaji sikit. Takpe, aku sangat sarankan korang kerja dulu. Sebab bila bekerja, kita akan didedahkan dengan drawings projek sebenar. Kat situ lah korang akan terasa kegerunan kerja dalam bidang ni.Terasa kerdil diri ini. cewah. Memang tak sama dengan masa belajar. Sebab drawings kat firm ni lebih detail, dia punya specs untuk material, kalau lukisan untuk bomba submission pulak lain jenis, untuk tender submission pula lain. Yang korang selalu nampak kat galeri penjualan unit rumah/apartment tu, yang drawing cantik-cantik tu boleh consider lebih pada concept dan building plan. So kalau ada budak sekolah sini nak jadi arkitek sebab suka tengok layout bangunan atau model bangunan yang selalu ada kat shopping complex tu, aku just nak remind, ITU HANYALAH SURFACE. Sebab tu aku tak tahu macam mana nak explain dengan terang benderang kenapa bekerja dalam bidang ni tak seindah bangunan Zaha Hadid. It's too complex to even explain. *sigh* Doakan jela hakak Sophie terbuka hati nak cerita lebih jelas.

So berkaitan dengan pengalaman kerja ni, aku tahu ada orang dia jenis berlagak. Taknak buat detail drawings, taknak buat kerja renyah-renyah. Nak terus masuk planning & design. Dia rasa drawings camtu kerja draugtsman. Feeling dia macam "Hello, aku nak jadi arkitek bukan draughter". Tapi yang sebenarnya, penting untuk kita tahu macam mana nak buat detail drawings, construction drawings. Dari situ baru kita sebenarnya faham macam mana nak design. Benda ni akan membantu bukan sahaja masa nak study part 2, malah membantu bila nak minta kerja lepas habis part 2. Selain tu, detail & costruction drawings ni, macam one of the elements dalam architecture yang bila kau dah grad part 2, as if you are expected to master this skill already. Ini benda yang aku perasan la. Susah gak sebenarnya kalau kau dah jadi arkitek nanti kau tak reti baca detail drawings/construction drawings. Malu pun agak malu lah juga. Takde sape dah nak ajar kau buat working drawings bila kau adalah part 2 grad. Kalau ada pun tipis.

Aku bersyukur gak lah masa aku jadi AA aku banyak buat drawings, dari BP submission, bomba submission, tender submission, construction submission semua aku sempat go through. Jadi agak bagus untuk praktis. Sebab truth to be told, aku sangat lousy dalam detail/construction drawings sebelum aku bekerja. Like huduh gila kalau aku buat draughting. Dari pengalaman tu juga aku belajar baca drawing consultants macam M&E dengan structural engineer. Dari tak berapa faham how structure & construction work aku jadi semakin paham, aku boleh visualise & draw balik, sometimes even explain to other colleague kenapa dia macam ni, kenapa macam tu.. Baru relevant buku D.K.Ching tu pada aku yang masa belajar dulu aku tak faham amende buku D.K.Ching ni drawings dia ni ape seh? You see, masa aku baru masuk bekerja as fresh grad design architect, hari kedua aku dah kena masuk meeting dengan structural engineer. Aku serius tak dapat bayangkan kalau aku tak kerja dulu tapi terus sambung study part 2? Aku tak rasa aku akan faham apa issue dalam meeting tu. I won't even have  confidence pun kot nak handle meeting tu.Aku tak rasa aku mampu nak discuss dengan engineer kalau aku tak faham design building tu sendiri. Tapi sebab aku dah go through (walaupun setahun je), but THEY MEAN A LOT. Lepas tu, menjadi seorang design architect ni, ada waktunya aku kena resolve planning atau apa-apa berkaitan design then aku akan pass dekat Assistant Architect atau draughtperson untuk key in benda alah yang aku dah sketch kat butter paper. Kadang-kadang ada yang datang balik tanya macam "Ni kalau wall ni ada plaster camne construction dia dengan cement screed kat floor ni? Camne nak lukis connection dia eh?" dan banyak lagi lah soalan lain yang aku sebagai design architect, i am the decision maker unless tak dapat resolve so tanya bos. Sebab tu tanggungjawab arkitek ni berat sebenarnya. Apa-apa salah, kau akan dipersoalkan sebab kau yang decide banyak benda. Boleh imagine tak kalau aku takde pengalaman kerja dulu aku pun tak tahu camne nak jawab soalan macam-macam ni. So aku dapat rasa aku sekarang kerja ni aku tak rasa susah sangat maybe sebab aku dah pernah kerja dulu. Aku jadi tahu apa yang aku buat & apa yang aku perlu buat. Cuma kadang-kadang bagi aku, setiap hari aku belajar benda baru. Setiap kali tu jugak lah aku rasa noob gila. Macam apehal aku takleh resolve ni.wuwuwuwu.. Kena marah dengan bos tu standard lah. Layan je..

Of course adalah pilihan korang kalau kerja nanti nak demand kerja macam mana. Ada orang prefer handle project instead of buat drawings. Really, up to you. Cuma kalau handle project ni, memang lepas habis part 2 kau akan handle project seumur hidup  kau yang nak jadi arkitek pun so bagi aku kena pandai balance lah. Cuma kemahiran buat drawings tu agak penting untuk persediaan part 2 dan menjadi arkitek lepas habis part 2.

Aku tak berapa sarankan sebenarnya terus sambung part 2 lepas habis part 1. Tak salah nak straight je but why rush? Sambung lah part 2 dengan sedikit confident di hati. Tambahan pula, sekurang-kurangnya, bila habis part 2, kalau pernah bekerja at least setahun, cantik lah sikit resume. Korang ingat dah kerja setahun tu pun cukup ke nak minta kerja as part 2 graduate? Masa aku apply kerja baru ni pun banyak firm nak yang ada pengalaman jadi arkitek at least 2,3 tahun as architect (bukan assistant architect eh). Cuma Alhamdulillah rezeki aku sangat lah tak susah cari kerja. Sebelum nak interview tu aku banyak baca tips & tengok kat youtube pasal tips interview architecture job. Ada satu video ni, aku ingatkan tak boleh percaya. Dia kata "kerja korang masa kat school tu bagi employer macam takde apa, nonsense & don't really excite them as employer. Yang diorang nak tengok ialah hasil masa bekerja di industri." Aku ingatkan pentipu je vlogger tu, sampailah aku sendiri pergi interview. Bos aku masa nak tengok portfolio dia tanya dulu mana kerja yang aku pernah buat masa kerja kat firm lain dulu? Dengan apa-apa kerja freelance. Dia paling berminat selak real works sahaja. School work selak laju-laju macam takde nilai. Sobss.. Penat aku ambil masa buat portfolio kot. Penat aku belajar part 2.  Ternyata vlogger itu tak pentipu. Dia memang cakap benda yang realiti. Sebab bos, dia nak ambil orang yang competent untuk kerja dengan dia. Setakat school project tu macam standard sangat lah budak archi semua boleh buat school project kan. So nasib baik lah kan aku pernah kerja lepas habis part 1. Kalau aku takde pengalaman kerja? Aku jangka mungkin tak mudah jugak nak dapat kerja zaman sekarang.

So apa skill yang penting untuk diserap kalau korang kerja lepas part 1?

-presentation drawings. (lebih pada skill rendering, tunjuk view cantik bangunan korang, pendek kata drawings yang cantik yang boleh jual kat client sebab detail drawings too boring right)

 *Contoh amek kat Pinterest*
Ni jenis presentation drawings. Presentable. Client tengok pun suka. Ini yang mata budak-budak sekolah mudah rasa nak jadi arkitek.

-detail/construction/working drawings (lebih pada drawing CAD yang sangat detail ada gridline,spec bagai)

 *Gambar ihsan google.* So ni pula contoh working drawing. Ni contoh drawing yang biasa lah kat architecture firm. Drawing macam ni yang awak adik-adik sekolah yang nak jadi arkitek, ni lah jenis complexity sebenar bila kerja dalam bidang ni, dan gambar di atas ni hanyalah projek kecik je. Kalau projek besar? Memang kadang rasa naik loya tekak tengok garisan banyak sangat.

Contoh di atas ni pula adalah drawing yang aku  buat masa kerja dulu sebelum study part 2. Ini hanyalah sebahagian kecil dari overall task. 


2. Architecture skill.
Korang suka atau tak suka, terima lah hakikat, architecture sekarang ialah lebih kepada digital architecture. Tahu lukis tangan je tak cukup langsung.  90% daripada kerja memang guna computer dan softwares. Jadi kalau nak sambung part 2, mantapkanlah skill software korang yakni, gunakan software yang smart. Apa yang aku maksudkan smart ialah, bila lukis 2D, dia boleh naikkan 3d terus. Belajar untuk tak tipu dalam drawings pun.Tolong jangan buat kerja gila macam aku dulu, still export 2D from AutoCad then naikkan dalam Sketch up.Bila design ada perubahan tak ke haru nak tukar 2d pastu tukar kat 3d pulak . Tak gila? Dahla ambil masa gila. Sebab masa tu aku takde confidence nak belajar software baru. Bila sekarang aku dah guna Revit, aku rasa macam nak terjun bangunan kalau tak dosa. Sebab software macam Revit, 3Dmax, rhino adalah jenis-jenis software yang smart. Tapi kalau korang tanya aku jujur, gunalah Revit sebab nak minta kerja nanti pun Revit agak in demand sekarang untuk bidang architecture okay. Go for software yang related dengan BIM model demi masa depan korang yang cerah dan gemilang terbilang. You know hakak Sophie seorang yang jujur dan nak masa depan korang cerah, bukan? Kalau korang nak buat design pelik-pelik curve melampau batas bolehlah guna 3dMax, Rhino (then connect kepada Grasshopper). Sekarang tutorial berlambak sangat kat Youtube & website. Tak payah nak tanya banyak sangat kat aku pasal software ni.

3. Hati kena kuat
Sebagaimana korang mengharungi liku-liku kehidupan sebagai budak archi masa part 1, korang akan laluinya lagi sekali untuk part 2. So kuatkan hati, jangan cepat menyerah, cari kawan yang sama-sama nak berjaya, jauhkan dari drama kawan-kawan studio yang merapu & tak penting macam cinta antara dua darjat ke cinta 5 segi ke.. This is your battlefield. It's now or never.  Be more heartless, tapi jangan berlagak. Ingat Tuhan sentiasa. Sebelum crit or submission, buatlah solat sunat hajat mintak lepas semua & baca surah Yasin untuk tenangkan hatimu. Jujurnya tu antara amalan aku dulu bila nak crit atau submission.. Call mak ayah mintak diorang doakan kau. Doa ibu paling mustajab. Takkanlah aku tak cuak pulak kan dulu kena present depan mat salleh, present in British accent pulak tuh kan. Cuak tak yah nak cakap laaa.. Been there, done that. Hahaha..

4. Buat account Pinterest.
Aku malas nak cerita apa kelebihan dia. Tapi after a while lepas korang guna, mesti korang akan rasa ianya membantu. Kalau tak reti boleh tengok account Pinterest aku. Korang boleh create pin korang sendiri ikut suka korang. Boleh tengok contoh-contoh student luar negara. Tengok secara global supaya korang tak syok sendiri rasa korang punya design/presentation board paling best di alam semesta.

Find me at: https://uk.pinterest.com/sophiealyahya/


5.Jangan boros. Simpan duit.
Korang pun tahu kan course kita ni banyak pakai duit terutama sekali dari segi printing. So kalau korang bekerja lepas part 1 dan ada cita-cita nak sambung belajar part 2, jangan lupa simpan sikit duit tu. Lainlah korang tu anak orang kaya ke apa.

6. Kalau nak study overseas.
Aku tak tahu lah sekarang punya requirement untuk dapatkan funding nak sambung belajar macam mana. Aku dengar semakin susah. Tapi kalau ada cita-cita nak sambung belajar di luar negara, jagalah pointer dari awal. Kadang kan, senior ni mulut ntah pape. Ada ke patut cakap "dalam architecture ni, tak payah lah nak pulun sangat dean list, asalkan semua subject lepas tak sangkut pun dah cukup" Aku pun macam terikut-ikut dengan pemikiran tu dulu. Padahal, result yang baik tu kita kena usaha dapatkan sebab memudahkan dari segi nak sambung belajar, dan nak mintak kerja pun kadang-kadang bos nak tahu tau result kita macam mana. (macam bos aku la, dia mintak tau transkrip,haa). Kalau result kita okay, konsisten, kita bagi good impression bukan sahaja kat future school yang korang nak sambung part 2, malah kat bakal future employer juga. Dan kalau nak study oversea pun tetap, korang kena go through that interview phase with your majestic portfolio ittuw. So, buatlah yang terbaik.

Dari segi belajar architecture kat overseas pulak. Satu benda aku boleh share buat masa ni ialah macam mana nak design di negara 4 musim. Dari segi material lain & construction lain, kena ada insulation lah, double wall lah, orientation bangunan lain, memang mencabar tapi it was a good experience. Sekurang-kurangnya aku makin peka dengan architecture negara sendiri bila buat comparison.

Ni contoh drawing aku sendiri masa study part 2. This is just a small part of the building. Bahagian technology. A combination of brickwall & timber works. Masa ni susunan batu bata bonding jenis apa pun kena ambil tahu sebab negara macam England memang dia punya construction utama guna batu bata & exposed, takde cat sebab susunan tu sendiri ada aesthetic value. Tak macam negara kita, ada batu bata tapi susunan dia caca marba & tak kisah sebab nanti cover dengan lapisan plaster lepas tu painted pakai cat. Waktu ni kena ambil tahu juga jenis Flemish bond ni dia pakai foundation macam mana, etc. Banyak lah citernya. So nak share tu jela. Dia jenuh sikit nak research tapi semua tu ilmu.



p/s:So far ni jelah aku boleh share buat masa ni. "Ni jelah pun" tapi bukan main panjang lebar kot aku dah share, siap berusaha godek mana drawings lama. So kalau korang rasa entri ni berharga & membantu, boleh lah share kat sahabat handai korang yang nak ambil part 2 jugak. Kalau korang rasa nak aku ulas apa-apa pasal architecture, aku lagi senang kalau korang bagi tajuk. Hahaha. Sebab aku mana lah tahu apa yang korang nak tahu kan, so in a way, kalau korang bagi tajuk atau huraian pasal apa yang korang nak tahu tu barulah aku boleh bagi pendapat atau kongsi pengalaman. Kalau takde request aku share jelah ikut sukahati aku pasal apa-apa je termasuk yang bukan pasal architecture pun. Dah blog aku, of course lah suka hati ittew kan. Tapi nak tunggu aku update entri baru tu tahu jelah boleh berjanggut. Hehe. Ok bye. Esok kerja. 

Monday, July 4, 2016

Daily Update-Raya Blues


Isnin yang biasanya Monday blues bertukar menjadi Raya blues. Aku tak tahu lah kenapa aku saving sangat nak amek cuti. Aku start cuti Selasa half day. Huhu. Office pun sendu je.

Tahun ni nak raya aku rasa teruja sikit.Maybe sebab tahun lepas aku raya diperantauan yang menyedihkan jadinya tahun ni aku excited & look forward sikit lah. Siap paksa parents aku balik kampung Perak walaupun Opah dah takde. Tapi sedara mara still ada. Aku siap beli baju raya 3 pasang. Ada jualan lelong kat PKNS. Sebenarnya lebih pada nak beli baju cantik dengan harga murah so that senang sikit nak pergi kenduri kendara orang. Lama dah aku tak beli baju raya tau. Oh maybe gak la aku rasa teruja sikit sebab kali ni beli baju raya keluarkan duit sendiri sebab dah kerja kan. Haha. Okay.

Entri ni takde motif. Aku bosan kat ofis sebab kerja aku dah hampir siap. Nampak tak productivity disitu bila mood dah nak raya. Haaa..



Lepas tu kan, aku nak cerita lah ni (nampak sangat banyak masa terluang nak bercerita kan). Semalam aku sedih gila, sebab berpisah dengan kitten kesayangan aku. Sebab kucing kat rumah makin banyak so mak aku suruh let go. Aku pun iklankan lah kat Mudah.my. Memang cepatlah orang nak kucing aku ni. Ramai yang contact. Sebab aku tak jual mahal pun. In fact aku tak mintak cash jugak. Aku minta tukar dengan makanan kucing. Kucing aku ni baka Ragdoll. Mak dia tengah pregnant lagi tu pasal la kena slow-slow lepaskan sekor-sekor kat owner lain.

Si kitten ni nama dia Bounty. Sebab dia macam cokelet jenama Bounty tu. Putih macam coconut. Sukahati aku je kan. Abeh kalau warna coklat letak nama Choki-choki or Kit Kat camtu ke? Bounty is such a lovely cat. Dia selalu sambut aku kat dalam pagar rumah bila aku balik kerja. Bila nak pergi kerja pun dia juga yang hantar aku sampai pagar depan. Dia manja, baik, playful dan bagi respon kalau aku panggil dia or borak dengan dia. Aku rasa dia pun sayang aku (sedapkan hati sendiri). Memang terasa kehilangan betul. Sekarang umur dia dah 4 bulan lebih.

Bounty ni dia tiga beradik. Semua girls. Semua aku sayang sangat sebab masa diorang dilahirkan, aku yang sambut ok. Tak pepasal aku jadi bidan kucing dah kenapa ntah.


Ni adik beradik Bounty. Hidung hitam ni nama dia Mavis. Belah kanan pula nama dia Vanilla. Tapi Vanilla pun dah diberi pada orang. Pun sedih gila. Bagi masa birthday aku pulak tu. Dahla masa birthday aku tu aku demam & amek MC. Ini lah kehidupan. Bila dah attach sangat dengan deme ni last-last kena lepaskan dengan redha pulak. Jadi, simpan Mavis jela. Jadi 6 ekor kucing dah kat rumah. Yang bunting tu tak tahula berapa pula anak dalam perut dia.


Malam masa lepaskan Vanilla. Peluk untuk kali terakhir. Huwaa..dia pun macam paham-paham je dia akan berpindah tuan. Time ni la terngiang-ngiang lagu yang selalu keluar kat radio tu "Melepaskanmu..bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini..pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati..~" gituh! (Sungguh benar feeling lirik ni) *abaikan muka pucat tak sihat aku itu ok*

So camtula hidup aku serba serbi buat masa sekarang. Rasa lebih tenang bila ada kucing. Balik kerja bersemangat sebab tahu ada yang sambut. Baru anak-anak kucing sambut dah happy giler. Belum lagi anak sendiri sambut balik kerja ni tak tahulah happy camne pulak feeling tu kan.

P/s: gempak kan aku boleh tulis entri pakai handphone aje. Haha. Tak guna internet ofis okeyy. Cioww. Tak sabar nak raya walaupun tahun ni kena prepare duit raya. Hahaaaa..


Thursday, June 30, 2016

Bekam di Pusat Rawatan Syifa Shah Alam


Kalau nak ikutkan, sejak aku balik Malaysia ni, dah dua kali aku buat bekam. Tapi harini first time buat bekam kat muka. Masa first time lepas balik dari UK tu, aku dah rasa memang perlu pergi sebab lama sangat tak buat bekam, even kat UK pun tak pernah buat bekam. Bukanlah takde, tapi sebab sayang duit, terasa mahal kalau buat kat sana. Kalau ikut experience aku, bekam ni ada dua jenis, satu bekam angin (tak keluarkan darah), satu bekam darah. Tapi aku prefer buat bekam darah. Teringat masa first time aku buat bekam darah masa baru balik for good dari UK, maybe sebab dah bertahun tak buat aku memang merasakan ada banyak darah kotor & toksin dalam badan. Makanya memang masa darah tu keluar, darah tu banyak dalam bentuk lendir. Euw gross kan..tapi tula yang ada dalam badan kita uolls. Darah kotor.

Harini aku buat bekam. Kat belakang badan, muka & kepala. Aku minta advice la dari akak yang kat Pusat Terapi Syifa tu. Sebabnya lately aku selalu sakit kepala walaupun aku takde migrain. Aku tak tahulah kalau sebab power mata naik ke, sebab spec sekarang tak sesuai ke apa so aku minta advice akak tu untuk berbekam di bahagian mana yang patut. Kat muka ni lebih pada untuk resdung (sebab lately pun asyik gatal-gatal je muka ni kan). 

So korang tengok la hasilnya. 


Akak tu tanya selalu sakit kepala sebab mata silau ke camne. Aku kata ya, memang mata ada silau maybe lah kot sebab tu sakit kepala. Buat kerja pun memanjang pakai PC kan. So akak tu kata kalau nak bekam kepala kena letak kat leher sekali dan kat tepi mata (tempat yang orang selalu tampal koyok kalau pening kepala tu). Bekam kat muka ni akak tu tak letak lama sebab dia kata takut lebam sangat, which aku pun concern gak lah sebab esoknya nak kerja kang bos ingat aku kena tumbuk pulak kan.

Aku agak terkejut la sebab yang kat tepi mata tu berbekam lagi sekejap daripada yang kat pipi & dahi tapi lebam dia tu paling gelap. Akak tu kata banyak darah kotor kat situ. Maybe sebab tula aku selalu sakit kepala. Wallahualam la sejauh mana kebenarannya sebab aku ni bukan pakar bekam kan. Tapi memang dasyat gak la aku tengok bekas dia. Kan akak tu kata kalau sakit kepala kena letak cup bekam tu kat leher gak, so memang yang kat leher pun bekas bekam tu sama gelap dengan yang tepi mata ni.

Yang kat belakang badan pulak tak segelap tu bekas bekam tu. Mungkin sebab dah pernah buat beberapa bulan lepas. Aku rasa harga untuk buat bekam sekarang agak reasonable lah. Sekarang boleh dapat 1 cup=RM5. Kalau dulu tempat cam spa camtu dia boleh charge sampai RM15 kot satu cup. Biasanya lepas buat bekam ni badan rasa fresh sikit, kurang lesu. Kalau belakang badan korang banyak jerawat pun aku sarankan buat bekam ni.

Tempat rawatan bekam ni ada banyak sekarang. Tapi yang aku pergi ni kat Seksyen 7 Shah Alam. Kawan pernah recommend gi situ.

So far aku puas hati, kenapa?
-sebab harga reasonable sangat.
-dia buat dua kali, maksudnya toreh/cucuk (pakai jarum halus ke apa entah namanya tu)dua kali.
-lepas habis berbekam, bahagian yang di cucuk untuk keluarkan darah tu dia sapu dengan wipes basah dan disapu dengan antiseptik. Ada pusat bekam lain yang tak sapu dengan antiseptik pastu mudah mengakibatkan kegatalan.
-pisau cucuk/toreh (Ah aku tak tahu apa kenamanya benda alah tu weh), pakai buang. Which benda ni PALING PENTING bila nak berbekam. Sebab ni melibatkan darah. Kalau cuai, terpakai yang pernah digunakan oleh orang lain, takut jangkit apa-apa virus.Kalau ada HIV camne? bahaya gila kan.

Cuma satu je lah yang aku kurang selesa, kalau untuk bekam, ada bilik khas dia. Dalam bilik ni muat beberapa pesakit dapatkan rawatan. Tapi kan macam segan sebab obviously kau kena buka baju & pakai kain batik je. So walaupun sama-sama perempuan dengan customer lain, tapi segan tu masih ada. Aku tengok ada tirai tapi akak tu tak tarik pulak tirai tu. Dan orang lain pun ada dalam bilik tu. Last-last aku rasa macam Whatever jelah, malas nak layan, just wanna get it done  quickly.

So ni aku just share experience aku, bukan entri berbayar ke apa okay. Sebab aku rasa tempat ni okay sebab tu aku recommend. Sebab aku pernah buat kat tempat yang dia tak sapu pakai antiseptik pun akhirnya mengakibatkan kegatalan kat bekas bekam tu. Aku tak tahulah tak bersih ke apa kan.
Pusat Terapi Syifa ni kat Seksyen 7 sederet kedai Bella Ammara. Dia ada rawatan lain tapi aku tak pasti rawatan apa sebab aku memang datang semata-mata untuk buat bekam.

 *gambar ihsan Google.*

Untuk bacaan pasal bekam sunnah nabi boleh ke link INI

p/s: Kalau korang nak tahu banyak pasal bekam korang research lah sendiri okay. Nampak tak, tanpa menceritakan pasal kebaikan bekam & ciri-ciri orang yang perlu buat bekam pun aku dah boleh tulis sepanjang ini entrinya, apatah lagi kalau aku nak cerita semua. Kalau tak pernah buat seumur hidup, haaa cubalah,maka anda akan terkejut dengan hasilnya. 

Ni esok nak gi kerja ni tak payah blusher la ni citernya. Pastu macam blusher yang tak balance pulak tu satu atas satu bawah. Takpelah, sis redho.  

Tuesday, June 21, 2016

Apa Rasanya Menjadi Seorang yang Single Selama 5 tahun?



Apa rasanya menjadi seorang yang single selama 5 tahun?
Kadang-kadang orang tanya aku macam mana aku boleh single lama. Lama ke eh 5 tahun tu?

Aku sebenarnya bukanlah someone yang suka sangat ceritakan hal peribadi aku dalam blog. Cuma kadang-kadang terasa nak bercerita atau meluahkan so, alang-alang dah ada blog so taip jelah kan. 

Aku ada satu masalah ni yang dia mula menjadi sesuatu yang menjengkelkan aku. Bila orang tanya aku single ke? Aku jawab ya, dan dia jadi satu kesinambungan pada soalan yang seterusnya. 

Kenapa single? Tak percayalah.

Mesti kau memilih kan? 

Tak baik sorok pakwe.

Kadang-kadang dia dah mula jadi soalan yang buatkan aku sedih sedikit.

Truth to be told, aku bukanlah someone yang mudah jatuh cinta, tak mudah bercinta dengan orang, tak mudah berskandal or bergatal-gatalan dengan orang. The only person (man) who used to know me well was my ex-boyfriend (yang dah pun berkahwin dengan wanita pilihannya). Jadi lepas aku putus cinta around July 2011, that feelings hurt so bad. Putus pun bukan sebab orang ketiga. Cuma, ada waktunya kita akan sedar bila kita tak sesuai bersama & teruskan bersama hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi waktu tu aku rasa, minta untuk dilepaskan sangat menyedihkan berbanding ditinggalkan. Somehow mungkin sebab aku pernah sayang, jadi aku janji dengan diri sendiri walau apa pun jadi aku akan cuba bertahan. Jadi bila aku sendiri yang minta dilepaskan, perasaan tu ibarat aku mungkir janji pada hati sendiri that I won't repeat that to any other person. Kalau aku betul bercinta pun dia akan jadi someone yang aku nampak future aku bersama dia, yakni future husband.

Sejak tu aku jadi selesa single. Orang selalu tak percaya. Mula dengan dah single setahun, then dua tahun..tiga tahun..then ehh! 5 tahun meh?? Sesetengah orang memang tak boleh hidup bersendiri lama. Dia kena attach dengan someone. Kena ada someone nak buat apa pun dalam hidup dia, kena manja-manja ke dating ke apa. Untuk aku, aku banyak muhasabah diri aku lepas putus cinta tu. Setahun lebih lepas putus tu aku terbang ke luar negara untuk sambung belajar. Course pun sibuk. Aku cuba sebaiknya untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab aku rasa macam berdosa masa bercinta sebab kita attach sangat dengan pasangan yang bukan betul jadi suami kita. Jadi kita punya dependency jadi kurang pada Allah secara tak sedar. Lagipun aku takut, sebab orang perempuan ni dia ada sifat manja dia (termasuklah aku kan, peace!!), aku takut termanja lebih pada yang belum tentu jadi husband. Lagi mudah bahasa sebenarnya aku takut mendekati zina. Honest ni. Bila pasangan berdua-duaan, kalau dah sayang, paling tak pun mustahil kau takde rasa nak terkam pasangan kau kan? Cubit-cubit pipi lah pegang-pegang tangan lah. Aku tak yakin ni dengan diri aku sebab tu aku elak. Aku ni bukan malaikat kot. Aku nak jaga maruah diri aku. Aku tak boleh brain macam mana kau panggil someone "Sayang", lepas putus, few months after that panggil orang lain "sayang" lagi, & tiap kali tukar pasangan kau panggil pasangan kau "sayang". Berapa banyak sayang kau ada dalam hidup kau ni? Tak special nya rasa. Aku nak la panggil someone tu "sayang" tapi he's the only one in my life. Aku takut juga nak bercinta sebab aku tengok sekeliling aku..

Aku melihat ramai perempuan bertudung, tapi membiarkan diri dipeluk, disentuh, diraba, dicium, dijadikan tempat melempiaskan nafsu, hilang dara. Aku jadi malu. Sebab aku pun bertudung. Somehow orang akan hilang respect pada perempuan bertudung. 

Aku melihat ada antara kawan aku yang dengan selamba menayang love bite pada dada yang dibuat oleh boyfriend tapi end up kahwin dengan orang lain. Aku rasa macam nak tanya, kau malu tak sekarang?

Aku berdepan dengan kawan yang apabila pakwe dia tinggalkan dia, dia marah. Dia kata "Aku tak halalkan dia french kiss aku & raba aku!" Beristighfar aku. Apa hak kau nak halalkan atau haramkan benda yang haram ni? Bingung aku jadinya. Dunia ni memang fana. 

(perkara di atas ni macam perkara normal je kan sekarang but to me they are not right)

Ya, memang aku budak Subang Jaya yang orang selalu kaitkan dengan sosial. Masa mula masuk belajar dulu pun ada budak lelaki yang ingat aku jenis clubbing sebab aku budak Subang Jaya.  Hakikatnya aku consider diri aku tak mudah terjerumus dengan keadaan/orang sekeliling. 

Aku jadi berhati-hati. 

Ok kita zasss kejap kata-kata orang kat aku. 

1)Kenapa single? Tak percayalah.
Me-Kalau aku yang ngorat kang setepek pula kena perigi cari timba. (which zaman sekarang ni, aku rasa tak valid dah perigi cari timba ni.Laki zaman sekarang tak taulah pemalu ke apa nak harap make a move first tu macam zzzZZzz..kiamat datang dulu kot) Then, sesetengah orang pulak cakap (ni diorang cakap tau bukan aku sebab aku ni noob je sebenarnya). Ada member kata maybe sebab orang takut. Sebab aku arkitek, educated, study oversea pulak tu. Rupa pun ada *hikhikhik tersedakk!* Laki senang rasa insecure. Bila aku kenang balik.. Hmm, sebab aku pernah tanya member laki yang dah lama kenal aku dari zaman sekolah, dia kata, aku lain. "Kau tak macam perempuan lain yang tipikal" Aku tanya, habis tu kau rasa laki akan insecure dengan aku? Kalau kau? "Hmm,insecure lah jugak.." And then ada few guy friends yang dengan honestnya cakap "kau ni sesuatu." atau "kau punya direction ni lain macam tak macam normal perempuan lain.." Aku sampai sekarang tak paham. So is it something good or bad? *sedih sebab tak clear* Sebab diorang ni kawan bukan my other half. Kalau my other half, maybe aku akan paksa dia duduk depan aku diam-diam, jangan lari! dan tanya "apa yang kena dan tak kenanya dengan I ni, boleh you explain secara telusnya? I need to know." Aku harap aku akan bertemu jodoh dengan someone yang nampak diri aku sebagai seorang wanita, hati aku, bukan benda-benda luaran yang duniawi sangat nih. 

So kalau orang tak percaya aku single aku nak buat camne? Gasak korang lah kan? Disebabkan aku ni agak reserved lah kot, aku memang jenis tak bercerita sangat hal peribadi. kawan-kawan yang kenal aku memang pantang kalau ada gosip ura-ura kalau aku berkawan dengan mana-mana guys walaupun bukannya ada apa-apa sangat. Sometimes ada yang suka korek-korek rahsia pasal aku & talked among themselves like so funneh (kau hingat aku retiss? tak laku weh gossip pasal aku ni)Tapi diorang yang teruja sebab aku lama single so diorang excited kalau aku menuju ke arah ada pasangan tu. Which aku rasa last-last diorang bosan menunggu dan aku yang akan kena setepek "Kau ni boleh tak jangan heartless sangat Sofiya?!" Habeh tu,aku pulak yang kena? Apa salah aku sebenarnya? aku confuse. Susah bila orang rasa kita terlalu berahsia & sorokkan somebody. 

2)Mesti kau memilih kan?
Haih, ni yang susah ni. Kita perempuan, kalau nak kahwin, mestilah nak cari someone yang boleh sama-sama menguatkan iman masing-masing, yang ada ciri-ciri boleh jadi ayah yang baik pada future anak-anak kita kan. Someone yang aku nak bersamanya bukan kat dunia sahaja tetapi juga di akhirat. So apa salahnya memilih sebagai life investment? Takkan nak main ceduk je mana-mana laki, kang tak pepasal dapat yang malas kerja, solat bocor, kaki pukul la tak bertanggungjawab la apa kan? Takde pulak aku memilih dalam doa aku aku mintak nak husband kaya ke, hensem ke apa. Aku ni sederhana & simple je sebenarnya. Soal hati dan perasaan ni kan, aku memang tak suka main-main. Sedih tau kalau hati terluka. Aku kan, kalau kawan yang betul-betul bestfriend, dia biasanya tahu yang aku ni jenis bukan main-main kalau bab hati & perasaan jadi diorang biasanya takkan cakap yang aku ni memilih sebab betapa diorang tahunya aku ni macam mana orangnya. Tapi yang biasanya mulut takde insurans kata aku ni memilih biasanya adalah orang/kawan biasa yang tak rapat pun. Pastu kau nak point out aku memilih without knowing me & my history?? Tambahan pula aku ada trust issue dengan lelaki yang mana aku merasakan susah sangat dah nak jumpa laki yang setia & jujur. Kalau aku cerita this chapter of my life nih maka korang haruslah sediakan tissue. So tutup that chapter sudeh. 

3)Tak baik sorok pakwe.

Ni biasanya member laki lah. Especially member sekolah. Al-maklumlah sejak study archi busy manjang, gathering ke apa jarang jumpa. Tup tup mostly dah kawin. Nampak aku je tanya mana pakwe? Aku dengan muka confusenya.. "Err..takde?" "Alaa kau! Takyah nak sorok-sorok sangatlah pakwe kau". Ouch! Seperti dicucuk jarum peniti!. "Takde pakwelah untuk disorok!!" Susah betul lah. Aku asyik kena convince orang sampai kadang-kadang aku iyakan jelah.. "Ha pakwe? ooo dia busy tak dapat join." *senyum dalam hati bagai dicucuk jarum peniti.isk!* Habeh cerita. Senang.

Aku sentiasa percaya dengan rezeki datangnya daripada Allah. Ada orang kawin lagi awal itu rezeki dia. Rezeki aku maybe aku tak kahwin lagi, tapi aku enjoy hidup aku, takyah jaga orang lain lagi jaga diri sendiri sudeh, katil conqueer sorang-sorang (like tak dapat bayangkan kongsi katil?helloo my territory okay??), travel macam gila sebelum balik Malaysia. Masa tu memang tak pikir lah nak kumpul duit nak kahwin kan sebab macam hellooo? I iz nak kawin dengan sapa? or sapa nak kawin dengan I ni? Tak nampak bayang.

Lagipun the past 3 years ni tahun yang menyiksakan aku sebenarnya. Perit tapi aku telan semua. Aku paksa untuk telan because I had no choice.. Tahun lepas pun aku heartbroken. Tak bercinta tapi heartbroken. Camne tu? So tahun ni macam healing moment. Sometimes orang tak faham yang aku perlukan space sementara waktu. Cuma masalahnya, aku taktahulah kenapa dugaan sangat ni tapi kenapa? kenapa laki orang (suami orang,tunang orang,boyfriend orang) yang selalu cuba nak mendekati? Boleh tak berambus & I need my own space to breathe? Apa laki single dah pupus ke mende? Ni la dugaan aku sebenarnya. Sebab tu aku kata susah nak cari laki jujur & setia. Sometimes, yang isteri/tunang/girlfriend bukan main tagged suami/tunang/pakwe sebab anniversary la apa, dipuji melambung suami/pasangan as the best husband bla bla bla.. Tapi, wey! husband kau/tunang/bf main message dengan aku sebab dia bosan dah kenapa? Kenapa nak ajak aku keluar ni? kenapa nak wish good morning good night ni?kenapa nak attention ni?Rasa nak lempang sekor-sekor.  Nak report je rasa kat bini/tunang/gf masing-masing tapi aku taknak porak-porandakan hubungan orang. So aku lah yang kena lari. Sebab aku taknak satu hari nanti, benda ni kena kat aku balik. Kalau aku ada husband & husband aku bermesra dengan perempuan lain, SEDIH GILA!. So, jangan buat kat orang. Cuba bayangkan if aku ni jenis melayan? tak ke rosak hubungan orang lain? Then sebabkan laki-laki durjana macam ni lah buatkan aku rasa ada trust issue dengan lelaki & still, orang kata aku yang memilih? Tengok sikit laki sekeliling zaman sekarang macam mana, macam mana tak memilih kan? Aku jenis senang je, kalau ada jodoh tak kemana. Kalau jodoh takde kat dunia, aku boleh duduk dengan parents aku & jaga diorang. Lagipun, hidup pun belum tentu lama mana. Mana tahu hidup tak lama, wallahualam kan.

So menjadi single selama 5 tahun ni, kalau life jenis busy cam aku ni, memang kejap je rasa masa berlalu. Aku consider diri aku still okay la. Sebab aku suka sibukkan diri sendiri. Handphone pun jenis campak-campak je, siap sometimes malas betul nak bukak whatsapp. Bila kat UK tak terasa sangat sebab masing-masing students & orang tak kan pressure kau. Cuma bila balik Malaysia ni terasa dia punya aura pressure tu. Ada satu waktu tu, aku tak tahulah ni macam Allah nak pujuk ke apa wallahualam.. Hari tu kawan baik time sekolah kahwin, seperti biasa kawan-kawan baik lain akan gather, semuanya dah kahwin dengan pasangan masing-masing. Di sebalik aku rasa laki memang ramai tak boleh percaya, I'm glad to see that my best girlfriends jumpa jodoh dengan lelaki yang baik, sangat tersentuh hati bila tengok cara suami diorang pandang diorang tu macam penuh kasih sayang. Macam alahaii suweet nya! Aku la yang excited jadi tukang tangkap gambar pasangan-pasangan yang ada sebab aku happy gila tengok diorang. Tapi bila balik, aku terasa sesuatu yang missing. (yang biasanya aku tak rasa apa-apa sebab busy tapi tetiba terasa pulak time tu). Aku tanya diri aku "Dear future husband..where are you?" Then aku baring sebab penat.Pastu aku saja bukak instagram. The first post update yang naik kat wall aku ialah dari post kawan aku, just a simple quote tapi macam halilintar dia punya menusuk kalbu tu. Quote tu tulis"

"Good things take time"


Oh mai, ini suratan kah kebetulan Ya Tuhan? *mata bergenang*
Hanya padaMu aku berserah. 
dan redha.
hehehe..

p/s: Entri ni takde niat untuk apa-apa sekadar share je. If korang single lebih 10 tahun & rasa my life not that bad just, please don't say it. I don't need it at the moment. Like I said, I am just sharing. & ye, aku masih cuba memperbaiki hidup aku. Maybe aku tak pakai tudung labuh, maybe aku tak pakai baju yang labuh sangat or muslimah style sangat tapi deep down inside aku slowly sedang berubah ke arah kebaikan dari dalam, dan luaran. Siapa lah taknak masuk syurga.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...