Wednesday, February 14, 2024

PJ Office Interior - Lounge & Pantry

Tingkat atas rumah banglo lama ini menempatkan ruang pejabat bagi kegunaan syarikat. Selain ruang "Staff Office" yang telah saya kongsi dalam entri sebelum ini, ruang yang ada di tingkat atas ini ialah bilik pantri yang dihubungkan sekali dengan "Lounge Area". "Lounge area" ini akan digunakan sebagai ruang santai dan untuk berehat.

Ruang antara lounge area dan bilik mesyuarat pula pada asalnya dipisahkan oleh dinding namun telah dipecahkan sebahagiannya untuk menghubungkan dua ruang ini. 

Sebenarnya, ruang pantri ini akan dilengkapkan dengan set karaoke cuma set nya belum sampai sewaktu gambar ini diambil. 


Folding door dipasang bagi memisahkan dua ruang ini. Disebabkan ruang pantri ini akan dilengkapi set karaoke, maka pintu tersebut boleh dibuka atau ditutup mengikut kesesuaian. Jika diamati, "Lounge Area" ini akan menjadi ruang tertutup sekiranya dua-dua pintu jenis "folding door" ini ditutup. "Ventilation fan" juga dipasang di ruang plaster ceiling sebagai alternatif bagi membaiki ruang pengudaraan jika ada tetamu yang merokok.  

Inilah ruang "Lounge Area" sebelum disiapkan.


Bracket TV yang dipasang untuk menerima skrin karaoke nanti.

Ruang pantri ini dilengkapi dengan kabinet dapur sekitar 7 kaki panjang, peti ais dan tong sampah. Set meja dan kerusi yang digunakan ialah seperti jenis meja di cafe dan ketinggiannya lebih tinggi dari kerusi dan meja biasa. 



Ini pula ruang sebelum pemasangan kabinet dapur. "Folding door" diletakkan betul-betul di bawah ruang beam ini. 


"Lounge Area" bagi ruangan santai. Difahamkan bahawa syarikat ini biasanya menerima tetamu dari pelbagai negara jadi mereka memerlukan ruangan santai seperti ini untuk melayan tetamu.



Jika diamati, ruang ini dihubungkan pula dengan ruang bilik meeting. Jadi selepas mesyuarat diadakan, bolehlah mereka bersantai di ruangan pantri dan lounge ini. 

Gambar sebelum


Ohya, untuk warna cat pula, kami menggunakan cat Jotun Majestic interior (matte). Nama warna cat ialah Matrix & Oxford River. Untuk ceiling pula kami gunakan warna Mist. Semuanya adalah dari brand Jotun. 


Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi, design ruang sehingga siap, boleh hubungi saya di:

WWW.WASAP.MY/601111892504




PJ Office Interior - Staff Office

Baru-baru ini saya telah terlibat dengan satu projek yang melibatkan pengubahsuaian dalaman sebuah rumah banglo lama di Petaling Jaya yang akan dijadikan ruang pejabat. Ada beberapa bilik dan ruang yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian. Salah satu ruang tersebut ialah "Staff Office". Ruang ini mempunyai keluasan sekitar 270 kaki persegi, dan diubahsuai untuk menempatkan 4 orang staff disini.


Sebelum

Untuk pengetahuan, material bagi kabinet fail di dinding ialah dari Melamine berwarna hitam solid. Bentuk atasnya kami ikut sahaja kecondongan bentuk siling mono-pitched. Perabot seperti kerusi dan meja ialah dari supplier khas yang mengeluarkan perabot untuk pejabat. (Bukan Ikea). 

Pada asalnya, design bagi ruang ini menggunakan lampu jenis sama tetapi dipasang secara linear. Namun ditukar sedikit cara pemasangan menjadi bentuk segitiga untuk mendatangkan kelainan. Selain bentuk segitiga, lampu jenis ini juga boleh dipasang bentuk Hexagon tetapi memerlukan ruang yang lebih besar. Disini ruang agak terhad kerana kehadiran beam yang besar itu ya. 



Para tergantung berwarna coklat ini ialah dari Ikea. 




Ruang sebelum

 Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultansi, design ruang sehingga siap, boleh hubungi saya di:

WWW.WASAP.MY/601111892504



Thursday, November 23, 2023

Pengubahsuaian Rumah Jenis Kondominium di Kuala Lumpur

Kondo sekitar 900sqft ini dimiliki oleh seorang tuan rumah yang mahu sewakan rumah ini kepada penyewa. Untuk meningkatkan value pada rumah beliau bagi meningkatkan bayaran bulanan penyewa kepada pemilik rumah, ini ialah satu pelaburan yang bijak. 

Konsep yang pemilik ini mahukan ialah seperti English concept. Kabinet nyatuh design jenis shaker telah dipilih. Pintu kabinet yang digunakan ialah jenis nyatuh dan dicat dengan dua jenis warna cat iaitu putih & biru. Untuk kemasan kayu bagi kabinet dapur, jika mahu dicat, saya sangat sarankan ambil kemasan cat jenis 'matte' , bukan jenis 'glossy'. 

Sebahagian jubin dinding juga telah dipecahkan dan diganti dengan jubin jenis 'subway'.  



 



Ruang 'yard' rumah. Kebiasaan rumah kondominium di Malaysia menjadikan tempat yard ni untuk ruang basuh baju. Paip untuk mesin basuh disediakan dan lubang air keluar turut disediakan. Cuma untuk kes rumah ini, paip untuk basuh baju telah dialihkan untuk kesesuaian layout ruang ini.


Memandangkan pintu asal ke yard ambil ruang jika dibuka, maka pintu tersebut ditukar kepada jenis 'barn door'.

Salah satu dinding dijadikan 'Feature Wall'. Klien hanya mahukan 'feature wall' yang simple. 
Lebar potongan kayu ini sekitar 75mm dan jarak antara satu batang dan batang sebelahnya ialah 2 kaki, ikut jalur jubin lantai. 


Sedikit tips untuk rumah macam ni, bila nak mop lantai bagi yang ada feature wall sebegini, perlu berhati-hati kerana tiada skirting antara jubin lantai dan dinding. Jika kayu yang digunakan jenis solid, kayu tu tak mudah kembang. Tetapi jika kayu jenis MDF, ada potensi untuk kembang selepas beberapa waktu. Jadi pastikan mop tu jangan terlalu basah ya. 






Pasang grill pintu sekali.



Rasa lama tak post kan muka sendiri kat blog sendiri.


Rasain loh perbezaan 13 tahun dahulu masa first entry post di blog ni. 
*Nangis belakang tu tulis tua padahal masatu baru 22 tahun apakah??*


 sekiranya anda memerlukan khidmat konsultansi sehingga siap, boleh hubungi saya di : 

WWW.WASAP.MY/601111892504

Thursday, November 2, 2023

Makeover Dapur Rumah Jenis Pangsapuri , Sungai Buloh

Kadang-kadang, ada orang yang takut nak approach 'Interior Designer' atau arkitek sebagai jalan penyelesaian bagi masalah rumah yang diduduki. Ada yang beranggapan, kalau hubungi mereka yang pakar, tentu mahal. Bagi saya, adalah perlu untuk 'get in touch' dengan orang yang memang "ahli" dalam bidang tersebut.

Jika rumah rosak, panggil lah kontraktor untuk baiki. Jika tiada idea bagi rumah yang baru terima kunci, carilah Interior Designer, jika ingin membina rumah atas tanah sendiri, carilah arkitek. Tapi kalau Interior Designer & arkitek juga adalah seorang kontraktor, itu adalah lebih baik. 

Apabila saya melakukan 'site visit', adalah sangat penting untuk saya memahami 'Client's Brief". Seorang klien akan menceritakan permasalahan yang dihadapi bagi ruang-ruang tertentu dirumahnya seperti susun atur kedudukan sinki, peti ais dan soket pada dapur yang dirasakan janggal tetapi tidak tahu apa cara yang terbaik untuk susun atur yang baru. Kebiasannnya mereka ini tahu ada masalah dan boleh menjelaskan isu-isu yang mereka hadapi tetapi mereka tidak tahu apa solusi yang terbaik untuk ruang rumah mereka. Nah, disini lah fungsi konsultansi dari yang pakar. 



Dapur rumah ini tidaklah besar. Bermakna ia ada cabaran tertentu untuk disusun. Seorang designer perlu ambil tahu apa keperluan dan 'expectation' klien dalam ruang yang akan diubahsuai itu.  

(Ruang dapur sebelum)
Lebar 6 kaki. Panjang 14 kaki.


Ini adalah antara perkara yang diambil kira ketika dalam proses design proposal.

-Rumah ini lebih kepada menjadi rumah transit kepada anak-anak owner. Kemudian bakal dijadikan rumah pencen kepada owner. Jadi material yang digunakan haruslah berkualiti dan tahan lama. 

-Kabinet bawah mahu lebih tinggi dari tinggi kebiasaan. Ada pertambahan sekitar 2 inci. Ini kerana, anak klien yang tinggal di rumah tersebut ada menjalani rawatan sakit berkaitan tulang belakang. Jadi tak boleh terlalu rendah atau membongkok jika hendak masak.

-Sinki yang disarankan & diperlukan ialah jenis 'single bowl'. Jika menggunakan sinki 'double bowl', dah tentu akan memakan ruang table top.

-Peti ais yang digunakan tidak besar, maka boleh manfaatkan ruang 'tall unit' dengan lebih efisien. Klien perlu ruang untuk perletakan microwave dan oven. Tetapi pada saya, saya tidak mahu dua item ini diletakkan di atas table top (supaya tidak menghadkan penggunaan ruang penyediaan makanan memandangkan dapur ini tidak besar. Jadi kedua-dua item diletakkan di tall unit di atas ruang peti ais. 

-Rak jenis terbuka juga diletakkan di ruang kabinet atas untuk perletakan rempah berdekatan dapur masak. 

-Berdasarkan pada gambar sebelum di atas, kelihatan peti ais dan soket banyak ada di dinding sebelah kiri. Namun jika kabinet dapur diletakkan pada dinding ini, kabinet tersebut akan menjadi pendek berbanding dinding kanan kerana kedudukan pintu yang sedia ada ke ruang mesin basuh. 

-Selain itu, kabinet dapur klien yang kelihatan pada gambar di atas juga kurang sesuai berada di situ kerana menghalang laluan ke pintu ruang mesin basuh di sebelah kiri. Tambahan pula, paip air disitu bukanlah paip asal dapur tersebut tetapi telah dipindahkan oleh kontraktor terdahulu. Paip asal berada di dinding sebelah kanan. 

-Selain itu, design dapur jenis linear lebih sesuai berbanding L-Shape kerana saiz dan keadaan yang terhad. 

-Pemasangan siling plaster juga diambil kira bagi mendapatkan efek 'clean look'. Paip yang ada di siling asal mahu disorokkan. Plaster ceiling dipasang bermula di bawah aras beam. 





-Oleh kerana kedudukan paip asal lebih sesuai & ruang dinding kanan lebih efisien untuk digunakan bagi memaksima panjang kabinet dapur, maka kami decide untuk semua soket elektrik dipindahkan ke dinding kanan dan paip air kami gunakan yang ada di lokasi lama.

Tiles di dinding yang sedia ada tak perlu ditukar semua. Cukup untuk tukar pada ruang 'backsplash' sahaja iaitu sekitar 2 kaki tinggi dari level atas table top. 

Dapur yang diberikan nafas segar dengan menggunakan material dari warna yang cerah dan mempunyai 'pattern' yang lebih natural sepeti corak ira kayu pada tiles lantai dan pintu kabinet dapur. Penggunaan warna putih pada aksesori lampu dan kipas juga memberi efek tampak bersih dan mewah untuk ruang yang sederhana ini. 

Sedikit tips tentang pemilihan lampu & kipas, jika kipas mahu diletakkan di siling, kita perlu ambil kira saiz radius kipas angin tersebut supaya pintu kabinet tidak terkena kipas apabila pintu tersebut dibuka. Untuk ruang rumah klien ini, kipas moden yang kecil & dipasang di dinding sangat membantu. Lampu jenis track light juga digunakan untuk ruang yang memanjang seperti ini. Lampu jenis tergantung kami elakkan kerana tidak mahu ada masalah bergoyang kerana kedudukan kipas dinding yang mungkin anginnya dihalakan terkena lampu gantung. 


Meja adalah dari jenis quartz. Tiles di dinding ialah tiles bersaiz 1 kaki x 2 kaki. Terdapat juga tiles jenis sebutir-sebutir untuk corak jenis fish scale namun kita harus berpandukan kepada 'guideline' dan bajet. Tiles kecil-kecil dan pemasangannya adalah lebih mahal berbanding pemasangan tiles biasa.

Alhamdulillah klien tersenyum tengok perubahan dapur beliau sekarang. 


Ruang mesin basuh, sebelum. 
Ini ruang dari pintu yang terletak dihujung dapur. 

Untuk ruang mesin basuh ini, beberapa perkara telah ditambah baik. Antaranya:

-Plaster ceiling. Boleh tutup paip di atas.
 
-Selain itu, ruang bukaan tingkap ini telah ditutup menggunakan besi oleh kontraktor terdahulu. Tetapi menjadi masalah apabila cahaya sangat kurang masuk ke dapur melalui ruang ini. Jadi, ruang ini ditambah pulih dengan menggantikan kepingan besi tersebut dengan tingkap kaca dan grill baharu. 

-Dinding juga telah dicat baru berwarna putih.

-Lantai juga telah ditukar dan dipasang tiles yang sama dengan tiles baru di dapur. 

-Exhaust fan ditukar baru. Memandangkan ruang 'yard' ini bersambung dengan ruang dapur dan di kabinet dapur tiada exhaust fan yang membawa udara masakan ke luar rumah, maka exhaust fan sesuai diletakkan disini. Di dapur ada 'hood' tetapi tiada connecting hose ke ruang luar rumah.


Mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam proses ubahsuai rumah dan "Refurbishment", sekiranya anda memerlukan khidmat konsultansi sehingga siap, boleh hubungi saya di : 


www.wasap.my/601111892504



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...