Wednesday, August 31, 2016

Movie Review 2016: Don't Breathe

Semalam lepas balik kerja, aku decide nak ber me-time alone. Makan best sikit pastu layan movie. First time tengok movie sensorang tapi nampaknya aku kena biasakan diri lah lepas ni.

So aku dah pernah tengok trailer movie ni beberapa bulan sebelum ditayangkan. Masa tengok trailer pun aku dah rasa macam okayy aku wajib tengok. Trailer movie sangat penting untuk aku sebab dari situ aku boleh dapat vibes movie tu best ke tak best. 

So tanpa dipanjangkan cerita, aku bagi sinopsis sikit. Aku harap aku tak lah jadi spoiler kan. 

Cerita ni mengisahkan pasal 3 orang anak muda yang merupakan perompak.  (Rocky-perempuan walaupun nama dia Rocky, Alex & Money. Rocky & Money ni couple k).Alex adalah perompak yang skema sebab target barang yang dicuri harus kurang dari 10 ribu USD atas dasar undang-undang kalau ditangkap. Tapi si skema ni lah yang bagi jalan menyenangkan kerja rompakan sebab si ayahnya kerja dengan company security yang ada menyimpan kunci rumah client. Kiranya dia senyap-senyap ambil kunci client tanpa pengetahuan ayahnya dan merompak bersama dua lagi rakan. Tapi satu hari ni, atas kekangan hidup Rocky yang hidup susah (sebab mak dia bitchy & bela biawok hidup) dia nak lari pindah ke California dengan adik kecil dia, mereka pun sama-sama setuju nak rompak seorang lelaki tua ni, bekas askar yang dipercayai menyimpan 300 ribu USD di dalam rumahnya. Mula-mula Alex tak setuju tapi sebab dia macam dalam diam sayang kat Rocky sebenornya so dia setuju. Kan dia skema aku dah cakap di perenggan atas. 

Satu hari ni, siang la, 3 sekawan pun pergi ke rumah si tua untuk usha-usha line.  Si tua ni ada di luar rumah. Alangkah bahagianya mereka bila sedar yang si tua ni buta rupanya. Maka mereka pun decide nak rompak malam tu jugak. Biasalah orang tamak, nak duit lagi cepat lagi baguih. Si tua buta ni hidup seorang bersama seekor anjing hitam besar yang brutal. Oh lupa, si buta ni ada duit yang banyak sebab dia dapat pampasan sebab anak perempuan dia mati dilanggar kereta. Malam tu perompak 3 sekawan pun pergi rumah si buta untuk jalankan operasi. Diorang siap bagi ubat tidur kat anjing si buta supaya anjing tu diam tak kacau diorang buat kerja. So malam tu diorang rasa macam sure kacang gila ni nak rompak orang buta.

Money-Rocky-Alex


Nak dijadikan cerita, tak tahu dari mana si Money ni bawa pistol. Dia nak pecahkan satu pintu dalam rumah yang dimangga. Jenuh kupil tapi tak dapat sebab tu dia nak tembak je mangga tu. Sebelum tu si Money dah asapkan ubat tidur kat bilik si buta jadi dia yakin gila lah nak rompak habis-habisan. Masa Money keluarkan pistol, Alex yang skema ni dia marah sebab pistol tak dibenarkan ketika merompak. Sebab kalau merompak dengan senjata ni ikut undang-undang berat hukuman dia. Plus, kalau polis datang, diorang layak ditembak sebab merompak menggunakan senjata api. So dia kata dia nak balik, tak nak teruskan dan dia pun keluar rumah. Masa dia on the way nak keluar dari rumah, dia terdengar bunyi das tembakan. Rupanya few seconds sebelum tu, si buta dah bangun. Dia acah-acah hopeless tapi dia tangkas, dia dapat rembat pistol money, bergelut & tembak Money. Sebelum Money mati, si buta tanya ada berapa orang bersama Money. Money kata dia sorang je ada. Sebab dia nak protect Rocky yang turut berada dalam rumah tu. So,Money pun mati. Si Alex pulak, bila dia dengar bunyi tembakan, dia rasa something is not right, dia pun masuk balik dalam rumah. Even berselisih dengan si buta. Bila Alex ternampak mayat Money, baru dia faham apa jadi. 

*Masa Alex terselisih si buta*


Si buta ni, lepas dia tahu ada orang pecah masuk rumah dia, terus dia paku kepingan kayu kat tingkap, mangga lagi pintu etc. Kiranya takde access langsung untuk orang masuk. Ini bermakna, takde access jugak untuk Rocky & Alex keluar dari rumah tu. Si buta ni yang pada mulanya percaya yang perompak tu ada seorang je yakni Money, dia mula sedar yang ada perompak lain sebab dia terpijak kasut perompak yang diorang tinggalkan kat depan pintu. Perompak tanggal kasut sebab rumah omputih kan lantai kayu vinyl gituh so kalau pakai kasut nanti berbunyi pula bila berjalan sebab tu diorang tanggal kasut. So bila si buta jumpa kasut tu, dia pegang, dia tahu la ada berapa orang dalam rumah tu. So dia pun bengang la, terus jadi lagi ganas dari super saiya. 

So cerita ni setting dia simple je. Dalam rumah je. Sepanjang citer tu, dia pasal macam mana Rocky & Alex ni nak escape dari rumah tu. Dengan si buta yang begitu tangkas & tambah pula bila anjing dia dah bangun dari tidur pun sama pergi serang Rocky & Alex. Tapi ada satu lagi misteri masa diorang dua nak escape rumah tu, diorang terjumpa seorang perempuan yang diikat, mulut ditutup dalam satu area kat rumah tu.Persoalannya siapa perempuan tu? Kenapa bila si buta terbunuh perempuan yang diikat dirumah dia, si buta tu sedih? dia kata "noo..my baby (ke my child ntah dia sebut).." So aku tertanya, kan anak dia dah mati? Macam-macam la persoalannya. Persoalan pasal siapa perempuan yang diikat tu terjawab bila Rocky berjaya ditangkap oleh si buta. Dan masa tula rasa, ciss..walaupun kau disabled tapi kau lagi keji rupanya. 


Bagi aku, jalan cerita dia sedap la. Tak complicated but unexpected. Bukan cerita cliche. Setting dia pun very focused kat watak-watak utama & rumah. Tu je. Ending dia, Rocky berjaya lepaskan diri dengan wang yang banyak. Dia ingatkan si buta tu mati in the end. Tapi bila dia nak fly ke California dengan adik dia, dia sempat tengok berita kat tv masa kat airport. Keluar berita pasal kes pecah rumah si buta. Rupanya si buta masih hidup (liat betul nyawa dia ni nak mati). Dan si buta melaporkan pada polis yang perompak cuma 2 orang aje, perompak dibunuh atas dasar nak protect diri gituh. Maybe dia tak report pasal Rocky sebab Rocky pun ada simpan rahsia si buta pasal perempuan diikat yang dia terbunuh tu. Ending dia macam aku berharap ada part 2 pun ada. haha.

Aku rasa scene yang aku paling suka dalam movie ni ialah scene si buta, Rocky & Alex dalam satu area (bilik bawah tanah ke apa) yang super gelap sebab si buta tutup lampu. Kudos part cinematography sebab berjaya buatkan scene super gelap tu menjadi. Macam tak tahu camne nak explain, tapi beza macam langit dengan bumi la David Teo punya filem seram scene gelap dengan movie Don't Breathe punya scene gelap.Haha gitu sekali nak bagi perbezaan. Cerita ni penuh debar sebab yela, si buta dah tahu selok belok, susunan rumah dia macam mana. Si perompak ni mana biasa kan. 

Scene "Now you see what I see" lepas si buta tutup lampu. 
Nervous aku, sebab tengok sorang amek seat yang kiri kanan pun kosong, so aku tak tahu aku nak tumbuk-tumbuk sape kat tepi. Last-last gigit hujung shawl aje sebab cuak. 


Aku rasa watak yang paling kesian ialah Alex. Dia dahla comel. Pastu, dia dahla nak tarik diri dah nak blah dah dari rumah si buta. Silap dia ialah dia masuk balik je dalam rumah tu padahal dia dah panjat pagar nak keluar dah. & beriya nak selamatkan Rocky. (dia ni ada soft spot kat Rocky walaupun kena friendzone). Ending Alex ialah, korang tengok lah sendiri. 



*Anjing si buta ni pun keji cam tuan dia*




So dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang untuk movie ni. Dia hilang 1 bintang sebab, hmm, aku je yang tahu. Haha aci tak? Ok lah ni sebab bab bagi bintang aku kedekut. Kalau movie David Teo satu bintang pun tak sampai hokay aku bagi. 


Lesson yang kita boleh amek dari movie ni ialah.

1. Tak semua disabled people adalah baik ke? *gulp*

2. Mencuri/merompak memang tak baik,tapi bila keadaan terdesak sangat, maybe kita sanggup? Macam apa yang berlaku zaman sekarang. Banyak kes bunuh,rompak etc. Siapa nak buat kalau tak terdesak? Something to ponder? 

3.Orang kaya tak selamanya terlepas dari hukuman ataupun undang-undang hanya sebab kau banyak duit boleh bribe ke apa. Mungkin hukuman lain menanti dalam rupa bentuk yang lain. Mungkin bahaya menanti.

4. Bahaya boleh menanti dalam situasi yang paling tak terjangka. (Peh hebat ayat kite!)

5. Jangan judge hidup orang. Macam Rocky kan, kalau dari luaran maybe nampak dia liar sikit, cara dia dressed up pun dengan ada sikit-sikit tattoo dibadan. Tapi maybe ada reason kenapa dia macam tu. Ada satu scene pendek pasal life Rocky. Mak dia memang teruk ada boyfriend pastu suruh anak dia cari duit untuk sponsor life diorang sebab boyfriend dia belum dapat kerja lagi. Tapi Rocky ni sayang sangat adik dia. Dia sanggup rompak sebab nak lari dari kehidupan di Detroit untuk ke California dengan adik dia. Scene dia dengan adik dia memang sweet la. Orang perempuan punya kasih sayang ni memang sweet. Eceecece..*tetiba*

6. Hopefully perfileman Malaysia boleh study sikit movie camni, tak perlu setting tempat mewah, baju mewah, makeup diva, plot cerita pasal orang kaya or kahwin paksa. Simple tapi plot cerita strong, logik,jalan cerita pun pasal orang biasa bukan pasal golongan elite ke apa. Even takde scene geli-geli macam sex scene pun weh walaupun cite omputih! Cerita Melayu sekarang banyak dah scene geli-geli or mild mind fuck tu pasal aku malas nak layan. 


p/s: Aku cerita sinopsis ni takdela full or detail. Kalau aku cerita detail kang macam spoiler sangat pulak. Tak saspen dah nanti. Baik korang tengok sendiri. Aku rasa, tak rugi lah tengok. Dia macam feeling kau macam bercampur baur sangat. Kejap saspen, kejap macam nak jerit kat Rocky & Alex, "wey larila gilaa apa kau tunggu lagi nak toleh-toleh lagi ni??" Kejap macam, bila la nak habis ni sebab nak tahu ending dia. Haha. 

3 comments:

  1. jadi alex mati ke??? alamak.. huhu nak tgk tapi tak berani lagi hahah... biasakan diri tgk movie alone. well... erm.. mula2 mmg tak biasa. mcm terperasan lah pulak org tgk kan. tp dah lama2 it actually quite nice. boleh tgk perangai org. kadang2 terpk. eh aku mcm tu ke? then meluat sendiri. hahaha i've been watching movies alone within this 1 year. almost 2. start taun lepas haha.. maybe if we dekat can catch up. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..belaja alamanda kali..or kl central ok dahh...hehe

      Delete
  2. Ok, nampak gaya aku dah tau movie apa bakal aku tengok nanti. Hehehehe
    Thanks Sophie :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...