Hari selepas BBQ di rumah Encik Salmizi, aku dan rakan-rakan satu kumpulan bertungkus lumus menyiapkan tugasan kerana esoknya ada presentation site. Slide powerpoint masih belum gabung dan semak, model site belum buat lagi. Masing-masing risau takut tak dapat siapkan. Tapi tak apa, kena berfikiran positif dan yakin boleh.
Mulakan dengan tenang, rancang dulu macam mana nak buat model dan bahagikan tugas. Ada yang buat tapak, ada yang buat bangunan, ada yang buat pokok, jalan raya.