Monday, April 13, 2020

PROGRES-Rumah Atas Tanah Sendiri, Jalan Kebun (PKP mode)


Hai, salam PKP semua. Okay ke duduk rumah?

Sempena tempoh PKP ni, perkara yang menyesakkan kepala ialah sebab kena berhentikan
kerja pembinaan. Jadinya, ada la beberapa projek saya yang kena berhenti buat sementara waktu. Jadinya, dah tentulah sedih mengenangkan nasib. Orang buat bisnes mesti rasa apa yang saya rasa ni.




Jadi, salah satu projek yang saya look forward untuk siapkan ialah sebuah banglo setingkat milik Encik Yazadh yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam. Keluasan rumah ini ialah 1280 kaki persegi, mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Untuk bilik tidur utama, terdapat ruang walk in wardrobe dan bilik air sendiri.

Tuan rumah merupakan pasangan muda yang mempunyai seorang anak kecil. Jadi mereka minta untuk buat ruang 'open concept' antara ruang dapur dan ruang tamu. Kiranya takde pemisah dinding antara dua ruang ni. Ini kerana, mereka mahu mudah pantau aktiviti anak lebih-lebih lagi jika si Ibu sedang buat kerja di dapur. 




 Pembinaan rumah ini, ketika dihentikan, sudah masuk proses plaster dinding . Pendawaian elektrik juga sudah dibuat. Saya memang look forward untuk rumah ni siap. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Harapnya, banyak hikmah yang kita dapat sepanjang tempoh PKP ni. 


Besar harapan untuk melihat projek ini siap dengan jayanya.





 

s














Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

www.wasap.my/601111892504

1 comment:

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...