Friday, April 12, 2013

Yang Indah Hanya Sementara. Yang Sementara Harus Dihargai. Chewah!

Dulu aku ada memikirkan dua perkara sebelum nak mohon universiti:

1) Aku pernah terfikir, dulu aku rasa macam takut nak study oversea sebab aku takut susah nak hidup sorang-sorang di perantauan. Sebab tu aku buat decision untuk mohon satu universiti dengan bestfriend aku. Haha. Yeah, walaupun rasa macam apelaaa Sophie ni dah besar pun taknak berdikari ke? 

2) Aku pernah terfikir, alaaa.. apa gunanya study oversea tapi tempat tu ramai Malaysian? Ayah aku yang pernah study di UK pun menyarankan tempat-tempat yang tak ramai Malaysian. Katanya, kalau ramai Malaysian baik study di Malaysia je. Amboii..

Jadi aku ambil masa untuk fikir. Walaupun ayah sendiri yang bagi nasihat, tapi acapkali bila ikut nasihat ayah, aku tak dapat cope. Jadi kesimpulannya aku kaji sendiri kemampuan aku. Selalu buat sesuatu mengikut kemampuan. Jadi aku pilih untuk ikut pilihan pertama, iaitu pilih universiti yang sama dengan bestfriend aku. Tak top ranking pun takpe janji dapat Master nanti.huahua. Sebab dia adalah senior setahun, so bolehlah harapkan guidance dari dia. Lagipun, architecture kot.. Kalau course ringan-ringan aku tak kisahlah sangat nak berseorangan kot. 


Tambahan pula, kalau ikut ayah aku punya suggestion, time dia dulu memangla takde ramai Malaysian di tempat dia study, tapi dia dah kahwin time tu, ada mak aku. So tak aci lah kan. Tak valid untuk aku sebab aku datang sini single je. 

So bila dah setengah tahun di bumi Birmingham ni, aku rasa happy je dengan environment aku, orang-orang sekeliling aku. Kalau stress dengan study pun at least still happy dengan orang-orang sekeliling. Apa yang penting, bila komuniti keliling kamu best, maka kamu akan rasa happy. Boleh tak nak buat kesimpulan camni?hihi..


Ni waktu bulan Januari. Masih winter. Waktu tu kami main sledge ramai-ramai dan berperang salji. Wawawa.. Best!
Ni la Teha, bestfriend iolls dari zaman study UiTM lagi masa buat degree. 

*gambar masa winter yang siap diedit oleh Teha. Senang kerja aku.hahahaha..*


Kat sini ada lah few family Malaysian yang kami baik. Selalu anjurkan aktiviti makan-makan kat rumah mereka. Pernah tu aktiviti buat keropok lekor dengan roti canai. haha.

Rumah Mama Liza yang kami selalu berkumpul ramai-ramai. Kadang-kadang lepas makan, kami main games, pasang movie cerita hantu Thailand pastu jerit ramai-ramai. hahaha.. 

Muka excited makan keropok lekor home made.


Disebabkan kat sini ada beberapa buah rumah student Malaysian, so kami kadang-kadang ada lah buat makan-makan, pot luck ke..Gilir-gilir rumah gitu. Ramai lak tu yang pandai masak, jadi takde masalah sangatlah nak merasa masakan Malaysia. 




Gambar latest: Baru-baru ni 7 April aku pergi lah Graduan Fair UKEC kat London. Alih-alih terjumpa budak-budak ni jugak. Kawan-kawan area rumah aku. Hahaha..

Dan sempatlah berjalan sikit area London. Nak tengok banyak gambar lagi boleh lah tengok-tengok Instagram aku. Sebab facebook aku memang private sikitlah. Heheh.. 



Macam, time winter, masa lebat gila salji turun masa bulan Januari haritu adalah kami ramai-ramai main sledge kat park. Best wooo.. So ni video macam mana main sledge tu

                       video


Jangan terkejut kalau aku cakap, walaupun student oversea ni orang selalu ingat bijak pandai, tapi kadang-kadang, when come to common sense, kau akan rasa macam ekelehhhhh,  apa masalah kau ni?  Nama je setiap sem dapat dean list! Benda simple pun jadi rumit. Ramai je yang ada masalah among housemates ke, walaupun sama-sama Malaysian. Jangan ingat best sangat kalau duduk sama-sama Malaysian. Walaupun bunyi cam remeh je, tapi stress tau kalau dapat housemates pengotor, berkira, taknak buat kerja rumah even sampah kalau kita tak buang sampai sebulan lah terbiar camtu aje. Belum lagi yang kaki mengumpat..Urghh..Banyak dugaannnya study di luar negara ni. Macam-macam jenis perangai. Sebab tu aku bersyukur sangat sebab orang sekeliling aku best especially komuniti tempat aku tinggal. Alhamdulillah Allah kurniakan orang sekeliling aku ni okey-okey belaka walaupun course berbeza.  =')

So special thanks untuk kawan-kawan area Perry Barr & family Mama Liza & Umi. I appreciate every each one of you! Korang memang AWESOME!

p/s: Banyak betul soalan aku terima samada dalam entri blog mahupun email. Ada yang tak terbalas tu minta maaf lah ye especially soalan yang di luar bidang saya. Akak Sophie ni busy sikit lah dengan study. Bila perasan dah nak dua bulan tak post entri baru macam erkkk..kena post something ni! Yang nak bertanya soalan di email tu pun harap-harap tanyalah soalan yang relevan sikit. Saya ni bukanlah kaunter pertanyaan macam semua benda saya tahu. Huhu.. 

12 comments:

  1. Seronoknya!!!

    Nis ada usya instagram sophie

    waaahh best gile gambar dekat chelsea2 uollss

    pastu main salji!

    bestnyaaa

    nis teringin nak study abroad

    tapi ada sikap cengeng tak boleh berjauhan dgn family hihihi

    All the best sophie

    semoga dapat habis kan master dengan jayanya =)

    ReplyDelete
  2. Macam best jer dapat main salji :) Macam mana sistem pendidikan universiti di UK dari segi kaedah mengajar dan budaya belajar pelajar kat sana ?

    ReplyDelete
  3. dah lama xjenguk blog sophie ni.. study oversea dah dia skg..congrats kak :)

    ReplyDelete
  4. seriously, bl baca blog sophie, buat rin super duper excited nak further study oversea..=))

    ReplyDelete
  5. seronok kalau orang sekeliling kita ok dan tak merumitkan suasana.hehe

    ReplyDelete
  6. Salam akak!lama tak update ngan akak.Wahhh , further study kat UK!Serius kagum.Nanti cerita kat kita tau.wuuwuu

    ReplyDelete
  7. suka baca blog sophie sbb slalu rasa down, bila baca blog budak energetic, berjangkit la jugak.

    teruskan menulis.

    saranghaeyo.

    ReplyDelete
  8. perghhh lama xjenguk sini sampai xtau u dh study kat UK

    ReplyDelete
  9. Best betol cte akk ni, best nye dpt men salji. Teringin sgt nk ke luar negare. Apepn, semoge akk berjaye final nanti ye

    ReplyDelete
  10. Anisa Hang Tuah:
    Trima kasih. Sophie pun takleh berjauhan dengan family gak tapi apakan daya. Sobs..

    Arai Lekir:
    banyak juga kelebihannya. Mungkin sebab tulah yuran uni sangat mahal. Panjang kalau nak cerita ni.hehe..

    Syazwani Mazlan:
    terima kasih =)

    Rin Saharina :
    try la. tak cuba tak tahu. =)

    nurdani:
    tepat sekali!!

    Farah Amira:
    Waalaikumussalam.. Terima kasih. InsyaAllah ada masa saya update lagi.

    .: Si BungaKopi : :
    Budakenergetic, apakah?? haha.. Ok insyaAllah.
    terima kasih sudi baca

    GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:
    kekekeke...

    Lukman Hakim:
    Main salji dan bersuka ria tu memang best. Tapi study tu, hurmph.. Yer, terima kasih. Good luck to u too..




    ReplyDelete
  11. HAHAHA! oke terasa lawak...saya follow blog akak dah lame tapi tersangat tidak perasan yang akak study kat birm jugak...lolsss jup rase -_-'' saya bdk selly aok! kekekeke

    ReplyDelete
  12. hehe part housemate tu terkena kat batang hidung kite. tapi nasib baik dah pndah and dpt housemates yg baik2. ada jugak kawan btn dapat nasib yg sama. tu la tak semua indah sbnrnye dok oversea ni..

    kawan2 lain yg 1 geng kt sini nasib baik best2. part makan2, tgk movie sama2 tu mmg best..family jauh so kawan2 la family kat sini kan. hehe :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...