Wednesday, January 2, 2019

Bilik Comel My Little Pony

Okay, harini aku nak cerita pasal satu projek yang cute (like me haha). Sejarah sikit macam mana boleh buat projek ni. Sebenarnya masa buat projek Samsia Optometry di Saujana Rawang, ada seorang agent Coway ni, akak ni datang sebab aku nak guna Coway. Dia sanggup kejar aku sampai ke site. Masa kat site, tengah debu-debu tu dia explain pasal Coway. 

Tak lama lepas tu, akak tu bagitau yang kawan dia nak ubahsuai sikit bilik anak perempuannya. Tema nak My Little Pony macam tu. Terkebil-kebil mata sis. Cutenya. Camne nak buat ni? Kena kembali ke jiwa kanak-kanak ni.

Jadi masa pergi ke rumah akak tu di Cheras, bilik tu kecil, meruncing je. Saiz bilik ada dalam 
13kaki x 7 kaki macam tu aja. Akak ni request, sebab mainan anak dia sangat banyak, jadi dia perlukan banyak storage. Dan ada antara strorage tu dia nak pasang lock untuk kemungkinan nak letak barang berharga di kemudian hari. Akak tu taknak design serabut-serabut, sebab bilik sangat kecil. 



 So aku work closely dengan designer Faw from Lighthouse Studio. Aku bagitahu macam mana yang aku nak, apa yang aku nak dia ubah etc. Dia sangat faham apa yang aku nak. Aku rasa okay, lepas tunjuk kat client pun dia okay, makanya kami proceed untuk bina pula.Jadi bila nak masuk bab "membina" ni biasanya aku yang akan uruskan dari segi pemilihan material, warna, pemilihan tuikang kayu.


 Korang ingat tak dulu-dulu kat kedai perabot, ada almari yang ada stiker kartun-kartun tu? Cuma, aku taknak stiker yang macam tu. Kalau dia tercabut, terkopek-kopek surface pintu. Jadi kena tanya supplier stiker, apa material stiker yang sesuai nak lekat kat surface melamine. Kiranya kalau dah taknak stiker ni di kemudian hari, boleh cabut je, stiker ni agak tebal.Permukaan stiker ni jenis matte (bukan glossy) jadi sesuai la bergandingan dengan permukaan melamine ni.


 Minta team mate pasangkan di kilang carpenter sebelum install built in furniture ni di rumah client.

 Tetiba nak rasa alolo cutenya My Little Pony.. Kenapa zaman aku kecik dulu macam tak familiar je kartun ni? Dan kenapa untungnyaaa adik ni boleh dapat bilik comel-comel.

Masa pemasangan. Jadi boleh tengok sebenarnya bila buka pintu almari, ada rail sangkut baju dan juga laci. Kata ibunya, dia banyak baju. Kalah sis. (-_-')

Sebelah almari ialah ruang meja belajar. Disebabkan bilik ni untuk kanak-kanak umur 5 tahun, jadi mejanya haruslah direndahkan sikit bersesuaian dengan ketinggian budak. Ergonomic gais.. Basic in architecture kan? =)

Ada ruang simpan barang yang berkunci. Kalau taknak berkunci pun boleh. 







Kadang-kadang kan, bila kita ikhlas buat kerja, kita tak tahu adakah hasilnya akan disukai oleh client atau tak. Tapi kan, projek ni walaupun skop kerja kecil, client bila balik kerja tu dia tengok dah siap, terus peluk aku. Katanya dia suka! Ya Allah, rasa lega dan happy bila apa yang kita cuba deliver tu orang suka walaupun first time buat projek macam ni. Tak lama lepas tu kami surprise kan anaknya yang akan duduk di bilik ini. Anaknya baru balik dari sekolah. Bukan main senyum sampai ke telinga siap cakap thank you kat sis. Sweet sangat.


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

www.wasap.my/601111892504








No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...