Kelas Renang UiTM



(dipetik dari blog kolam renang UiTM) Salam kepada semua pengunjung blog & kolam renang UiTM. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas renang di kolam renang UiTM, sila rujuk carta alir kelas renang di bawah. Bayaran kelas adalah mengikut kadar seperti yang ditetapkan.

Setiap kelas renang merangkumi 10 jam sesi kelas renang (selama 2 jam per kelas, untuk 5 minggu). Kelas ini khusus untuk mereka yang tidak pandai berenang dan berumur 6 tahun ke atas. Kebiasaannya, pelajar akan pandai berenang & menyelamatkan diri di dalam air menggunakan teknik breast-stroke / frog-kick selepas tamat sesi kelas renang (pencapaian berbeza mengikut tahap umur).



--------------------------------------------------------------------------------------------
CARTA ALIR KELAS RENANG KOMPLEKS KOLAM RENANG UITM
1. Dapatkan borang Kelas Renang di Kaunter Kolam Renang UiTM
(Boleh juga dimuat turun di sini).

2. Pembayaran Yuran Kelas Renang hendaklah dibayar (bank-in) terus ke BENDAHARI UiTM melalui Affin Bank di nombor akaun 105140003422.

3. Dapatkan resit atau salinan slip pembayaran Affin Bank untuk setiap pembayaran kelas renang dan kepilkan bersama borang kelas renang. Borang kelas renang beserta slip pembayaran tersebut hendaklah diserahkan di kaunter Kolam Renang UiTM.

4. Jurulatih Renang yang dilantik akan membuat panggilan (SMS/Telefon) untuk memulakan Kelas
(Apabila terdapat MINIMUM 7 orang pelajar berdaftar untuk 1 Kelas Renang).
--------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu Kelas Renang Mingguan
Isnin
8-10pm: Wanita Dewasa

Jumaat
12.30-2.30pm: Wanita Dewasa

Sabtu:
9.00-11.00am: Wanita Dewasa
11.15am-1.15pm: Lelaki Dewasa & kanak-kanak

Ahad:
9.00-11.00am: Wanita Dewasa
11.15-1.15pm: Lelaki Dewasa & kanak-kanak



-JADUAL SESI RENANG KOLAM UITM SHAH ALAM 2016-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...