Showing posts with label temuduga senibina. Show all posts
Showing posts with label temuduga senibina. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

F.A.Q Senibina @ Architecture

Walaupun aku dah mengantuk tetapi ku gagahi jua menaip entri ini buat pedoman mereka especially adik-adik yang berminat nak belajar kos senibina ni. Memandangkan yang bertanya soalan kat aku ni kadang-kadang yang bertanya seorang, tapi soalan bukan main banyak. Kadang-kadang dapat soalan yang sama. Oleh itu, aku akan cuba lah muatkan dalam entri pasal F.A.Q Senibina ni okey. Kalau soalan awak belum dijawab tu boleh lah tanya lagi sebab akak Sophie ni dah pening dah nak bukak entri-entri lama, email, formspring. 

*Jangalah ingat saya ni arkitek. Saya baru jadi Assistant Architect. Saya nak sambung belajar nak complete part 2. Doakan saya berjaya. Heeee.. =B *
(sempat lagik nak mencapap perempuan ni..)



So terus dengan sesi soal jawab:


1) Apa syarat kelayakan SPM untuk membolehkan saya dapat kos senibina ni?


Sebenarnya, aku pun tak tahu. Tapi demi nak kongsi maklumat, aku pun buat research. Untuk apa-apa kos yang kamu nak tahu syarat kelayakannya, rajin-rajin lah masuk website UPU ni .


Jadi di bawah ni adalah syarat untuk UiTM sahaja. Untuk U lain, kome pandai-pandailah godek-godek website ni ok.



SYARAT AM UNIVERSITI
  1. Warganegara Malaysia ; dan
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnyaLIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.



    MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
    DAN
    SYARAT KHAS PROGRAM

    Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI  dengan mendapat gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran:
    • Physics / Chemistry / Additional Science / Science
    • Mathematics / Additional Mathematics
    • Geografi / Sejarah/ Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Perdagangan / Ekonomi Asas
      DAN
    •  Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

                
    SERTA
    •  Tidak buta / buta warna 
    Nota:  Lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna dalam temuduga yang dikendalikan oleh Fakulti.
    Nota :
    Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti



2) Kak Sophie, saya ada terfikir nak ambil course architecture, tapi tertanya-tanya macam mana peluang kerja nak jadi arkitek?

Fikir macam ni je dik, pembangunan,bangunan, akan sentiasa membangun & bertambah. Mustahil peluang kerja sebagai arkitek akan semakin berkurang. Arkitek tak pernah ada dalam ranking kadar pengangguran di Malaysia setahu akak. Cuma peluang nak dapat kerja tu, kena lah ada skill yang bagus, communication skill pun bagus, berintergriti. Cewah, ayat nak patriotik jew..


3) Kak Sophie tahu tak mana-mana IPTS yang ada Part 1?

Sejujurnya akak memang tak tahu sehh! tapi, untuk pedoman adik-adik, bolehlah ke website Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) <---- LAM ni SANGAT PENTING untuk korang tahu kewujudannya okehhh!! Lepas masuk website ni, bolehlah check IPTA mana yang ada pengiktirafan (accreditation) Part 1 & Part 2. Tapi kat bawah ni yang dalam Malaysia lah. Oleh itu, haruslah berhati-hati juga dengan IPTS yang menawarkan kos senibina sebab kadang-kadang bunyi macam ada LAM Part 1 & Part 2, sekali kau habis belajar rupa-rupanya tak diiktiraf. Sebelum korang sakit jiwa, lebih baik korang check dulu kat pejabat dia ke. Mintak tunjuk sijil pengiktirafan ke apa. By the way, mungkin juga website LAM ni dah lama tak berupdate. Wallahualam.




 MALAYSIA
Institutions
Period
FT
Degree Awarded 
Part I or Part II 
1.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
Faculty of Built Environment
Karung Berkunci 791
80990 Johor Bahru
Negeri Johor Darul Takzim


3 yrs
3 yrs


5 yrs
FT
FT


FT
Dip. Arch
B. Arch (Hons)


B. Arch (Hons)

 

Part II


Part I
&
Part II
2.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
Department of Architecture,
   Planning & Surveying
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 

4 yrs


2 yrs
FT


FT
Dip. Arch /
BSc. Arch Studies

B. Arch (Hons)
Part I


Part II
3.
Universiti Sains Malaysia (USM) 
School of Housing,
   Building & Planning
11800 Pulau Pinang 

3 yrs


2 yrs
FT


FT
Bachelor of Housing
Building and Planning

B. Arch
Part I


Part II
4.
University of Malaya
(UM)
 
Faculty of Built Environment
Lembah Pantai
50603 Kuala Lumpur 

3 yrs

2 yrs
FT

FT
B. Sc. (Arch)

B. Arch
Part I

Part II
5.
International Islamic University Malaysia (UIA) 
Kulliyyah of Architecture
   & Environmental Design
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur 

3 yrs

2 yrs
FT

FT
B.Sc (Arch. Studies)

B. Arch (Hons)
Part I

Part II
6.
Universiti Putra Malaysia (UPM) 
Department of Architecture 

Faculty of Design
   and Architecture
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan 

3 yrs


2 yrs
FT


FT
B. Design
 (Architecture)

B. Arch
Part I


Part II
FT : Full Time





 4) Macam mana nak pergi overseas untuk kos senibina?
Kalau kamu merancang untuk kembali bekerja di Malaysia selepas habis belajar Part 1 & Part 2, saya sangatlah menyarankan supaya kamu janganlah aci redah je apa-apa universiti yang menawarkan kos senibina samada di UK, Australia, US, etc. Berbalik semula kepada website LAM di atas, kalau kamu godel-godek lagi, di bawah tajuk 'accreditation'> List of Recognised Programmes, kamu akan menjumpai universiti-universiti dari Malaysia, Australia, New Zealand,United Kingdom. Bila ada accreditation LAM, tak lah bermasalah sangat bila nak balik kerja di Malaysia. Tapi kalau bercadang nak murtad Malaysia, tak payah pikir accreditation pun takpe kot.Harharhar..


5) Is it possible for a science student to take this course? Sebab takde subjek Lukisan Kejuruteraan.
Mestilah!!! Takdak masalah eihh! Dulu masa SPM akak amek pure science. Tapi saje tambah pendidikan seni. Hakikatnya, kalau takde Lukisan Kejuruteraan atau Pendidikan Seni masa SPM, pun boleh apply aje. 


6) Interview nanti oral ke test?
Interview mestilah oral. Kalau interview di UiTM ada ujian melukis. Good luck! *mungkin kalau ada masa (dan rajin sedikit) saya akan cuba buat entri cara-cara nak pass interview kos senibina ni.*


7) Kak Sophie,yang amek course Seni Bina UiTM ni memang boleh dapat kerja ke,tak takut ke nanti kalau jadi penganggur.


Tak takut langsung dik. Huahua..berlagak. Sebenarnya, kebanyakan firm architecture di Malaysia selalunya ramai juga graduan dari UiTM walaupun pelajar untuk satu batch taklah ramai. Kalau dari IPTA, insyaAllah mudah dapat kerja melainkan kamu tak perform masa interview. Kalau dari IPTS pun boleh ajew dapat kerja maah.. Apa lah nak risau sangat, habiskan jelah belajar dulu dengan flying colours gituww~


8) Kak Sophie kalau nak amek course senibina memang kene pandai melukis ke even dulu Lukisan Kejuruteraan tak score A ? dan macam sangat susah je course ni.


Kalau pandai melukis memang satu kelebihan yang besar & sangat berguna untuk survive dalam senibina. Tapi kalau tak pandai melukis pun at least otak tu boleh berfikir dengan bagus lah pasal architecture. Yer, kos ni tak pernah lagi lah akak dengar orang kata senang melainkan orang tu poyo. Huahua. Dua kali akak hampir give up. Tapi ku gagahi jua..Sobs..sobs.. T__T


9) Kak Sophie,memang kene kuat daya imaginasi ke kalau nak ambil course senibina macam akak ni ? kalau imaginasi kurang boleh ditingkatkan ke ?


Adoii soalan ini.. Urmmm..sebenarnya daya imaginasi tu memang penting untuk kos ni. Oh tapi daya imaginasi tu janganlah samakan dengan daya berangan pulak. Imaginasi di sini bermaksud kebolehan kamu mentafsir, membayangkan sesuatu bangunan terutamanya apabila melihat lukisan. Sebab tulah kena banyak melukis. Sebab kadang-kadang daripada lukisan (contohnya nak baca pelan, pandangan hadapan,belakang, tepi,kanan kiri, keratan rentas bangunan), lukisan atas kertas ni bisanya dalam bentuk 2D. Kadang-kadang bila tak berapa paham, itulah gunanya kebolehan melukis. Kamu lukis untuk tafsir apa yang kamu nampak dalam bentuk 2D ni kepada 3D. Imaginasi kurang, mestilah boleh ditingkatkan kalau ada usaha. Kalau cepat give up say bye-bye to architecture okey.


10) Kak , yang sarjana sains senibina kat uitm tu dekat shah alam ke kat iskandar perak ? Bila kita nak tau yg kita lulus / tak intrview ? Macam mane kalau kita dah tolak matriks , then tggu keputusan interview , sekali kita tak dapat ? 
Kat dua-dua tempat ada. Shah Alam dan Seri Iskandar. Cuma, bila dah masuk semester 7, pelajar dari Seri Iskandar akan masuk batch di Shah Alam. Kira gabung batch la. Biasanya kita akan tahu keputusan interview sebelum semester bemula la.hihihi.. Yang ni kena selalu update di website UPU. Kalau dapat pergi interview,biasanya akan dapat surat jemputan. Aww~ suweeet jew. Kalau awak tolak matriks dan betul-betul nak kos senibina ni, sekiranya gagal, boleh buat rayuan. Kalau gagal juga, boleh cuba sem depan. Macam akak, akak pergi intrview second time baru dapat tau. Mean time akak kerja dulu sebab tak nak kos lain. Nak architecture jugak. (lepas tu hampir 2x gak rasa nak give up dengan architecture. Huahua.. Sadis. Tapi sekarang dah okey.heeeee.. =B  ). Matriks? Tak tahu kenapa tapi saya tak sarankan adik-adik masuk matriks. Even ayah saya pensyarah pun tak begitu menggalakkan saya & adik beradik masuk matriks. First, sebab silibus yang kena cover banyak pastu cramp dalam masa yang sangat singkat. Second, sebab lepas masuk matriks, kamu kena compete lagi untuk masuk U.Maksudnya takde jaminan 100% kamu akan dapat masuk U lepas habis belajar di matriks. Third, sebab bila ayah saya tanda kertas periksa, dia kata budak STPM punya jawapan lagi mantops dari budak dari matriks. Meaning---> kualiti. Nanti tak pasal-pasal akhirnya kamu masuk U dengan result SPM kamu jugak..Sebab dah pernah jadi pada beberapa orang rakan. Bertambah tak membantu bila results masa matriks tak mantops. 


GOOD LUCK ADIK-ADIK!!!!
KALAU DAH DAPAT KOS SENIBINA JANGANLAH GIVE UP DENGAN MUDAH OKEY!
CHAYOK-CHAYOK! FIGHTING!!!  v(^__^)v


P/S: nak tanya apa-apa lagi pun boleh.. sila-sila..

Thursday, June 23, 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu Jika Mahu Belajar Kursus Senibina (Architecture)

Assalamualaikum.

Harini aku nak membincangkan satu hal yang aku kira agak serius. Ececeh.

Apa yang adik-adik (terutamanya) perlu tahu jika ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang ini? Kadang-kadang kita tengok banyak sangat tawaran best-best kolej kominiti lah kolej swasta lah. Tak dinafikan juga, course ini agak susah nak diterima masuk di IPTA sebab tempat SANGATLAH TERHAD.

Jadi apa sebenarnya perkara paling utama kalau anda nak belajar course architecture?





1. Recognition/ accreditation.


Disebabkan anda tak dapat terima tawaran di IPTA anda mencari kursus yang sama di IPTS. Tapi tahukah anda kebanyakan IPTS tiada pengiktirafan/ recognition dari LAM? Untuk menjadi seorang arkitek berdaftar di Malaysia, anda perlu ada LAM Part 1 dan Part 2. (ohya, LAM= Lembaga Arkitek Malaysia). Kalau ada Part 2 baru boleh digelar arkitek. Kalau ada Part 3, maknanya nama aku akan jadi Ar.Sophie Al-Yahya. PErghhhhhh terjuling mata!!! @__@

Ikut pengalaman aku, masa aku belajar kat UiTM dulu, banyak kes yang melibatkan macam, orang ni habis Diploma di sesebuah kolej,tapi disebabkan dia takda Part 1, dia tak boleh sambung Degree kat UiTM terus. Dia kena masuk Diploma tapi tahun kedua macam tu la. Dan walaupun di UiTM Diploma Senibina dah ditukar kepada B.Sc (Architecture) tetapi ia tetap Part 1 yang kena belajar 4 tahun. Dari segi tu dah membazir waktu dah. Belum lagi nak sambung part 2 LAM kan?Kalau total course Part1+Part2 di UiTM adalah 6 tahun, maka orang-orang yang ada kes macam ni mungkin habiskan masa dalam 7,8 tahun untuk dapat Part 2.

Ok, kalau masa nak belajar tahan lagi. Tapi masa bekerja? Ramai yang aku kenal, dia habiskan belajar di kolej swasta dalam bidang senibina, sekali bila nak mintak kerja, rupanya kolej dia takda recognition Part 1. Tangga gaji juga mungkin sedikit rendah berbanding yang ada Part 1.Dari situ dah menyusahkan dia kena ambil exam yang rasanya bukanlah mudah. Lepas tu melecehkan sebab susah nak ambil Part 2 bila Part 1 pun takde. Paham tak kawan-kawan dan adik-adik?

2. Interview

Kebanyakan IPTA yang menawarkan kursus ini akan mengadakan temuduga terlebih dahulu. Melalui apa yang lecturers aku cakap, bukan straight A's SPM yang mereka cari. Orang yang straight A's SPM pensyarah-pensyarah lebih menasihatkan belajar course yang lebih macam..ermmm.. Medic ke.. Engineering ke.Course yang memerlukan otak genius la pendek kata.  Sebab apa yang mereka mahu dari seorang pelajar senibina ialah berfikiran kreatif, kuat dari segi mental dan fizikal,out spoken, tak pasif,determine.Sebab tulah ada interview. So kalau ada yang dapat interview senibina tu korang janganlah tertunduk-tunduk masa diinterview. Sebab nanti nak jadi arkitek kau kena jumpa client dll.Dalam tangga building construction pula, arkitek berada paling atas yang kena kerah tenaga Quantity Surveyor, Engineers, Contractors,dll. Bak kata bos aku bila orang-orang ini tak buat kerja ikut deadline " We've got to whack all these jokers man!" Sebab kalau orang bawah kau tak buat kerja, arkitek juga yang selalu kena tuding jari oleh client. Jadi kalau kau tak aggresive, macam mana kau nak berdepan dengan ini semua? Lagi satu, kalau nak pergi site yang under construction, kau ingat boleh ke nak bajet diva atau puteri dan putera lilin? tak tahan panas, nak pakai heels bermekap tebal bagai? Sebab tu interview itu penting. Sebab tempat adalah sangat terhad, maka mereka mahu cari orang yang betul-betul mereka rasa boleh survive dalam kursus ni.

Sebab apa aku kata terhad, sebab kalau kat IPTA lain, aku kurang pasti tapi rasanya macam lebih kurang. Kalau kat UiTM, satu sem cuma ada satu kelas aje untuk batch tu. Masa aku masuk dulu,satu batch ada 30 orang aje. Tapi yang apply setiap sem? beribu orang tau.

So, ni dua benda utama lah yang korang kena tahu kalau nak belajar course ni. Aku buat entri ni pun sebab rasa kesian sebab ramai sangat dah orang yang aku kenal ada masalah dengan recognition. Kadang-kadang korang kena faham jugak, strategy IPTS. Kaut duit. Tapi banyak dah dengar certain professional courses takde recognition yang sepatutnya. Senang je nak tahu kalau tempat tu takde recognition. Biasanya menawarkan kursus senibina tanpa ada temuduga. Tapi kalau ada pun kau kena tanya elok-elok ada reconition dari LAM ke takde. Kalau orang tu sendiri tak tahu LAM tu apa, lebih baik kau berambus aje jangan buang masa.

p/s: Dulu aku selalu dengar orang kata budak arci ramai semat-semat, cun, ensem.. Aku tak percaya, sebab yelah, duduk studio, serabai, entah mandi entah tak. Tapi bila dah kerja. Rasa macam. Wahh..impressive juga yer arkitek-arkitek ni. Tak kata lah semuanya kena hensem atau cun. Tapi cara mereka bekerja dan berfikir membuatkan ada 'something' dalam diri mereka yang aku rasa outstanding. Buktinya, masa first day aku nak masuk kerja, aku tunggu dalam kereta agak lama sebab datang awal. Aku lihat gelagat dan gaya orang. Semua yang aku target adalah arkitek masa di tempat parking tu memang aku jumpa balik masa masuk firm. Dan memang arkitek pun.Haaaa.. sampai dah boleh cam dah gaya arkitek macam mana.



Selalunya mempunyai mata yang merenung tajam. Pergh interpretation sendiri. =B

Keadaan paling sebenar dalam firm. 

Maka jangan jeles dengan fakta ini:

Architects are seen as being "balanced and rounded individuals who combine a creative approach with a caring, thoughtful disposition," the survey found. It concluded: "Their ability to cope with pressure of work in a relaxed manner was also deemed to be a significant plus."
Male architects beat stockbrokers, doctors, film directors and teachers to the top spot.


Maka mungkinkah budak hingusan ini layak menjadi arkitek? Tunggu lagi beberapa tahun. Bertabahlah anda Super Sophie!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...