Semalam aku dating. =) =) =)
Ohhh, kami menonton wayang movie Skyline sebab tertarik tengok poster dia. Mula-mula dengar nama ingatkan pasal kereta. Selalunya sebelum tengok wayang aku akan review trailer & sinopsis dia serta para pelakon lagi pengarah. Penerbit aku tak usha eh.. Uhuks,uhukss~ Tapi entah kenapa tak sempat pulak nak usha kat internet.
Jadi ni sekadar review pendek lah kot untuk movie ni. Hurmmm..mungkin dalam 5 bintang aku bagi 2.5-3 bintang je kot. Entah lah..aku rasa cerita ni dah best. Banyak betul suspen sampai aku yang rasa nak terjerit-jerit. Rasa macam aku yang nak lari-lari bila alien dah menawan bandar. Pendek kata aku yang nak jadi heroin lah kiranya. Muahahaha..
Sinopsis ringkas-
Tentang sekumpulan kawan yang terperangkap dalam sebuah bangunan kerana ada satu malam dimana Space ship dari outer space yakni UFO kot datang menyerang. Semua manusia disedut masuk dalam space ship tu. Diikat sebenarnya. Alien kecil-kecil macam sotong Paul the Octopus (innalillah Paul..) berterbangan bunuh manusia kat bandar tu. Tapi dia bunuh bukan sebab saja-saja nak bunuh. Tapi sebab nak ambil otak. Yer otakkkk~ (sila sebut macam dalam Zombie Kampung Pisang). Otak tu ibarat jantung alien tu. Bila dia dah kena tembak atau mati dia boleh hidup balik dengan menukar otak tu. Otak tu diambil dengan cara memisahkan badan manusia dengan kepala. Potong kepala la kiranya.Sebab tu alien ni sedut semua manusia kat bandar tu.Sebab nak survive space ship dia dengan segala jenis alien. Dalam movie ni dia tunjuk la apa jadi masa Day 1, day 2, day 3..
Semuanya tentang bagaimana kumpulan ni nak melepaskan diri. Tapi semua mati tinggallah couple yang loving ni. Mereka dah banyak kali diserang sampai lah si lelaki ni dah cedera dan tak larat sangat. Dia meminta gf dia lari tapi gf dia nak stay jugak! (kau ingat ni Hindustan ke apa?) Tapi gf dia tak nak..Maka mereka pasrah dan biarkan diri disedut naik space ship tu. Ohh..rupanya perempuan tu masih hidup lah di atas space ship tu. Sebab dia sekadar diikat, belum kena putuskan kepala lagi. Makanya dia berlari-lari dan mencari bf dia. Tapi tak sempat sebab bf dia dah diangkat dan diputuskan kepala.. T_T sedih gilerrr.. Lepas tu memandangkan perempuan ni mengandung aku taktahu lah kes special apa dia ni tapi perempuan ni dimasukkan kat satu saluran untuk reborn alien yang mengganas kat darat (ni yang berkaki pulak,bukan yang terbang macam alien sotong Paul tu) Guess what? Alien yang satu tu direborn memakai otak bf yang dah mati tu. Makanya alien berkaki tu memberontak la untuk selamatkan gf dia. Sebab masa dia jadi manusia dia terlalu sayang gf dia. Jadi otak dia macam tak compatible dengan badan alien tuh sebab tula dia mengganas -THE END-
Movie ni tunjuk sampai alien bf tu jumpa gf dia aje untuk selamatkan. Gf dia cam dia pun sebab alien tu buat satu trademark kat dia (ok part tu suweet laaa) tapi sampai situ aje wehhh??? The End?? then apa jadi dengan space ship bapak besar tuh? Alien sotong Paul yang annoying tuh pulak?? bebas? Arghhhh! Tension aku tengok movie tergantung macam ni! Tapi graphic dia memang la best. Tapi aku pentingkan plot cerita wehhhh... T_T dalam karangan penulisan pun ada penutup kenapa kau sekadar isi dan klimaks? Frust~
p/s: Sorrylah kalau anda tak paham dengan sinopsis aku yang kononnya ringkas ni. Aku masih frust dan ngantuk sebab dah pukul 3 pagi .Tadi ingat nak tidur tapi jiwa resah lak tak dapat luahkan. Ishhh~ aku harap movie tu akan bersambung dalam mimpi aku. Ok nak tidur cepat nanti tergantung lagi.Bye~..Good Night!!!!!!