Monday, December 19, 2011

I Have Been Proposed and I Am Engaged. Yeehaa!!

Assalamualaikum wahai rakan pembaca sekalian.

Sangat penat sebab aku baru pulang dari bercuti. Yes, bagi yang bertanya pada entri lepas, aku telah meninggalkan blog dan facebook tanpa khabar berita aku nak pergi mana. Nanti aku update k. (semoga rajin update.huhu..)

Merujuk perkara (tajuk) di atas, bukanlah saya yang di propose dan dah engage tuh. Oh tidak~
Tajuk nak gempak aje kan. Heh heh!

Lepas pulang dari Bangkok, aku terus bukak facebook. Aku nampak orang share video yang Oh sooo suweeet ini. Rasa terharu. T__T ada realiti begini.




Secara jujur dan ikhlas dari hati aku, bukanlah aku menolak keras couple mapel ni. Adalah perlu juga untuk mengenali pasangan kita sebelum berkahwin ye tak? Nanti kang lepas kahwin takut tak serasi lah apa lah kan.
Tapi bagi aku, bertemu jodoh begini pun not bad juga. Aku respect lelaki ni. Sebab dia berani & yakin dengan pilihan dia. & memandangkan si gadis pun dah buat solat sunat istikharah dan percaya dengan pilihan dia, insyaAllah, inilah jodoh dia. Aww~ *terharu*

Inilah yang aku tak suka tentang couple mapel zaman sekarang ni. Err, aku snap dari belakang. Aku yakin diorang bukan pasangan dah berkahwin. Sebab muka budak sekolah.Huhu. Dating di Times Square. Biasanya orang dah kahwin ni kita boleh beza cara diorang, Ye tak? Tapi kalau betul memang dah kahwin, my bad. Sorry yah.
Aku kurang gemar melihat gadis bertudung suka hati dibiarkan disentuh teman lelaki. Mahupun berjalan berpegang tangan, apatah lagi dibiarkan dipeluk. Errr.. aku pula yang terasa malu bila memandang. huhu. Pada aku, tudung membawa erti yang besar. Bila bertudung, turut bagi efek pada perbuatan, adab, akhlak dan harga diri. 

Aku berpendapat, seorang lelaki yang baik dan menghormati seorang perempuan takkan sesuka hati menyentuh perempuan itu. Yer, walaupun perempuan seperti Lollipop, sedap dipandang mungkin juga sedap disentuh dan dirasa tapi tidaakk.. Wahai perempuan, janganlah mudah sangat biarkan diri disentuh sesuka hati. Jodoh itu belum pasti. Macam mana kalau kalau kamu berkahwin dengan orang lain & satu hari nanti kamu dan suami terserempak ex kamu. 
Mungkin dalam hati ex kamu: Alaaa,minah ni aku dah puas pegang & comolot dah. Tak heran laaa..aku dah dapat apa yang suami dia dapat walaupun suami dia dapat extra. Eh!!

Tapi kalau kamu memang tak pernah disentuh, mesti kamu akan rasa satu kelegaan yang besar sebab menjaga harga diri kamu. Rasa macam tak rugi apa-apa lah. So mana satu pilihan kamu? ada otak pikir baik-baik. Ayah aku selalu pesan, ikut otak, jangan ikut hati. Aku memang setuju.

p/s: kalau korang ada bf/gf, tak perlulah update status jiwang-jiwang sangat di Facebook dan letak gambar suweeet-suweet bagai. Sikit-sikit tu bolehlah,aku maksudkan yang betul-betul over seperti "baby, thank you for today, sedap ice cream u cuapkan." Euww~ (-_-')   Benda yang kita nak kekalkan, tak molek digembar gemburkan dan dihebahkan selagi belum pasti. Paham nggak?

btw, pemilik video di atas ada blog juga. She's cute. =)
Boleh klik: Dena Bahrin

Thursday, December 8, 2011

Korang Rasa Tak Apa Yang Aku Rasa?

Hello.. Sekadar quick post sebelum tidur.

Seperti biasa, kalau ada surat khabar depan mata mesti nak baca.

Tapi sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam dah tak lalu dah nak baca paper.
Aku rasa dunia semakin gila.
Berita bunuh tu macam dah normal.
Baru selak dua tiga muka surat, aku rasa macam dah tak lalu nak baca sampai habis.
Ngeri doh. Kes rogol, sumbang mahram, buang bayi, rompak, etc.

Selak bahagian hiburan pulak, pelakon seksi-seksi. Lollipop mana lah pulak ni. Orang tengok pun geram, ye tak? Macam nak gigit-gigit je..
Muka tak kenal lah pulak.

Kadang-kadang rasa macam pelakon baru perempuan semua sepesen aje,
rambut panjang, baju pula selalunya mendedahkan kulit yang gebus gebas ittuw.
Kain kalau tak atas peha macam tak sah.
Dada kalau tak nampak lurah dendam tak sah.
Kadang-kadang terfikir jugak, memang kat Malaysia ni kalau nak jadi artis kena pakai seksi kah baru orang panggil berlakon?

Kadang-kadang kontroversi aje lebih, lakonan entah mana-mana.
Berebut pakwe pun keluar paper.
Baca post twitter artis-artis kat surat khabar lagi kelakar dari baca ruangan kartun.
Benda peribadi & tembak menembak sesama artis. Kurang matang @ kurang cerdik disitu.
Bila keluar Melodi- "owh, no comment~ I bercakap random jew. Takde nak tuju kat sesiapa. Kalau ada yang terasa itu hak masing-masing lah" Pftt.. tipikal jawapan artis Malaysia. Kat status bukan main suka sembur-menyembur, bila ditanya taknak mengaku malah berdolak dalih.

Belum lagi tengok reality show. Punyaaalah berlambak yang join reality show yang pertandingan nyanyi tuh, tapi mana? mana pergi semua juara reality show tu?
Suara memang superb tak dinafikan. Adam Af antah kemana? Vince AF? Ayu OIAM? Mawi mana hilang? Mila apa jadi?Semua sekejap je naik.
Walaupun masa depan peserta reality show ni aku rasa macam tak lah boleh dijamin akan popular dalam jangka masa lama, tapi masih ramai lagi nak join, dan semakin banyak lagi program realiti disiarkan di TV. Relevan tak? Yang aku rasa agak kelakar tu, yang jadi juri yang sakan mengomen dan mengutuk tu, tertanya juga aku apa kelayakan dan sumbangan mereka pada industri seni tanah air yang melayakkan mereka jadi juri. Ada sesetengah tu memang layak la aku rasa. Cuma ada certain yang buatkan aku rasa macam.. Huh?? kenapa dia? Dia punya lagu meletup ke kat radio? Suara dia pun macam..Teeetttttt!!!

Anzalna (aku tak kenal pun siapa tapi sebab keluar dalam Pancaindera baru-baru ni)

Neelofa

Izara Aisyah

Ayu Raudhah

Fasha Sandha

Hah, nampak tak daripada gambar-gambar di atas ni apa yang aku cuba sampaikan? Tak, aku takkan mempersoalkan tentang dosa pahala. Aku cuma nak kata, korang perasan tak artis perempuan Malaysia ni macam nampak sama aje. Harus berpakaian beginikah untuk menjadi artis? Ye..ye, yang penting bakat.(kata mereka seperti selalunya)
See..jawapan tipikal artis Malaysia kan..
 (-_-')


So kesimpulannya, korang rasa tak apa yang aku rasa? Atau korang ada pendapat atau huraian sendiri? Mungkin aku punya pendapat yang salah ke..
Elakkan mengutuk, mari berbincang anggap macam forum. Cehhh!! Yo yo oww je.

p/s: yang lelaki tengok gambar-gambar ni mesti dalam hati kata "yummeh~ lollipop!"

Monday, December 5, 2011

Can't Wait To Say Goodbye


Selama ni, tahun baru tak pernah bagi makna apa-apa yang besar bagi aku.
Sekadar New Year's Resolution yang bila dah nak tahun baru berikutnya azam yang lama tak tercapai pun.kahkah.

Serius, aku tak pernah pergi sambut tahun baru. Mungkin sebab mak aku pun marah gak keluar lewat-lewat malam kan.hehe..Plus, aku memang takde perasaan nak sambut kat luar.

Tapi..
kali ni..
Aku rasa tak sabar menunggu Disember berlalu pergi.
Betul aku tak sabar..
Tahun 2011 ni.. Hurmm.entah.
Susah nak dihuraikan. sekadar boleh kata "Hurrmmmmmmmmmmmmmmmm~" dengan panjangnya sambil belip-belip mata yang merenung jauh. Fiuuu~

Selamat datang 2012,
Semoga saya lebih ceria, gembira, bersemangat waja,sihat dan bertenaga,
Semoga dapat lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan dan paling tak patut dilupakan, Allah yang Maha Esa.
Semoga lebih menyayangi dan bersyukur,
Semoga sentiasa menjaga maruah diri dan menghormati orang lain walaupun  orang lain tak semestinya menghormati I. (takpe, Allah Maha Adil maah)
Semoga apa yang dah berlalu dibiarkan berlalu.
Jangan pandang belakang.
Jangan toleh pun.
Sekadar ambil iktibar boleh.
Jangan mengalirkan air mata kesedihan. air mata kegembiraan takpe.

Sophie Al-Yahya, you're gonna be just fine, and great!
You're gonna be somebody.
Trust yourself and don't give up!
Let's live life to the fullest!!

p/s: oh tak dilupakan..gaya, mutu, keunggulan tu kena ada..harharhar~ macam mintak penampor..


To whoever it may concern. If you love somebody please let them know. 
If you love me I need to know. Awww~ (^_^)V


If you're not brave to tell them how you feel, be brave enough to let them be loved by others. Ouch~ (maksud mendalam doh. sentap..sentap..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...