Aku tak tahu lah kenapa, dari zaman aku belajar di UiTM lagi, kalau orang tanya aku study apa & aku suruh teka, takde pun yang akan cakap Architecture. Biasanya paling banyak teka aku budak law, Masscom atau sport (sebab dulu rajin lepak swimming pool kehn). Tapi law tu memang banyak la.
So satu hari ni sewaktu aku di Bristol , makan bersama 3 lagi rakan.
Kami bercakap pasal course masing-masing & aku pun menyuarakanlah kemusykilan aku,
"Tak tahulah apesal entah orang dari dulu kalau suruh teka I study apa selalu kena budak law.."
Dan mereka pun bagilah pendapat kenapa & kenapa orang ingat macam tu..
Lepas tu, ada lah seorang Malaysian student ni pun beli makanan kat restoran tu, nak tapau. So sementara dia menanti, kami pun ajaklah dia duduk semeja. Berkenal-kenalan, lepas tu dia tanya kami ni study apa.. Bila turn aku je, aku suruh teka.
Mula-mula dia teka:
Budak tu: Budak art eh?
Me: hmmm..not bad, bolehlah ada bau-bau bacang sikit. Tapi bukan. Try harder.
Budak tu: Study law?
Dan aku dan 3 lagi rakan terus berdekah gelak..
Me: SEE!!! kan dah cakap!
Budak tu: Haaa, kenapa? mesti betul kan I teka?
Kami: HAHAHAHA..
Me: SALAH..
p/s: cakap pasal budak law, aku ada memori menyampah dengan budak law. Bukan semua macam ni, tapi ikut pengalaman aku dan orang lain yang pernah kena, mostly budak law/lawyer mesti nak menang aje & susah nak minta maaf. OOps, bukan semua..tapi ramai.. Sekali aku dapat husband lawyer abes guaa..
Friday, February 14, 2014
Saturday, February 1, 2014
Random UK #6- Saya Yang Bertukang di Bengkel Sekolah
Memandangkan aku letakkan survey di blog aku tentang apa yang pembaca suka baca di blog aku dan ternyata ramai yang vote nak baca tentang architecture jadi aku pun mengambil inisiatif untuk update serba sedikit life aku sebagai budak archi disini. Lagipun asyik post aku gi berjalan je orang ingat best je..Tak tahu aku study kat sini pun nak kena struggle. *ceh emo lak* Hmmm.. camne aku nak cerita ya?
Okay, basically di faculty aku mahupun disini lebih dikenali sebagai school. *comel & rasa muda sikit kan bunyinya* , disini kami ada workshop (bengkel). Kalau ada yang pernah tertanya kenapa yuran belajar overseas ni mahal betul?? Jadi bila aku study disini, tengok sistem mereka, fasiliti yang mereka provide yang memang tiptop, jadi tak hairanlah kenapa yuran mereka mahal. Oleh itu, kita haruslah mengguna pakai dengan sebaiknya peluang yang ada. Kalau tak, RUGI..
This is me. Abang belakang tu nama dia Roland. Kat bengkel ni ada 4 orang pekerja yang sangatlah best. Basically fasiliti kat sini seperti bengkel & bilik printing dijaga oleh pekerja yang berpengalaman & sangat helpful. Diorang tak pernah marah-marah. Kalau tak reti dia akan ajar. Kau jangan nak memandai..kang terpotong tangan kang.haaa..
Apa yang kami perempuan ni buat sebenarnya? Dengan papan buruk ni mesti korang tak paham kan? Tapi aku akan cuba buatkan korang paham. I'll try my best dear readers! Nak digest studies kami dalam English nak translate dalam BM & bahasa yang mudah difahami bukanlah mudah sangat.huhu..
Basically, site group kami terletak di Walsall. Walsall ni suatu masa dahulu pada zaman sebelum World War lagi sangat dikenali sebagai industrial era. Jadi banyaklah kilang-kilang yang ligat beroperasi. Contohnya kilang barangan kulit a.k.a leather. Leather pula pada zaman world war sangat besar-besaran pengeluarannya kerana askar dulu-dulu kan naik kuda berperang, kat kuda tu alas duduk tu kan diperbuat dari leather. (saddler namanya tau).
Jadi selepas zaman world war berlalu dan kebanyakan industri perkilangan semakin mundur sebab permintaan pun semakin kurang, jadi kawasan Walsall ni ibaratnya terbiar, dan kami gunakan tema "Latent" untuk menggambarkan kawasan tersebut.
Seperti biasa, urban studies selalu dikaitkan dengan ekonomi, politik, sosial etc. Tapi tutor kami tidak mahu pendekatan yang cliche. Jadi tutor nak kami inverstigate & test the site katanya. Jadi kami diminta untuk buat installation.
Yang penatnya sokmo kena berdiri. Jadi memandangkan kami kena buat installation, jadi installation tu pun haruslah bertemakan "latent". Maka kami menggunakan material yang ala-ala buruk, kasar seperti MDF board, barang-barang sampah terpakai (kononnya nak tunjukkan industrial waste gituh la)
Siapa girls nak study architecture, please bear in mind study architecture bukan bermakna kau kena melukis dan menghadap computer sahaja. Walaupun saya kuat berangan tetapi saya juga harus terima hakikat yang saya kena pergi ke bengkel untuk tugas-tugas khas seperti ini. Cewahhh!
Banyak peralatan & mesin di bengel ni. Disebabkan saya kuat berangan kadang-kadang saya terbayang saya dalam cerita Saw bila dengar mesin ni berbunyi.. Imaginative tak bertempat betul perempuan ni..
Camnilah insallation tu bila dah siap. Jadi apa gunanya installation ni? Disebabkan tutor suruh kami test site tu, jadi berdasarkan site investigation yang kami dah lakukan seperti interview penduduk Walsall, kami mendapati ramai yang kata penduduk Walsall ni ignorant. Jadi, installation ni salah satu cara nak test, adakah benar penduduk Walsall ni ignorant dengan keadaan sekeliling? Adakah mereka buat dunno je dengan benda baru yang ada di kawasan mereka tinggal? gituh lah nak kasi korang senang paham.hihihi..
So hasilnya macam video di bawah ni lah. Kami tinggalkan beberapa kali & datang balik untuk tengok hasil. Pada papan tu, kami suruh mereka tulis apa yang mereka feel, touch then write.
Hasil penduduk:
Kami tinggalkan installation ni 3 kali supaya orang takla pandang pelik kan kalau kami berdiri disitu. Lagipun barang buruk siapa nak ambil. Masa tinggalkan kali ketiga, installation kami dicuri. Serius tak tipu. Installation tu berat gila kot at least dua orang kena angkat. Hampa, tapi somehow experiment kami agak berjaya kan? Penduduk Walsall tidaklah ignorant seperti yang diperkataan..
Dah installation model pun dah kena curik, abehtu kitorang nak present tunjuk model apa? sadiss kan.. So kami terpaksa buat satu lagi model yang bersaiz kecil untuk menggantikan installation tersebut sebab ada critique session.
Inilah modelnya..
Maka haritu kami present lah drawings dengan model sekali kat hujung belah kanan. Dan drawing belakang kami tu, besar kan?Site plan. Untuk tunjukkan ideologi kami tentang latent space dari setiap individu.
p/s: Beza study dalam negara & luar negara. Haih memang beza yang amat pun. hmm.. kadang rasa macam pelik-pelik. Kadang rasa macam eh bestnya.. Kadang rasa macam blurr gila..haha.. Tapi gua layan jelaaa.. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal ketiak, okay. Cioww..
Friday, January 24, 2014
Random UK #4 -Berzapin di England
Waktu kejadian: Oktober 2013.
Cerita tahun lepas. Biasalah tu si Sophie tu, suka bagi cerita basi. herherher..
Jadi kali ni aku nak bercerita sedikit tentang aktiviti aku waktu tu, baru masuk term baru jadi idak ler busy sangat teman ni. Waktu tu nak buat Malaysian Day kat University of Birmingham (don't get confused, UoB takde course architecture jadi aku bukan belajar kat uni ni) cuma aku rajin gak lah join aktiviti yang student UoB buat. Itu hari mereka cari orang untuk perform tarian zapin. Basically, selain menjemput Malaysian datang pada hari itu, orang-orang selain Malaysian juga dijemput hadir supaya dapat memperkenalkan budaya kita pada warga negara luar seperti orang British sendiri.
Aku rasa ni peluang untuk aku merealisasikan impian aku *mata bersinar-sinar sambil senyum sorang-sorang* Puii! Dulu, masa aku sekolah rendah, aku memang join Kelab Kebudayaan. Aku minat tarian cuma takde peluang nak perform zapin lagi. Salah satu impian aku ialah untuk perform zapin for fun, so why not? Sementara masih muda. Ewah..
Cam tak percaya pulak kena pakai warna sebegini.Uhuks. Terang yang amat. Warna diraja sangat eh! Mekap pun sendiri-sendiri je.. tak reti lah nak mekap macam Makeup Ghetiss tu. Anyway, ingat senang nak tengok aku pakai camni? ;p
The "ayu" Malay girls! (self-claimed.ahaks!)
Haih, lepas tu tak reti pakai kain batik. Fail. Minta sorang aunty Melayu tu pakaikan. hikshiks.. motip sangat nak bermanja dengan aunty. Haih kang terlondeh time tarian tak pasal-pasal free show pulak kan.. (-_-') malu jer.
Bergambar bersama favourite kids. Diorang tiga orang ni adik beradik. Memang kesayangan ramai kat sini. Sebab dahla comel, well behaved, lovely.. Haihh! memang sangat sayang lah! Selalu bagitahu kat mak diorang yang aku suka sangat anak-anak dia. Siap tanya tips "eh you pregnant dulu baca surah apa?" hahahahah..
THANKS! THANKS! THANKS! thanks yang datang bagi support samada yang ada dalam gambar ataupun takde. Thanks a lot! Oh gambar kanan, akak yang pakai kebaya grey tu lah ibu kepada 3 orang budak comel diatas. Iya muda lagi, dah ada 3 anak yang awesome.
Belah kanan housemate yang dah balik for good. Thanks Aereena for coming. Mula-mula dia buat dunno je konon busy gila dengan study macam taknak datang. Pastu dia turned up.Haha.. happy!!
Sebenarnya, duduk oversea ni, dia ada time kau moody sebab cuaca yang gloomy. Tambah lagi sekarag dah winter, cuaca dia psycho betul. 4 petang dah gelap. Pukul 6pm rasa macam 9pm. pukul 9pm rasa macam 12 malam. 12 malam lak rasa macam 4pagi. Rasa macam lamanyaaa waktu malam ni bila nak siang ni??
Kadang-kadang pun homesick (biaselaa, anak manja.haha..), kalau duduk sorang-sorang selalu memang tak memberangsangkan dan buatkan hati pun affected, nak emo ke apa. So, sebab tu lah kena selalu buat aktiviti & bersosial secara sihat. Kalau sedih, semua terletak atas diri sendiri camna nak atasi feeling negative nih. Nak mengadu, Allah ada kan 24 hours all the time. Quran pun janganlah kasi berhabuk tak baca sekian lama. So, prinsip hidup aku: kalau nak happy, kita yang kena happykan diri kita sendiri. Sebab takde orang nak happykan kita. Tak bolehlah harapkan orang yang happykan kita. Kita bukan Neelofa. Eh tetiba. Bila kita happy, surrounding & aura kita pun terasa best. Ha camtulah konklusinya. Yo yo ow je aku cerita. Haha..Yabedabeduu.. Kbai.
Tuesday, January 21, 2014
Random Me #4- Terharu Sangat!
Sejujurnya, ada waktu dalam hidup aku, aku terasa hopeless sangat. Aku rasa macam tetiba nak emo, rasa macam tak berguna pada masyarakat, rasa macam diri sendiri ni entah pape etc. Setan banyak sangat kacau aku nak berjihad mencari ilmu ni. Tapi di saat aku selalu rasa down dengan diri sendiri, terkadang ada perkara yang tiba-tiba jadi, mungkin Allah pun nak bagi aku support melalui orang yang tidak aku kenali langsung. Contohnya seperti reader blog aku yang memberikan penghargaan sebegini (sejujurnya email beliau datang di saat aku rasa macam down gila) :
Assalamualaikum wbt
p/s: Anyway, nama Sofia tu maksudnya suci/menawan.(orang ingat aku perasan, padahal ayah aku yang bagitahu maksudnya begini) Eheks. Jangan jeles. Oh, nampaknya dari sekarang aku dah boleh mula pilih nama anak walaupun aku belum nak kahwin lagi.teheheeee.. =B *over betul perempuan ni*
Assalamualaikum wbt
Pertama sekali, saya suami orang tapi jgn la ban saya ye. Saya baca blog awak sebab nk tau cara2 utk sambung belajar di luar negara. Well, bukan saya yg nk sambung tetapi saya nk encourage adik lelaki saya utk sambung pengajian ke luar negara. Serius!
Dari satu entry ke satu entry, akhirnya saya amik keputusan utk baca blog awak dari entry pertama hingga ke yg terkini. Menarik! - mengenali seseorang (walaupun bukan secara peribadi) selama dua/tiga tahun (dari tahun 2010 hingga 2013) hanya dalam masa 5 hari!
Apa yg menarik? Awak ceria dan menceriakan orang lain. Awak adalah contoh yg mcm Prof Dr Muhaya ckp: hanya org yg bahagia je dpt bahagiakan org lain.
Seronok dgn telatah awak. Rasa mcm da kenal awak & kawan2 lain. But of coz la rasa korang mcm adik2 sebab saya lebih tua. Membaca blog awak membuatkan saya kembali aktif mencari rakan2 persekolahan dan sepengajian di univ dulu.
Dan dalam pencarian tu (selama 5 hari), baru saya sedar yg saya dah 'kehilangan', dah terlepas banyak moment suka duka yang dilalui rakan2. Beberapa rakan baik ketika bergelar student dahulu telahpun kembali ke rahmatullah mahupun kehilangan ahli keluarga yg tersayang...Dan sejak membaca blog awak, saya semakin ingat mati dan acapkali sedekahkan bacaan fatihah buat rakan2 saya dan awak yg telah pergi...
oh, lupa bgtau. Saya hanya baca blog awak selepas waktu bekerja; saya mula membaca pada hari khamis 18 April 2013 walaupun da subscribe melalui email dah agak lama rasanya. So setiap hari saya spend lebih kurang 8 jam utk membaca blog awak (sambil ketawa atau sedih - bergantung pada tema entry). Dah selesai baca blog, baru saya bersiap pulang ke rumah pada pukul 2 pagi (pak guard pun dah tido waktu nih)
Saya dan isteri berjauhan (walaupun dah berkahwin)...
dia bekerja di Tganu dgn Petronas dan kami hanya bertemu seminggu sekali sahaja. Selalunya kami hanya lepak di rumah; sama ada saya tolong dia memasak di dapur ataupun dia tido ketika saya membasuh kereta. Tapi kami suka tgk movie yg kami download bersama.
Haaa, isteri saya ni saya kenal di facebook! peliknya, kami xde mutual fren pun tapi dia mmg da ada dlm frenlist saya. tak sure la sama ada saya add dia atau dia add saya. Tapi kan, dia yg mula approach saya dulu. Dia hantar msg d fb, ckp nk berkenalan dan dlm msg tu jugak dia bgtau tujuan dia nk berkenalan adalah utk cari calon suami.
Dua minggu kemudian, kami breakfast bersama di sebuah kopitiam. Dan dua bulan berikutnya, kami telahpun bergelar suami-isteri. Kami diijabkabul pada 16 September 2013.
Memula kawin mmg excited. tapi beberapa minggu kemudian baru kami sedar yg kami byk kelainan. Saya suka racing (saya bukan mat rempit. Saya drag racer. pernah join event di Litar Sepang) tetapi isteri pula takut memandu laju. Saya tak boleh bersukan (kerana kecederaan lutut akibat kemalangan) sedangkan isteri sangat suka swimming, snorkeling, camping dll. Aduh..susah nk cari aktiviti yg kami boleh buat bersama. Selalunya kami end up menonton movie yg di download je.
Namun selepas baca beberapa post kat blog sofiya, saya buat suatu kelainan. Saya bawak isteri keluar dari rutin mingguan kami. Biasanya isteri agak malas nk keluar (sebenarnya saya yg malas) tapi saya memaksa dgn penuh kasih sayang...bwk dia ke salon rambut, ke Daiso kedai yg jual segala barang dgn harga hanya RM5 (truly inspired by your entry), mkn korean food di restoran apa ntah (ni pun inspired by u yg tiba2 minat k-pop. saya x minat kpop tapi suka mknan korea)...pastu saya record video gwiyomi & wassap pada isteri. Dia tgk video tu dlm kereta (waktu saya tgh drive)...sepanjang perjalanan itu merupakan detik terindah saya kerana isteri tak henti2 ketawa dan asyik cium pipi sambil ckp saya comel.....indah sgt walaupun hanya 10 minit memandu.
Mungkin entry awak nampak biasa..sekadar coretan kehidupan seorang gadis anak professor yg suka berenang dan melukis.
Namun entry yg biasa2 ni memberi inspirasi kepada seorang suami utk menyayangi isterinya sepenuh hati . So, penting utk saya tulis di sini bahawa SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH kepada awak atas entry2 yg hebat dan mendidik minda :)
Sebagai tanda terima kasih, saya akan sentiasa doakan moga Allah permudahkan segala urusan kerja, bercuti, berjalan2 tgk tempat org dan moga Allah beri lebih ruang utk awak selalu update blog awak. Tak sabar rasanya nak baca entry terbaru. Dan hari ni saya letak bookmark pada blog awak supaya saya akan selalu baca entry awak bila saya perlukan inspirasi utk buat isteri saya happy :)
Assalamualaikum wbt
So, aku yang terasa tak berguna pada ketika itu tiba-tiba rasa macam dapat energy/spirit booster. Rasa macam "Eh, takdelah tak berguna sangat aku ni pada masyarakat. Hahaha.." Waktu aku baca email abang ni aku berada di library. Jadi, aku rasa terharulah. Banyak je lagi email penghargaan aku terima berkaitan blog aku. Jadi rasa bersyukur la dapat sumbang sesuatu pada orang lain. Well, aku menulis pun bukanlah sebab nak kejar glemer. Tengok blog pun tahu aku malas nak letak gambar sangat yang benornya kecuali citer travel.mihmihmih..
Jadi, kenapa dalam banyak-banyak email aku post email abang ni? Sebab harini aku dapat tahu dari Facebook (beriya abang ni cari aku kat Facebook.hihihi) yang abang ni dah dapat baby girl, dan dia namakan anaknya sempena nama aku. Haaa.maka kembanglah hidung aku yang dah kembang ni.miahaha..
"Abang nak namakan baby esok. I choose Elsa Safiya. I wanna name her after you. Semoga Elsa Safiya jadi seorang yang 'kuat', berdikari & disayangi ramai orang macam Sharifah Sofiya."
Aww~ terharu tak? jom nangis sama-sama meh. I kesatkan hingus uolls sekali meh.. Tapi bang, part saya disayangi ramai orang tu errr.. kurang pasti je.hahahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)
















