Showing posts with label foot patch. Show all posts
Showing posts with label foot patch. Show all posts

Monday, September 13, 2010

Mari Buang Toksin Macam Saya!

Hye!! Apa khabar semua orang? Anda sihat? Eh betul ke ni sihat? Pasti? Haaaaa..jangan tak tahu, walaupun luaran kita nampak sihat, tapi dalam badan..Ya Allah..Tuhan aje tahu apa segala racun dan benda kotor dalam badan kita tau.

Apa toksin tu? Toksin tu ialah bahan buangan beracun dalam badan kita. Kenapa kita perlu buang toksin? Kerana toksin akan bertindak menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita dan fungsi normal tubuh badan. Kerana toksin jugalah kita bakal mendapat cancer. 

Aku tertarik dengan entri Nurain Hassan ni. Aku memang dah lama nampak foot detox kat Uptown Shah Alam.Tapi tak yakin nak beli sebab takut tak berkesan.Yelah,nak beli Kinohimitsu mahal sangat. Jadi bila aku pergi lagi sekali lepas baca entri Ain ni, dan ternampak pula abang yang jual foot patch untuk detox ni aku pun rembat lah 5 terus sebab dia bagi 5=RM20. Satu pasang=RM5 taw. Aku pun bereksperimen dengan diri sendiri.Sanggup tunggu 5 hari tau untuk post entri ni.hihi.semangat! Nah dengan ini aku tunjuk gambar hasil eksperimen aku.

Pembolehubah dimalarkan : saya selaku tikus ekperimen
Pemboleh ubah dimanipulasi : Hari dan masa
Pemboleh ubah bergerak balas : tahap kehitaman dan lendir di  foot patch

Cara pakai : kena pakai 4-8 jam sewaktu tidur.

Hari pertama: Hasil lepas tidur 4 jam.

 
 Malam kedua : Hasil lepas tidur 7 jam. Macam kurang sikit.Eh yeke?

 
Malam ketiga: Yang belah kiri ni pakai tak berapa betul.tu yang putih kat tengah tu. Hasil 7 jam
  
Malam keempat : Hasil 3 jam je.Mungkin sebab tu tak penuh.


Malam kelima : Hasil tidur 8 jam. Waahhh! Banyak balik.(time ni kamera bateri low jadi gambar kabur sedikit.maaf)

Hipothesis: Semakin lama saya tidur semakin hitam foot patch tersebut. Kesimpulannya dalam badan saya banyak sangat toksin lalu saya harus membeli lagi foot patch ni sampai lah takde kesan hitam di foot patch tersebut.Ada sesiapa mahu kirim kah?

Apa ada kat benda hitam berlendir tuh? : heavy metals, metabolic wastes, toxins,parasites & chemicals.

Ohya,ni number Abang Wan yang tertera di pek Foot Detox tu : 0108902848. Kalau rasa nak borong ke apa boleh kontek dia. Sukahati aje aku publish kat sini.Tapi dah setiap pek tu ada number dia maknanya dia nak orang call dan oder lah kan. Semoga rezeki awak murah Abang Wan. =)

p/s: Jangan geli tengok.Belum tahu korang punya macam mana lagi.Ada berani try?

eh lupa nak bagitahu, kalau Nurain Hassan rasa sakit perut lepas pakai dan kaki cramp masa pakai, aku pulak tak rasa pape. Cuma bila bangun banyak pulak angin keluar. Asyik nak sendawa dan proot proooot kentut aje.heheh! Tapi badan rasa lebih segar dan ringan la..Bestttt!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...