Jika berada di Bandung, adalah satu kerugian kalau tak merasa masuk ke Trans Studio Theme Park. Dipercayai adalah indoor theme park terbesar di Asia. Masih agak baru dibuka. Uniknya dia punya roller coaster kan, bila dah kedepan, dia patah balik. Total tak sampai 30 saat. Dipercayai yang paling laju di..errrr..yang pasti bukan terlaju di dunia (nampak sangat femalas nak buat research.) Ohya, Trans Studio ni berada dalam Bandung Super Mall sebab tu dia indoor. Macam kalau kat Malaysia ni theme park indoor kita adalah Cosmo World di Times Square.
Untuk access masuk theme park ni, korang kena ada access card. Aku tak pasti berapa harga card ni sebab ni pun pinjam kawan punya. Satu card untuk dua orang. Yang pasti, kami 4 orang masuk seorang kena bayar 150,000 rupiah. Lebih kurang RM50. Bila anda berada di dalam theme park, duit anda dah tak boleh digunakan. Segala pembayaran nak makan atau minum kena buat pakai kad ni. Kiranya boleh diisi ulang (top up) duit dalam card ni. Kalau ada baki dalam card, boleh mintak balik duit bila keluar nanti. Ok?
Cool gak lah tak payah bagi tangan lekat tag kertas kat pergelangan tangan cam kat Genting ngan Sunway Lagoon.tehehe..
dalam ni setting agak cantik. Boleh laa.. Ada jumpa Michael Jackson, Marilyn Manroe. Badut tinggi. Badut rendah tu aku lah tu.huahua.
Kami tengok persembahan teater Si Bolang. Comel gak lah teater ni. Macam budak-budak punya. Layan ajeee..
Masuk Marvel Superheroes The Rides. Pakai Spec 3d lepas tu duduk kat kerusi pengembaraan yang bila kat skrin ditayangkan superheroes sedang selamatkan mangsa, nanti kerusi tu bergegar as if kita berada di tempat kejadian.
Ohsem bf at the back!
Kan aku kata, setting dia not bad. Boleh buat berangan berada di alam lain.chewah~
Motip pegang janggut orang? Aksi beramah mesra.
Sebenarnya banyak rides kau boleh main dalam ni. Cuma aku rasa nak muntah gak lah sebab banyak rides yang banyak gegar, pusing-pusing. Dahlah pening sebab makan stroberi celup gula. Haaa..haaa..nak salahkan stroberi. Erm, aku tak tahulah kenapa, tapi aku rasa aku macam lagi enjoy pergi Genting. Oh aku dah tahu kenapa. Sebab Genting kat ada outdoor. So bila kabus melanda bagaikan awan, tu yang best tuuuu. Ke, aku tak berapa nak enjoy sebab aku dah makin tua ni?? T__T Tapi kawan aku yang ikut sekali ni 2 orang daripadanya dah pernah pergi Universal Studio Singapore. Semua kata USS best giler. Macam 3x ganda lagi best daripada ni. Sooo, aku punya target next ialah untuk ke Universal Studio Singapore. Nak ikut tak? heheeeee... =B
Oh, kat bawah ni video cari kat Youtube. Yamaha Racing Roller Coaster of Trans Studio Bandung~ Tengok dia patah balik! terujah!
Pada tarikh 7-11 Feb yang lalu, aku telah ke Bandung, Indonesia bersama 3 lagi orang rakan. Tujuan utama sebenarnya haruslah bershopping kan. Hahah! Sejujurnya, untuk melihat-lihat pemandangan di Bandung, kurang pasti tempat apa yang menarik selain di Tangkuban Parahu. Tempat ini sebenarnya ialah kawah gunung berapi. Haaaa.. First time aku tengok kawah gunung berapi. Atas bukit ni sejuk.
Tangkuban Parahu ni bermaksud Perahu yang terlangkup. Ade lah mitosnya yang aku sendiri pun ingat tak ingat. Macam kalau kat Malaysia kita ada cerita pasal Si Tanggang. Di sini pula pasal Malin Kundang. Aku pun tak ingat macam mana ceritanya huahua.. Tapi orang kat sini kata, kalau dari jauh, bukit ni nampak macam perahu yang terlangkup. Sooo, nak tahu betul ke tak, kat bawah ni gambar bukit ni dari airport.
Nampak tak macam perahu terbalik?
Sepanjang jalan ni ada gerai-gerai. Tapi tourist guide aku nasihatkan jangan beli apa-apa kat sini sebab dikira mahal la.
Ada satu perkara yang aku tak dapat lupakan kat sini. Kat sini ada orang jual buah strawberry. Fresh la. Orang tu kata manis. Aku pun try & memang lah manis. Aku beli sampai 2 kotak. Makan kat situ jugak siap jerit kat kawan aku. "wehh! aku tak pernah makan strawberry semanis ni! Inilah strawberry paling manis aku pernah makan!!" <----muka sumpah eksaited tahap pehh, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bila kawan aku try, dia kata, "wey ni manis gula laaa.." aku pun macam? haaaa? aku jilat dulu strawberry tu. Mamang manis. Air gula. Rupanya strawberry tu manis sebab dah kena celup air gula. Aku keciwa. Aku tertipu. Perutku dinodai air gula. Aku dahla takut kena kencing manis. T_T
Kuang hasam punya pakcik penjual storberi. Penipu betul, kata organik la apa la.
Lepas pergi strawberry farm, kawan aku beli berkotak-kotak strawberry. Aku try strawberry tu. Masam! Memang la, berry kan memang masam. Aku keciwa lagi sekali. Strawberry original haruslah masam.Terus taknak makan dah strawberry. Kawan-kawan aku gelakkan je aku. Bila nampak orang jual strawberry tepi-tepi jalan aku jeling je. Huh! paranoid!
*gambar: belakang tu kawah gunung berapi.Ada asap keluar. Orang kata beracun asap tu.entahlah. Yang pasti bau sulfur memang kuat lah kat sini.
Pokok-pokok kat sini pun ala-ala bonsai.
Sepanjang berada di Bandung, kawan aku tak sudah-sudah mengejek aku. Kawan aku kata tak boleh lupa muka eksaited aku sambil cakap "wehh! aku tak pernah makan strawberry semanis ni! Inilah strawberry paling manis aku pernah makan!!" Kuang hasam. Dia kata rugi tak rakam!
*muka keciwa lepas tahu strawberry manis sebab celup gula. Keciwa laaaa..dah dua kotak kot gua makan*
p/s: sepanjang berada di Bandung, ramai penjual ala-ala beggars pun ada gak. Diorang macam sort of, paksa kau beli souvenirs diorang ke apa. Memang agak rimas la especially kat Tangkuban Parahu ni. Nasib baik ada kawan laki. Penjual ni ikut je kitorang dari awal sampailah hujung jalan. Siap pandai psycho lagi. Kawan aku kata "takpelah bang, nak tengok-tengok dulu." Bila kitorang dah jalan sampai hujung & orang tu pun masih ikut, dia suruh beli lagi. Bila dah habis jalan, kawan aku still taknak beli. Penjual tu kata "abang ni bohong..sudah diikutin sampai hujung pun nggak mau beli" Perghhhhhh! padahal tak janji pun nak beli dengan dia. Banyak la penjual macam ni. Agaknya sebab dia tahu orang Malaysia ni hati lembut. So kau kena keras hati sikit lah. Yang paling keras hati haruslah perempuan yang makan strawberry celup gula sampai 2 kotak tu.
Aku akui semenjak dua menjak ini blog aku sudah semakin bersawang. Dah tak begitu rajin post. Apakan daya, semenjak bekerja ni seperti tiada daya mahu menaip walaupun otak ada daya untuk berfikir. Haaa, pening tak ayat?
Memandangkan dah lama tak kemas kini blog maka aku ambil keputusan untuk tukar template blog. Header remain la. Lama wooo..lepas 2 tahun lebih baru nak tukar template. Setia pada yang satu, *padahal bapak pemalas nak edit*
Tetapi, memandangkan template ni baru, ada banyak gak la benda yang hilang, seperti link blog bloggers lain.Nampak gaya harus link blog orang lain. Nak comment pun susah nak cari mana link nak komen. rupanya kat bawah tarikh belah kiri blog post.
Saya sangat rindukan blog.
Saya sangat rindu nak bercerita itu dan ini di blog ini.
Saya sangat rindu nak beramas mesra. Erk!
Hurm, pendek kata.. rindu Blog Sophie Al-Yahya.. =)
Hai semua!
Tadi aku pergi tengok wayang dengan bestfriend dari zaman sekolah. Biasanya movie Melayu selalu menghampakan aku. Filem Melayu terakhir aku tengok kat wayang adalah Misteri Jalan Lama. Serius, bosan giler rasa macam nak keluar panggung walaupun Afdlin Shauki yang punya cerita.Hee! rasa nak tumbuk perut comel Afdlin! Haih. Disebabkan selalu kecewa dengan filem Melayu, maka aku buat study sikit lah sebelum menonton filem Sumpahan Kum Kum ni.
Oh, harini 26 Januari 2012, hari mula tayangan. Aku decide nak tengok pun sebab baca review orang yang pergi Pra tonton filem seram ni. Kalau tengok poster filem ni, aku rasa macam naah, macam tak best jek.*hah nampak sangat design poster sangat memainkan peranan penting dalam filem ok!!* Tapi review orang lain kata seram gilewww.. So aku pun nak tengok lah. Lalu memaksa bestfriend aku join. Dan menge-chup nak duduk tengah awal-awal lagi. Huahua..
Sinopsis *aku karang sendiri ni! semangat gila demi kum kum..* (semangat sebab kalau aku copy paste je macam baca surat khabar pulak kan)
*saje letak besar-besar kasi korang takut.huahua*
Mengisahkan tentang satu keluarga ni. Ada mak nama Mak Tom (lakonan Lidyawati), anak lelaki nama Adi (lakonan Fezrul Khan), si adik nama Shima, (Wawa Zainal), bini Adi bernama Nurul dan anak mereka Tini. Yang jadi hantu tu nama Mila *bukan Mila AF tau!*
Cerita dia macam ni, Mak Tom ni sakit, lepas tu dia mati K.O. Mayat dia berulat. Sebenarnya dia ni ala-ala bomoh la sebab tu mati camtuh. Yang wujud hantu ni sebab Mila ni,dia buruk sebab banyak jerawat ke bintik-bintik apa entah.Makanya dia nak cantikkan muka dia pergilah jumpa Mak Tom untuk pakai susuk macam tulah. So masa Mak Tom ni masih hidup dia tolong Mila cantikkan diri. Tapi Mila ni dia langgar pantang. Sebab ramai puji dia cantik, dia tak sabar lah nak tengok cermin. Lepas dia tengok cermin, muka dia jadi lagi hodoh. Lepas tu jumpa Mak Tom balik sebab nak repair muka dia. Syaratnya, Mila kena minum darah 9 orang gadis sunti.
Mila yang mungkin agak desperate ni menjadikan anak Mak Tom si Shima sebagai mangsa pertama. Dia bunuh anak Mak Tom. OMG!!.. tergamak dia bunuh anak orang yang tolong dia cantik? Ok lepas tu Mak Tom ni nak balas dendam, dia bunuh si Mila. Mila pun sempat jegilkan mata sebelum K.O dan bersumpah akan hapuskan gadis sunti keturunan Mak Tom selama beberapa keturunan. Lepas dia mati tula banyak gangguan berlaku di kampung tu.
Anak Adi, Tini yang berumur 11 tahun tak pernah jumpa Mak Tom. Bini Adi ingat Mak Tom bencikan Tini. Tapi sebenarnya Mak Tom nak selamatkan cucu dia dari hantu Mila. Jadi dapat kah Tini diselamatkan? Jeng..jeng..jeng.. *boleh je kan bagi sinopsis tergantung macam ni?selebihnya korang tengok sendiri* ;p
Ok habis sinopsis sekarang aku nak bagitahu sikit sebanyak persoalan dalam hati aku pasal filem ni yang kadang-kadang rasa macam kurang logika.
1) Kenapa Mila, nak bunuh Shima, takde ke orang lain dia nak bunuh? Memang cari nahas la bunuh anak bomoh yang dah tolong dia. Pelik.
2) Kenapa tagline hantu tu "Assalamualaikum kum kum.." (eh scary pulak type camnih malam-malam nih) diguna masa Shima dalam toilet. setahu aku waktu tu Mila belum jadi hantu kenapa ada bunyi hantu tuh?Kalau nak bunuh diam-diam janganlah bagi salam kum kum tu kan..
3) Motif Adi nak jalan kat kubur malam-malam sensorang?
4) Kenapa Nurul, (bini Adi) dah nampak ada hantu perempuan kat seat belakang kereta dia tapi dia boleh terkejut sekejap aje. Lepas tu rileks balik padahal anak dia asyik duk sebut-sebut pasal Kak Mila nak ikut balik KL.
5) Setiap kali Adi & Nurul kena kacau, asyik terkejut berpeluh-peluh aje. Bukannya nak baca apa-apa doa ke ayat Qursi ke. Mungkin dia takut sangat kot kan.. *eh tapi tengok ending mungkin paham kot kenapa*
6) Tension kenapa Nurul berani nak buka pintu masa dia kurungkan diri dia dengan Tini dalam bilik padahal dah tahu hantu dah masuk dalam rumah. Berani gila. Aku pulak yang stress and cakap "jangan bukak laaa, hantu ada lagiiii!!"
7) Lepas semuanya selesai, mayat Mila dah ditemui dan dikebumikan, ada satu part tu roh Mat Tom menjelma berpakaian seba putih lagi suci beriman padahal sebelum tu dia jadi pocong muka buruk.Tanda kelegaan kah lepas semuanya selesai dan cucu dia selamat? *eh terbagitahu ending pulak padahal tadi suruh tengok sendiri*. Aku cuma rasa, apa relevannya, dia mati mayat berulat mungkin sebab yela, jadi bomoh, lepas cucu selamat roh dia jadi suci putih nampak beriman? Apakah?? Apa kena mengena dengan cucu selamat dengan dosa dan keimanan?
Jalan cerita agak ok la. Tak begitu menghampakan macam phew~ Misteri Old Road? Cuma cerita hantu Melayu ni dah boleh agak dah bila hantu nak keluar. Bila sound effect makin kuat, hantu takde. Bila keadaan sunyi, barulah hantu keluar. Takpun, bila pandang depan hantu takde, eh sekali rupanya hantu kat belakang daa.. So dalam 5 bintang, aku bagi 3.5 bintang lah kat movie ni. hehe. boleh ke potong bintang jadi setengah?
Plus, kalau sesiapa pernah tengok filem seram Khurafat, bagi aku Khurafat lagi seram. Tapi Sumpahan Kum Kum ni pun boleh layan lah jugak seram dia.
p/s: Masa tengok filem ni, ada ke patut kawan aku kat sebelah aku ni, kalau terkejut nak jerit, jerit jela AaaaaaAAAAaaaa~ camtu. Ni dia jerit nama aku. PiaaaAAAAAAaaa~!!!!! bila dia menjerit aku pun terkejut sampai terjerit sekali. Lepas tu kena gelak dengan orang lain. Malu jek. Glemer nama I dalam panggung. Ada satu part pulak, bila hantu semakin rakus keluar, aku kan duduk tengah, eye level lagi dengan skrin, aku takde menyendeng kat kawan aku konon layan sangat. Tapi makin lama aku menyandar makin ke bawah..ke bawah..tanda cuak gak la.Kawan aku tegur "weh apesal kau makin rendah ni?" heheh.. sajew.
teringat zaman belajar dulu tengok movie citer hantu jugak. Kawan aku terkejut sampai pop corn tertumpah kat orang depan. Tumpah atas kepala lelaki botak. & dia kutip pop corn atas kepala dia. ahahaha.Malu jek.
Sorry Miera, gambar paling clear sayangnya muka kau terpotong sikit. Eh, balasan jerit nama aku dalam panggung dan digelakkan orang.kahkah!