Saturday, September 20, 2014

Rezeki Selain Duit

Korang pernah tak rasa kadang-kadang duit masuk setiap bulan tapi apesal tak dapat saving ni?

Korang pernah tak rasa kadang-kadang duit macam takda tapi kenapa aku cukup je makan ni siap bertambah-tambah lemak nih?

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku sendiri yang membuatkan aku sampai seru untuk menulis. Jadi serulah aku selalu kalau nak aku post entri. Heheh..

Al kisahnya sewaktu nak balik Malaysia untuk bercuti, waktu tu pula lah debit card aku expired. Tinggal di UK ni, memang dah terbiasa tak letak cash banyak dalam purse. Sebab dah biasa beli barang guna debit card. Jadi bila kad tamat tempoh, aku tak dapat nak keluarkan duit di ATM. Bila call bank, katanya kad baru dah dihantar & aku diminta tunggu lagi beberapa hari. Dah nak seminggu pun tak sampai lagi. Aku pergi bank terus. Diminta pula tunggu lagi seminggu untuk buat kad baru. Hampa. Sebab waktu tu lusanya nak pulang ke Malaysia. Hampa. Dalam purse ada lah dalam £20. 

Masa tu dah fikir, eh nak pergi airport nanti beg berat, mana larat nak angkut naik bus then ambil train? nak naik taxi ada dalam £20 gak. Takpelah redha jela if kena naik bas & train. Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum tu aku dihubungi seorang abang ni, rupanya dia bekas jiran aku. Mak dia baik lah dengan mak aku. Dulu-dulu siap pergi dinner kat rumah abang ni. tehehehee.. Rupanya juga, dia tahu aku berbelog.. ;') malu ittew kantoi. Waktu tu Abang Suria & isterinya offer nak hantarkan ke airport sebab dah lama sangat tak jumpa. Bersyukur sangat ada orang nak tolong hantar di saat memerlukan. Sebab aku ni memang jenis malu sikit nak mintak tolong orang.. 

Lepas tu, nak dah sampai airport ni ada pula masalah lain. Aku ni sepatutnya fly sorang je takde teman tapi entah kenapa ada sorang kawan ni nak balik sesama pulak. Dalam hati dah macam "alaaaa, baru nak fefeeling balik sorang kot jumpa jodoh duduk seat sebelah." ehh! So aku cool jela. Nak dijadikan cerita, luggage aku excess dalam 5kg camtu. Ciss! aku salah timbang ni masa kat rumah. Muka dah cuak, ala barang apa pulak aku nak keluarkan ni? Banyak nak bagi orang ni. Last-last baju sendiri yang kena keluarkan & letak dalam beg kecik yang patutnya buat hand luggage. Jadi hikmahnya kenapa daripada aku ni nak travel balik seorang tetiba ada orang nak hantarkan & ada teman fly sama-sama ialah:
Aku gelabah sangat bila kena keluarkan barang sebab tak pernah beg aku excess kot. So Abang Suria ni lah yang cool tolong uruskan aku & barang-barang nak unpack balik. Macam abang-abang sangat. Tengkiuu!! Lepas tu dengan adanya kawan yang nak balik sekali ni, ada kawan aku yang lain tolong hantar dia & duduk dekat dengan rumah aku. Jadi minta tolong dia bawakan balik la barang aku yang terlebih tu. Haaa, dipermudahkan lagi sekali. Alhamdulillah.. dah nampak hikmah dah kenapa ada orang nak ikut balik sama-sama. Lupakan jumpa jodoh duduk seat sebelah tu. Hehe..sebab yang duduk sebelah aku couple baru kahwin nak gi honeymoon. Pfft!! Member aku seat jauh sikit. Tapi best lah kan ada kawan time travel. Boleh borak.

Jalan aku yang dipermudahkan tak habis disitu aje. Waktu transit di Dubai, aku rasa nak demam. Aku selsema asyik bersin aje. Aku lepak di surau, rehatkan badan. Tapi asyik bersin. Aku fikir, nak beli ubat ke tak ni? Jap lagi nak depart balik ke KL. Duit Riyadh mana lah aku ada. Boleh guna pound sterling tapi sayangnyaaa!! Plus tinggal  £10 sebab dah balut beg check in kena  £10. Aku fikir, ah takpelah, beli jela ubat. Kang habis satu pesawat jangkit virus aku. Baru aku nak berdiri, ada sorang mak cik India ni tegur aku. Dia tanya if aku perlukan ubat (ceh cam tahu-tahu je.Ke sebab aku bersin banyak? ke sebab muka dah merah?) Ibarat seorang anak yang akur kepada ibunya, aku pergi kat makcik tu, dia keluarkan ubat dari beg dia. Dia kata "don't worry, I'm a doctor"  Haaa.. terharunyaaa!! T___T dipermudahkan lagi sekali. Ya Allah..bersyukur sangat tak tahu nak kata apa. Tak payah gi farmasi doctor dah depan mata.

Lepas tu, kan aku kata, debit card aku expired? & by the time kad baru sampai rumah kat Birm pun aku dah selamat sampai kat Malaysia. Jadi duduk kat Malaysia ni, aku dengan duit pound ada  £10 ni boleh survive lama pula dengan rezeki yang Alhamdulillah.. duit ringgit pula memang aku simpan dalam purse berbeza. Jarang la kena keluar duit. Tak, aku memang tak mintak duit kat parents jugak. Tapi yang lagi terharu tu sebab ramai kawan-kawan & family members belanja sepanjang aku balik Malaysia. Ada nak dekat 10 orang kot within a month plus?? Hai memang tak boleh merungut lah kalau badan naik. (-_-') Rezeki lagi..

Masa aku nak fly balik ke UK, sehari sebelum tu aku pergilah beli barang nak bawa balik. Aku usha telekung travel yang kecik yang senang masuk beg tu. Nak beli ke tak nak? beli ke taknak? Hmm.. takpelah tak payah lah beli. Jimat duit. Lepas tu masa aku kat KLIA, ada kawan yang datang nak hantar. Study buddy aku Nadhirah datang sebab mungkin tak sempat jumpa dah, dia nak sambung PhD kat Jepun. Dia pass aku satu beg macam goodie bag. Gifts untuk aku katanya. Aku pun excited lah wah dapat hadiah? Sekali tengok ada telekung travel warna mint green. Aku macam.. apa ni?? Mana you tahu semalam I nak telekung travel? Terharu tahap apa dah ni. wuwuwu.. Lagi sekali aku rasa bersyukur. Tak, takde sapa tahu aku nak telekung travel. Dia tergerak hati nak belikan untuk aku. =)

Rupanya tak sampai disitu aje Allah bagi aku rezeki walau bukan dalam bentuk wang ringgit. Bila umur makin meningkat ni, perasaan nak saving tu turut makin meningkat. (ehem, biasalah cita-cita nak jadi millionaire lepas baca buku Adam Khoo.Ahaks!) Baru-baru ni aku nak hantar kawan aku ke airport London Heathrow. Aku berkira-kira, nak hantar ke tak sebab tiket train bukanlah murah sangat. Tapi aku pergi juga. Dapatlah murah sikit dari biasa. Dalam  £14 return tiket. Flight kawan aku pukul 10pm. Train yang ada untuk pulang ialah train paling last dari London Euston ke Birmingham. Pukul 11.30pm. Kalau aku terlepas, aku serius tak tahu nak tidur mana. Rumah makcik aku ada lah tapi by the time nak naik train nak gi rumah dia pun dah tutup. Jadi waktu aku nak naik train pukul 11.30pm tu aku ditahan dari masuk. Katanya ticket aku tak valid untuk train tu. Lain company. Kalau nak naik gak kena bayar lagi  £20. untuk one way?? Mahal sangat kot bagi aku yang nak saving ni. Nanti sampai Birm pukul 1 lebih bas pun takde dah, kena bayar taxi dalam  £8 pulak.Aku mundar mandir fikir rumah kawan mana yang aku boleh stay. Waktu tu dahla penat sangat kot travel dari pagi berjalan. Muka dah sedih. Then ada sorang pakcik ala Pakistani British ni datang mendekati aku. Ada dalam baya ayah aku kot. Dia pekerja train tu.Dia tanya kenapa? Apa masalah aku? (wah muka aku kronik sangat ke macam bermasalah?). Aku explain la situation aku. Dia pun ambil tiket aku dan pergi ke arah pekerja-pekerja lain & macam bincang something dengan diorang. Aku masih menunggu panggilan kawan aku sebab nak tanya if aku boleh stay rumah dia incase tak dapat balik Birm malam tu. Aku tengok pak cik tadi pegang je tiket aku. Aku rasa macam.. "sudahlah saya tak dibenarkan naik train, kenapakah pakcik nak ambil tiket saya pula ni?? sobss.." Selepas pakcik tu berbincang dengan pekerja-pekerja dia (aku rasa pakcik tu macam ketua bahagian tu ke apa) dia datang pada aku & kata this time dia benarkan aku naik train. Next time, make sure beli tiket company yang betul. Memang confusing sikit train kat sini nak beli kena ikut company. Masa dia bagi aku masuk tu, pekerja dia yang lain bagitahu aku patut berterima kasih kat pakcik tu. (sebab dia ketua kot). Aku terus sebut Alhamdulillah.. Faham tak perasaan bila kau sorang perempuan, nak travel balik dah nak dekat midnight, yang kalau kat Malaysia boleh kena rotan ni dengan mak. Plus takut if tak dapat balik taktahu nak lepak mana sorang-sorang. Plus mat salleh ni kalau midnight je suka mabuk-mabuk then kacau orang. Heeee.. lagi scary dari hantu.

Waktu terjelepuk duduk kepenatan tunggu train aku kat terminal mana. 
Location: London Euston Station.


Lepas je aku dibenarkan masuk train, aku pandang pakcik tu dengan mata dah berair. Allah bless you. Aku kata. Waktu kaki melangkah nak masuk train.. aku yang susah nak menangis ni mengalir air mata aku. Sebab terlalu terharu dengan kebesaran-Nya. Sebenarnya lately aku cuba ikut pesan mak aku buat solat sunat dhuha untuk murah rezeki. Aku cuba ikut, plus selalu doa lepas solat minta jalan aku dipermudahkan walau dimana aku berada sebab aku tahu, aku selalu jalan sorang. Aku terus ingat Allah yang Maha pemurah. Sebab selalu murahkan rezeki aku, walau bukan dengan duit. Tapi selalu jalan hidup aku dipermudahkan bila sesuatu yang buruk jadi. Aku macam speechless. Rasa macam huwaaaa.. aku ni makhluk yang hina, banyak buat dosa tapi Allah tetap bagi apa yang aku perlukan..why? why?.. rasa malu kan.. Oh selain tu, aku cuba banyakkan bersedekah. Lagi aku rasa aku tengah kesempitan duit, lagi aku cuba bersedekah. Nampak je tabung untuk anak yatim ke apa, aku masukkan duit. Tak perlu banyak pun. Asalkan ikhlas. Sehari sebelum aku dapat telekung travel tu aku teringat aku ada masukkan duit dalam tabung anak yatim dengan tabung bencana alam.

p/s: Aku tak tahulah life korang macam mana. Tapi bila cakap pasal hidup dipermudahkan jalan ni, wallahualam kenapa? Adakah sebab memang Allah nak bagi? Ke sebab doa ibu? mak aku yang selalu doakan anak dara dia di perantauan ni? Ke sebab doa aku sendiri juga? Cuma aku ada satu prinsip jugak. Aku percaya kalau kita tolong orang, permudahkan kesusahan orang..nanti urusan kita pun dipermudahkan. Prinsip aku, selagi boleh tolong aku tolong. Dengan syarat, aku mampu. Kadang pun tak mampu.Tak kisahla tolong dari segi apa. Kalau dari segi blogging ni selalunya aku cuba share apa yang orang nak tahu pasal studies, reply orang email walau kadang soalan macam &*%#@ sakit jiwa gak la nak menjawabnya. Cuma kadang bila pembaca reply balik email yang aku reply & mereka katakan "saya doakan hidup akak dipermudahkan & berjaya" tu aku macam..hmmm..harap doa tu memang betul doa & ianya makbul. Wallahualam.. Kalau jalan hidup korang banyak sangat masalah bersimpang siur gituh, cuba tanya diri balik, rajin tak sedekah?

*dalam London tube* 
Tengok abam sebelah ni acah-acah malu lettew..


Be positive. Positivity will come to you. Law of attraction. 

Setiap hari nak improve diri sendiri. 


18 comments:

  1. alhamdulillah kak, :) pengalaman org ni lain2.. ini lah magic bila amalkan sedekah.. prinsip sy macam akak jugak. kalau kita bantu org lain, org lain akan bantu kita. tapi prinsip terbesar saya, same goes with jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita dan mengukuhkan kedudukan kita. :) ayat ini ada dlm al quran surah muhammad ayat 7 :)

    ReplyDelete
  2. Syok bace..thank u bagi self reminder pagi2 ni

    ReplyDelete
  3. Saya pun doakan hidup akak dipermudahkan dan berjaya. Hee heee...

    P/s : Nape tak roger kitorang kat London kot.. grrrrrr.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Rabbi..lupa sangat korang kat London waktu tu..huhuhu...

      Delete
  4. inspired story! hihihi.

    tapi betul lah sopie. bila kite ikhlas tolong org mesti akan ada org tolong kita walaupon bukan dengan duit. Tapi I selalu pikir camni je, kite buat baik dengan ibu bapa, berjasa dengan ibu bapa mesti rezeki kite dipermudahkan. :D

    ReplyDelete
  5. assalam ..
    uiss sama kita ya sophie. Lama tak update. April (1 entri), Mei-Julai (0 entri), Ogos (1 entri), Sept (1 baru mula). hehe. Moga lepas ni kita sama-sama aktif menulis kembali.

    ohya .. seronok saya baca kisah sopie ni. Terasa bangga kerana ada anak gadis melayu berani melangkah sorang-sorang kat negara luar. Tentu banyak pengalaman dan kisah .. psstt rugi kalau tak kongsi kisah ..
    Sebenarnya apa yang berlaku pada sophie tu anugerah dariNya. DisayangiNya ..
    Memang doa yang kita panjatkan dan sedekah yang kita berikan akan dengan segera datang pada kita. Ia tak tunggu lama .. ia akan datang tanpa diduga ..
    Apa-apapun moga sophie terus berjaya dalam kejar cita-cita. Jaga diri k ..




    ReplyDelete
  6. mata saya pulak berair baca post ni. May you always be blessed in all way. You must have done things right to get all this. :)

    ReplyDelete
  7. Aslaimualaikum semua. .erm. .bergitu rupanya. .baru saya faham bahawa dalam dunia akitek manusia dinilaikan sebagai penilai . .menarik ni. .berusahalah. .hihi. .

    ReplyDelete
  8. copi. benda yg sama berlaku kat didi. masa kat London dulu, tertinggal. seminit lambat. then tawakal. terus pakcik tu dtg. tukar waktu je. alhamdullilah :D

    ReplyDelete
  9. Very nice, Sophie...
    Aku sendiri mcam2 dugaan datang dlm hidup...
    Sebut psal give up, mmg dah byk kali aku fikir nak give up.
    Tapi aku yakin satu hari nanti akan datang hari aku...
    Mungkin juga aku (macam kau) kena selidik balik apa yg aku buat supaya lebih diberkati.

    Thanks Sophie.

    ReplyDelete
  10. You inspired me! May Allah bless you.

    ReplyDelete
  11. Nice post, dapat remind diri sendiri untuk tolong orang selalu bersedekah. Sebab orang selalu sedekah ni , murah rezeki dia. Mungkin berkat dari sedekah tu sendiri , kita ikhlas bagi, orang tu pun dalam hati tolong doakan kita. :)

    ReplyDelete
  12. I second your opinion about solat dhuha and segala bentuk rezeki yang datang selain dari bentuk duit. Bila selalu amalkan solat dhuha, walau dalam kesempitan macam mana sekalipun, Allah buat hati jadi tenang, tak terlampau fikir masalah, and serahkan segalanya pada Dia. Subhanallah. He knows everything in here and thereafter. All the best girl! :)

    ReplyDelete
  13. cerita anda menceriakan hari akak;-)

    ReplyDelete
  14. Baca story u msk habuk jgk mata i..teringat masa i travel n ade someone yg jadi life-saver kat train st. dari mamat thai mabuk..may Allah ease ur life sophie

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...