Sunday, September 22, 2013

Europe Trip- Day3 Venice, Italy

Walaupun aku tahu penceritaan aku agak tergendala tapi aku gagahi juga menulis sebab nak habiskan cerita aku. Memang lah blog aku ni semakin bersawang tapi aku sayang pula nak tinggalkan blog ni terus sepi. So aku cerita je okay pasal Europe Trip aku, hari ketiga yang masih di Italy. Hari ketiga kami berada di Venice a.k.a Venezia.



Rasanya ada ke orang tak pernah dengar pasal Venice eh? Kalau tengok gambar mesti tahu ni Venice. 
Disebabkan entri cerita pasal trip so harap maklum lah ni entri bergambar je lebih sebenarnya. hehe..


Dari hostel kami naik bus yang memang khas untuk ke train station ke Venice. Harap maklum Venice ni ala-ala Pulau Pinang la.. Merupakan pulau di Italy tapi taklah jauh gila ke tengah laut. Paham? Tak paham Google. Maka sebab itu kami kena naik train untuk sampai ke Venice.


 We. always. ohsem.  kan? ;p

 Disebabkan hari itu 'strike'.. Macam, weh! Seumur hidup aku ni baru nak pergi Venice apasal hari yang aku nak pergi juga mesti strike? Ciss! Kenapa pekerja nak protest time aku datang? T_T aku kecewa tak dapat ronda naik boat tau. 


So yang kononnya ohsem terpaksa membawa diri. Harap maklum di Venice pengangkutan utama dia bukanlah kereta. Jadi di darat ni memang kena jalan kaki. Dengan cuaca yang waktu tu panas & terik lagi terik dari Malaysia, kami gagahi jua penjelajahan kami. Wah ayat macam reporter Majalah 3 pun ada.



Waktu ni dah target. Kita kena makan makanan traditional orang Italy nih. So kami pun makan pizza vegetarian. Walaupun vegetarian tapi pizza dia memang sedap!! At least merasa lah kan pizza original from Italy. Aku ni pulak jenis kalau makan cheese lepas tu mengantuk. Adeh. Nasib lepas tu kena berjalan banyak.


 I'm in love with Italy architecture. Cantik sangat-sangat. Kebanyakan European countries memang cantik bangunan-bangunan dia berbanding yang ada di United Kingdom.


Nampak tak betapa croowded nya Venice waktu ni? Ramai sangat orang. 

             Penat jalan kaki sebenarnya. Dahla lorong-lorong kat sini sempit. Memang kena beli peta kat kedai. Kami jalan berpandukan peta semata-mata.


Like hellooooo.. ? you guys are making way for us? Thank you thank you! Tambah carpet merah dah perfect! Aww~

 Gadis-gadis semasa.


Souvenir dia pun cantik-cantik. Tapi apakan daya, tak boleh beli banyak barang nanti nak balik tak muat bag. 

Pastries..omnomnom.. Mampu tengok je. Sebab tak mampu nak beli. Saving. Kata student, budget travel la. Perut pun dah kenyang.

Satu perkara yang aku suka dengan negara Europe ni, kat tengah-tengah bandar selalu ada punca air yang boleh buat minum. Berapa kali dah air dalam botol habis sebab dehydrate, pastu tambah je. Pastu yang problemnya kalau minum air banyak nanti nak mencari toilet. Hurmmm..

Best kan kalau pergi travel dengan bestfriend? Plan la sambung study sama-sama. ;)

 Disebabkan tak dapat naik boat pelancong maka kami pun naik gondola. Siapa nak jadi tough cam abam-abam Gondola ni boleh lah kerja macam mereka. Muka jawa pun takpelah. Mereka redha je. Eh bahagianya muka Laida kat situ!




Waktu naik gondola ni lepas dah lama berjalan. Waktu hampir petang. Feeling dia naik gondola bila penat tu kan..Pheww~ terbuai-buai sampai tertidur lah pendek kata.  Dahla abam Gondola baju belang tu sambil bergondola sambil nyanyi lagu dalam bahasa Italy. Suara sedap. Oh rasa didodoikan ke camne entah feeling tuh. Bukan nak pedulik dah kot berdengkur ke mulut ternganga ke apa. Hihihihi.. (^_^)V  Peace!

 I own a road name. Nama awak ada? Mesti takde kan?  Aww don't be sad. 

 View Venice dari salah satu bridge. Hmm.. Indahnya. Oh lupa nak cakap. Antara Rome, Florence dengan Venice, kalau nak honeymoon memang Venice lah tempatnya. Entah kenapa entah feeling dia macam ala-ala romantik. Eh! eh!.. geli pulak nak explain. Ke sebab dah terdodoi dalam gondola so rasa cam romantik? hahaha.. tak masuk akal ..tak masuk akal.. (-_-')

Feeling happy lepas sedap tidur dalam gondola ke Sophie ni?


Sebelum berangkat pulang kami jumpa satu Restoran halal ni. Dia ada satu board yang penuh lah dengan notes dari pelancong seluruh dunia. Maka kami pun tak ketinggalan letak notes yang kononnya "I wuz here" tuh. Kalau korang dapat jumpa restoran ni cuba try cari notes ni jumpa tak. Haha..
  
Korang nak tahu tak, sebenarnya bukan negara kita je penuh dengan lambakan warga Bangladesh. Kat Italy ni pun dah ramai sangat orang Bangladesh yang berjual di tepi-tepi jalan. Siap dah pandai cakap bahasa Italy lagi. So yeah, take note. 

-TAMMAT-


8 comments:

  1. mestilah tahu Venice tp belum ade rezeki nak jejakkan kaki ke sana..doa2 kan yer..hehe..bestnya kalau dpt pergi..Venice nih tempat dia cantek kot..

    ReplyDelete
  2. kita pon suka gila dengan venice. nk gi sana lagiiiii. hehehhe

    boat pelancong tu yg macam mana? yg pergi pulau2 tu ke? kitorang ritu g satu pulau kat murano. nice jugak tempatnya...

    kitorang tak pakai map kertas. pakai kat tripadvisor nye map. even takde internet, memang tepat gile map dia siap direction pakai anak panah lagi. sangat membantu..hehe :)

    ReplyDelete
  3. bestnya.. bila la dapat jejak sana kan..

    ReplyDelete
  4. dah lama tak komen, hehe..
    you own the road Sophie..haha :D

    ReplyDelete
  5. Luqman Zakaria:
    Yup, cantik sangat. Unik lah sebenarnya.

    Nur Hidayah Isa:
    Oh bukan2. Boat pergi pulau berfungsi aje. Kitorang pun gi Murano gak. Ni boat yang buat tour sepanjang sungai tu.

    Nur Kamsinah:
    Haaaa, fikir deep, kumpul duit, insyaAllah dapat pergi.

    Fais Al-Hassani:
    Kalau mampu bawa lah. Tapi Switzerland paling bombastic! haha..

    Suzie Jusoh:
    I know I do babe.. ;p

    ReplyDelete
  6. kalau pergi Venice ni, memang nak kena naik gondola tu. feeling2 romantik gitu. hehe

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...