Tuesday, January 5, 2021

Saying Goodbye to 2020 & Welcoming 2021

 Assalamualaikum.

Selamat tahun baru aku ucapkan pada semua pembaca yang masih setia dengan blog ini. Terima kasih sebab masih baca blog ni dan bersama aku dari saat budak hingusan, student, struggle dengan life hinggalah sekarang. Korang boleh nampak flow life aku macam mana.  Sedar tak sedar ini tahun ke-11 aku berbelog walaupun tidaklah aktif mana. Tapi, aku masih sayang dengan blog sendiri. Sentimental value. 

Lately aku banyak post pasal hasil kerja kan? Entahla, walaupun boleh aje buat website proper, ada IG & FB page untuk kerja-kerja aku tapi masih juga tetap nak kongsi kat sini. Mungkin salah satunya sebab blog ni dah ada traffic kot. 

Tahun 2020, aku yakin merupakan tahun yang sangat mencabar untuk semua orang. Tapi kalau ada yang rasa terlalu gembira tahun 2020 ni aku kagum la. Honestly satu highlight besar aku untuk tahun ni ialah aku dah pun berkahwin. Bab kahwin ni satu perkara yang kalau nak diceritakan tu mungkin panjang. Sebab, aku jumpa jodoh when I least expect it, dan suami aku pula 4 tahun lagi muda dari aku. Kami serba serbi berbeza. Masa kenal pun aku annoyed tahap gaban dengan dia. Kahkah. Kalau orang tanya aku pun kenapa pilih dia? Aku rasa aku tak pernah bagi jawapan selain, pintu hati aku terbuka untuk suami aku. Bercinta sangat pun tak, kenal dalam 3 bulan setengah, kami bertunang. Dalam tempoh bertunang pun tak la rajin jumpa. Cuma percaya pada masing-masing. Masa nikah tu genapla dah setahun kenal. Jujur aku kata, kalau selama ni rasa asyik tertanya siapalah jodoh kita, kita hanya serabutkan kepala aje sedangkan bertanya bila jodoh nak datang ni ibarat tanya bila kita akan mati kan? Allah saja yang tahu. Tapi, bila jodoh nak datang, tu dia. Sikit punya senang proses. Eh pendek kata aku pun tak paham lah kenapa senang sangat jalan nak berkahwin tu. Bayangkanlah sebelum kahwin aku ni single berapa lama. Dalam 8 tahun lebih woo. Single, malas to mingle. (sebab masa tu focus study je). 


Kahwin ni, walaupun aku lagi 2 bulan lebih la nak genap setahun dah, tapi, tula.. belajar menjadi seorang isteri ni sememangnya sesuatu yang sangat baru. Kalau dulu masa bujang bolehla nak bangun pukul berapa pun. Malas masak takpe, makan je apa yang ada. Tak makan pun takpe. Kalau rasa ada duit, bolehla foodpanda selalu. Tapi, sejak kahwin ni, malas camane pun kena bangun gak. Dia macam automatik. Agaknya ni lah yang mak-mak kita rasa dulu ye. Utamakan perut suami dulu baru perut sendiri. Kadang bila aku masak nasi, suami kata lauk sedap, aku suruh je dia habiskan nasi walaupun aku pun lapar gila. Tapi bila suami tengok periuk , nasi tinggal ngam-ngam untuk aku dan  dia kata "sayang masak sedaplaa.." mana lah nak sampai hati tak bagi habiskan nasi. Haha. Sudahnya suruh je habiskan. Nanti masak baru. WALAUPUN AKU PUN LAPAR WOI. Ini lah kot rasa mak aku bila dia tersenyum tengok anak-anak berkumpul makan sampai nasi habis sedangkan mak tak sempat makan pun. Dia akan make sure orang lain makan dulu. Bagi aku, salah satu nilai yang aku belajar dari perkahwinan ialah PENGORBANAN YANG IKHLAS.


Aku nikah 7 Mac 2020. PKP dilancarkan 18 Mac. Masa tu aku baru je sehari masuk office semula dah kena PKP. Semua orang rasa betapa tepunya duduk di rumah je kan tak boleh kemana-mana? Dah macam zombieland la KL masa ni. Mujurnya aku dan suami takde book apa-apa honeymoon trip. Masa ni kes covid dah makin meningkat. Masa nak kahwin tu aku rasa terlalu busy nak uruskan hal kahwin apa tah lagi honeymoon. Sebab waktu tula projek banyak masuk. Tak tahula kot rezeki nak kahwin ke apa kan. Jadi aku anggap masa tempoh PKP ni honeymoon kat rumah jela, mengenali antara satu sama lain lengkap dengan kepelikan masing-masing. Sekejap aje masa berlalu, dah nak setahun dah usia perkahwinan. Alhamdulillah. Aku masih ingat lagi dulu, setiap kali berdoa untuk ditemukan jodoh, aku minta suami aku adalah yang terbaik untuk aku. Tak minta yang sempurna tapi yang terbaik untuk aku. Jadi bila dah kahwin, aku anggap suami aku adalah ANUGERAH yang aku tak boleh question kenapa dia jodoh aku walaupun la masa awal-awal tu aku masih tertanya kenapa dia eh? 


Btw, aku rasa agak terkejut juga la dengan satu perkara yang aku berjaya konsisten. Ni aku cuba biasakan sejak balik dari umrah tahun 2019 tapi aku perasan tahun 2020 aku konsisten pakai stokin kaki. Weh. Unbelievable duhh.. Sebab aku rasa terpukul masa nak pergi umrah, kan ada kursus umrah. Ustaz pesan yang perempuan, jangan lupa pakai stokin kaki sebab kaki itu aurat.. Adehh.. Dulu-dulu ada juga dengar camni kan tapi biasalah kita manusia banyak melakukan dosa. Yang aku rasa terharu tu, sebab aku pakai tanpa ada paksaan dari sesiapa. Kira, mula-mula aku cuba paksa diri. Lama-lama aku rasa tak biasa kalau tak pakai. Lepas tu, memang aku pakai aje selalu kalau keluar. Then aku cuba labuhkan baju, longgarkan seluar, labuhkan tudung tutup dada. 


Tahun 2020 juga banyak ajar aku tentang erti hidup. Salah satunya adalah, duit dan pangkat bukanlah segalanya. Tengok berapa banyak kerjaya yang hebat-hebat seperti pilot yang kita sedia maklum gaji diorang tinggi, ada klien aku jirannya pilot muda rumah hebat kereta hebat. Bila covid melanda, tak dapat juga teruskan kerja. Komitmen macam mana? Tak mampu dah bayar kereta-kereta mewah dia. Aku anggap tahun 2020 ni mengajar untuk :

-tidak menambah komitmen atau hutang, walaupun sifu hartanah kata inilah waktu yang baik untuk beli rumah sebab harga tengah jatuh. Sebab kerja aku buatkan aku banyak jumpa orang. Jadi banyak pengajaran aku ambil. Hiduplah secara sederhana, kalau boleh bawah dari kemampuan. Sebab ini baru sedikit Allah jentikkan ujian covid. Kita tak tahu, mungkin ada lagi ujian lebih besar dari ni akan datang? 

-duit bukan segalanya.kan? Tengok. Dulu selalu kata dengan kawan sekerja aku, jom kerja rajin-rajin nanti kita travel overseas ke buat Europe Trip ke. Di saat dah ada duit, ada tenaga masih muda, tetap juga tak dapat pergi mana-mana sebab kes Covid ni melanda satu dunia. Sungguh, jiwa aku rasa terpukul. Aku rasa betul Allah nak tunjuk, duit bukan segalanya. Sekarang ni kalau ada duit nak pergi umrah,haji pun tak dapat juga kan kita ni. 

-Sangat mengajar untuk bersabar dan berserah pada Allah lagi-lagi untuk orang yang buat bisnes. Jujur aku kata, kalau covid ni melanda tahun 2019, aku kuat rasa kami dah gulung tikar. Tapi masa covid melanda, aku dan team tengah run projek. Bila dah tak PKP baru projek boleh disambung walaupun progress slow. Tapi bayangkan dalam tempoh 3 bulan takde revenue? Banyak company gulung tikar. Waktu nilah nampak, siapa staf yang akan setia & faham dengan keadaan kita waktu kita susah. Aku dan business partner aku tetap cuba bertenang dan Alhamdulillah masih ada projek-projek masuk walaupun projek kecil saja. Bagi aku, rezeki ni dia nak datang pun ikut sangkaan kita dan semangat kita tau. Kalau kami semangat, projek masuk. Kalau kami jiwa hambar, hambarudin lah projek nak masuk. Maybe it's law of attraction too? I don't know. 

-Tahun yang sukar untuk company tapi peruntukan nak buat family day berjaya disalurkan untuk sumbangan pada mereka yang memerlukan lagi-lagi di Sabah yang sangat susah waktu covid melanda dasyat negeri tu. Kiranya, di saat susah ni pun kena juga ingat pada mereka yang lagi susah. Bila kongsi di IG yang kami buat charity, ramai juga yang join bagi sumbangan. Jumlah terkumpul ada dalam RM10k lebih kalau tak silap. It was a good feeling lah. 

-Tahun yang sangat bermain dengan emosi. Mixed feelings. Sometimes aku pun rasa macam nak kena anxiety. Kadang aku rasa tertekan. Tapi under control la. Bukan teruk sangat sampai kena jumpa doctor ke apa. Eventually I came to my sense dan buat je kerja sebaik mungkin. Dealing dengan clients bukanlah perkara yang mudah. Lagi-lagi masa PKP, ada 4 projek kena stop. Clients pun of course la ada yang berbunyi, yang faham keadaan bagusla, yang tak faham keadaan pun ada. So, this is life la. Reap what you have sown. Gituh. 

-Tahun yang banyak nampak wajah sebenar orang sekeliling. Seseorang yang melabelkan dirinya sebagai hafiz (penghafal al-quran) tidaklah mempamerkan peribadi yang baik malah berperibadi sebaliknya serta panas baran dan pendendam. Macam tu juga, seorang wanita level ibu kita yang memakai jubah bertudung labuh tidak lah juga mempamerkan keperibadian yang selari dengan pemakaian malah dicarutkan pula kita dengan kata-kata nista seperti "F*uck off!" Unbelievable, guys. So banyak la tahun 2020 ni jumpa manusia pelbagai ragam yang akhirnya mengajar untuk jangan cepat jump into conclusion peribadi seseorang melalui luaran. 


Tahui 2021 ni, resolutions yang aku ada, biarlah aku simpan je kan.Tapi kalau korang tanya apa aim aku dalam hidup ni, selain menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari semalam, aku sangat berharap..kalau ditakdirkan aku ni hidup tak lama, selain mati dalam khusnol khatimah, aku sangat berharap aku mati dalam keadaan bebas hutang. Aku rasa hutang antara perkara yang paling aku takut aku tak dapat langsaikan sebelum mati. Pastu aku tak tahulah, aku rasa dunia ni amat tenat sekarang. Aku tidak lagi mendambakan barang-barang branded macam baju, tudung, handbag branded. Lebih pada pakai je apa yang ada sekarang. Tengok jela sekarang, pakai branded-branded pun nak pegi mana aje? Beli make up pun kena pakai mask jugak bila keluar? Jiwa aku dah kurang dah kearah kebendaan. Bila aku naik kereta, tengok kiri kanan banyak je projek dalam construction, bina rumah tinggi-tinggi, mewah-mewah.. Ah, kapitalis much. Tengok social media, orang berlumba-lumba tunjuk life masing-masing (which sometimes okay sometimes over), budak-budak muda dengan TikTok (eh aku tak suka tengok perempuan lagi-lagi bertudung tergedik-gedik dalam tiktok aku rasa malu) Aku rasa macam entahla. Aku rasa menakutkan untuk hidup lama sangat dalam dunia yang fana ni. Walaupun aku tak alim mana tapi aku sendiri rasa aku macam tak mampu nak hadap kehidupan yang fana ni. Tengok TV jela..makin menjadi-jadi program hiburan, masjid tetap juga susah nak diimarahkan. 


p/s : Aku ada aim macam ni tau. Dalam masa 10 tahun ni, aku akan bekerja keras. Aku ajak suami aku jugak. Kalau boleh nak kumpul duit beli tanah dan bina rumah sendiri. Dengan cara ni aku tak perlu berhutang dengan bank selama 30 tahun. It's not about sekarang kan ada perbankan Islam bla bla bla.. Tapi keyword nya "hutang". Kalau boleh aku nak avoid. Itu saja.Tak kisahla orang kata kumpul aset ke apa.  Sebab aku nampak hutang ni boleh buat jiwa stress, tak tenang. Hidup dalam kerisauan.  Or who knows I don't need 10 years but 5 years from now? Dulu, mak aku selalu bising-bising kenapa taknak beli rumah. Kalau ikut slip gaji tu dari dulu kan mampu. Tapi, tiap kali dah nak lulus, aku tarik balik. Sebab hati aku rasa TERLALU BERAT nak proceed. Serius aku tak tipu dan aku jenis percaya pada instinct aku. Dan aku sangat percaya naluri ni ada sebab kenapa digerakkan macam tu. Sekarang bila covid melanda, ada anak kenalan mak aku, ada sedara mara yang hilang pekerjaan dan pening kepala macam mana nak bayar komitment, baru mak aku macam redha dengan keputusan aku. Kalau tak dulu, macam biasa la, anak selalu dibanding-bandingkan, kenapa anak orang ni dah beli rumah, dah ada kereta macam ni macam tu. Semua tu aku tepis. Sebab bagi aku, orang boleh berkata-kata, tapi yang sakit membayar ni diri sendiri. Bukan ada orang nak tolong bayar, kan. Lainla ada sugardedi ahakss.. Bab harta ,aset, investment, bagi aku terpulang macam mana kau nak simpan, dalam bentuk apa. Setiap orang ada cara masing-masing yang kita kena hormat lah kan. 


Tahun 2015, aku pernah tulis ENTRI PANJANG NI lepas aku balik habis belajar kat UK. Aku ada tulis aku minat business walaupun la latar belakang family aku bukan orang-orang bisnes. It just, came through my mind and sekarang ni, aku betul-betul dah ada bisnes sendiri. Ni scary at the same time, good to know. Sebab kat blog ni kadang aku tulis je apa yang terlintas.  Apa yang aku impikan ke dan Alhamdulillah banyak benda dah tercapai.Manalah aku expect perjalanan hidup dan takdir aku ni dibawa sampai keadaan aku sekarang kan. Terlalu panjang kalau nak cerita camne boleh start bisnes. Macam roller coaster ha life aku ni. Jadi aim 10 tahun ni harapnya boleh menjadi kenyataan la. Or at least the first 5 years dah boleh beli tanah dulu ke. 


Anyway, moga aim terdekat tahun 2021 ni boleh kerja keras dan membonuskan diri dan staf. Aamiin. 


Aku sudahi dengan secawan teh tarik padu yang suami tersayang buatkan sebab dia tengok isteri macam busy buat kerja je. Padahal tulis blog je pun. Halah halahhh..omey dia. *muntah*



No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...