Tolong Laida pasang bed sheet. Kitorang memang bestfriend dari zaman kat UiTM lagi. Konvo sama-sama, sekarang kat UK pun sama-sama.. Gila lah! Macam tak percaya sampai sekarang!
Ni kat Tesco. Banyak Tesco kat sini yang 24 jam.
Siang itu sangat cerah. So memang best lah sebab tak hujan. Cuaca kat sini memang camni. Kat luar tengok macam terang benderang, panas. Sekali keluar, menggigil.. Aduh, tipah tertipu selalu.
Kalau kat negara orang, tengok architecture memang cantik. Mana-mana pergi mesti nak pegang-pegang bangunan dia, pikir dibuat pakai material apa bagai. huhu..
Ni masih musim luruh tapi bunga tak luruh lagi pun time ni.
Kat sini ada canal & swan gebu-gebu..
Besar kan bangunan ni. Tengok human scale.
The girls.
Penunjuk perasaan.
Kononnya macam cover album. Anyway, nampak macam Bukit Tinggi kat Malaysia lah tempat ni sebenarnya.
Bagi aku, Lincoln sangat berbeza dengan Birmingham. Kat Birm, ada rasa macam keliru aku kat negara orang putih ke kat negara 'yang bukan orang putih'. Sebab ramai sangat-sangat orang kaum lain selain yang kulit putih. (termasuklah I..huahua..sebab tu taknak komen lebih-lebih macamlah aku ni mat salleh kan..). Kat Lincoln, bangunan sekeliling macam dalam skala yang kecil aje saiz dia. sedap-sedap mata memandang, bersih dan cantik. Malaysian yang ada di Lincoln pun sangat sedikit. Jadi bila orang tengok kita, diorang pun paham-paham lah yang kami ni tourist (kot..) Lincoln tempat yang menarik untuk sightseeing. So boleh lah kalau nak datang sini. Cumanya, makanan mahal sikit lah.
Tak dilupakan juga, disebabkan area rumah aku ni ramai lah juga Malaysian tahun ni, (MARA hantar ramai student ke apa tahun ni?) makanya haritu kami buat Potluck. Lepas makan-makan kami berjalan-jalan di taman. Konon-konon ambil feel autumn.
90% daripada kami adalah dari UiTM. Hurmm.. kadang-kadang terfikir adakah jika anda dari UiTM maka kebarangkalian anda untuk sambung belajar di luar negara adalah sedikit tinggi? Just wondering..
Nampak tak betapa happynya disitu?
Autumn in my heart. Seriously..autumn in my heart.. =')
p/s: Dah nak dekat 2 bulan disini. So far aku takdelah berjalan sangat sebab kelas pun dah start. & tahu ajelah course aku ni pun tak boleh nak senang duduk sangat kan. Cuma sempat pergi Lincoln dengan London je baru. Pergi London sebab ada Malaysian Night kat Trafalgar Square. So next time aku update. Sekarang mau buat kerjaan.
huwaaaa.. bestnya.. tak sabar nak tggu next entri
ReplyDeletedalam kecemburuan, saya teruja sangat2. hehehe. ok sila update lagi. mau cuci mata tengok suasana dan aktiviti sophie dekat sana
ReplyDeleteBest best!
ReplyDeleteNanti share la lagi Sophie :) Padahal sebenarnya suka tgk outfit Sophie kat sana. hehehee...
Penat jalan jauh-jauh, rasa macam kat Bukit Tinggi jer? :P
ReplyDeletecantik arr amik gambar macam tu..
ReplyDeletenanti boleh sent gambar ni buat salam perantau.. kuar kat paper =)
shizan syafiq:
ReplyDeletehuhu..sabar2, saya ni update kena ikut mood jugak.huhu..
nurdani: InsyaAllah..thanks =)
Teah:
Alaaa..sebabkan Bash la ni Sophie gi shopping baju best2..LOL..
Am:
huhuh.. yelaaaa..nak bagi orang faham suasana dia maah.. ;)
Azalia:
tula, kitorang kat sini selalu bajet2 tangkap gambar konon2nya nanti nak hantar utk salam perantau.
eh, dah tukar header.. =)
ReplyDelete