Sunday, October 14, 2012

Salam Perantau

Okay, aku dah berada di Birmingham, United Kingdom sebulan dah. Tapi tak update betul-betul pun lagi kan? Biasa lah, banyak benda nak settle kan (alasan wajib I kalau lama tak update).

Hurmm.. tak tahu nak start dari mana sebab lama tak update, tapi banyak dah aktiviti kat sini. Basically aktiviti nak adapt dengan suasana, etc. So aku story jelah ikut suka hati aku macam mana eh. Harap sabar.heheh.

Makanya flight aku berangkat ke Birmingham adalah pada jam 2.00 A.M. 9 September 2012 waktu Malaysia. Transit di Dubai. Naik Emirates. Emirates best! =)

    
Yang datang menghantar ialah family, termasuk cousins, pak cik, mak cik dan Opah. Juga sahabat-sahabat baik. Terima kasih sebab datang! Ni gambar mak ngan ayah aku. Parents jadi pemangkin semangat untuk aku study elok-elok selama 2 tahun ni. Aku harap aku berjaya dunia akhirat. Amin..


Aku berangkat dengan 3 lagi orang sahabat yang sama-sama dari UiTM. Laida, Maryam & Azri (husband & wife) Al-kisahnya kawan aku pelik la apesal aku tak tidur sangat masa dalam flight. 16 jam perjalanan kot. Aku sebenarnya layan movies. Ada 4 movies aku layan siot! Cerita kartun Mulan (tapi tertidur part ending.Cis!!) Then tengok Snow White & The Huntsman, Hunger Games dengan Finding Nemo. (Finding Nemo aku punya all time favourite cartoon okeyy!! seronok sangat, asyik gelak je..) Aku belum pernah tengok Hunger Games. Tak sangka aku touching sangat tengok sampai meleleh air mata. Laida duduk sebelah aku terkejut tengok aku nangis, pastu gelakkan aku kaw-kaw. Part yang budak kecik yang pandai panjat pokok dari District berapa entah mati lepastu Katniss sedih-sedih aku pun naik touching la. 
T__T  I kan penyayang.. *tiba-tiba nak up diri sendiri*



 Ni adalah kawasan perumahan aku. Aku duduk di salah sebuah rumah ni la. Okey-okey aje duduk sini. Sewa pun murah gila, bolehlah aku jimat duit elaun kot-kot nak beli kereta ke kan. Kereta kat sini murah siot! Rumah aku dekat dengan bus stop, dekat dengan One Stop Centre (kat sini ada pasaraya ala Giant tapi nama dia Asda, then ada kedai-kedai lain macam Poundland, Dorothy Perkins, New Look, etc etc. Pendek kata banyak barang boleh beli & within walking distance je.

Ni view dari uni aku. Tapi ni main campus la. Main campus depan rumah aje. Boleh jalan kaki jugak. Tapi sayangnya fakulti aku jauh sikit. Kena naik bas. 

Bullring ni kat City Center. Macam kalau kat KL, mungkin macam KLCC la. Kat sini pelik betul. Takde maknanya nak pergi shopping time weekdays dengan harapan tak ramai orang. Weekend ke weekdays ke sama je, ramai gak. Aku pun tak tahu lah time bila diorang ni kerja. 

Nampak tak betapa ramainya orang kat sini? Ini adalah hari Khamis. Diulangi, Khamis. Hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis Jumaat, Sabtu Ahad sama je ramainya. Konpius! Tapi weekend lagi ramai. Sebab tu, aku tak lah rajin sangat datang City Centre ni walaupun naik bas 15 minit je. 

Trademark Bullring. 

City Centre

Dari segi makanan, tak susah pun. Sangat tak susah. Kat Birmingham ni, ramai locals yang berketurunan Pakistan atau bangsa lain yang Muslim. & banyak restoran halal kat sini macam kedai burger, pizza, kebab. Sedap-sedap pulak tuh. Supermarket pun kebanyakannya ada section "halal meat". Jadi, kesimpulannya aku takde masalah dari segi nak dapatkan daging mentah yang halal. Cuma rajin atau malas nak masak jelah. Gambar di atas adalah ayam feveret kalau gi restoran Yum Yum. Dia macam ayam Nandos, tapi kurasakan lagi nyum-nyum sedap dari Nandos.
Housemate aku semua Muslim. Alhamdulillah. & ada lagi dua orang ni adik beradik dari Pakistan. Kelebihannya kalau housemate Muslim, erm..senang dari segi makanan, perkakas dapur, kebersihan dan lain-lain yang boleh dipikirkan sendiri.

Kalau pergi City Center, sangatlah tak tahu mana nak cari surau. Tapi semenjak tahu Restoran Yum yum ni bagi tumpang solat, memang tempat ni jelah jadi aim kalau tak sempat balik rumah ke apa. Ni bukanlah surau, sekadar stor yang staf diorang buat tempat solat gak. Yela, kat Malaysia dah biasa senang cari surau, kat sini memang susah sikit lah. Jadi kena pandai-pandai cari tempat.

Masa minggu orientasi tu ada Fresher's Fair. Banyak lah kelab-kelab sukan & society lain. LGBT pun ada beb. Aku sedih tau sebenarnya. ='( sebab semua kelab sukan yang aku berminat nak masuk jatuh pada hari aku ada kelas seharian dari pagi sampai petang. Oh kejamnyaaa! 

Polis selalu ada time Fresher's Week. 

Masa second week pula macam minggu orientasi untuk kelas pula lah. Masa awal-awal tu ada lah lecturer bawa pusing-pusing tengok bangunan di tengah bandar & explain pasal bangunan-bangunan dan arkitek di situ. Dalam kelas aku, cuma dua orang je budak Malaysian. Huhu. Baru tahu apa rasanya jadi student international.



*kat belakang yang baju warna coklat tu lecturer. Tapi lecturer aku sempoi je*

Dah pergi site visit juga. Basically aku ni dikira Year 5 student. Kalau undergrad kira student Year 1 sampai Year 4. Postgrad Year 5 sampai Year 6. Untuk postgrad,year 5&6 digabungkan dan dibahagi 4 untuk kelas design. 4 kumpulan ni dinamakan Design Agent, Plastic, Future Archaeologist dengan Happiness. Aku dapat masuk group Plastic. Tapi dalam year 5 punya group Plastic ni, aku sorang je perempuan. Huhuuu.. cuak mula-mula dengan nak faham accent British diorang nih. Tapi Alhamdulillah aku okey lah sebab kita orang Asian! Kita hebat! *motif sangat nak sedapkan hati sendiri*

Aku dengan Teha. Teha ni memang bestfriend aku dari zaman belajar kat UiTM. So dia banyak guide aku lah. Kitorang duduk serumah lah. =)



Sebabkan nak dapat roti canai fresh dari mamak tu sangatlah mustahil, beli frozen paratha je. Layan~
btw ni gambar paling latest di pagi sabtu yang nampak sangat kau belum mandi kan Sophie? huahua.. Kat sini sejuk tau. Baru Autumn. Suhu antara 7-15 degree Celcius.

Masa mula-mula pergi supermarket, aku macam pening betul nak beli produk apa. 90% lain dengan yang ada kat Malaysia. Tapi banyak gak produk-produk yang menarik. 

Kat supermarket takde Milo, jadi beli produk untuk buat hot chocolate. Brand yang familiar seharusnya Cadbury. Bancuh dengan air panas, then campur fresh milk. Sangatlah bahaya untuk minum di waktu pagi sebab kalau gi kelas mata mesti ngantuk gila. Arghhh! 


Suka gila aku beli fresh milk kat sini. Fresh milk kat sini memang rasa sangat fresh. Dan murah. £1
 untuk 2 litre. Dah duduk sini tak boleh lah nak convert sangat ke duit Malaysia kan. Tapi so far, rasa macam ada benda yang kat sini lagi murah, ada benda gak yang lagi mahal. Fair & square.


Aku pun tak pasti ni air kotak rasa chocolate Mars dengan Milky Way ke apa. Tapi aku tak beli la.



Last but not least, kat sini ada swimming pool! Walaupun kelab sukan berlaku kejam terhadap aku sebab buat latihan time aku ada kelas, tapi aku jumpa tempat ni dan aku rasa happy.. T_T
walaupun kecik dari pool UiTM tapi takpe.. =') Err, aku rasa kelas yang berlaku kejam sebenarnya sebab buat hari Rabu. 

Oh, lupa,lupa!! Aku dah beli basikal jugak wehh!! Basikal 2nd hand.  £40
Baik korang diam kalau korang rasa kaki aku tak sampai! Sampai tau sebenarnya. (-_-')

Okeylah. aku dah ngantuk. Nanti aku update lagi, insyaAllah. 



18 comments:

  1. woahhhhhhhhhhh bestnyaaaaaaa!
    kak sophie be strong na~~
    2 thn tu kejap aje..
    moga success

    ReplyDelete
  2. seronok baca entri ni sophie. sebab teringin sangat nak ke luar negara. hehe

    nanti update lagi ye. suka tengok suasana dekat sana

    ReplyDelete
  3. Wahhh!! bestnye! :D
    Anyway, gudluck with ur study sis Sophie! ^^

    ReplyDelete
  4. bestnya tengok life kat sana.. tapi yang paling best tengok gamabr last tu.. hehehe.. :p

    ReplyDelete
  5. seronok dengar org study luar ni.. =))

    btw, awk ada mention yg awk dri uitm kan ? so, cane awak bole ke sana ?

    intern program ke ? ^^,

    *update byk2 lagi yee..seronok baca ;D

    ReplyDelete
  6. Wah best nya duduk sana! Jealous tengok orang senang dapat halal meat :(

    ReplyDelete
  7. bestnyaaaa Sophie.nak further study kat sna jgkkk :D

    ReplyDelete
  8. Dulu ske sgt ejek si parisa zra** hahaha jgn biarkan dorang buat cm tu kat ko k hehehe

    ReplyDelete
  9. la sisi sekali dengan bro azri and wife eh?
    nia kenal lah bro azri tu. geng photog perlis gak :)

    good luck in ur study :)
    bittaufik wannajah :)

    ReplyDelete
  10. Bestnya bestnya bestnya...
    Bila plak laa giliran aku nak belajar ke luar negara...

    As expected, suasana di luar negara sgt lain, nampak jelas dr gambar...
    Bestnya duduk tmpat org..heheh

    ReplyDelete
  11. omg! omg! omg! akak dah ada kat birmigham!O.O
    oakyh~ terbuka da ternampak. u've been there more than 1 month and saya bru tau. lol!

    All the best kat sana:) nnti ambil gmbr tempat2 best and update kat blog ye!! *teingin ke sana. so,berangan dulu*

    ReplyDelete
  12. Wuwuwu... Bestnya! Good luck eh sophie :)

    ReplyDelete
  13. thanks korang!!! =)

    Rindu Malaysia & Malaysians!!

    ReplyDelete
  14. Wah Sophie, glad you arrived safely dekat UK. Study well beb ! btw, cantik beskal..hehe :P

    ReplyDelete
  15. suzie yusuh:
    thanks! haha..
    good investment tuh!

    ReplyDelete
  16. teringin jugakk nak study di UK. tapi tak kesampaian lagi. heee. take care akak! ^^

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum Sophie...

    baru nak aca entry ni. found your blog dekat entry cara-cara sambung belajar. sangat membantu..

    baru perasan dekat uni satu kelas dengan muadh la kan? 2 org je? bestnya..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...