(PERHATIAN: ni sticky entry. Sila scroll ke bawah untuk entri paling baru)
Oh well, tajuk post yang agak bajet.. (^_^) .Sebenarnya, jika anda semua sedar, hampir setiap hari di dada-dada akhbar dan berita, ada saja berita tentang lemas. Termasuklah kes lemas kerana bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ini. Dan sememangnya kes lemas negara kita yang dilaporkan memang semakin meningkat. Hal ini sangatlah menyedihkan sebab sebenarnya boleh dikurangkan jika setiap dari kita mempunyai inisiatif untuk tahu bagaimana mahu berenang. Dengan ini diumumkan, memandangkan saya sedang bercuti dan mempunyai masa terluang untuk mengajar kelas renang, jadi mahu mengajak sesiapa yang sudi/ mahu belajar berenang dengan saya. Erm,adakah saya nampak macam main-main? Tak, saya tak main-main. (-_-') Ini serius. Saya memang guru kelas renang bagi dewasa wanita dan kanak-kanak di UiTM Shah Alam. Jadi berikut merupakan hari dan masa yang anda boleh pilih.
*jap, saya akan aktif sampai akhir bulan 12 sebab saya nak mula bekerja di firm arkitek nanti so tempat adalah sangat terhad maka siapa cepat dia dapat *
DETAILS-
Lokasi kolam : UiTM Shah Alam.
(ehem,ehem..kolam renang bersaiz olimpik ini adalah indoor.Jadi anda tak perlu risau sunburn atau orang usha dari luar )
Yuran :
Pelajar UiTM (sepenuh masa) : RM 80
Staf UiTM : RM 100
Anak Staf (12 tahun ke bawah) : RM 80
Anak Staf (12 tahun ke atas) : RM 100
Warga Luar : RM 150
Anak Warga Luar (12 tahun ke bawah) : RM 130