Friday, May 22, 2020

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri di Klang


Assalamualaikum,

Hari ini saya nak menceritakan serba sedikit tentang rumah yang berjaya disiapkan dalam bulan Januari 2020. 

Rumah ini keluasannya sekitar 2500 kaki persegi (tidak termasuk luas porch), mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air. Serba sedikit tentang permintaan klien, klien mahukan ruang tamu yang dipisahkan dengan bilik tidur dan ruang keluarga. Bermaksud jika ada tetamu yang datang, tetamu tidak akan nampak pintu-pintu bilik tidur. Lebih personal. 




Ada klien, yang mahukan ruang yang "open concept". Ada juga yang mahukan ruang yang lebih "Islamic". Islamic disini bukanlah bermaksud kita kena buat design rumah yang nampak macam di negara Arab tu, tapi dari segi susunan ruang yang ada privacy. Ruang ini memisahkan antara ruang tamu dan juga ruang untuk keluarga. Saya cuba membawa kalian menyusuri ruang dalam ruang di dalam pelan ni ye. Dari no.2 iaitu entrance masuk, kita ada ruang tamu (no.3). Disini ialah ruang yang klien mahu letak TV untuk tetamu. Ruang 4 adalah ruang untuk keluarga. Juga klien mahu memasang TV di ruang ini khas untuk keluarga dan juga ruang makan di tepi sliding door. Secara personal saya minat ruang di luar sliding door. Ini kerana, ruang ini bersambung dengan ruang porch. Jadi, ia menjadi tempat berkumpul untuk ahli keluarga mahupun boleh dijadikan ruang untuk buat kenduri. Ruang 5 ialah Master Bedroom. Ada stor kecil di dalamnya seperti apa yang telah diminta oleh klien. Ruang 6,7,8,9 ialah bilik tidur anak-anak. Ruang 13 ialah ruang dapur dan mempunyai ruang khas (no.14) untuk ruang laundry (meletakkan mesin basuh dan rak dinding untuk letak barangan cucian seperti sabun mencuci pakaian, mop,penyapu. 



Seterusnya saya ingin berkongsi gambar hasil rumah yang telah pun siap ini.

























Selepas siap, tuan rumah telah menjemput saya dan team ke majlis kesyukuran dan aqiqah cucunya.

 
Perasaan bila rumah yang dibina siap tu sangatlah rasa gembira. Bagi saya, ada rasa kepuasan bila ruang yang kita hasilkan tu dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Kalau ikut pengalaman saya la, bila buat kerja-kerja pembinaan ni, kalau dapat tuan rumah yang baik, senang berurusan, bertimbang rasa, selalunya projek tu Alhamdulillah berjalan lancar. Jadi tuan rumah yang berhubungan dengan kami ni memang one of the best clients yang kami pernah dapat dan masih mengekalkan hubungan baik hingga ke hari ini.


 Kenangan masa visit site. The same area. Living hall.


Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :


2 comments:

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...