Dari simpanan draft blog bertarikh 7 Julai 2015.Post selepas 4 bulan ditulis dah kenapa entah.
Kadang-kadang kita tak tahu kemana takdir membawa kita. Hari ini aku rasa sedikit tersentap. Ke terkejut? Entahlah. Al kisahnya, aku baru sahaja berpindah rumah. Di lorong rumah lama aku, ada lah lagi beberapa rumah Malaysian lain, jadi aku agak rapat dengan mereka sampai selalu juga lah lepak rumah mereka sebab rumah baru ni sedikit sunyi dan bukan area student. Nak dijadikan cerita, aku terambil kunci rumah rakan aku ni. Jadi disebabkan rasa bersalah, sudah tentulah aku kena pulangkan kunci rumah dia secepat mungkin. Handphone aku takde internet. Aku ingatkan nak call je tapi sebab baru tukar hp jadi tak save no kawan aku tu. Bas berhenti di kawasan library. Aku pun tergerak hati nak pergi library kot-kot lah kawan aku ada kat library. Paling tak pun boleh guna internet kat library nak whatsapp kawan. Library dengan rumah kawan tak jauh pun.
Lepas letak beg di kerusi, aku ternampak seorang lelaki yang aku kenal. Waktu-waktu begini tak ramai dah lepak di library sebab dah end of term ni ramai yang dah habis exam. Lelaki itu British African. Seorang Muslim. Memang kalau aku lepak di library depan rumah lama aku tu, selalu juga terserempak dengan lelaki ini. Hatta di fakulti aku yang 20 minit perjalanan guna bas dari rumah lama pun aku selalu juga bertembung dengan lelaki ini. Sebab fakulti kami sebelah-sebelah. Hanya dipisahkan melalui IT Bridge yang dipenuhi komputer. Dalam library depan rumah lama ni lah aku banyak buat kawan. Biasanya disini lah terjumpa Malaysian lain dan menggila meroyan bersama bila busy. Kadang make friends dengan pak guard sebab balik-balik muka kita je ada kat library. Atau make friends dengan orang lain termasuklah lelaki British African ini.
Jadi lepas dalam sebulan lebih tak jumpa lelaki itu di library, (sebab dah habis study buatpe nak pergi library kan), jadi aku ternampak dia dan berjalan ke arahnya yang sedang duduk dihadapan komputer. Aku pun tarik kerusi sebelah dia. Kami berborak. Kali terakhir kami berborak di library, dia tanya jika aku ada someone special dan aku katakan iya dah ada. (entah kenapa aku tipu. Mungkin aku takut). Waktu tu, dia kelihatan sedikit kecewa. Dia kata dia baru rasa nak mengenali aku lebih rapat & nak ajak bercoffee session gituh. Dan lepas sebulan lebih, kami berjumpa lagi dalam library. Sekadar berborak bagitahu aku dah habis belajar dan apa plan aku lepas ni. Borak punya borak sampai lah dia tanya aku dengan "someone special" aku (yang tak wujud) tu macam mana? Adakah dah nak kahwin ke atau engaged ke.. Aku telan air liur. Aku senyum dan kata "Yes, we are serious but not getting engaged or married at the moment" Damn it Sofiya. Kau menipu di bulan Ramadhan ni. Lelaki itu kata, sebenarnya dia dah lama pendam perasaan kat aku. Aku terkedu dan mendengar penjelasannya dengan baik. Katanya, dia dah lama perhati aku dalam 2 tahun juga sebab dia pun selalu lepak di library kan. Cuma aku ni sedar atau tak sedar dia ada kat library atau tak sebab kalau aku busy aku memang tak pandang orang dah. Dia kata dia perasan kewujudan aku dan dalam library tu aku selalu kehulu kehilir, keluar masuk bilik study, pergi print, pergi toilet lah apa. Katanya hati dia rasa sesuatu dekat aku. *haha ittew malu* Dia kata, dia jumpa je ramai Malaysian kat library tu tapi dengan aku je dia rasa special. Aku pun of course lah tak tahu kenapa. Sedangkan kalau pergi library lah aku rasa aku paling selekeh muka zombie & tak pakai mekap apa. Baju pun biasa-biasa tak berfashion pun macam orang lain yang bila masuk toilet pun nak touch up mekap. Aku seriously tak koserr sebab busy.. Mana la aku nak sangka ada orang boleh sangkut pula dengan aku since aku pun takde intention nak ngorat sesiapa bila datang library. Katanya dah lama dia pendam feeling dia, kawan dia selalu juga usik dia bila nampak aku. Dia kata kawan dia yang suggest suruh bagitahu je aku. Kalau pendam-pendam dapat apa? Kalau luahkan at least lega jugak hati. Sebab tu la dia ambil peluang ni untuk express apa dia rasa kat aku. Lagipun lepas sebulan lebih tak nampak aku di library, dia ingatkan aku dah pulang Malaysia for good. Tu yang bila dah jumpa tu dia decide KENA gak bagitahu aku.
See, apa yang buatkan aku tersentuh tu bila dia cakap, soal hati ni, kita tak boleh say No when it say yes. Dia datang tanpa paksaan. Walau cuba untuk menidakkan pun tapi dengan hati tak boleh tipu. Waktu tu aku termenung. Aku faham sangat perasaan dia. Sebab aku pernah berada dalam situasi dia. Few years back, sebelum aku datang UK, aku suka pada someone. Satu perasaan yang aku tak faham. Sebab aku jenis susah sangat-sangat nak jatuh cinta kat orang. Dia tak perlu berusaha apa pun untuk buat aku falling. He was just being himself, doing his stuffs. Mungkin sebab hari-hari nampak dia tu lagi buatkan hati aku rasa tersentuh tengok dia. Walaupun aku cuba untuk deny seboleh-bolehnya tapi itulah, soal hati. Kau tak boleh nak stop walaupun kau dah cuba. Walaupun ramai je lagi laki lain di sekeliling tapi yang kau mahu cuma dia. Then kau menyampah & sedih sendiri sebab bab2 mengorat ni kau memang fail & pemalu tahap gaban. Huwaaaa.. Jadi bila si lelaki di library ini meluahkan perasaan dia tu, aku bagitahu lah dia yang aku appreciate dia luahkan sebab aku tahu at least dia dah rasa lega. & dia pun mengiyakan.
Aku teliti apa yang dia nak explain kat aku. Katanya if aku ada someone dah takpelah dia taknak jadi pemusnah relationship orang. (walaupun dalam hati aku Ouchh nya sebab aku tipu dia) Tapi dia kata he would be glad to be friends. Dan kalau ada apa-apa yang aku perlukan pertolongan just bagitahu dia. Aku tahu, orang kita ni pastinya skeptikal pasal orang Africa kan? Dengan lambakan African di Malaysia yang terlibat dengan masalah macam dadah etc. Lagilah buatkan rasa takut. Cuma bila di UK ni especially di Birmingham memang orang-orangnya diverse sangat jadi menjadi skeptikal begitu tak sesuai di UK ni. Apa yang aku boleh kata, dia jenis yang relax, cool. Ada ketelusan di situ. Tak la kacak, manis tu ada. Tinggi & sedikit berumur dari aku. Kadang-kadang aku selalu gak nampak dia solat di library dan even kat fakulti pun terserempak kat surau. So aku yakin at least basic agama tu dia ada walaupun tak berapa kenal dia untuk judge apa-apa.
Hidup ni, entahlah. Of course aku tak putus berdoa jodoh aku dipermudahkan & nak bakal suami yang macam mana, and the list goes on bla bla bla.. Pastu baru hari sebelumnya aku berborak dengan housemate Pakistani aku mengatakan "I suddenly feel I need someone to complete me & take care of me. Tired of taking care of myself. " Ni esoknya bila dah ada orang berhajat kat kita pulak, aku tak tahu nak respon macam mana. Sebab sometimes, things happened (seperti lelaki ramai yang jerks) make you heartless. Aku tak rasa apa-apa pada dia. (so far). Tapi aku just cakap lepas bulan puasa ni bolehlah mengopi. Yang aku sedikit kagum tu, masa tu obvious aku tengah pegang handphone sebab nak contact kawan aku. Si lelaki itu mahu keep in touch tapi dia tak minta pun no hp aku. Instead, dia minta email. Mungkin takut aku tak selesa kot bagi no hp. So, aku respect lah dia. Plus, aku respect dia ada keberanian nak luahkan straight to my face. Dan to be honest, dia lelaki first yang buat begitu. Dia tak cakap direct "I Love You" gituh tapi dia just cakap dia feel something kat aku yang dia pun rasa weird. Seingat aku lah, kalau lelaki Melayu ni part nak express feeling cakap suka kat kita habis kuat pun dalam SMS ke Whatsapp ke dia tak berani nak cakap depan-depan which aku pun pelik kenapa sedangkan kau lelaki, kot?
p/s: Somehow, bila tahu ada orang boleh suka kita even at our worst condition dimana kita tak perlu dress up or make up to impress malah muka zombie mata panda sekalipun buatkan aku rasa wow, appreciate juga lah orang macam tu ya. Kenapa tajuk "Cinta Tak Harus Memiliki"? Sebab aku tak yakin aku boleh balas feeling dia. Tapi aku faham perasaan dia. Sebab aku pernah suka someone tapi….(indescribable). Jadi aku cakap awal-awal, boleh jadi kawan tapi aku taknak bagi harapan apa-apa kat dia. & dia faham. Jadi akhirnya aku betul-betul faham, apa yang dimaksudkan cinta tak harus memiliki. Dia satu perasaan yang dalam sedih ada redha. Kena lah redha. Sebab yakin dengan ketentuan-Nya.
mabeles sophie.. what you do is right .. cinta tak semestinya memiliki.. :)
ReplyDeleteI know right. Deep kan sebenarnya..
Delete