Saturday, April 20, 2013

Awkward Moments With 'Laki Orang'

Masa baca entri Fatin Liyana bertajuk That Awkward 10 Minutes ni tiba-tiba aku teringat awkward moments yang aku alami dengan laki orang. Samada pakwe orang, atau tunang orang, ataupun suami orang. Entah kenapa yang kacau hidup aku ni selalunya laki orang. Apa dah pupus ke apa laki single?

Dipendekkan cerita, aku ada 3 kisah menarik tentang lelaki yang aku nak kongsi. Semuanya lelaki yang dah berpunya.

1) Ada suatu ketika dulu, ada lah seorang lelaki ni mendekati aku. Banyak kali pulak tu mintak nak jadikan aku kekasih hati. Tapi aku tolak. Sebab aku tak suka cara dia yang agak mendesak. Dia selalu hubungi aku, text aku.. Sampailah satu hari tiba-tiba dia kata boleh tak aku cakap dengan someone dalam phone explain yang aku dan dia takde apa-apa hubungan? Aku macam wadehel pelik benor mamat ni. So aku jawab phone call tu aku pulak yang kena marah-marah. Sebabnya itu tunangan lelaki tu. Hampeh  gila, lelaki tu bagitahu aku yang dia single sebab tu nak jadikan aku kekasih. Puiii! Dia sendiri terkantoi text dengan aku lepas tu nak suruh aku tanggung kekantoian dia? Urghh! Memang kenangan manis kau dan aku sangat. Lelaki tu cari aku balik, add aku kat FB after few years tapi sudah semestinya aku BLOCK. Orang macam ni nak buat kawan pun aku takmau.

2) Ni kisah yang aku rasa paling kelakar. Ada seorang senior aku dulu masa study kat Shah Alam. Macam nak kenal-kenal I gitu. Aku ni kalau orang nak kenal ke nak dekat ke aku suka tanya orang tu dah berpunya ke tak? kalau ada someone aku tak suka kacau rumahtangga orang. So beliau dengan yakinnya cakap beliau single & available. Tak lama lepas tu, aku pindah rumah sewa. Housemate baru aku tu kata boyfriend dia pun study architecture.Dah lama dah bercinta. Tanya punya tanya terkantoi boyfriend dia tu rupanya senior aku tu. Lepas terkantoi, laki tu buat-buat tak bersalah pulak padahal dia kata dia single haritu. Seriously aku rasa kesian sangat dengan girlfriend dia. Sanggup laki tu mengaku single? & aku pun takdelah bagitahu housemate aku yang boyfriend dia yang puiii tu rajin contact aku siap mengaku diri single. Aku just, rasa kesian & taknak porak porandakan hubungan diorang je. Kalau aku jahat yer, aku boleh je tunjuk text2 yang bf dia bagi tapi arghh.. tak kuasa aku nak melayan.

3) Baru-baru ni aku balik Malaysia sekejap dalam 2 minggu. Aku balik sorang. Dalam flight Emirates tu sederet 4 orang tapi aku sorang je perempuan kat tengah-tengah. Memandangkan aku banyak pengalaman tak best mengenali orang secara random, jadi aku pilih untuk berdiam dan layan movie sepanjang perjalanan. Walaupun begitu, aku perasan mamat sebelah aku asyik pandang-pandang. Aku buat bodoh je. Dahla layan cerita Twilight ada part 18sx dan aku rasa krik..krik so awkward dengan lelaki-lelaki di keliling I macam malunyee kenapa aku tengok Breaking Dawn ni?? *terus fast forward part romance* Okeh. So aku layan movie sampai terlelap-lelap. Then bila aku terjaga mamat sebelah ni terus tegur offer mintakkan air kat stewardess sebab aku terlepas minum, tertidur kan. Alololo..so suweet *kononnyaa* Then dia borak-borak dengan aku. Rupanya dia dari Afghanistan. Haruslah hemsem hikhik *gediks* Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Jangan cepat percaya orang. Dia pun duduk kat UK dah, dia bagi contact no dia kat aku. Katanya bila aku dah sampai UK balik suruh contact dia. Actually, dia baru kahwin, & wife dia tinggal di Afghanistan. Jadi apa motif kau nak ajak aku datang tempat kau berjumpa dan makan-makan??? urghh! kau laki orang kot! atas dasar kawan pun kalau wife dia ada sama aku tak kisah. Ni tak..kat Afghanistan okey. Kalau nak be open minded pun biar bertempat lah kan.

So kesimpulannya, ni baru 3 cerita lah pasal laki orang, banyak lagilah cerita pasal laki orang yang aku pun tak paham kenapa kalau orang nak kacau hidup aku ni, mesti laki orang. Why laaa?? Aku tak reti ngorat kot! Aku bukan Rozita Che Wan kot! Ai pemalu kot..  >_< 

 Hurm, kepada lelaki di luar sana, kalau anda dah berpunya, silalah setia dengan pasangan anda. Mana nilai kesetiaan anda doh? Aku sebagai perempuan ni, memahami perasaan perempuan lain. Sebagaimana aku taknak pasangan aku curang dengan aku nanti, macam tu jugaklah aku taknak jadi orang ketiga dalam mana-mana hubungan. So baik aku jauhi awal-awal sebelum nasi jadi bubur Ayam Mekdi. 

Laki orang! Stay away from me! nak merasa kasut kat muka??



5 comments:

  1. hahaha. tu la sesetengah lelaki gatal. dah ada pasangan tapi mengaku single. dunia2...

    ReplyDelete
  2. haha.... amaran tu terbaik. . ^_^

    ReplyDelete
  3. ohwwwhh tidak dgn kepunyaan org. sbb, kalau dia berani tuk test market, mkne nye dy xsetia..

    ReplyDelete
  4. nurdani:
    Agakla.pelik betul orang macam ni.

    Mohd Lokman Bin Ramli
    Thumbs up!

    misz aisya:
    Haa...pandai pun.. =)

    ReplyDelete
  5. "Laki orang! Stay away from me! nak merasa kasut kat muka??"-haha, amaran tu..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...