Thursday, June 30, 2016

Bekam di Pusat Rawatan Syifa Shah Alam


Kalau nak ikutkan, sejak aku balik Malaysia ni, dah dua kali aku buat bekam. Tapi harini first time buat bekam kat muka. Masa first time lepas balik dari UK tu, aku dah rasa memang perlu pergi sebab lama sangat tak buat bekam, even kat UK pun tak pernah buat bekam. Bukanlah takde, tapi sebab sayang duit, terasa mahal kalau buat kat sana. Kalau ikut experience aku, bekam ni ada dua jenis, satu bekam angin (tak keluarkan darah), satu bekam darah. Tapi aku prefer buat bekam darah. Teringat masa first time aku buat bekam darah masa baru balik for good dari UK, maybe sebab dah bertahun tak buat aku memang merasakan ada banyak darah kotor & toksin dalam badan. Makanya memang masa darah tu keluar, darah tu banyak dalam bentuk lendir. Euw gross kan..tapi tula yang ada dalam badan kita uolls. Darah kotor.

Harini aku buat bekam. Kat belakang badan, muka & kepala. Aku minta advice la dari akak yang kat Pusat Terapi Syifa tu. Sebabnya lately aku selalu sakit kepala walaupun aku takde migrain. Aku tak tahulah kalau sebab power mata naik ke, sebab spec sekarang tak sesuai ke apa so aku minta advice akak tu untuk berbekam di bahagian mana yang patut. Kat muka ni lebih pada untuk resdung (sebab lately pun asyik gatal-gatal je muka ni kan). 

So korang tengok la hasilnya. 


Akak tu tanya selalu sakit kepala sebab mata silau ke camne. Aku kata ya, memang mata ada silau maybe lah kot sebab tu sakit kepala. Buat kerja pun memanjang pakai PC kan. So akak tu kata kalau nak bekam kepala kena letak kat leher sekali dan kat tepi mata (tempat yang orang selalu tampal koyok kalau pening kepala tu). Bekam kat muka ni akak tu tak letak lama sebab dia kata takut lebam sangat, which aku pun concern gak lah sebab esoknya nak kerja kang bos ingat aku kena tumbuk pulak kan.

Aku agak terkejut la sebab yang kat tepi mata tu berbekam lagi sekejap daripada yang kat pipi & dahi tapi lebam dia tu paling gelap. Akak tu kata banyak darah kotor kat situ. Maybe sebab tula aku selalu sakit kepala. Wallahualam la sejauh mana kebenarannya sebab aku ni bukan pakar bekam kan. Tapi memang dasyat gak la aku tengok bekas dia. Kan akak tu kata kalau sakit kepala kena letak cup bekam tu kat leher gak, so memang yang kat leher pun bekas bekam tu sama gelap dengan yang tepi mata ni.

Yang kat belakang badan pulak tak segelap tu bekas bekam tu. Mungkin sebab dah pernah buat beberapa bulan lepas. Aku rasa harga untuk buat bekam sekarang agak reasonable lah. Sekarang boleh dapat 1 cup=RM5. Kalau dulu tempat cam spa camtu dia boleh charge sampai RM15 kot satu cup. Biasanya lepas buat bekam ni badan rasa fresh sikit, kurang lesu. Kalau belakang badan korang banyak jerawat pun aku sarankan buat bekam ni.

Tempat rawatan bekam ni ada banyak sekarang. Tapi yang aku pergi ni kat Seksyen 7 Shah Alam. Kawan pernah recommend gi situ.

So far aku puas hati, kenapa?
-sebab harga reasonable sangat.
-dia buat dua kali, maksudnya toreh/cucuk (pakai jarum halus ke apa entah namanya tu)dua kali.
-lepas habis berbekam, bahagian yang di cucuk untuk keluarkan darah tu dia sapu dengan wipes basah dan disapu dengan antiseptik. Ada pusat bekam lain yang tak sapu dengan antiseptik pastu mudah mengakibatkan kegatalan.
-pisau cucuk/toreh (Ah aku tak tahu apa kenamanya benda alah tu weh), pakai buang. Which benda ni PALING PENTING bila nak berbekam. Sebab ni melibatkan darah. Kalau cuai, terpakai yang pernah digunakan oleh orang lain, takut jangkit apa-apa virus.Kalau ada HIV camne? bahaya gila kan.

Cuma satu je lah yang aku kurang selesa, kalau untuk bekam, ada bilik khas dia. Dalam bilik ni muat beberapa pesakit dapatkan rawatan. Tapi kan macam segan sebab obviously kau kena buka baju & pakai kain batik je. So walaupun sama-sama perempuan dengan customer lain, tapi segan tu masih ada. Aku tengok ada tirai tapi akak tu tak tarik pulak tirai tu. Dan orang lain pun ada dalam bilik tu. Last-last aku rasa macam Whatever jelah, malas nak layan, just wanna get it done  quickly.

So ni aku just share experience aku, bukan entri berbayar ke apa okay. Sebab aku rasa tempat ni okay sebab tu aku recommend. Sebab aku pernah buat kat tempat yang dia tak sapu pakai antiseptik pun akhirnya mengakibatkan kegatalan kat bekas bekam tu. Aku tak tahulah tak bersih ke apa kan.
Pusat Terapi Syifa ni kat Seksyen 7 sederet kedai Bella Ammara. Dia ada rawatan lain tapi aku tak pasti rawatan apa sebab aku memang datang semata-mata untuk buat bekam.

 *gambar ihsan Google.*

Untuk bacaan pasal bekam sunnah nabi boleh ke link INI

p/s: Kalau korang nak tahu banyak pasal bekam korang research lah sendiri okay. Nampak tak, tanpa menceritakan pasal kebaikan bekam & ciri-ciri orang yang perlu buat bekam pun aku dah boleh tulis sepanjang ini entrinya, apatah lagi kalau aku nak cerita semua. Kalau tak pernah buat seumur hidup, haaa cubalah,maka anda akan terkejut dengan hasilnya. 

Ni esok nak gi kerja ni tak payah blusher la ni citernya. Pastu macam blusher yang tak balance pulak tu satu atas satu bawah. Takpelah, sis redho.  

13 comments:

  1. Maybe satu hari nnt patut try kut, tgk result dia.. bab2 darah ni bash seriau sikit.. ada pernah nmpk student buat kt muka, tp tmpt yg lebih obvious, kt dahi kut warna gelap... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. buat je. kalau boleh budget la hari apa yang lepas buat rawatan tak perlu keluar rumah sangat. Takut orang pandang pelik pulak.

      Delete
    2. brpe lme bekas tu amik mse utk hilang? nk try tp tkut lme sgt amik mse utk ilang 😅
      jenuh la lme x kua rumah 🤣

      Delete
  2. dah lama nak buat tapi takut2 sebab takut sakit. tengok sophie buat review nampak dia jaga kebersihan semua rasa nak pergi buat sekarang jugak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah takut. hasil dia memang best. badan rasa lebih cergas. Takde dah nak lesu-lesu camtu.

      Delete
  3. Sebab aku adalah seorang penderma darah yang aktif, jadi aku tak digalakkan berbekam sebab nanti tak boleh derma darah selama 6 bulan. Hehehe
    Tapi berbekam memang banyak khasiatnya. Baguslah, Sophie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh gila aktif kau derma darah kalau kau concern takleh derma darah 6 bulan. Aku pulak tak boleh derma sebab isu lain. Sad. Tapi kan, aku rasa at least sekali seumur hidup kau patut try. Sebab derma darah tu untuk kau bagi pada orang. Bekam pula, buang darah kotor. So dia dua benda yang berbeza. hehe

      Delete
  4. teringin tapi takut pulak -,-''

    ReplyDelete
  5. Dia just cucuk guna jarum then sedut or dia ada toreh jgk sikit?

    ReplyDelete
  6. Bekam muka tu cpt pulih x.bhguan muka utk ape ye

    ReplyDelete
  7. Nak tanya... Berapa lama kesan bekam dekat pipi bole hilang? Lama x?

    ReplyDelete
  8. Salam. Jika saya 1st time nak buat. Bagaimana cara nak buat temu janji

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...