Showing posts with label La Tahzan. Show all posts
Showing posts with label La Tahzan. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Sejauh Mana Kamu Berfikir Sebelum Bercakap dan Menulis?

Sekarang ni sebelum tidur sekurang-kurangnya aku akan membaca beberapa helai muka surat dari buku motivasi kesayangan aku-La Tahzan. Sebenarnya bukanlah tentang buku itu yang aku nak review. Pernah tak dalam hidup kamu, kamu mengutuk diri sendiri? Ahh aku pun sama, asyik rasa urghh gemuknya aku nih. Urghh muka banyak parut jerawat ni malunya nak berdepan dengan dunia. Oh apakah? Barangkali kalau monolog dalaman mungkin lah takpe kan. Tapi kalau kita bercakap depan orang?



Mungkin dalam satu keadaan yang kita kurang peka..

contoh (kamu): Aku rasa aku dah gemuk la. Benci giler. (padahal chubby sikit aje, macam takde beza sangat dengan Liyana Jasmay tu)

Tapi tanpa disedari ada kawan kita disitu yang berbadan besar seperti pelakon Syanie. Pernah tak kita terfikir apa perasaan beliau?adakah akan mula berfikir setelah beliau berkata begini?

 Habis tu kalau kau gemuk aku ni apa? Gedempoll??? 

Begitu juga apabila kita merasakan muka kita ditumbuhi jerawat dan merungut-rungut. Baru tumbuh satu dua, tapi satu dunia dia nak canang. Apa perasaannya apabila tanpa kita sedar, kita sedang bercakap dengan kawan yang muka dia dipenuhi jerawat batu? Tak ke dia rasa macam nak penampor je muka kau kasi jerawat tu masuk balik?

Dan keadaan sebenar apabila aku jogging di taman perumahan, terserempak seorang Datin ni dia tanya tak ke mana ke cuti sekolah? Pergi la Australia ke, UK ke.. Tengah murah. Bila aku kata, alaaa.. mana mampu la aunty. Dia kata ala, ayah kan kerja, takkan takde kumpul duit. Aku rasa macam urgghh.. Datin ni ingat hidup aku senang macam dia ke? Kalau family aku yg besau ni tambang darab 8 orang? belum lagi sorang-sorang hantu shopping. Datin yang sama juga yang mengajak mak aku shopping di Subang Parade untuk beli baju raya. Katanya BAJU KURUNG tengah murah. RM300 ajeee.. T_T  yeahh, RM300 JE wehh untuk sepasang baju kurung yang murah..

So berkait dengan buku La Tahzan (jangan bersedih) tu. Aku mempelajari sesuatu yang aku mahu kamu juga belajar. Ada kalanya, tanpa kita sedar, kita mewujudkan kesedihan kepada diri kita sendiri walhal banyak perkara lain yang kita boleh bergembira dengannya. Sebagai contoh, yer muka kamu banyak jerawat, badan gemuk. tapi sekurang-kurangnya kamu masih ada mulut untk bercakap, telinga, mata. Sanggup tak nak tukar muka yang licin dengan mata? Sanggup tak mempunyai kulit licin tapi buta? Sanggup jadi kurus dan cantik tapi tempang? Sanggupkah? Pernah terfikir apabila bercerita tentang perihal shopping, brand itu, brand ini, anda sebenarnya sedang bercakap dengan seorang yang tidak mampu atau hidup sangat susah sebenarnya.


p/s: Di sini juga aku ingin katakan, kenapa berfikir sebelum menulis? Sebab kadang-kadang kita sebagai blogger, akan rasa begitu teruja jika ada blogger yang Famous datang singgah blog kita atau follow atau komen hinggakan kita sanggup nak buat entry tentang kegembiraan tak terkata tu. Tapi cuba ingat balik, bagaimana dengan follower lain? Tidakkah ada sekelumit rasa kecil hati "ohh, selama ni setiap entri dia aku komen..takde pulak nak buat entri pasal aku.." Sebab seberapa banyak pageviews yang anda dapat sehari itu bukanlah semuanya datang dari blogger famous tersebut tetapi dari readers lain yang menyokong anda. Aku cakap macam ni sebab aku pernah buat lah then aku ada rasa menyesal sebab aku tahu siapa yang rajin komen aku sebenarnya =)   Hihihi.. So, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar (wallaweii tak sangka aku masih ingat peribahasa ni.Entah betul ke tak aku taip) 


Ok,thank you for reading =)  saya takde butang like. Kalau suka boleh komen. Kalau tak suka pun boleh komen.kahkah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...