Tuesday, March 6, 2012

Hakikat Facebook


Kalau korang perasan, kat blog aku ni aku tak letak facebook badge profile aku. Bagi aku, blog aku dah cukup public untuk orang baca. Banyak je korang boleh tahu pasal aku dari belog ini. Facebook aku adalah satu-satunya privasi yang aku ada. Sebab itu aku biasanya tak approve mereka yang aku tak kenal. Walaupun ada mutual friends tapi kalau mutual friends pun aku tak berapa kenal aku abaikan aje.

Kenapa?
Sombong ke Sophie ni?

Siapa lagi sombong, aku yang tak approve ke? atau orang yang add aku lepas tu bila dah approve tak tegur langsung. Lepas tu macam haku tak tahu aje benda first yang orang tu buat lepas di-approve adalah sesi menstalk gambar. (mestilah aku tahu sebab dulu-dulu rajin juga buat begini. eh! silap, tu zaman myspace)

Hurm, aku kurang selesa sebenarnya bila ramai kawan dalam friend list tapi bila tekan home, yang update status ke apa cuma 40% je yang aku kenal. Korang suka ke? Aku nak tahu update dari kawan-kawan, mereka yang aku kenal, bukannya updates dari mereka yang aku tak kenal. Ada juga bloggers yang aku kenal ada dalam friends aku. Ok juga tahu updates dari mereka. Tentang binatang peliharaan mereka ke, dapat baby baru ke.

Lagi menyampah bila orang yang tak berapa dikenali itu mengepost status berbaur emo, maki-makian, kutuk mengutuk amalan mulia, etc.

Kadang-kadang bila aku online chat fb, aku nak tengok sapa kawan-kawan aku yang online. Tapi kang baru 5 saat on chat entah siapa-siapa pula yang menegur. Biasanya kalau perempuan aku layan je. Sebab kadang-kadang memang pembaca blog mintak nasihat pasal sambung belajar ke apa. Kalau lelaki, aku kurang selesa. Melainkan aku yang dulu tegur orang tu, bermaksud aku rasa selesa nak berborak dengan orang itu. Disebabkan aku ni selalu bernasib malang selalu jumpa orang psycho, makanya sekarang ni extra hati-hati dah nak kenal dengan siapa-siapa pun. Baik di alam maya, mahupun di dunia realiti.

Tertanya-tanya juga aku mereka yang membiarkan fb mereka ada sampai 3,4 ribu friends.Siap ada account FULL! Huiyoh! glemer kau Senah. Tak salah pun kalau kau rajin melayan orang ramai.Tapi bagi aku bahaya. Sebab nanti gambar lebih mudah dicilok& dieksploitasi (wah rasa hebat lah guna perkataan dieksploitasi!!! kahkah)

Twitter? tunggu ada smart phone lah baru buat. haha. Kadang-kadang nak lah jugak melepaskan perasaan seperti

" harini jalan lengang. Mimpi apakah ini?" <--perasaan seperti ingin menampar pipi sendiri sebab tak percaya
"harini tiada kerja, mari korek idung" <-- euw kan
"harini si dia senyum kat saya. Cairnyaaa." <--kononnya bibit-bibit cinta berputik.
"aku benci kau Si Polan! kau macam gay!" <--ayat agak keji.

Tapi macam melampau kan nak post ayat camni kat FB? sebab tulah agak macam perlukan twitter.

p/s: sebenarnya banyak benda nak buat. Tapi end up tulis satu entry sebab dah buntu dengan benda yang aku nak kerjakan tuh. Haih! 


Btw, aku deactivate account Facebook aku buat sementara waktu. 


Privasi anda, hak anda. Melainkan anda seorang artis, privasi anda adalah hakmilik peminat.Pergh tagline macam majalah hiburan ke apa. Ok good night. ngantuk sebenarnya. *menguap macam dinosour*



13 comments:

  1. FB daku sudeh malas mahu bukak, skrg layan tweet and blog sahaja..hek3.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat. Kalau kat facebook kadang kadang rasa rimas sebab rasa macam 'dperhatikan'. Wahh. Tapi memang betul, update status pakai twitter lagi best. ^^

    ReplyDelete
  3. Jarang dah skrg nie nak update status.. Selalu copy paste berita dan status orang lain jer....

    ReplyDelete
  4. amboi..nguap macam dinosor tu..haha..

    saya smpai bila2 pun takkan ada akaun twitter..bg saye menda tu semua buang masa..^_^

    kat fb pun saya cuma approve org yg saya kenal je..blogger pun yg saye selalu ikut blog die atau die ikut blog saye..;p

    ReplyDelete
  5. Layout ni... susah betul nak cari butang nak mengomen :P

    Wah, sampai deactivate FB tuh..

    ReplyDelete
  6. i ingat u retis. hehehehe. :P

    oh btw sampai skarang takde hati nak ade twitter. keh keh

    ReplyDelete
  7. betul , saya sokong .. tapi kadang2 kawan yang kita kenal pun jarang tegor kita .. knon nya bia ramai ada friend banyak2 sampai full hahak :) *cewah menambah kutukan :)

    ReplyDelete
  8. Haha!! Xtahan ayat bajet Sophie. Ahhaha... Btwn, ikut orang la ape nak dikata, mulut masing2 kan. Orang mana tahu pe niat sebenar kita. yang mana baik, buat. Yang mana xbaik, jauh2kan. =)

    ReplyDelete
  9. patutlah tak dah tak nampak sophie. takpe2. privasi itu penting. hehe

    ReplyDelete
  10. Sophie!
    Sebenarnya dah lama terasa nak add Sophie kat Facebook.Tapi tak tahu patut atau tak.Takut *relationship* kita berubah warna.ewah..Tapi kalau Sophie sudi bagitaulah ye.nanti akak add.huhu

    ReplyDelete
  11. Zinnirah Humaira: kite takdew twitter =(

    Yong Sofea: rasa 'diperhatikan'? wah rasa mcm seram jek bunyinya.. tulah, kadang nak gak post status emo2 tp kalau kt FB..? errr..better jangan.

    AmirFX: Nampak sangat yg selalu copy paste tu kamu.heheh.

    ReplyDelete
  12. cik sha: ahaha..yep, nguap mcm dinosor sgt puas. agak buang masa tp kalau xde pun agak bosan.heheh.

    Am: a ah, tak tahu camne nak buat kasi senang orang nampak comment box ke apa.

    J.Syazana: eh a ah.Nama i pun memang dah sama dengan sorang artis ni.kekeke..

    amy: kalau nak org tegur kita, kita kena tegur org dulu.hakhak.

    ReplyDelete
  13. Mardhiyyah Ridzuan:
    taktahan kan? haha.. yep2, yg penting hati happy.eh?

    nurdani: heeee..xpe, nanti sophie activate balik. =)

    Airaniez Wirdani:
    Wahhh!! link hati lg! saya pn nak add kak aira sebenarnya. Nanti saya dah active balik sy bgtau kak aira k. saye email. =)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...