Saturday, September 24, 2011

Tips Putus Cinta





THE BEST advice from a mother:
"Tuhan dah sediakan yang lebih baik tu sebenarnya."

Mum also said:
"It's not a matter of who ended it. When a relationship ends, it's an agreement between both sides."

Because I've noticed this one scenario. When a person breaks up, the one question that would be asked was:
"Who breaks it off?" or "Siapa yang minta putus dulu?" - Of Love And Break Ups, by Bashtiah 



Dalam situasi putus cinta, samada yang meninggalkan atau ditinggalkan, itu bukanlah penyebab untuk menuding jari pada mana-mana pihak.Setuju? Sebab betul cakap mak Bash, bila perpisahan itu terjadi, ia sebenarnya adalah persetujuan daripada dua-dua belah pihak. Kalau tak, mestilah salah sorang akan cuba cantum balik hubungan yang hampir putus tu bila yang lagi sorang mintak putus. Putus cinta itu memang satu feeling yang hurmm.. seperti ada Tsunami dalam hati kot. haha.

So, ini adalah tips pada  yang baru putus cinta macam saya. Baru tak baru sangatlah..

1. Menangis sampai dah tak boleh nangis.
Kalau kau sedih nangis jelah tak payah tahan-tahan. Tapi tak payah lah sampai hari-hari nak uwek,uwek nangis. Cukup menangis dalam selimut je dahla. Pastu tahu-tahu dah tertidur.Tak payah tunjuk satu dunia yang kita tengah sedih. Tapi yang dah kerja macam aku janganlah nangis masa tengah buat kerja pulak. Plus, jangan nangis lama-lama. Paling lama 3 hari dahla wei. Lepas tu bagitahu diri kau "ok, cukuplah tu nangis. Mari berdepan dengan dunia!  Aja! Aja Fighting!!"

2. Buang contact number, buang semua gambar memori Winter Sonata dan unfriend di Facebook?
Naah, ini terpulang pada kamu. Kalau kamu putus dengan cara yang tak baik, adalah bagus kamu buang semuanya dan unfriend di Facebook. Tapi aku nasihatkan, bagi yang putus cara baik, tak payahlah sampai unfriend. Cukup kau hide je dia dari pandangan mata kau di wall facebook cukuplah kot-kot dia menggatal dengan perempuan lain lepas kau ke apa ke at least kau tak rasa annoyed sebab tak keluar di news feed. Unless kau tak dapat menahan nafsu nak stalk ex kau, baik kau unfriend jelah. Kalau nak lagi enak hide sekali sesiapa yang rapat dengan dia. At least kau takdelah unfriend. You know, you got to be professional at this age. *cakap macam dah tua sangat pulak*

3. Sibukkan diri sendiri 
Nasib baik lah aku bekerja. Hari-hari mengadap komputer buat drawings, dengan harapan taknak ingat langsung tentang perkara  tu. Tapi gua salah. Di peringkat awal tu, memang jiwa kacau. Tak dapat fokus sangat walaupun mata pandang computer. Walaupun masa buat drawings ni, otak memang taknak fikir, tapi.. hati pulak yang tiba-tiba rasa sebak. Huuuu. Parah doh. Tapi muka, harus slumber, buat muka stone takde feeling je ok. Tak payah buat drama di tempat kerja. Nanti balik, again..dalam selimut buat apa? Just cry your heart out like a baby. T__T sob..sob..sob.. 

4. Berjumpa kawan
Kalau dah namanya perempuan, memang tak dapat lari daripada menceritakan masalah pada teman baik. Kalau rasa nak cerita, cerita jelah. Tapi ada satu point tu kau kena berhenti terus daripada bercerita tentang hubungan yang dah tamat tu. Get a new life. Move on. Refresh and energize!

5. Dengar lagu sedih?
Yup, time-time ni lah baru kau nak faham apa tiap maksud patah perkataan dalam lirik lagu yang sedih-sedih yang selama ni dengar macam takde feeling je. Lebih-lebih lagi lagu dari Indonesia. Kertas-Kasih Yang Tak Dianggap. Pergh!. Tapi, tapi, tapi.. Haisyh, kenapa nak sedihkan lagi hati yang tengah sedih? Hati yang tengah sedih ialah hati yang tengah lemah. Tahu tak macam Ultramen bila dia dah lemah nanti hati dia ada lampu warna merah lip lap lip lap ada bunyi macam siren tu.*serius takde kena mengena* Jangan begitu. Kadang-kadang walaupun kita perempuan, kita patut dengar lagu-lagu rock sikit. Hardcore Metal ke, Punkrock ke yang Screamo ke hape ke. Layan jugak sebenarnya boleh hangguk-hangguk kepala kan walaupun sepatah haram tak dapat catch up apekebenda lah yang diorang ni nyanyi eh.


6. Biasakan Diri Dengan Rutin Baru.
Kalau dulu asyik SMS, hari-hari nak bergayut cakap dalam talipon nak guling-guling atas katil sambil pintal-pintal rambut  *euw gelinyaaa~*, sekarang dah tak boleh dah macam tu. Maka handphone pun boleh campak mana-mana. Mungkin pada awalnya rasa macam tak biasa. Macam, duhhh takde orang pun sudi nak msg. hiuhiu sedihh.. But look at the brighter side bebeh! kau tak perlu habiskan duit beli topup atau bayar bil hp. Jimat banyak tuuuu.. Sekarang hp aku RM10 je untuk sebulan. hebat tak hebat? Hp pun letak merata. Kadang-kadang tertinggal dalam kereta semalaman. Kawan pun hangin je SMS tak reply. kikiki.. & aku pun memang bukan kaki SMS lebih-lebih lagi bila takde hal penting sangat pun.

7. Bersedia Jumpa Orang Baru.
Yang dah lepas tu lepas lah. Don't look back, don't walk backward. Jangan hadkan peluang anda untuk mengenali orang baru. Choii! pandai je aku nasihatkan orang. Padahal aku sendiri tak rajin berkenal-kenal dengan orang. Haih! Tak semestinya bila kenal kena jatuh cinta. Just, kenal-kenal jela. Kalau tak suka jangan bagi harapan. Kalau suka,jangan gedik-gedik, paham?


8. Bersedia Dengan Hiprokasi dan Provokasi
Kadang-kadang orang memang tahu kau dah break up tapi nak buat-buat tanya pulak konon nak korek rahsia KENAPA WEH? KENAPA?. Tapi kalau orang tanya "eh kau dengan dia macam mana?ok?" cakap je ok.Pastu blah. Kadang-kadang orang tengok kita macam happy je "huh, Sophie tu macam bergembira jek kat fesbuk dia dengan blog. Siap boleh pergi Perhentian bagai.Macam tak sedih je dengan itu perpisahan terasing" Well, macam yang aku katakan tadi, bila sedih tak perlu tunjukkan satu dunia. Biar wajah mampu tersenyum walau dalam hati ada Tsunami, Irene Hurricane, Volcano bagai. Perghh ayat~

9. Elak Merisaukan Orang Lain.
Kelakar bila fikirkan dalam ramai-ramai orang, Mama aku sangat risau masa aku putus cintan. Haha. Siap suruh adik-adik aku spy aku ok ke tak, tengah bersedih ke apa. Takut tak boleh fokus di tempat kerja.Haha. Lawak. Tapi adik-adik aku selalu bagitahu Mama aku "alaaa, kakak ok punyaa..don't worry" Terbaik punya adik-adik.

10. Remove virus in your heart and mind.
Yang dah sudah tu sudah lah. Tak payah benci-benci tak puas hati dah. Pikir banyak pun hubungan tu takkan bersambung pun. Melainkan dua-dua macam teringat memori Winter Sonata dan nak sambung balik hubungan tu.Tak perlu salahkan satu sama lain bila obviously setiap orang pun buat silap. Dan bila hubungan tu dah tak berhasil, mesti ada silapnya di mana-mana yakni lagi tepat lagi, kamu berdua tidak serasi sebenarnya untuk bersama. Mungkin background berbeza, cara pemikiran dan pergaulan berbeza. Semuanya serba berbeza so why go on? Tepuk dada tanya nak apa. Aku nak Arjun Rampal, boleh?
*tiba-tiba rasa macam dah lama betul tak tengok Hindustan*



Rock band with emo influence.


p/s: Ok apa jadi single. Not bad.. 


Bila kita jatuh,kita kena bangun sendiri. Luka sembuhkan sendiri. Seluar koyak jahit sendiri. Memang berbekas tapi samar-samar je bekas jahitan tu. Hanya orang tertentu je yang nampak. Hanya yang concern.

23 comments:

  1. umm. dont look back.
    stay strong.
    Allah tahu apa yg terbaek, kan?

    ReplyDelete
  2. best la lagu emo tu..

    actually love do risky..

    ReplyDelete
  3. nice tips sis sophiee.. yaa, hanya yg concern kan? :')
    EMAK :')

    ReplyDelete
  4. sabar ye sis..single lagi best dari berdua..hehe

    ReplyDelete
  5. betul2..i da pernah praktikkan dan mmg menjadik...lg 1 wat cam tak de pape berlaku je..mesti bole punye..apapun kite sbg popuan jgn jd lemah:-)

    ReplyDelete
  6. nice entry:)sabar ye sophie..semua apa yang kamu cakap ada betulnya:)hehe

    ReplyDelete
  7. yang penting kite still ada Yang Satu kan :)

    ReplyDelete
  8. jadi single mingle lagi best.. aman je hidup. tak haru.. hehe.. ^^,

    ReplyDelete
  9. LIKE this entry. tapi kalau saya. lebih prefer menyibukkan diri n biasakan diri dgn rutin baru. SINGLE LIFE REALLY AWESOME!
    we can do anything we like n sbnrnya lebih ramai yg kisahkn psl kita^^

    ReplyDelete
  10. kita rasa dh tiba utk cari org baru tp tak ada rezeki lg utk bercinta.

    ReplyDelete
  11. putus cinta bukan penamat dunia kita kan...tu bru nk mulaa...weeehuu~
    so kena chill je...
    i've been single for 2 years,thats cool kak sofi,hehe..
    bebas..:)
    mungkin kita belum jmp dgn yg terbaik kot...sabar jee..:)

    ReplyDelete
  12. cintailah insan diatas pengertian cintamu pada Ilahi..

    ReplyDelete
  13. putus cinta itu keperitan yang indah..eeyahooo!!!

    ReplyDelete
  14. Kertas is my favorite band and kekasih tak dianggap is my favorite song.. Bait² liriknya sungguh menyentuh jiwa.. blh gugur air mati kalau time break up dngr lagu ni..

    Tp apa pn..
    Kena tabah..
    Kena redha..
    Fikirkn mesti ada hikmah..
    Mesti...

    Single okay la..
    I'm single too..

    ReplyDelete
  15. Bila kita putus cinta tu,actually sebenarnya itu adalah salah satu *jalan* yg kita terpaksa tempuh sebelum kita bertemu *the chosen one* itu. Bila dah jumpa..nak break sejuta kali pun takkan boleh1

    Take care Sophie.^_^

    p/s:Arjun Rampal tu berlakon lagi ke?huhu

    ReplyDelete
  16. carik aja cinta yang baru..busykan diri dengan benda2 berfaedah :)

    ReplyDelete
  17. Sophie sori baru perasan Sophie link kan post Bash! thanks ya ;)
    Anyway, all the best okay. :) :) :)

    ReplyDelete
  18. ieyqa adam: yeahh! that's the spirit.

    cimot: eh mestila best kalu I yang suke.cewahh..haha. true. But it's ok. Love is everywhere =)

    Nana Ichigo: thanks nana. Yeaaa.. MAMA. =)

    Nur Syalillah: hiuhiu.. terima kasih =)

    fitrah: akak ok aje dik. Single memang best. hati kurang terbeban =)

    ReplyDelete
  19. nick dot anis: yessss!! perempuan hatinya memang lembut tak dapat nak buat apa la. tapi sebenarnya juga adalah kuat macam diamond.heheh.

    yayath: thanks. i'm okey laa. =B

    J.Syazwana: betul =)

    azalia: takpe, sampai masa akan datang. kadang2 bila kita mencari tu yg tak dtg. bila x cari dia dtg sendiri pula.huhu..

    ReplyDelete
  20. wawa ridzuan: cool eh?okey!! let's chillin bebeh. i used to be single for years before and i know how cool it was. heheh (^_^)V errr.. tp umur semakin meningkat agak merisaukan.

    iwanski: alhamdulillah. harap2 jumpa insan begitu.

    yann: wowwww.. kawan saya cakap, putus cinta=pengalaman macam ni, siapa nak bagi? berharga tu.haha.

    ReplyDelete
  21. EB:yeah,lagunya memang menyentuh jiwa. entah, lagu indon selalu menyentuh jiwa. memang redha pun EB. kalau tak redha dah gila dah.haha.

    airaniez wirdani: Sophie percaya kia akan bertemu dengan orang yang salah sebelum berjumpa dgn orang yg betul. Tapi orang yg salah tu sebenarnya banyak mengajar kita utk jadi somone yg lebih baik.

    ML: memang tengah cari cnta yg baru. nak sign up music class. haha =)

    Bash: hey no prob. I always admire your writings. =)

    ReplyDelete
  22. i type "part time architecture student" in Google search, instead of reading your entry bout architect, i click on these entry and i must say, thank you..i just broke up with my bf, fresh from oven lagi..haha. but seriously, i think these entry really suits with my condition right now. thanks again..^___^

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...