Thursday, December 26, 2019

Sabah Trip. Day 3-Semporna Menyempurnakan Harimu!

Sabah Day 3-Pulau Mabul & Kapalai.


Masa nak pergi trip pulau ni kan, aku macam sure tak sure nak pakai pakej mana, siapa aku harus contact nak tanya pasal pakej. Yela, aku honestly prefer guna pakej yang di rekemen kenalan atau keluarga. Risau lah jugak kalau kena tipu ke apa, lagipun aku tak biasa pergi belah-belah Semporna ni. Kan banyak rumours pasal orang kena culik la apa la. Aku teringat aku ada abang sedara yang kahwin dengan orang Sabah. Aku pun contact la Kak sedara aku tu tanya pasal contact person untuk sewa bot ni. 

So basically, rate untuk tidur 2 hari 1 malam di pulau di Semporna ni dalam RM400+ per pax, trip termasuk sewa bot , makan & sewa snorkeling gear. Kalau 3 hari 2 malam pulak dalam RM700. So kak sedara aku kata biasanya dia ambil day trip untuk snorkeling saja. Boleh sewa satu bot, kalau taknak campur dengan orang lain, dalam RM650. Kalau korang nak datang beramai-ramai, ok la, bot ni boleh muat 12 orang. So RM650 bahagi 12. Murah sangat bah. Tapi sebab aku prefer personal space (acah VIP), taknak campur dengan orang awam/tourist lain so kami ambil charter boat ni. Bertiga kami dalam 1 boat. Bukan apa, kalau campur orang lain, kita tak tahu perangai orang lain/tourist macam mana. Lagi-lagi kalau dapat naik sekali dengan tourist dari China mainland. Taknak pening kepala dengan kerenah orang. Plus lagi senang ikut masa kita sendiri aje. Tak tidur kat pulau pun jadi kos tu dapat dikurangkan.


Selama ni, aku cuma mampu tengok dalam internet je si Pulau Mabul ni. Rasa macam, asyik terkebil-kebil je mata ni. Cuma, belum ada reason untuk pergi sini. Tapi kali ni, aku berpeluang untuk tengok keindahan Semporna. Orang (boat man) yang bawa kami ni namanya Usop. Selain Usop, ada brader-brader lain seramai lagi 3 orang dan seorang gadis. Kiranya ada 5 orang bersama kami yang kendalikan trip ni. Sedangkan kami 3 orang aje. Sorang lagi lelaki jadi driver boat. Yang lagi 2 tu jaga kami masa snorkeling.
Kat jeti pun dah jernih airnya.

Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Mabul mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai. Kami dibawa ke perkampungan Pulau Mabul. Oh barulah aku tahu, kat Pulau Mabul ni ada perkampungan Bajau. Banyak rumah atas laut weh. Kat sini ada juga madrasah, surau, sekolah, kubur pun ada. Kalau sesiapa rasa stress duduk KL tu boleh la datang sini jadi volunteer mengajar kat sekolah ni. Boat man bagitahu, selalunya tourist jadi tenaga pengajar secara volunteer disini. 

Kami tukar baju disini untuk snorkeling.  
Cantik betul pulau disini. Last aku pergi pulau dalam 5 tahun yang lalu, sedangkan aku ni gila pulau. Jadi, aku sangat appreciate masa yang aku spend kat sini. 

Untuk mereka yang nak guna boat man yang aku guna ni, nah aku promote for free contact number :

+60135577046 (Usop)

Inilah Usop.

Seterusnya, ini adalah entri bergambar. Sila, sila.. jemput tengok keindahan pulau disini.





Macam ni la perkampungan Bajau.


Masa naik boat kan, memang akan selalu ada sampan-sampan yang datang dengan bawa makanan laut fresh. Ni apa yang aku cadangkan la.. Kalau korang yang nak datang sini nak masak sendiri, pilihlah hotel/penginapan/homestay yang ada kelengkapan memasak. Kalau nak masak lah. Kalau tidak, boleh upah orang kat perkampungan ni untuk masak. Tapi dia charge lagi mahal dari harga makanan mentah itself. So kitorang tak beli la. Murah memang murah la. Stress gilakkk sebab geram je rasa nak buat BBQ. Tapi sebab kitorang tak tidur situ kan dan nak balik Tawau malam tu.

Banyak ni RM25 je. Murah betul. Geram je tengok dia punya segar tu siap masih bergerak eh ketam ni. Next time kalau aku pergi lagi aku akan pastikan aku beli ketam ni! Huh!

Jalan-jalan di Mabul Resort. Ok jugak resort sini. Tapi kami singgah jela/



Cantik dia MashaAllah. Macam wallpaper. Dahla kami bertuah sangat-sangat. Cuaca baik, tak hujan. Tengok langit pun biru, cerah, mabeless!


Kasi can la sis nak bahagia jap walaupun semakin hitam. haha.




Diorang kata ni gigi ikan jerung. Aku try pegang. Serius tajam weh.
(-____-')



Sekitar dalam resort


Can you see my skin was burning. 

Budak archi dia wajib amek gambar bangunan tak kisah lah bangunan apa pun.

I loikeee...

Ketenangan..

Hah! Macam tak logik dia punya cantik. Serius aku rasa kalau dalam gambar ni macam terhad pemandangan. Bila kat keadaan sebenar, Allahu.. Tak terkata.. 
Takyah je weh pergi jauh-jauh sampai oversea. Kat sini pun dah cukup kalau nak jimat.

Cantik kan?

The clear wotahh...

Nah layan lah lagi gambar-gambar yang banyak ni.














Thank you filter.





Kat sini aku belajar makan mee goreng dalam plastik. Yeah a bit pelik. Tapi, aku cuba juga makan dalam ni. 


Life is good.
Sebenarnya, bulu mata geli-geli sebab tahan rintangan angin. Hah


Malam, kami makan seafood. Adik Sara belanja. Sedaaapppp!









Sunday, November 10, 2019

Sabah Trip. Day 2- Bandar Tawau & Ladang Segaria

Sabah Day 2-Tawau City & Ladang Segaria

Rasa agak kelakar sebab Sara selalu risau kalau aku tak selesa. Takut tak selesa dengan makanan Sabah, tak selesa makan kat gerai , tak selesa serba serbi. Sebab aku budak bandar kot. Haha. Dia tak tahu meh, campak lah aku kat mana-mana, seketul Sofiya boleh survive. Asalkan tempat tu tak kotor. Sis ni jenis tak kuat komplen atau merungut. Terima je seadanya gituh. Suasana di Tawau totally berbeza dengan suasana aku dibesarkan. Tapi kita travel untuk embrace culture, bukan untuk banding-bandingkan. Bila embrace, kita akan lebih bersyukur dengan hidup ni. 


*tangga wajib bergambar everyday for OOTD* (konon..)

Maybe sebab aku dibesarkan di Subang Jaya & sekarang menetap di Kuala Lumpur, makanya aku kadang-kadang senak mata tengok hutan konkrit dan kesesakan. Kadang-kadang hati aku meronta nak tukar view. Aku siap berangan kalau aku mampu, nak beli tanah jauh sikit dari bandar & bina rumah atas tanah sendiri. (cakap je dulu, biasanya yang aku cakap kat blog aku dah berjaya buat. Haha) .Aku dah lama dah sebenarnya teringin nak ada kenalan yang dari Sabah & Sarawak yang boleh bawa aku jalan-jalan masuk kampung & pekan, mendalami budaya diorang. Aku ada beberapa kenalan orang Sabah. Semua baik-baik. Entah kenapa tapi aku rasa senang dengan orang sana. Kalau keluar ke pekan pun orang sana aku rasa macam ada budi bahasa yang baik.



Bawah rumah ni ada kolong. Sara kata tempat ni selalu naik air kalau banjir. Jadi untuk yang belum tahu, salah satu advantage rumah kayu tradisional yang dibina atas tiang tinggi ialah untuk tak ditenggelami air. Ayah Sara tunjuk paras air paling tinggi pernah naik, eh ada dalam 7 kaki tinggi jugak. Tinggi pintu. Memang la boleh lemas.


*sis excited kalau dapat berjalan (walaupun tenaga tak macam awal dua puluhan dulu. Haha)*


Kami ke bandar naik Van ala-ala bas pengangkutan awam la disini. Sekali naik RM2. Jadi bila van ni bergerak, aku boleh menghayati perkampungan ni. Kat perkampungan ni, Kampung Pasir Putih, Tawau, hampir semua rumah guna kayu & tinggi. Ada kolong di bawah rumah. Boleh letak kereta. Rumah kebanyakannya besar-besar. Tanah pun luas. Puas betul kan kalau dapat rumah besar-besar. Rumah kayu pun material mahal woi. Kayu belian lagi.


 
Mendessert is my favourite.


Orang Tawau pun belum tentu lagi dah bergambar disini, betul tak?




Ewah! Senangnya uolls eja Tawau dalam Jawi yer.


Untuk yang masih belum tahu, Tawau punya kedudukan ni dekat saja dengan laut.


Sekejap aje dapat berjalan tengah bandar sebab aku dibawa ke Segaria pula. Ladang kelapa sawit di Segaria, Semporna. Kat sini lah area Sara dilahirkan dan dibesarkan. Excited betul dia bercerita nostalgia lama. Macam aku cakap, suasana sini sangat berbeza dengan tempat aku dibesarkan. Aku lahir-lahir, duduk di rumah batu,rumah teres, rapat-rapat. Kat sini, mata senang sikit tengok sebab rumah sini jarak-jarak, tak nampak padat. Takde rumah kondo ke flat ke. Jadi pemandangan atas tanah tu nampak lapang. Tengok kejiranan sini kebanyakan orang hiaskan rumah dengan pokok-pokok. Sara kata, kat sini ada pertandingan hias rumah. Oh patutlah. Perkampungan dalam ladang ni bersih aje. Oh, by the way, ladang kelapa sawit ni dimiliki oleh Baustead. Jadi, yang boleh duduk sini adalah peladang-peladang saja. Nak masuk ladang ni pun bukan sembarangan orang boleh masuk. Aku lucky lah boleh dapat peluang masuk ladang. Selalunya kalau kat Semenanjung kan boleh tengok tepi highway aje, jalan masuk ladang pun tak tahu kat mana.



Excuse me, I'm enjoying myself here. 


Laju je sis amek gambar, sebab dah Maghrib. Kan tak elok merayau Maghrib-maghrib. Waktu solat masuk lagi awal berbanding di Semenanjung. Tengok masa kat gambar ni. Pukul 6.04pm dah gelap gini. Aku bangun Subuh pun pukul 5 pagi gais. Pastu tak tahu nak buat apa dah aku sambung la tidur. Kalau rumah sendiri bolehla buat apa yang patut.






Tahu tak, ni lah hidangan feveret aku kat sana. Tapi orang semenanjung jangan gelak eh dengan nama dia. Ni sambal sanggar peppek. Macam, pisang muda yang kena ketuk/lenyek. Pastu goreng dengan tepung apa ntah (aku tau makan je), garing weh, then cicah sambal ni. Wehh serius layan. Kalau korang sejenis yang suka kerepek pisang, korang akan suka sanggar ni.


Kampung dalam ladang ni, ada waktu-waktu tertentu sumber elektrik akan dimatikan. Kiranya, kalau malam, pukul 12-4 pagi takde elektrik. Kau tidur lah dalam keadaan panas. Elektrik akan disambung semula pukul 4am-6am pula. Aku pun cuba lah biasakan diri. Beriya aku target tidur sebelum pukul 12 malam supaya aku tidur sebelum elektrik takde. Pukul 10pm sis tidur. Sara kata confirm aku akan terjaga sebab panas. Aku cuba sedapkan diri sendiri mengatakan yang aku ni kalau tidur memang lena. Tak terjaga kot. Gue silap dong! Memang panas sampai terjaga-jaga. Every hour aku terjaga. Cuba pujuk hati membayangkan winter di London walaupun tak logik. Tapi sebabkan sis bukan jenis kuat merungut. Sis bersyukur sangat-sangat ada orang sudi tumpangkan rumah & merealisasikan impian merasa suasana kampung sebegini. *mata berair-air over, genggam tangan.*



Pagi esoknya kami mahu gerak buat day trip snorkeling di Pulau Mabul dan Kapalai. Sempat singgah sekolah rendah Sara. Sekolah Kebangsaan Ladang Segaria. Sibuk nak ambil gambar. Dah tentu la excited. Sekolah ni diperbuat dari kayu. Elevated floor pula tu. Mana nak jumpa kalau kat bandar. Sis kan seketul orang yang excited.



Oh, Sara kata, dalam ladang ni, siapa yang naik motor diwajibkan pakai topi kuning ni. Kalau tak pakai, akan kena denda oleh management. Jadi, aku memang tak nampak orang naik motor tanpa topi kuning ni. Jalan di dalam ladang juga jalan tanah merah.





Nah share gambar masa dalam kereta. Pemandangan sekitar ladang.
Walaupun Sara kata ni pemandangan yang biasa bagi dia tapi aku macam.
Wehh..!! Ini bukan biasa-biasa weh untuk orang yang sukakan nature.









 Tukar kereta di persimpangan. Sini lah Semporna. Parents Sara hantar sampai simpang mana entah. Kami berdua tunggu adik Sara sampai dari Tawau. Sambil menunggu sempat ambil gambar di kawasan ni.
Pemandangan ladang dan langit yang cerah dan biru sangatlah memberi ketenangan, tambahan pula maybe ada extra oxigen kot rasa udara segar aje. Dahla kat sini tak jem macam KL. Patutla tak stress datang sini. Haha.


Enjoying ourselves!



Next entry : Day trip snorkeling di Pulau Mabul & Kapalai.



Monday, November 4, 2019

Sabah Trip. Day 1-Tawau. Baru Sampai

Untuk tahun ni, ni trip kedua yang aku dan kawan sekerja aku buat. Sara namanya.Trip pertama, pergi umrah bersama yang aku tak sempat update pun di blog. Trip kedua ialah ke Sabah. Lagi tepat lagi ke Tawau, kampung Sara. Asalnya, hanya sekadar Sara cakap, 

"Hmm, rasa nak balik kampung la tengok bapak dengan mak." 

"Balik lah. Erm, tapi kan..kalau awak balik, macam teringin je nak ikut. Saya tak pernah sampai Tawau lagi."

"Eh jom! jom! Kita balik Tawau sama-sama."

"Eh bukan sana dah dekat dengan pulau-pulau cantik tu ke? Semporna?"

"A ah iyalah. Boleh la pergi sekali tu."

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku yang suka sangat pergi pulau pun terus ONzz!

Hari yang sama gak kami beli tiket balik Tawau. Macam tula kami kalau buat keputusan. Adhoc selalu. Tapi, sebab kerja sendiri makanya tak susah la nak cuti. Lagipun memang biasanya setahun sekali aku mesti nak bercuti gi mana-mana. Setahun sekali cuti. Tahun lepas ke Korea. Tahun ni dalam negara cukup bah. Jimat pun jimat. 

Kalau Kota Kinabalu, aku dah sampai sana tiga kali dah. Tawau ni, aku langsung takde gambaran macam mana suasananya. 

Kami sampai airport Tawau pada 22 Oktober 2019, dalam jam 3.30pm. Mak & ayah Sara yang sambut kami. Parents Sara dah kenal aku dah sebab masa bulan April lepas, kami sama-sama pergi Umrah. Aku dengan family aku, Sara dengan family dia. Jadi dah agak biasa. Cuaca elok, berbeza dengan Semenanjung yang sekarang hujan lebat hari-hari. Di Tawau cuaca cerah & terik. Aku melihat pemandangan sekeliling. Memang bandar peladang bah. Kiri kanan pertanian semata. Sini takde tol. Jalan lurus aje.






Sampai sana, kami makan dulu. Sara ajar makan martabak jawa. Lain rasa dia dengan martabak semenanjung. Kat Sabah ni dia rasa sayur. Hari pertama sampai kami rehat saja. Rilek dulu, ada masa hampir seminggu kat sini. 




Nampak tak ada kuih macam apam balik ni. Namanya kat sini Terang Bulan. Sebabkan Sara cakap, kat semenanjung punya lagi sedap, aku tak beli la. Lagipun saiz dia besar sangat. Takut tak habis. 

 Sis cuba Martabak Jawa. Sedap. Memang berbeza dengan murtabak di semenanjung. Rasa dia macam banyak sayur sikit.


Sayap ayam.


Pemandangan pada hari sis sampai di Tawau. Cuaca terik, banyak pokok kat kiri dan kanan jalan.
Walaupun masih dalam Malaysia, ada satu perasaan yang menyenangkan bila dapat bercuti, jauh dari kerja, jauh dari komputer. I need to detox from work. Gituh.






Pekan Tawau.



"OK BAH KALAU KAU"


p/s: Ni sebab baru sampai Tawau, maka tidaklah aku berjalan sangat. Sebab sampai rumah Sara, kami berehat la. Sengaja aku setting gambar dari phone ada tarikh & waktu supaya aku ada memori bila kejadian-kejadian ni berlaku. Gituh. Ni aku baru start engine nak bercerita. Nantikan entri seterusnya. 


 

Friday, September 27, 2019

Pemasangan Kitchen Cabinet & Wardrobe di Teluk Panglima Garang

Assalamualaikum. Harini sis nak share hasil pemasangan kitchen cabinet di Teluk Panglima Garang, Selangor. So far sis ambil job area KL & Selangor aje. 

Untuk pengetahuan semua, satu tips untuk anda semua, bila nak buat kitchen cabinet, kena alert yang harga kitchen cabinet biasanya dikira seketul macam tu, kabinet semata-mata. Sinki , water tap semua tu dikira harga yang berasingan. Kadang-kadang, ada client yang nak beli sinki dia sendiri, kepala paip sendiri ikut taste dia. Jadi antara accessories yang boleh dimasukkan dalam kos kabinet dapur ialah sinki (1 bowl atau 2 bowls), water tap, hanging dishrack, hood & hob. Selain tu, ada kos untuk plumbing juga. Kena identify dulu salur paip keluar air kotor yang disalurkan ke dalam dinding tu dia tinggi tak. Zaman sekarang, rumah bila dah siap selalu lubang tu tinggi. Jadi kesan buruknya, bila letak sinki baru yang lagi dalam, plumbing bawah sinki jadi rendah sikit, air jadi backflow. mengakibatkan air bertakung dalam sinki. Jadi, solusinya harus pecah dinding sikit untuk rendahkan outlet air. Tak tahula korang faham tak apa yang sis cuba sampaikan ni. Haha..

 Untuk set kabinet dapur ni, warna yang dipilih lebih kepada warna nature. Client sendiri, dia tahu apa yang dia nak. Nak table top putih dan badan kabinet berwarna kayu cerah. Saya sendiri pun suka feeling bila berdiri di dapur ni. Rasa tenang tengok material warna macam ni.


 Selain kabinet dapur, built in wardrobe juga dipasang di rumah ini, di bilik tidur utama. Secara praktikal, kegunaan separuh-separuh. Separuh (3 pintu kanan) untuk isteri. 3 pintu kiri lagi untuk suami, macam tula. Ruang tengah lebih kepada mixed use. Soket elektrik dialihkan dari kedudukan asal untuk sesuaikan dengan kegunaan. Jadinya, boleh la gunakan untuk hair dryer ke, cas handphone ke.


 Bukti I was there. Chewah.

 Selain pemasangan kitchen cabinet dan wardrobe, kami juga diberikan amanah untuk pemasangan lampu dan kipas dalam rumah ni. 

Kalau nak beli rumah, dinasihatkan jangan hanya seronok membeli sahaja ye. Sebab nak sediakan keperluan sebelum masuk rumah pun kena ada bajet juga. 

p/s: Kalau nak masuk rumah baru, nak pasang lampu, kipas, kitchen cabinet & wardrobe, boleh lah panggil saya & team saya. Kami cuba deliver ikut budget client. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...